CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
Post time 2-6-2006 09:31 AM | Show all posts
ni nak tanya pendapat korang.  

aku ada mak tiri.  memula dia ok.  tp dah lama ni (almost 10 yrs) dah berubah.  bapak aku pun dari lelaki yg tegas jadik slow.  bpk aku ni dulu ngan arwah mak aku cukup garang. tp bertempat.  skrg ni terbalik pulak.  mcm kena control lah senang kata.  so, aku & kakak2 aku tak puas hati.  tanya lah dgn beberapa pengamal perubatan tradisional.  semua kata yg sama. tanda2 pun sama.  kira bpk aku ni dah diguna2kan oleh mak tiri aku.  tujuannya satu je - duit lah.  bukan takat diri dia & anak2 tp seluruh keluarga dia.  mmg adik beradik dia asyik pakai duit bpk aku je.  ok lah takpelah mungkin bpk aku nak beramal jariah.  tp masalahnya dia ada anak nak ditgg lagi termasuk anak tiri dia.

skrg ni apa yg kitorg buat jumpa ngan sorg wak ni. selain dah jumpa barang yg ditanam org yg dengki kat bpk aku, kita pun suruh wak ni ubatkan bpk aku.  setakat ni nmpk dia cergas sikit walo tak berapa sihat coz dia kena heart attack baru2 ni.  wak tu kata kalo lepas minum ubat yg dia buat tu akan keluar sort of muntah darah. tu tandanya segala mcm 'racun' yg dah sebati dlm badan dia dah berjaya dikeluarkan. setakat ni belum ada tanda2 lagi lah. mungkin sbb belum cukup 3 kali.

so, kalo konpem lah mak tiri aku ni mmg buat bpk aku mcm tu, perlu ke kitorg adik beradik ni confront & beritahu bpk aku the truth.  takut dia tak leh terima terus kena heart attack lagi naya kang.  dan kalo boleh biar lah mak tiri aku tu mengaku kalo betul dia ada buat walopun tak mungkin ada org akan mengaku cam tu je.  kupia, ustaz jumadi tu boleh tak buat cam ni ek?  kalo boleh aku nak ikhtiar bawak kat situ pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Melur01 This user has been deleted
Post time 2-6-2006 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by tiwol_ayu at 1-6-2006 09:11 AM
masih menunggu kak melur untuk menyambung ceritanya.

kak melur oooo kak melur!!!!!!!


sorry ...sory lambat...

ok kita sambung cerita....

sebelum gi jumpa ustaz tu..kakmelur selalu ternampak kelibat ular hitam... bayangan putih dalam rumah.... tapi ada satu malam tu...kira-kira pukul 4 pagi kot... tengah tidur ni..tapi terasa macam ada orang tengah tengok kita... so kakmelurpun bukaklah mata... sebiji rupa seorang wanita tua yang kakmelur kenal...

esok pagi call mak ceritakan... makpun kata banyakkan membaca ayat qursi...

kemana saja pergi...terasa ada yang mengikut... kakmelur boleh agak benda tu kat mana...

berbalik pada ustaz tu...

dah beberapa kali berulang balik jumpa ustaz tu... maka kakmelur pun tanya...

"Ustaz betul ke apa yang saya nampak..., selalu nampak ular hitam... kelibat putih"

Ustaz tu jawab.."bukan semua orang boleh nampak benda-benda ni... awak kan boleh nampak"

cerita lagi kat ustaz tu... " Ustaz saya nampak seorang wanita tua" (kakmelur pun sebut nama org tu... )

dia buat orang tak suka tengok awak...

rasa sedih sangat masa tu... nangis terus depan ustaz... masa tu ada lagi dua kawan kakmelur ..lelaki...merekapun panik tengok kakmelur nangis..yalah nak pujuk tak boleh...

beberapa kali kakmelur pegi jumpa ustaz tu... ada masa ok..ada masa ustaz tu kata...

"dah mandi air yassin tu... saya tengok ada lagi benda tu.... "

"ye ke ustaz...patutlah saya rasa macam muram je"

entah kenapa lepas balik jumpa ustaz tu... rasa marahlah sangat... tengah dok tengok tv...lalu lagi benda hitam tu...
marah yang dah memuncak... kakmelur jerit...

"oiii tak malu ke... aku ni manusia..tak perlu diperintah..kau tu ikut telunjuk orang kesian..kesian...
kau balik kat tuan kau...kau tanya dia..apasal kau ikat aku....

aku kesianlah kat kau...."

entah macam mana ..tetiba dalam rumah ada deruan angin..memanglah 'on' kipas masa tu..tapi boleh rasa angin tu lalu kat tepi kakmelur... dan kakmelur nampak ...kelibat hitam tu keluar rumah... dan tiba-tiba suasana rasa sunyi sangat...

kita sambung ye...
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 2-6-2006 10:21 AM | Show all posts
alahai...Kak Melur..sambung la lagi...hehe....macam drama bersiri la plak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 10:40 AM | Show all posts
heheh mende tu  g kat tuan nye ler...memang cam tu lepas sesuatu di keluarkan org tu akan rasa sunyi sedih rasa cam dlm ruang yg kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 10:48 AM | Show all posts
kalau bomoh yg mengubat tu scan badan kita cara ghaib, boleh caya tak bomoh tu? kadang2, orang yg jauh pun dia boleh scan.Tapi lelaki yg sakit tu bukan terkena buatan orang...
Reply

Use magic Report

Melur01 This user has been deleted
Post time 2-6-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 2-6-2006 10:21 AM
alahai...Kak Melur..sambung la lagi...hehe....macam drama bersiri la plak....


lepas ni bolehlah propose buat drama ye...

sambungannya...

malam tu tidur dengan nyenyaknya buat pertama kali...alhamdulillah...

kakmelurpun ikutlah apa nasihat ustaz tu... mandi guna air yassin yang diberi..sembur satu rumah dengan air yasin... sembahyang sunat tengah malam 6 rakaat...

bila rasa tak sedap hati je... kakmelur ambil lidi pokok kelapa yang kita buat penyapu tu... ustaz tu kata... benda-benda ni tak suka lidi penyapu..tak tahulah kenapa...?

patutlah mak dok pesan letak penyapu kat pintu rumah...

benda-benda yang kakmelur alami ni bukan setakat gangguan je... tapi selalu lebam-lebam kat kaki tangan ... pernah satu ketika tu lebam kat tangan kanan besar...sebesar penumbuk... kat lebam tu mesti ada tanda dua titik seolah-olah kena gigit... masa ada lebam kat tangan tu.. kakmelur demam teruk..tiga hari.... makan ubat pun tak jalan...

kadang-kadang tu tak ingat pesan ustaz... dah nak masuk hari ketiga baru teringat... sapu air yassin tu kat lebam tu... beberapa ketika boleh lihat kesan lebam tu ..bertukar pucat...

masa kena lebam tu selalunya kakmelur akan rasa badan terlalu lemah... makan banyak tu..tapi tak kenyang...

yang last sekali pergi berubat dengan ustaz tu...ustaz ajar membaca ayat ... dan boleh digunakan sekiranya kena ahli keluarga atau org terdekat...

agak lama juga barulah kakmelur sembuh...

ada jugak tanya kat ustaz tu...

"ustaz, saya ni dari dulu dok kena orang buat... santaulah... inilah itulah..."

ustaz tu kata

"awak ni lurus orangnya... rupa boleh tahan lawa ...tu sebab ramai yang nak... insyaAllah ada jodoh lagi..."

terperasan kejap bila kata lawa... nak terkoyak baju jadi incredible huck...

perasan..perasan...

dah beberapa bulan berubat... rasa lain pulak..kenapa tetiba ramai kawan-kawan kat office dan boss macam baik je...kakmelur memang tak teringat langsung yang dah habis berubat dengan ustaz tu... dah dua minggu baru ingat... ohhh dah ok gamaknya...

alhamdulillah...

tapi tak semudah tu... kadang-kadang ada jugak datang lagi..cuma sekarang ni dah tahu macam mana cara nak buat...
pernah jugak satu ketika jumpa ustaz tu...

"ustaz, kenapa muka ustaz hitam je" masa tu ustaz tu tengah dok bagi nasihat kat pesakit...
"ye ke?' tanya ustaz tu...
"dah hantar lagi tu" ustaz tu kata lagi... ustaz tupun minta diri pergi ke bilik belakang....

"nampak elok sikit tak"tanya ustaz tu...

"ahhh cerah sikit" jawab kakmelur...

"kat luar tu ada kecik..ada besar... "kata kakmelur lagi...

"yalah kiai tu hantar"jawab ustaz...

masa bercakap tu pesakit-pesakit lain kehairanan, apa yang kakmelur tengok tu...kenapa ustaz tu...
dah jadi ustaz pun ada yang dengki sebab ramai yang ustaz ubatkan dah baik ... sebab kiai tupun ubatkan orang..jealouslah tu... hahh..itu masalah dia...

"dia ni lain kes sikit...istimewa..." kata ustaz tu pada pesakit lain...

ada lagi cerita-cerita masa pergi jumpa ustaz tu... apa yang kakmelur nampak bukan dengan mata kasar semasa tengah tunggu nak berubat...

sambung ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
aturcara This user has been deleted
Post time 2-6-2006 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by tiwol_ayu at 2-6-2006 09:31 AM
ni nak tanya pendapat korang.  

aku ada mak tiri.  memula dia ok.  tp dah lama ni (almost 10 yrs) dah berubah.  bapak aku pun dari lelaki yg tegas jadik slow.  bpk aku ni dulu ngan arwah mak aku ...


tak payah la cakap kat bapak awak cam tu..sebab dia pun bukannya sihat sangat...cuma buatla sembahyang hajat mintak dilembutkan hati maktiri tu supaya bercakap benar pada bapak awak tu...berat dosa dia seorang isteri yang buat mcm tu kat suami dia..kita rasa suatu hari nanti dia mesti sedar..sebab walaupun dia buat solat 5 waktu ke, amalan dia takkan sampai selagi dia tak mintak maaf kat suami dia...isteri cuma dapat masuk syurga kalau suami redha dan maafkan segala dosa isterinya...
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 2-6-2006 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by Melur01 at 2-6-2006 10:53 AM


lepas ni bolehlah propose buat drama ye...

sambungannya...

malam tu tidur dengan nyenyaknya buat pertama kali...alhamdulillah...

kakmelurpun ikutlah apa nasihat ustaz tu... mandi guna  ...


sambung lagi ..hehe...takpela Kak Melur..yang penting akak sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aturcara This user has been deleted
Post time 2-6-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by abas8888 at 2-6-2006 10:48 AM
kalau bomoh yg mengubat tu scan badan kita cara ghaib, boleh caya tak bomoh tu? kadang2, orang yg jauh pun dia boleh scan.Tapi lelaki yg sakit tu bukan terkena buatan orang...


tengok bomoh tu sapa la..jangan pergi pada bomoh yang guna mentera..tu dah sahih dia gunakan Jin utk scan..tapi kalau perawat yang menggunakan jalan Allah...tu dipanggil kasyaf..dia boleh scan melalui nama org tu dan biasanya dia akan mintak alamat...tu boleh dipercayai..kalau lelaki tu tak de apa2 mestila dia cakap tak de kena gangguan..buat apa dia nak tipu..kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 2-6-2006 11:01 AM


tak payah la cakap kat bapak awak cam tu..sebab dia pun bukannya sihat sangat...cuma buatla sembahyang hajat mintak dilembutkan hati maktiri tu supaya bercakap benar pada bapak awak tu...berat  ...


sebenarnya kan kitorg baru2 ni mmg ada buat solat hajat mintak diberi petunjuk. tu yg tak lama bpk aku masuk hsptl & mcm2 lah yg kitorg tau.  dia ada pendamping sbb ada sedara nmpk benda tu follow dia.  tp wallahualam lah.  so skrg ni niat dia yg tak betul tu dah terang2 dah nmpk.  cuma bpk aku je yg tak perasan lagi.

planning nak buat lagi pun solat hajat cuma masa belum mengizinkan. maklum le adik beradik ramai bersepah2.  susah sikit la nak kumpul. anyway thanks for yr advice.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 2-6-2006 11:06 AM


tengok bomoh tu sapa la..jangan pergi pada bomoh yang guna mentera..tu dah sahih dia gunakan Jin utk scan..tapi kalau perawat yang menggunakan jalan Allah...tu dipanggil kasyaf..dia boleh scan  ...


wak yg kitorg mintak tolong ni sebenarnya indon.  ntah guna jurus apa tak tau lah.  dia pun sort of mcm scan gitu lah.  tp tawakkal je lah. cara dia nak tau org yg dengki bpk aku dgn baca yasin dll satu malam.  biasa 3 x kalo kes paling teruk penah dia baca smpai 9 x.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 11:20 AM | Show all posts
ooo...TQ..TQ..lelaki tu sebenarnya hidu gam dan petrol, dalam badan dah rosak sket..kami cuma minta air penawar bagi lelaki tu takmo buat keje bodoh tu dan supaya badan dia kuat sikit.. kalu tak, selalu nak muntah..dalam badan dah kena hakis dengan wap gam dan petrol..bukan setakat badan rosak, kepala pun jadi tak berapa betul..
tapi alhamdulillah, sekarang dah ok sket, dia tak buat dah benda tu dan dah boleh fikir secara waras..kalu tak, takut gak..yalah, bawah katil ada prang, kalu orang tanya nak buat apa dengan apa parang tu, dia kata dia tengah bela lembu..sebenornya dia mana ada kerja, menganggur je..
Reply

Use magic Report

Melur01 This user has been deleted
Post time 2-6-2006 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 2-6-2006 11:06 AM


tengok bomoh tu sapa la..jangan pergi pada bomoh yang guna mentera..tu dah sahih dia gunakan Jin utk scan..tapi kalau perawat yang menggunakan jalan Allah...tu dipanggil kasyaf..dia boleh scan  ...


aturcara...ustaz yang kakmelur jumpa tu kita panggil kasyaflah...dia tak perlu guna apa-apa... kita tengok dia macam orang biasa je... ustaz tu kat seksyen 17 shah alam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by Melur01 at 2-6-2006 12:11 PM


aturcara...ustaz yang kakmelur jumpa tu kita panggil kasyaflah...dia tak perlu guna apa-apa... kita tengok dia macam orang biasa je... ustaz tu kat seksyen 17 shah alam...



Melur01, If U don't mind boleh tak bagi alamat & no telefon ustaz tu!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 12:51 PM | Show all posts

Reply #37 aturcara's post

Ada jugak dl syarahan siri perubatan islam ust Jumadi Mustar.  Dengar jugak sikit sikit.  Ada satu ni, part dia berdialog dengan jin dalam badan orang...  Seram dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 2-6-2006 03:11 AM
Ustad yang saya refer ni lain aliran lain guru, memang ada sikit kelainan dengan aliran Ustad Ismail Kamus dan Darul Syifa'.  Satu yang saya respek dia sebab memang dia belajar khusus ilmu rawatan  ...


I see... Baru lah faham.  Thanks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


aturcara This user has been deleted
Post time 2-6-2006 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by Melur01 at 2-6-2006 12:11 PM


aturcara...ustaz yang kakmelur jumpa tu kita panggil kasyaflah...dia tak perlu guna apa-apa... kita tengok dia macam orang biasa je... ustaz tu kat seksyen 17 shah alam...


ooo..ok la tu kan....kak Melur sambung la lagi citer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 02:16 PM | Show all posts
nak menyampuk tanya sket buleh? Tapi ustaz yg kitorang jumpa tu, dia selalu guna botol masa berubat. Dia seolah-olah tarik sesuatu dan masukkan dalam botol tu. Pastu, dia akan lurutkan jari manis dia atas air yg disediakan untuk dijadikan air ubat. Any comment about this? Konfius aku apa yg ustaz tu buat..
Reply

Use magic Report

Melur01 This user has been deleted
Post time 2-6-2006 02:57 PM | Show all posts
Originally posted by pee3 at 2-6-2006 12:13 PM



Melur01, If U don't mind boleh tak bagi alamat & no telefon ustaz tu!


Klinik ustaz Hj Abd Rahim
19a Jalan 17/24a
seksyen 17
40200 shah alam
no.tel 03-55416649

setiap hari (kecuali selasa & rabu - ustaz kat melaka, muar ataupun utara)
10pagi-6ptg

no hp ustaz tu tak bolehlah bagi...kena tanya sendiri kat ustaz tu... tak perlu bawa apa2...
Reply

Use magic Report

Melur01 This user has been deleted
Post time 2-6-2006 03:18 PM | Show all posts
experiance... nasihat ustaz tu setakat yang ingatlah...

"sesapa bagi tau yang anak ada saka, pegi dapur ambil kapak...kapakkan je orang atau bomoh yang bagi tahu tu, kita ni manusia..makhluk yang mulia...tak de saka-saka..."

ustaz ni kelakar sebenarnya... jika dia tak buat lawak...penat tu dari pagi sehingga kadang-kadang pukul 8-9mlm baru habis...

...satu hari tu... kakmelur sampai dalam pukul 5ptg... tengah duduk ...sampai sepasang suami isteri... yang si suami terus ke salah satu bilik nak baring... kurus kering kesian tengok husband dia...

kakmelur duduk sebelah wife dia... sebab ramai orang maka berkenalanlah kami...kakmelur ni jenis peramah...

dah tanya duduk mana? dari mana?   maka kakmelur pun tanya kat wife ni...
"suami akak ni ada orang pakai serban dan jubah warna putih jumpa dia.."

wife ni pun jawab
"ya..semalam suami akak ada kata dia mimpi org serban putih berjubah putih " diapun diam sekejap...
"mana adik tahu..."

kakmelur pun kata ...
"dia ada kat dalam bilik tu tengah berdiri sebelah suami akak"

wife ni jawab
"adik nampak ke"

wife ni bertambah hairan...
"adik boleh nampak benda-benda ni ke?"

kakmelurpun jawab
"boleh kak... bukan selalu...bila nampak je...macam tu je"

kakmelur tanya lagi,
"suami akak ni suka makan daging ye... yang lain dia tak suka"

wife ni jawab
"ya...dia nampak daging suka betul..tapi tengoklah kurus je..akak pun tak tahu..dah banyak kali dtg jumpa ustaz..."

KakMelur pun kata...
"akak tak boleh duduk rumah tu kot..."

wife jawab,
"nak pindah... akak duduk dgn mak mertua... mak mertua akak ni bomoh..."

ohhh kata hati kakmelur,
"susah ni nak baik kak... apa kata akak buat-buat tanya apa yang mak mertua akak tak boleh makan... yang tu aje yang boleh buat matikan benda-benda tu"

jawab wife ni
"tulah susahlah dik duduk serumah...berubat dgn ustaz...balik rumah kena lagi suami akak...sampai dah tinggal tulang dgn kulit je..., sampai dah berhenti kerja...nak dudukpun dia tak larat"

kesian tgk akak tu...

wife tu tanya...
"apa lagi adik boleh tengok... adik tengok kat akak ni ada ape2 ke?"

kakmelur jawab...
"tak de kot...saya ni tak boleh tengok org tanya macam tu... tiba-tiba je boleh nampak..."

maka bertukarlah no.tel... tak tahu pulak suami dia dah baik ke belum...

sambung lagi ye....  

kak melur selalu pergi jumpa ustaz tu sebelum baik... itu yang nampak macam-macam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055640 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list