CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
Post time 1-6-2006 09:11 AM | Show all posts
masih menunggu kak melur untuk menyambung ceritanya.

kak melur oooo kak melur!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2006 09:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:15 AM | Show all posts
hehehe..letih tau nak scan... tu yg lama nak update cerita bitas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 12:01 PM | Show all posts
yer aturcara...
saya belajar.puas dah g jumpa org ubat sana sini,dah abih duit pun..elok tak gak,last saya sendiri alihkan bad energi dr rumah mak  kat kg.mak saya dah lama kena buatan org ni kes zaman memuda la ada org nak tapi dia kawin dgn org lain,mana dia pergi mende tu ikut.bila dah dialihkan mak saya jumpa tulang selonggok depan pagar rumah.
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 1-6-2006 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by nor601 at 1-6-2006 12:01 PM
yer aturcara...
saya belajar.puas dah g jumpa org ubat sana sini,dah abih duit pun..elok tak gak,last saya sendiri alihkan bad energi dr rumah mak  kat kg.mak saya dah lama kena buatan org ni kes  ...



hmm...bagus nya...alhamdulillah kan..semuanya akhirnya ok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 01:03 PM | Show all posts
bila baca kes u ni .i ingat ada kawan i cam ni la,gi berubat jauh sampai kat kedah,elok jin ada seekor kat dlm badan terus tambah jadi 13 ekor...nanya betul.last last dia jumpa seorg hamba allah yg telah berjaya  membuang mende tu.apa org kata dah rezki dia nak elok kan..apa pun atas izin Allah jua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2006 01:27 PM | Show all posts
baca topik ni mengingatkan aku surat kabar minggu lepas kalu tak silap, remaja mati selepas makan 2 biji karipap, asalnye mmg kite kate tak logik, takde pulak dgr cerita semua org yg makan karipap tempat remaja tu beli mati semuanye, dia sorg2 je yg kene.... ni la yg dikata kan sihir atau buatan org. lagi satu cerita yg aku tak percaya pasal pemain gabus negara Hamzah dolmat di sah kan mati keracunan makanan selepas makan satey 2 cucuk, logik ke... mesti ade sesuatu.... tapi org tak nak besar2kan cerita...
namun tak aku nafikan tak semua buatan atau sihir tu di tujukan pada satu2 org, ade stgh mengikut nasib nak terkene, contoh org yg menuntut ilmu ni mmg kene test power dia so dia lepaskan lah tak disangka le pulak sapa2 yg kene.... so berhati2 la.
petua aku untuk semua, kalu rase was2 nak makan tu elok la bismilah dan selawat nabi pastu geletek kan lelangit dgn lidah sebelum makan... kalu geli makan la kalu tak geli elok la dibuang......
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 01:34 PM | Show all posts
oh yaaaa.... sambung skit, kes bapak mertua dan pakcik suami aku dikenekan org bagi perniagaan goreng pisang tergendala, perasaan dengki membuatkan org yg tak bertanggungjawap membuat angkara dgn meletakkan tulang B*bi (kes pakcik) dan jarum (kes pak mertua), mula2 tak la terpikir ape2 mungkin org semua takde duit nak beli goreng pisangataupun byk saingan, tapi lama2 cuma dpt 20 rm sehari, rase pelik tu muncul lebih menhairan kan ada segelintir pelanggan bertanya kenapa tak nampak berniaga sebulan 2. emmm... kene buat tindakkan.... alhamdulillah perniagaan maju semula.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2006 03:08 PM | Show all posts
kenkadang kan, benda mistik mcm nih mmg susah nak caya..tambah2 pada org yg belum pernah terkena benda nih..
seperti kisah pupu 2 kali Q.. mmg susah nak caya..dah puas sakit, badan dah mcm jerangkung pun doktor yg berfikiran moden tuh masih bole kata tak de sakit.. kisahnya.. org tempat keja dengki kat dier.. (Q rasa dier kena sunti gak) sampaikan bangun dari katil pun laki dier kena tolong bangunkan..waktu dier mula2 sakit tuh, turun naik kreta pun digendong..tp mcm biasa gak, doktor ckp dier sihat..  hubby dier tuh kerja jadi pengiring VVIP.. klu ada kerja kat oversea, sudah tentu hubby dier ikut sama.. so ada la yg dengki kan... yg kena pupu 2 x Q.. bila dah puas berubat moden, dorang try  berubat kampong.. hmm.. dah sah dah, kena buatan org..  bomoh tuh kata, kat kerusi  tmpt dier duduk  ada tanda pangkah.(pupu 2 x Q ni ustazah sekolah). dah tu tengok kat air nampak ler muka org yg buat tuh, tp masa berubat tuh, sorang pun tak kenal wajah dlm air tu... ada la dier merana dlm 6 bulan.. waktu tuh mmg tak de apa2 pon.. tp bila dah masuk bulan ke 10, sakitnya makin parah.. tau-tau doktor kata dier kena breast cancer..dah tu tahap kronik lak..  sedangkan d awal2 sakit tuh, doktor tak  de pun sentuh bab kanser..
memandangkan Q  pun dh pernah kena sunti ni.. Q percaya dier pun kena gak.. sunti tu perlahan2 meracun body dier, bila dah sampai area jantung mungkin merebak hingga kebahagian lain.. tu yg doktor baru boleh nampak kelainan dan konklud that was  breast cancer ..masuk bln ke-11, dier pun meninggal.. yg buat Q terkejut tuh, kanser tuh baru dapat dikesan 2 minggu sebelum dier meninggal.. alfathihah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by inazurah at 1-6-2006 01:27 PM
baca topik ni mengingatkan aku surat kabar minggu lepas kalu tak silap, remaja mati selepas makan 2 biji karipap, asalnye mmg kite kate tak logik, takde pulak dgr cerita semua org yg makan karipap  ...


kalo kes org nak test power ni mmg ada terjadik kat area aku ni.  boleh dikatakan semua kedai makan (kat this one specific area) terkena.  yg paling teruk hubby kawan aku.  memula just ingat kena bt krg.  tp takkan sampai melidi.  so dia pun try la bwk gi berubat.  memula hubby dia refuse gak.  tp atas nasihat kengkawan yg ada pengalaman cuba gak lah.  

konpemlah dia terkena sihir.  mmg org tu saja nak test power dia guna ilmu siam.  dia berubat pun ngan 'ustaz'.  tp tu lah cara berubat menurun pulak (musykil gak ni).  kwn aku ni ckplah, kengkawan kedai dia tu, sorg makcik, ni dah terperasan knp kedai dia org tak dtg, dlm 2 minggu keadaan camtu.   bila dia rasa lain mcm je dia start la baca yasin segala. pastu ok balik.  tu yg 'berjangkit' kat hubby kawan.  mmg dia org perasan ada sorg pakcik selalu lepak kedai tu time dah nak maghrib tapi dia tak order apa2 pun.  nmpk la dia buat something yg suspicious tp tak sangka la dia pd mulanya kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by mc_nors at 18-4-2006 02:34 PM
apa yang saya alami sekarang tak tertahan rasanya...rasa cam nak mati jer.. rasa cam berdebar2..marah2 kat suami...berserabut jer pikiran ni.. dah tak tahu nak wat cam ner... sesaper yg ada pengala ...



dekat kg i seri menanti ader atuk tuh boleh ubatkan org......setakat nih dier pulihkan makcik i dan adik i...takdelah bende tuh datang balik....kalu nak i boleh bgkan alamat dier..
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 1-6-2006 05:40 PM | Show all posts
ay4,

camne cara dia berubat tu? tengok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:35 PM | Show all posts
Sebaik-baiknya kalau cari rawatan Islam ni cari Ustaz yang gunakan kaedah pukulan (pukul dengan rotan dan pukulannya cukup kuat sekali) - pesakit yang dipukul dengan rotan tetapi yang menjerit kesakitan ialah jin yang dalam badan tu.  Rawatan cara ni selalunya cepat pulih jarang yang datang balik berulang sebab dia takut.  Teknik ini selalunya dilakukan jika perawat tu boleh berdialog dengan jin yang ada dalam badan, banyak rahsia dia boleh dapat kita tau walau pun jin ni pembohong besar. Bunyi suara jin ni sebenarnya exactly bunyi suara tuan yang menghantar dia.  Ada jin yang degil tak mau keluar atau dia memang tak boleh keluar sebab dah dikunci oleh tukang sihir yang menghantar dia.  

Jin yang tak mau keluar ni ada kalanya dikunci dengan ruqyah memang dia tak boleh lari dah, dibacakan ayat azab dan dipukul banyak kes jin yang mati.  Pesakit tu boleh nampak kalau jin dalam badannya keluar dan mati. Teknik bomoh  yang tangkap jin masuk dalam botol dan buang kelaut atau dipenjarakan di dasar laut tu bukan dari kaedah rawatan Islam, ini kerja tukang tukang sihir yang menggunakan jin.  Islam melarang kaedah ni sebab zalim, jin ni pun macam kita juga ada anak isteri ada keluarga, dan banyak kes tak susah nasihatkan dia supaya masuk Islam dan taubat dan keluar tak datang lagi.

Yang saya tau kaedah ni ada di JB, Ustaz Prof Dr Jumadi Mustar (Klinik Darul Illaj, Pasir Gudang), ramai anak murid dia di Singapura.  Di area KL ni ada sesiapa tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:46 PM | Show all posts
Aii! makan 2 biji karipap leh terus mati ke?  Ini betul-betul powerful....
Mungkin ini kes racun power nya kot? sebab sihir pembunuh ni pun makan tahun baru boleh padam.  
Ustad yang mengubat orang cara menurun tu bukan Ustad tu, belakon jadi Ustad je tu, tapi memang banyak ada orang yang mengubat cara yang disangsikan ni mempunyai latar belakang ugama, ini yang jadi banyak masalah.  

Ada sesiapa pernah dengar pasal Ustad yang guna "khadam ayat" tak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 09:57 PM | Show all posts
Kes Rawatan Islam. Ada satu kes sihir paku dalam badan. Sepasang suami isteri yang kena mula-mula isteri yang kena dapat diselamatkan keluarkan 5 batang paku panjang 1 1/2" melalui muntah.  Isteri dah selamat dia buat pada suami pulak, dapat kesan ada 12 batang paku dalam badan dia. Kes ni confirm betul sebab pegi jumpa doktor xray memang nampang jelas paku paku tu. Doktor tak bernai komen, hantar balik jumpa Ustad.  Ustad ni lepas baca Quran bacakan air Yasin bagi minum dapat keluarkan 7 batang paku, 5 batang lagi ada tinggal dalam.  Tak sempat buat rawatan seterusnya satu dari paku tu dah berjalan masuk ke jantung dia terus meninggal.  

Ada kes jarum dalam badan ni mungkin dulu dulu masuk susuk kot?

Memang pelik lah sihir ni kalau betul betul susah nak percaya tak masuk akal. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by mc_nors at 18-4-2006 02:24 PM
cam ner nak tahu diri disihir...meh ler kongsi kat sini...sesape yg ada pengalaman tu..


Apabila seseorang itu disihir...dia akan rasa ada kelainan pada dirinya, dia akan cepat rasa marah / berang, ada sesetengah ganguan sihir ini pula akan menyebabkan orang yanh disihir itu berasa tak tenteram semacam perasaan nak lari dari rumah dan lain-lain. Sihir ini selalunya dilakukan manusia dengan bantuan Qadam, qadam itu selalunya adalah jin atau syaitan, Cara sihir ini pula bermacam-macam ada yang melalui Santau angin, mengunakan Tuju-Tuju dan lain lain lagi.

Amalan untuk menjadi benteng ilmu sihir sepeerti sebelum tidor membaca 3qul & sentiasa menamalkan ayat kursi insyallah akan menjadi benteng .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2006 10:42 PM | Show all posts
"Dan ALLAH menciptakan jin dari ap yang menyala". Surah Ar Rahman ayat 15.

Jin boleh masuk kedalam tubuh manusia dari bahagian mana pun pada tubuh manusia.  Apabila bila berjaya masuk dia akan terus ke otak.  Dari otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana pun dari tubuh manusia. Para doktor perubatan yang telah mengkaji membuktikan bahawa orang yang terkena panyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh.

Tanda tanda gangguan jin

Tanda pada waktu tidur:

1.   Sangat susah untuk tidur malam, kalau dapat tidur pun setelah lama bersush payah.
2.   Rasa cemas dan sering terbangun pada tengah malam.
3.   Mimpi buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan - cuba menjerit minta tolong tapi tak terbuat.
4.   Mimpi yang sangat menyeramkan.
5.   Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tukus.
6.   Gigi gerham yang berbunyi pada masa tidur.
7.   Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8.   Berperasaan sedih pada waktu tidur.
9.   Berdiri atau berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10.  Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
11.  Mimpi berada di kuburan, tampang buang sampah atau tempat yang mengerikan.
12.  Mimpi melihat orang yang aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13.  Mimpi melihat hantu.

Tanda pada waktu sedar:

1.   Kepala selalu pusing yang tak dapat dikesan puncanya dari mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2.   Selalu lupa untuk melakukan ibadat.
3.   Fikiran kacau.
4.   Selalu lesu dan malas.
5.   Rasa saraf yang terseumbat.
6.  Sakit pada bahagian badan tapi tak dapat dikesan puncanya.

Gangguan jin:

1.   Gangguan sepenuhnya iaitu jin mengganggu pada seluruh anggota badan seperti saraf saraf yang terseumbat.
2.   Gangguan tidak secara keseluruhan, jin mengganggu salah satu anggota tangan, kaki, lidah atau lainnya.
3.   Gangguan bertuerusan iaitu jin berada dalam badan sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4.   Ganggu seketika seperti orang sedang mengalami mimpi.

Petikan dari buku Sheikh Wahid Abdus Salam Bali.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 02:14 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 1-6-2006 09:35 PM
Teknik bomoh  yang tangkap jin masuk dalam botol dan buang kelaut atau dipenjarakan di dasar laut tu bukan dari kaedah rawatan Islam, ini kerja tukang tukang sihir yang menggunakan jin.  Islam melarang kaedah ni sebab zalim, jin ni pun macam kita juga ada anak isteri ada keluarga, dan banyak kes tak susah nasihatkan dia supaya masuk Islam dan taubat dan keluar tak datang lagi.


Ye ke?

Baru jer beberapa hari lepas dengar ceramah ust ismail kamus (actually, ulang dengar).  Ttg alam jin - ada 4 siri

Kalau menurut cerita dia plk, letak jin dalam botol and buang kt dalam laut buleh.  Yg tak boleh adalah membunuh jin itu.  Kata ust tu lagi, botol tu nnti akan pecah, jin akan keluar tapi dia takkan balik semua kt mangsa dia.  

Lepas tu, dia larang kita daripada membuka botol yg tersadai kt tepi laut...  he he he...

Lagi satu... Pasal jin masuk islam nih... Kengkadang dia tipu jer.  Kalaupun dia ngaku dah sedia islam pun belum tentu --- daripada yg aku faham dari Ust Ismail Kamus - and sbb tu la, kita jangan berkawan or mintak tolong ngan jin.

Ade sesape yg buleh clearkan this difference?  Aku mungkin kurang faham.  Thanks.

[ Last edited by  nenekglamer at 2-6-2006 02:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 03:11 AM | Show all posts
Ustad yang saya refer ni lain aliran lain guru, memang ada sikit kelainan dengan aliran Ustad Ismail Kamus dan Darul Syifa'.  Satu yang saya respek dia sebab memang dia belajar khusus ilmu rawatan alQuran ni di Mesir dan dia pun seorang doktor perubatan.  Memang beza sikit aliran Sehikh Wahid Abdus Salam Bali ni sebab dia tak bagi pakai apa apa garam ke lada hitam ke limau ke  cuma air biasa sahaja.  Aliran ni dia tak bagi tangkap masuk dalam botol atau penjarakan, yang teruk teruk tu dia pancung terus.

Ada jin yang menipu masuk Islam ni (memang kerja dia menipu pun) tapi ada yang betul betul masuk Islam. Yang menipu masuk Islam ni kemudia datang balik masuk kat orang ni kalau jumpa memang kena belasah cukup-cukup.  Ada jin yang terpaksa dipukul dan dibunuh dengan Quran sebab dia dah banyak bunuh orang.  Ada yang satu tahun satu dia sihirkan anak dara sunti jadi makanan dia.  Ada yang balas dendam bunuh budak-budak.  Jenis yang macam ni yang tak boleh bagi chan ni.
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 2-6-2006 08:37 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 2-6-2006 03:11 AM
Ustad yang saya refer ni lain aliran lain guru, memang ada sikit kelainan dengan aliran Ustad Ismail Kamus dan Darul Syifa'.  Satu yang saya respek dia sebab memang dia belajar khusus ilmu rawatan  ...


Kupia ni anak murid pada Dr Jumadi  ke?sebab cara kupia cerita..macam org yang boleh buat rawatan ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.635489 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list