CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wes_12

FAZURA HOTZ & GOJES

[Copy link]
Post time 25-11-2008 03:43 AM | Show all posts
rebiu SELAMAT PAGI CINTA kat sini >> http://ajamihashim.blogspot.com/ ... -momen-panjang.html

kowang kena sokong filem lakonan fazura! pegi tgk kat pawagam wei!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 05:39 AM | Show all posts
Published by Ajami Hashim on Selasa, November 25, 2008 di 3:29 AM
AMARAN: ulasan ini ada SPOILER!

Mudah bukan? Campakkan sahaja 'halangan' itu di antara dua orang yang bercinta, maka mungkin akan berhasil sebuah kisah cinta. Betul? 'Halangan' itu boleh siapa atau apa saja yang berada di tengah-tengah. Persoalannya mudah sahaja, samada 'halangan' itu adalah pemisah atau sebaliknya sebagai penemu untuk cinta yang benar-benar sejati kemudiannya? Ia menyoal adakah 'dia' yang menjadi pasangan hidup kita hari ini ialah 'the one' yang sebetul-betulnya untuk kita? Apa akan terjadi seandainya perhubungan itu terputus atau 'dia' mati di tengah perjalanan semasa bersama lalu meninggalkan kita seorang diri? Adakah kita akan mahu terus hidup dengan kenangan silam atau beranjak ke depan untuk mencari penggantinya? Life must go on! Ok! Itu falsafah cinta jiwang yang aku reka dari filem ini. Betul atau tidak.. terpulang kepada kamu untuk menilainya selepas tamat menonton filemnya (kalau mahu) dan setelah habis membaca ulasan ini!

Ya! Filem ini mengulangi momen-momen itu sekali lagi! Pertembungan dan terserempak di antara Ilham-Julia dan Azam-Suci dibuat berulang-kali di awal naratif. Dengan insiden apa lagi yang bukan klise mahu kamu tukarkan? Memang itulah lazimnya awalan sebuah kisah cinta yang perlu untuk menjumpakan 2 orang yang asing untuk bercinta bukan? Manisnya! Filem ini rasanya hanya meringkaskan pertemuan itu semudah-mudahnya kerana cerita utama ialah apa yang akan berlaku seterusnya?

Namun begitu, jujur aku nyatakan bahawa menonton babak-babak klise yang terlalu lusuh dan sama seperti filem cinta sebelum ini, awalnya aku muak TETAPI terkejut dengan durasi ambilan kamera yang lama! Berani mati! Dalam hati aku berkata. Keberkesanan babak-babak panjang ini mula terasa dan peliknya aku mahu tunggu! Kenapa? Kerana hebatnya lakonan Que, Amani, Pierre dan Fazura! Seandainya pelakon lain mungkin aku sudah keluar panggung pada 10 minit yang pertama. Inilah kekuatan filem ini iaitu pada pengaksian setiap pelakon 'character actor'.

Naratif asasnya memang mudah namun bila diceritakan secara 'character driven' ia jadi menarik. Aku dah tak peduli dengan muzik latar iaitu kebisingan yang kurang kena dan kedengaran sangat murah. Aku mahu tonton cerita ini bergerak ke depan seterusnya kerana mahu lihat sejauh mana kesemua watak berkembang untuk bercerita walaupun ia kisah cinta yang sangat klise. Babak-babak panjang sebegitu pernah aku tonton dalam filem-filem indie dimana selalunya plot amat berat dan banyak subtext. Tapi ini filem cinta komersiol bukan? Yang selalunya suntingan pendek-pendek dari berbagai sudut untuk merangsangkan mood dan memudahkan pelakon untuk melakonkan 'take' adegan yang banyak dialog. Filem ini ada ketikanya pelakon seolah dibiarkan untuk menukar-nukarkan perwatakan mereka dari berbagai ekpresi dalam satu tangkapan kamera yang lama. Wow!

Cerita Ilham-Julia ialah kisah cinta yang matang dan berjodoh di usia yang muda. Tiada babak merisik, bertunang, bernikah dan bersanding diperlukan. Aku faham bahawa ia kisah ala Laila-Majnun yang hampir sempurna tapi Ilham berpenyakit kronik (errr.. aku kurang pasti penyakit apa ntah?.. tapi kalau batuk mesti keluar darah dari mulut?) Konflik 'halangan'nya ialah ajal Ilham. Cerita Azam-Suci pula ialah kisah cinta remaja yang kena pada usianya. Juga aku mengerti bahawa ia umpama Romeo-Juliet yang akan tragik. Konflik 'halangan'nya ialah 'menantu idaman' ibubapa Suci iaitu Yusry.

Oklah ia memang klise! Cuma aku rasakan bahawa lainnya kreatif sedikit apabila Julia akhirnya 'memungkiri' juga janjinya kepada Ilham (in a good way) untuk tidak terus menjadi janda muda. Dia akan menemui cinta sejati yang sebenar-benarnya kemudian hari. (baca: selalunya sampai ke sudah kerana janji 'sehidup-semati' watak yang masih hidup akan berpegang kepada sumpah cinta itu) Begitu juga Suci yang patuh kepada pilihan orang tuanya untuk menerima Yusry sebagai jodoh tanpa melarikan diri untuk mengejar cintanya kepada Azam. (baca: selalunya kisah cinta remaja akan memberontak menentang pilihan keluarga kan?) Mungkin ini yang hendak diangkat dari lakonlayar oleh Pierre Andre dan arahan oleh Norliana Samsudin - klise tapi lain sikit! hahaha..

Dari sudut time-frame pula, filem ini BUKAN bergerak secara selari di antara kedua-dua plotline. Kisah cinta dan perkahwinan Ilham-Julia adalah dalam jangkamasa 2 tahun yang lalu (flashback). Manakala kisah cinta Azam-Suci ialah 2 tahun kemudian (sekarang). Kedua-dua cerita dijalin berselang-seli seolah berlaku serentak di lokasi yang berbeza. (errr.. ala-ala plotline filem Susuk yang mudah anyone?) Maknanya, kalau disusun semula babak-babak secara linear, kisah Ilham-Julia berlaku dahulu diikuti oleh kisah Azam-Suci. Tiada pertembungan di antara kedua-dua pasangan dalam mana-mana babak dari awal sehinggalah ia bertemu pada titik yang sama di akhir cerita dimana Azam-Julia akan diselisihkan dan ditemukan. Ia menjawab soalan-soalan 'afterthought' falsafah cinta di perenggan di atas apabila filem ini tamat.

Saksikanlah filem SELAMAT PAGI CINTA di pawagam SEKARANG selagi ada tayangan!

*Tahniah kepada produksi MiG, pengarah muda awek cun Norliana dan penulis skrip Pierre.. bro! jangan biarkan gosip-gosip bodoh tenggelamkan karier kau ok!.. korang memang boleh pergi jauh lepas ni!.. juga saksikan Norliana jadi 'Zeta lesbo' dalam filem Histeria akan datang! hahaha! sempat aku promosi filem lain kan?.. juga kepada Que, Amani, Pierre dan Fazura - pedulikanlah kalau orang kata filem ni macam ntah haper-haper janji lakonan korang meletup!.. dan harapnya ulasan ini akan 'menjawab' soalan-soalan sms dari kekawan blogger tegar yang lain: kenapa aku sukakan filem ini? lalala..

Dicatat oleh Ajami Hashim
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 05:41 AM | Show all posts
Selamat Pagi Cinta          
Release Date:         20th November 2008
Language:         Malay
Running Time:         85 mins

Rating:         U
Genre:         Drama
Starring:         Pierre Andre, Nur Fazura Sharifuddin, Sharifah Amani, Que Haidar
Directed by:         Gabriele Muccino, Nurliana Samsudin
Local Distributor:         Metrowealth
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 05:44 AM | Show all posts

Sinopsis -- budiey.com

SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.

Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.
Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 05:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 05:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2008 05:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 05:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 08:07 AM | Show all posts
dah berap ribu ye kutipan filem selamat pagi cinta????
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:46 AM | Show all posts
mlm ni nakg tgk selamat pagi cinta.... semata2 sbb faz.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:51 AM | Show all posts

fazura sweeeeeeet...





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:52 AM | Show all posts

gojesss n mabelesss...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 09:56 AM | Show all posts
salam n morning hot n gojez
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 10:33 AM | Show all posts
selamat pagi cinta fazura...........



---flickr.com---

[ Last edited by  lu'lu' at 25-11-2008 12:07 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 12:08 PM | Show all posts
v, sha pn nk daftar
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 01:01 PM | Show all posts
comeyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 01:15 PM | Show all posts
sapa yg pegi tgk SPC, perhatikn cemana fazura bermain dgn internal/ekpresi muka bila ngadap pierre yg dah nk mati kat tepi katil spital then dia lari keluar bediri di tepi dinding sambil dgr 'suara' pierre (yg spoilt skit coz mcm over rasanya audio-mixing fail!).. fazura can simply 'change' her mood anytime! susah tu beb!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 01:39 PM | Show all posts
sini takde panggung wayang..kena g jauh sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 03:00 PM | Show all posts
aaaaaa bile citer ni habis ye..?
skrg tengah pokai ni   
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 04:27 PM | Show all posts
masih lum tgk lagi... sape dah tgk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.141446 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list