limau_lemon posted on 2-3-2014 05:07 PM
something pasal perang dingin...iols tgk kt ig.
Perang dingin Shahrol - JepMINGGU lepas cerita gaduh, minggu ini pun hal yang sama diperkatakan dan kali ini melibatkan Shahrol daripada kumpulan Shiro dan Jep Sepahtu. Sebenarnya banyak versi kita dengar perihal mereka berdua ini. Ada yang kata Jep yang memulakan dahulu. Ada juga yang dakwa Shahrol yang memandai-mandai memanjangkan cerita. Pendek kata sama ada Shahrol atau Jep, kedua-duanya terang-terangan memang tak sebulu. Apa kes?
Seperti rakan-rakan media lain, Pancaindera juga cuba mendapatkan Jep untuk meminta komennya. Bagaimanapun sehingga ke hari ini, Jep seolah-olah enggan memberikan kerjasama.
Maka timbullah spekulasi bahawa memang Jeplah pencetus masalah dalam hal ini disebabkan tindakannya yang seperti mahu melarikan diri itu. Lalu peluang bertemu dengan Shahrol di sebuah lokasi penggambaran tempoh hari membolehkan Pancaindera mendapatkan penjelasannya mengenai permusuhan dengan pelawak yang dikatakan semakin naik tocang itu. Berikut ialah penjelasan anak jati Kluang, Johor ini.
Sana sini orang sibuk bercakap mengenai Shahrol dan Jep yang dikatakan bermusuh sekarang ini. Apa sebenarnya yang berlaku di antara anda berdua?
"Bermusuh? Saya lebih senang gunakan perkataan dingin. Tapi kalau ikutkan tak ada apa-apa pun. Mungkin disebabkan faktor tekanan pada malam final Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) tempoh hari jadi sampai sekarang orang ramai menganggap kami bermusuh."
Orang bercakap sebab perkara itu jelas kelihatan berlaku antara Shahrol dan Jep. Jadi memang betullah bermusuh ya?
"Saya dengan dia rapat. Kami kawan. Sebelum ini, Shiro dan Sepahtu tak pernah bertanding pada satu pertandingan yang sama. MLM menyaksikan kami bertemu di atas pentas yang sama sebagai pesaing untuk pertama kalinya. Ya, saya mengaku kami jarang bercakap dan bertegur sapa sepanjang pertandingan itu. Tapi saya faham itu mungkin disebabkan tekanan. Mungkin di antara kami ada strategi pertandingan dan cara bagaimana nak hadapi tekanan masing-masing. Saya pula sepanjang pertandingan banyak diamkan diri. Tak ambil peduli fasal orang apabila saya tertekan dan apabila saya berada dalam keadaan kerunsingan. Jadi mungkin dari situ, ada yang melihat kami ini macam bergaduh sedangkan di luar pertandingan kami okey saja."
Tekanan final MLM itu seolah-olah sekadar satu alasan semata-mata, tak rasa begitu Shahrol?
"Terpulanglah sebab saya dah berkata jujur dan ikhlas. Saya rasa bukan kami saja, peserta lain pun sama tertekan. Saya percaya Sepahtu juga begitu. Jadi apabila ada tak bertegur sapa, tak bersalam, tak bergelak sama menyebabkan banyak mata yang melihat kami seperti ada masalah, tak sebulu."
Berapa lama mengenali Jep?
"Sejak program Raja Lawak musim ketiga."
Jep yang Shahrol kenal bagaimana orangnya?
"Seorang yang sentiasa memberi nasihat dan saling menyokong teman-teman lain."
Sejak akhir-akhir ini banyak cerita tak sedap mengenai Jep timbul. Sekarang permusuhan dengan Shahrol pula. Apa komen Shahrol apabila ada yang mengaitkan bahawa isu ini juga timbul kerana Jep berlagak senior . Kerana itu melayan Shiro yang lebih junior seperti itu?
"Saya tak rasa ini ada kaitan dengan isu senioriti. Saya percaya dia profesional. Kami berada dalam industri yang sama. Dunia komedi Malaysia ini tak adalah besar mana pun. Kalau bergaduh pun bukan satu perkara yang mustahil. Tapi macam adik-beradiklah. Bergaduh kejap lkemudian berbaik semula. Cuma apabila hal-hal macam ini timbul membabitkan selebriti atau artis, jadi isu yang satu Malaysia nampak dan baca. Shiro sentiasa menjadikan Sepahtu idola. Kami pun dah lama mengagumi Sepahtu. Lagipun kamikan sekampung, sama-sama orang Johor. Kami hormat mereka."
Shahrol lebih berusia daripada Jep dan ada khabar angin mengatakan meski Jep lebih senior dalam bidang hiburan, dia bagaimanapun tidak menghormati Shahrol sebagai orang yang lebih tua daripadanya. Apa komen Shahrol?
"Saya tak tahu apa yang dia fikirkan. Tapi kalau saya jadi senior dan ada pelapis pelawak baru di kemudian hari, saya akan melayan dan menghormati mereka. Sebab kita sama-sama berada dalam satu industri. Saya bangga dengan industri komedi kita sekarang, sudah berkembang dan pelawak bukan sekadar kerjanya menghiburkan orang. Tetapi sudah punya satu tahap tersendiri dalam industri. Ibarat dalam satu asrama sekolah. Yang senior kenalah bantu yang junior untuk sama-sama berjaya. Bimbing mereka. Tak bolehlah meninggi diri. Kita kena anggap setiap hari adalah proses belajar. Tak perlulah nak aplikasikan sangat sistem senioriti ini. Kita semua sama."
Apa komen Shahrol jika diandaikan ada sesetengah pihak cuma menjadikan ini satu isu besar?
"Mungkin hal ini dah diketahui ramai maka ramailah yang percaya kami bergaduh. Tak apalah, tak perlu dipanjang-panjangkan. Kami okey."
i copy paste from utusan online je ni....Hmm nampak matang je jwpn en sarol kali ni.....sukew2...!hehhe i mmg minat die k! haha
Last edited by kgdangar on 3-3-2014 12:14 AM
|