|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: BEAUTY IS POWER, A SMILE IS ITS SWORD
[Copy link]
|
|
Muhammad Ammar stabil, masih dirawat di hospital
DUNGUN: "Syukur, anak saya kini dalam keadaan stabil."
Mohammad Ridhuan Mohd Shariff, 52, memaklumkan perkembangan anaknya, Muhammad Ammar Danish, 20, seorang daripada empat pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang terbabit dalam nahas dua motosikal dirempuh sebuah SUV di depan kampus terbabit, malam kelmarin. Kemalangan itu mengorbankan tiga rakannya iaitu Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20; Khairil Anwar Jamaludin, 20; dan Muhammad Akmal Md Tukirin, 25. Mohammad Ridhuan berkata, pihak pentadbiran UiTM menghubunginya berhubung kejadian itu.Risau memikirkan keadaan anaknya, beliau dan dan isteri, Siti Asiah Abdullah Sani, 48, mengambil keputusan segera bertolak dari Kuala Lumpur ke Dungun.
"Saya tiba di Dungun jam 4 pagi dan bersyukur selepas melihat keadaan anak yang stabil ketika dibawa keluar dari bilik kecemasan kira-kira jam 4.30 pagi semalam," katanya ketika ditemui di Hotel UiTM, hari ini. Beliau berkata, anaknya masih trauma dengan kejadian itu dan kerap terkejut ketika tidur. "Saya dan isteri tidak putus-putus memberi kata semangat kepadanya untuk kuat melawan kecederaan dialami," katanya. Mohammad Ridhuan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Siti Asiah berkata, pelbagai berita tidak sahih yang berlegar di meda sosial membuatkan beliau meminta semua anaknya tidak melayan komen di alam maya. "Alhamdulillah, saya dan suami bersyukur anak kami selamat dan berdoa dia cepat sembuh," katanya
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309586/muhammad-ammar-stabil-masih-dirawat-di-hospital
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia kekal dengan dasar tidak iktiraf 2 kewarganegaraan
Saifuddin berucap pada majlis Sesi Libat Urus dan Merarau Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Pengarang Media hari ini. NSTP/AIZUDDIN SAAD
PUTRAJAYA: Malaysia kekal dengan dasar tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, sebarang keperluan mengenai pindaan dasar berkenaan akan dibuat sekiranya terdapat keperluan tertentu. "Buat masa sekarang dasar itu kekal (tidak iktiraf dua kewarganegaraan), kita tidak mahu usik apa-apa lagi. "Kalau nanti kita hadapi keadaan berbeza, apakah kita ke arah itu? Kita buat keputusan waktu itu," katanya ketika mengulas sama ada kerajaan sedia menyemak balik dasar tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan.
Beliau berkata demikian pada sesi libat urus dan ramah mesra bersama ketua pengarang media di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarang Berita Kanan BH, Sariha Mohd Ali dan Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj. Sementara itu, Saifuddin berkata, sebanyak 17,400 permohonan kewarganegaraan berjaya diselesaikan setakat hari ini, sekali gus melepasi sasaran ditetapkannya. "Saya letak satu penanda aras bahawa tahun ini iaitu saya sasarkan keputusan permohonan kewarganegaraan adalah 17,000. "Hari ini kita cecah 17,400, baru Oktober dan saya ada dua bulan lagi… 80 peratus daripadanya (permohonan) adalah membabitkan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan," katanya. Mengenai isu bajau laut di Sabah, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sabah sentiasa mengambil inisiatif tertentu bagi membantu kumpulan itu. Katanya, antara inisiatif dilaksana adalah membangunkan 100 rumah untuk memindahkan mereka dan bantuan pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk perladangan atau pertukangan. "Anak mereka yang berada tanpa jagaan misalnya, ditempatkan di rumah jagaan dan Kerajaan Sabah serta badan bukan kerajaan (NGO) beri mereka pendidikan asas," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309563/malaysia-kekal-dengan-dasar-tidak-iktiraf-2-kewarganegaraan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Johor laksana persekolahan Isnin-Jumaat sebelum cuti sesi akhir sekolah bermula
PENGERANG: Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Johor akan melaksanakan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad sebelum cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025 bermula 18 Januari tahun depan. Pelaksanaan cuti baharu sebelum tamat penggal persekolahan tahun ini dibuat sebagai latihan praktikal dari segi pembelajaran dan pengangkutan pelajar ke sekolah sebelum sesi persekolahan baru 2025 bermula pada Februari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, berkata perubahan cuti itu akan membabitkan 583,373 murid dan lebih 48,000 guru di bawah KPM. Beliau berkata, ini bermakna Johor akan melaksanakan sesi persekolahan pada hari Isnin hingga Jumaat, mengikut sesi persekolahan kumpulan B, bermula 1 Januari 2025.
Katanya, ia bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung pertukaran cuti hujung minggu Johor daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu serta Ahad. "Mesyuarat penyelarasan sudah dibuat antara Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung kuat kuasa cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan. "Jadi, kita akan sentiasa bekerjasama dengan JPNJ dan Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) akan bantu dari segi prosedur untuk anak yang turut bersekolah agama. "Kita akur dengan titah baginda, tetapi kita akan mulakan sebelum tamat penggal persekolahan tahun ini sebagai praktikal dari segi pembelajaran dan pengangkutan pelajar," katanya selepas Karnival Literasi Undang-Undang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Kejora, Bandar Penawar di sini, hari ini. Isnin lalu, Tunku Mahkota Ismail bertitah cuti hujung minggu di negeri ini ditukar kembali kepada hari Sabtu dan Ahad, bermula 1 Januari depan. Baginda bertitah, perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan mendapat pandangan daripada JAINJ. Pada 2014, cuti hujung minggu Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu susulan titah Sultan Ibrahim yang menitahkan pertukaran cuti itu. Selain Johor, negeri yang melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu ketika ini adalah Kedah, Terengganu dan Kelantan. Aznan berkata, hasil mesyuarat dan kaedah penyelarasan akan dibentangkan kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, supaya ia dipersembahkan kepada Tunku Mahkota Ismail. "Dalam mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, kita bincangkan bagaimana pengurusan pelajar sekolah termasuk sekolah agama. "Tiada masalah untuk adakan sesi persekolahan agama, cuma pada Jumaat ia akan tamat awal iaitu jam 12 tengah hari sebelum disambung semula sesi persekolahan pada sebelah petang pada jam 2.30 petang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1309513/johor-laksana-persekolahan-isnin-jumaat-sebelum-cuti-sesi-akhir
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|