Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 2,848 kes (408,236 kes kumulatif, 91.0%);
- Kes baharu : 3,973 kes (448,457 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,968 kes [3,540 warganegara (89.2%); 428 bukan warganegara (10.8%)];
- Kes aktif : 38,499 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :453 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 244 kes;
- Kes kematian : 22 kes (1,722 kes kumulatif, 0.38%; 22 warganegara);
- Jumlah kluster : 1,820kluster;
- Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,366 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 454 kluster.
Terdapat 22 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Selangor, lima (5) kesdi Kelantan, tiga (3) kes di Johor, masing-masing dua (2) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pahang. Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4yang disertakan bersama kenyataan media ini. PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI SELURUH NEGARA BERMULA PADA 12 MEI 2021 SEHINGGA 7 JUN 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan menerima keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, di mana Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Meskipun begitu, KKM juga berasa berat hati kerana memikirkan kesannya kepada sektor-sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, namun pendekatan ini terpaksa diambil Kerajaan memandangkan penularan COVID-19 didapati semakin meruncing di dalam negara. Dengan jumlah kes harian sekitar 4,000 kes, 38,499 kes aktif dan 1,722 kes kematian dilaporkan setakat 11 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan kesinambungan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional. KKM mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kita mesti bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Duduklah di rumah dan sekiranya perlu keluar untuk urusan yang penting, patuhilah SOP yang ditetapkan. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn). Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 11 Mei 2021 @ 5.00 petang. LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 11 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF | SELANGOR | 1,328 | 145,747 | SABAH | 50 | 59,003 | JOHOR | 384 (1) | 48,612 | WP KUALA LUMPUR | 483 (4) | 47,701 | SARAWAK | 512 | 36,321 | PULAU PINANG | 187 | 22,333 | NEGERI SEMBILAN | 126 | 20,026 | KELANTAN | 321 | 17,751 | PERAK | 140 | 15,863 | KEDAH | 174 | 11,596 | MELAKA | 79 | 8,168 | PAHANG | 85 | 5,951 | TERENGGANU | 93 | 5,034 | WP LABUAN | 3 | 2,491 | WP PUTRAJAYA | 8 | 1,479 | PERLIS | 0 | 381 | JUMLAH KESELURUHAN | 3,973 (5) | 448,457 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import LAMPIRAN 2 Ringkasan 22 kes kematian pada 11 Mei 2021 adalah seperti berikut: No. Kematian | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang | 1701 | Kelantan | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia | 1702 | Kelantan | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok | 1703 | Johor | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 1704 | Kelantan | Perempuan (WN) | 58 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 1705 | Selangor | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik | 1706 | Johor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit darah tinggi | 1707 | Selangor | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit Parkinson | 1708 | Sabah | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Tawau | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 1709 | Sarawak | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis | 1710 | Selangor | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Penyakit darah tinggi, strok, dan jantung | 1711 | Perak | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit darah tinggi dan jantung | 1712 | Perak | Perempuan (WN) | 64 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang kronik | 1713 | Kedah | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik | 1714 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 87 | Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan Parkinson | 1715 | Kelantan | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Pasir Mas | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia | 1716 | Johor | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 1717 | Kelantan | Perempuan (WN) | 56 | Jenazah dibawa ke Hospital Tumpat | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung | 1718 | Pahang | Lelaki (WN) | 85 | Hospital Kuala Lipis | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 1719 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, asma, dan jantung | 1720 | Selangor | Lelaki (WN) | 51 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – | 1721 | Selangor | Perempuan (WN) | 31 | Jenazah dibawa ke Hospital Ampang | Penyakit kencing manis dan Cerebral Palsy | 1722 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis |
*WN merujuk kepada warganegara. LAMPIRAN 3 Perincian 3,973 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN | SELANGOR | 1,328 | 118 | 697 | – | 513 | SARAWAK | 512 | 53 | 353 | – | 106 | JOHOR | 384 | 85 | 223 | 1 | 75 | WP KUALA LUMPUR | 483 | 47 | 266 | 4 | 166 | PULAU PINANG | 187 | 15 | 59 | – | 113 | KELANTAN | 321 | 44 | 214 | – | 63 | NEGERI SEMBILAN | 126 | 19 | 68 | – | 39 | KEDAH | 174 | 48 | 84 | – | 42 | PAHANG | 85 | 26 | 37 | – | 22 | PERAK | 140 | 81 | 28 | – | 31 | MELAKA | 79 | 40 | 25 | – | 14 | SABAH | 50 | 7 | 31 | – | 12 | TERENGGANU | 93 | 47 | 33 | – | 13 | WP PUTRAJAYA | 8 | 0 | 7 | – | 1 | WP LABUAN | 3 | 3 | – | – | – | PERLIS | 0 | – | – | – | – | JUMLAH KESELURUHAN | 3,973 | 633 | 2,125 | 5 | 1,210 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 MEI 2021 No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring | 1 | Jalan Haji Abdul Aziz | Keagamaan | Selangor | Klang | 7 | 33 | 2 | Pauh Lima | Keagamaan | Kelantan | Bachok dan Kota Bharu | 30 | 50 | 3 | Jalan Dato Setia | Keagamaan | Johor | Johor Bahru | 17 | 203 | 4 | Dah Penghulu | Keagamaan | Kedah | Kuala Muda | 27 | 42 | 5 | Jalan Utarid Lima | Tempat Kerja | Selangor | Petaling | 64 | 367 | 6 | Jalan Sepuluh Industri Miel | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat, Petaling, dan Gombak | 12 | 190 | 7 | Jalan Serkam | Tempat Kerja | Melaka dan Johor | Jasin, Melaka Tengah, dan Tangkak | 20 | 157 | 8 | Kota Warisan | Institusi Pendidikan KPM | Selangor | Sepang | 14 | 493 | 9 | Jalan Lingkaran Ilmu | Pendidikan Tinggi | Johor | Kulai | 13 | 107 | 10 | Jalan Mempelam | Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPM | Selangor | Kuala Langat | 31 | 105 | 11 | Bako Hilir | Komuniti | Sarawak | Kuching | 18 | 62 | 12 | Banggol Gajah Mati | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 28 | 60 | 13 | Dah Amanjaya 2 | Kumpulan Berisiko Tinggi | Kedah | Kuala Muda, Sik, Yan, dan Kota Setar | 28 | 102 |
|