Slmt menyambut HARI KEMERDEKAAN yg ke 51:flower:
---------------------------------------------------------------------- Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..Slmt BERpuasa
minggu depan hari isnin bersamaan 1sept2008, insyaallah kita akan BERpuasa di bulan ramadhan, dikesempatan ini mas mengucapkan selamat BERpuasa & maafkan segala salah silap mas:handshake:.Semoga beroleh keberkatan pada ramadhan al-mubarakh ini.:flower:
"Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda
yang sedang menunggu di pintu rumah.
Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara yang seorang lagi berjalan di belakang.
Siapa yang patut di alu-alukan dahulu?
Tentu yang di hadapan.
Bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan.
Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan tetamu yang di belakang tetapi indah tak indah dengan yang di hadapan...
Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya. Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang.
Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk menbeli belah.
Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi!
Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka puasa untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat lelah selepas mengacau dodol.
Saf-saf sembahyang terawih kian susut. Lailatul Qadar dah dimeriahkan dengan pelita api, bukan pelita hati.