CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: HEALING AND LOVE

 Close [Copy link]
Post time 7-11-2024 08:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 08:56 AM | Show all posts
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mohon Kebaikan Jauhi Keburukan

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها  أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَهَا هَذَا الدُّعَاءَ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا

Daripada Aisyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengajarkan suatu doa kepadanya: “Ya Allah, aku bermohon dikurniakan segala kebaikan yang hampir dan yang masih jauh, yang aku tahu dan yang aku tidak tahu. Dan lindunglah aku daripada kejahatan dan keburukan yang hampir dan yang masih jauh sama ada yang aku tahu dan yang aku tidak tahu. Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu semua doa kebaikan yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang hamba dan Nabi-Mu meminta perlindungan dari keburukan itu. Ya Allah, aku meminta kepada-Mu syurga dan segala yang mendekatkan menuju syurga, sama ada perkataan mahupun perbuatan. Aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan segala yang mendekatkan menuju neraka, sama ada perkataan mahupun perbuatan. Dan aku meminta kepada-Mu agar menjadikan semua takdir yang Engkau takdirkan untukku adalah kebaikan.” (HR. Ahmad no. 25019, Ibnu Majah no. 3846 dan Ibnu Hibban no. 869) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW sentiasa mendidik umatnya agar berdoa. Antara doa yang dipohon:

a.  Mohon dikurniakan segala kebaikan sama ada yang hampir mahupun yang masih jauh, yang diketahui mahupun tidak.

b.  Mohon agar dilindungi daripada kejahatan dan keburukan yang hampir mahupun yang masih jauh,  sama ada yang diketahui atau tidak.

.........(SAMBUNG DI KOMEN)..........
6 d
skuad_pengurusan_jenazah_malay's profile picture
.
c.  Memohon agar dikurniakan syurga dan segala yang mendekatkan ke syurga sama ada dengan perkataan mahupun perbuatan.
.
d.  Mohon berlindung dari neraka dan segala yang mendekatkan menuju ke neraka, sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan.
.
e.  Mohon agar Allah menjadikan semua takdir yang baik untuk kita.
.
2.  Ayuh kita amalkan doa ini:
.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا
.

07hb November 2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:31 AM | Show all posts
SPRM sekali lagi periksa premis dan kediaman pengasas platform e-dagang fesyen

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini sekali lagi membuat pemeriksaan ke atas beberapa premis termasuk kediaman milik pasangan pengasas platform e-dagang di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pemeriksaan itu bertujuan mendapatkan dokumen dan eksibit berkaitan serta maklumat aset dimiliki pasangan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Pegawai saya mengikuti mereka pergi ke rumah mereka dan mana-mana premis berkaitan untuk buat siasatan lanjut. Pegawai saya dalam proses buat siasatan terhadap premis dimiliki dua pasangan berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut seperti ambil dokumen dan sebagainya.

“Apa-apa perkembangan lanjut kita akan maklumkan, jadi siasatan kedua-dua ini masih lagi berjalan sebenarnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Kenderaan yang membawa pasangan pengasas platform e-dagang itu tiba di Ibu Pejabat SPRM hari ini. - Gambar BERNAMA
Terdahulu, pasangan suami isteri berkenaan hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 12.54 tengah hari untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Selepas hampir tiga jam, kenderaan yang membawa pasangan itu dilihat meninggalkan pekarangan ibu pejabat SPRM pada pukul 4.23 petang dengan pegawai yang memakai jaket SPRM turut dilihat berada dalam kenderaan berkenaan.

Menurut Azam siasatan kes masih di peringkat awal dan semalam serta hari ini merupakan proses merekod keterangan pasangan itu yang diteruskan dengan pemeriksaan dokumen dan aset.

Beliau turut mengesahkan SPRM telah mengambil keterangan daripada tiga lagi individu bagi membantu siasatan kes berkenaan namun tidak memberikan perincian lanjut.

“Setakat ini ada tambahan tiga kenyataan (keterangan) menjadikan sembilan orang telah dirakam percakapan mereka. Jadi mereka ini diambil keterangan untuk membantu persoalan mengenai akaun dan sebagainya,” katanya.

Setakat Isnin lepas, Azam dilapor berkata empat saksi dari PNB, Khazanah, dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terbabit.

Pada hari yang sama, SPRM juga telah menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... orm-e-dagang-fesyen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2024 09:32 AM | Show all posts
Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok: MOF



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR bermula 9 Disember ini.

Kenyataan itu turut menjelaskan baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.

“Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima hingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ia selaras dengan keprihatinan kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Pembayaran terakhir STR melibatkan peruntukan RM3.4 bilion, dan kerajaan telah menyalurkan hampir RM10 bilion kepada penerima STR dan SARA sepanjang 2024 berbanding RM8 bilion pada 2023,” menurut kenyataan itu.

MOF-STR 2 KUALA LUMPUR
BAYARAN AKHIR STR DISALUR SECARA - 2

Sementara itu, MOF memaklumkan di bawah Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion.

Perdana Menteri dipetik sebagai berkata peningkatan peruntukan itu sebanyak 30 peratus ialah yang tertinggi pernah diberikan kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat yang akan memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

“Kenaikan peruntukan ini merupakan hasil penstrukturan semula kewangan kerajaan yang mengambil pendekatan untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat terbanyak,” menurut beliau.

MOF memberitahu kerajaan juga mengambil pendekatan membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

Langkah itu bagi memastikan mereka yang layak, namun tiada dalam pangkalan data kerajaan tampil mengemukakan permohonan masing-masing selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan selain data daripada beberapa agensi kerajaan lain untuk disemak kelayakan STR 2025 mengikut syarat yang ditetapkan,” menurut kementerian itu.

MOF dalam pada itu, menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

“Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu,” menurut kenyataan itu.

Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai STR, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF iaitu 03-8882 4565/4566.


https://www.utusanborneo.com.my/ ... at-bermula-esok-mof

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Me going out today, later will come back here
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Adiosss
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:37 AM | Show all posts
ok off.. nanti petang or dlm perjalanan saya masuk lagi

tata titi tutu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:37 AM | Show all posts
take care

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:58 AM | Show all posts
Vellfire replied at 7-11-2024 08:32 AM
giler kentang 10K seminggu..

ada brann

aku x sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 10:03 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 7-11-2024 08:04 AM
Moneng tari

Nov dah mamam ns lmk sblm start kj td. Tari bekpes ape?

pagi ni mkn karipap 2 ketul + bihun telur mata+teh o limau panas
byk betul mkn arini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 10:24 AM | Show all posts

Amein Amein Amein Ya Rabbal Alamein.

Belum runtuh lagi rumah ni...

Sarapan yuk...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Comments

bestnya sarapan  Post time 12-11-2024 10:25 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 10:26 AM | Show all posts
Baru baca berita tadi influenza yang popular di IG mati sebab salur darah pecah ketika proses sedut lemak di sebuah klinik...

Seramnya....

Innalillah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 7-11-2024 10:03 AM
pagi ni mkn karipap 2 ketul + bihun telur mata+teh o limau panas
byk betul mkn arini

Br nk kata bnd yg sm. Ade selera mkn je. Nov pun klu byk bnd dpn mata. Ngap je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2024 11:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.421452 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list