|
Tangani kos sara hidup
Oleh Kamarulzaidi Khamis dan Magendran Rajagopal
[email protected]
2011/10/07
PERDANA MENTERI yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak memasukkan buku rahsia besar Belanjawan 2012 sambil dibantu Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (dua dari kanan) selepas meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan hari ini.
Belanjawan 2012 dibentang Perdana Menteri tumpu dasar baru atasi beban rakyat
PUTRAJAYA: Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini akan menumpukan kepada dasar-dasar baru terutama bagi menangani kos sara hidup rakyat.
Najib menggambarkannya sebagai ‘belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia’ yang menekankan kepada pendekatan inklusif tetapi sederhana.
“Belanjawan itu akan memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat. Tumpuan yang diberikan termasuk dasar baru untuk menangani kos sara hidup dalam keadaan yang sukar tetapi pada masa sama mengekalkan pendekatan fiskal yang bertanggungjawab dalam pengurusan ekonomi.
“Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan yang mengotakan semua janji bagi memastikan keadilan sosial dan pada masa sama, mengekalkan hala tuju negara di landasan ekonomi yang berupaya memberikan kemakmuran jangka panjang kepada semua.
“Selaras dasar 1Malaysia yang menjadi panduan iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya memberi tumpuan penuh kepada kesinambungan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit tetapi tidak akan sekali-kali menjejaskan kebajikan rakyat biasa.
“Ini adalah belanjawan transformasi bagi semua rakyat Malaysia yang sebenarnya akan mengukuhkan kedudukan kita dalam hala tuju mencapai status negara maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.
Di KUALA LUMPUR, penganalisis menjangka Belanjawan 2012 menggariskan inisiatif untuk terus merangsang ekonomi domestik ketika negara mengharungi kesan ketidaktentuan ekonomi global serta membantu rakyat, terutama berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kenaikan harga barangan khususnya makanan.
Belanjawan itu dijangka terus bersifat belanjawan pengembangan dengan kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan awam serta memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan, meningkatkan taraf hidup rakyat, merangsang pembangunan modal insan dan memperkukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan.
Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan langkah dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi usaha mencapai sasaran yang digariskan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Penganalisis menyifatkan pembentangan belanjawan kali ini paling mencabar sebagai persiapan menghadapi jangkaan satu lagi kelembapan ekonomi ekoran masalah kewangan Eropah, kelembapan ekonomi AS serta pertumbuhan perlahan ekonomi China.
Antara langkah belanjawan yang secara umumnya dijangka dibentangkan Najib adalah:
* Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.
* Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
* Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.
* Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun
* Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.
* Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
* Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.
* Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.
* Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.
* Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.
tada pun cakap pelarasan gaji........ |
|
|
|
|
|
|
|
bantuan tuk anak2 skolah je dpt bukan bonus..gaji kakitangan sokongan naik tp tak smpai 40% hoccay |
|
|
|
|
|
|
|
bantuan tuk anak2 skolah je dpt bukan bonus..gaji kakitangan sokongan naik tp tak smpai 40% hoccay { ...
ainiz81 Post at 7-10-2011 08:51
dlm30%
so dptla kenaikan sikit je tolak elaun kot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 644# cmf_raudah
pun tak smpai kot |
|
|
|
|
|
|
|
gaji atau bonus tak umum lagi, tapi rega ayam dah siap2 naik... |
|
|
|
|
|
|
|
skalinye bonus semata mata yang diberi..
puteh mata yang dok mengharap |
|
|
|
|
|
|
|
infor terkini.......
pembentangan bajet 2012 ditunda ke jumaat minggu hadapan 14.10.11 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_raudah
pun tak smpai kot
ainiz81 Post at 7-10-2011 08:53
kompom la tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
hoi!!! korang dok berforem ni, bila nak start keje hah? |
|
|
|
|
|
|
|
hoi!!! korang dok berforem ni, bila nak start keje hah?
jalakpura Post at 7-10-2011 09:20
tu la plsl... sibuk nk kenaikan gaji... tp time keja sibuk berfoum...
mmg x dpt la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tnggu je ptg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_raudah
pun tak smpai kot
ainiz81 Post at 7-10-2011 08:53
Alah..kot dapat pun lam lingkungan 20% kenaikan gaji..pun dah kira ok, asal gomen dapat tambah subsidi pada harga barang2 keperluan..
Gaji naik, harga barang2 pun sama naik..macam tak logik je kasi naik gaji...camner rakyat yg lain yg tak naik gaji..dah lah tak naik gaji, terpaksa plak tambah duit utk menampung kenaikkan harga barang dari kenaikkan gaji kakitangan kerajaan ini...tak adil la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 655# Anak_Nogori
mmg pun govt alert ttg semua tu..thts y tak jd bg 40%..antara sbb2 nya le |
|
|
|
|
|
|
|
Manfaat untuk semua - PM
Najib Tun Razak diiringi Ahmad Husni Hanadzlah, Dr. Awang Adek Husein dan Wan Abdul Aziz Wan Abdullah bagi melakukan tinjauan persiapan akhir Belanjawan 2012 di kementerian Kewangan, Putrajaya, malam tadi. - utusan/Zaki Amiruddin
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Belanjawan 2012, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok, disifatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "Belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia".
Menekankan pendekatan inklusif kerajaan, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, lebih ramai akan menikmati manfaat daripada belanjawan sederhana dan berhemat pada tahun ini.
Intipatinya akan termasuk dasar-dasar baharu untuk menangani kos kehidupan dalam waktu-waktu sukar dan pada masa sama, mengekalkan pendekatan bertanggungjawab dari segi menjamin kedudukan fiskal dalam menguruskan ekonomi.
"Belanjawan ini adalah mengenai kerajaan mengotakan janji-janji kami untuk menjamin keadilan sosial dan pada masa sama, memastikan negara kita berada di landasan ekonomi yang kukuh yang akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan jangka panjang untuk semua.
"Ini belanjawan transformasi yang sebenar untuk semua rakyat Malaysia, iaitu yang akan menentukan hala tuju kita ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," kata Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya sebelum pengumuman Belanjawan 2012, esok.
"Selaras dengan prinsip 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan — saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit, tetapi tidak akan berbuat demikian dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat biasa," katanya. - Bernama. |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpu beban sara hidup
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berharap Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan esok dapat memberi fokus mengurangkan beban sara hidup rakyat yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, penyelarasan gaji kakitangan awam amat dinanti-nantikan kerana ia bukan sahaja mampu mengurangkan kadar kemiskinan tetapi menyuntik semangat baru kepada mereka.
"Pembentangan belanjawan kali ini dilihat cukup penting bagi penjawat awam, bagaimanapun berapa peratus kenaikan gaji biarlah ditetapkan sendiri oleh kerajaan.
"Kerajaan telah begitu prihatin dengan memberi bonus setengah bulan dan jika bonus dua bulan diberikan sudah tentu ia satu sejarah kepada kakitangan awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berharap kerajaan memberikan insentif tertentu bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan rendah.
Presidennya, Datuk N. Marimuthu berkata, antara lain kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian kupon makanan dan memperluaskan Kedai Rakyat 1Malaysia.
"Saya percaya kali ini kerajaan akan memberikan yang terbaik bagi membantu rakyat menangani kos hidup seperti yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini," katanya.
Timbalan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk FD Iskandar FD Mansur berkata, dalam membantu rakyat memiliki rumah, skop tangga gaji perlu diperluaskan dan tidak dihadkan kepada pendapatan isu rumah RM3,000.
''Skim Rancangan Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini amat dialu-alukan.
"Kerajaan Persekutuan juga perlu mengambil inisiatif dalam pembinaan rumah mampu milik di bandar-bandar besar dengan memperluaskannya kepada pihak pemaju lain," katanya.
Persatuan Ibu Tunggal Islam berharap kerajaan dapat memberi penelitian mengurangkan kos yuran pelajaran dan perubatan dalam Belanjawan 2012 esok.
Pengerusinya, Haziah Haniza Abd. Wahab berkata, langkah tersebut dapat mengurangkan beban ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras menampung kehidupan keluarga serta kedua-dua keperluan itu.
"Sayang, kalau anak-anak mereka yang bijak terkandas dalam pelajaran hanya disebabkan ibu tunggal tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menyekolahkan anak-anak," katanya.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman pula berharap kerajaan menyelaraskan kadar sewa yang dikenakan oleh stesen-stesen minyak terhadap para pembekal seluruh negara.
Katanya, kini kadar komisen yang diterima oleh pembekal bagi petrol adalah 12.19 sen seliter manakala diesel, 7 sen seliter.
"Kenaikan kadar sewa antara RM6,000 hingga RM7,000 sebulan daripada RM4,000 hingga RM5,000 sebulan merupakan satu bebanan.
"Penyelarasan gaji minimum mungkin akan menambah beban kepada para pembekal minyak jika kadar sewaan tidak diseragamkan apabila terpaksa menanggung kos lain termasuk kenaikan gaji pekerja," katanya. |

semua mengharapkan yang itu..yang ini...tp apa pun tunggu jelah petang ni apa kesudahannya ...mungkin kecewa, mungkin suka sgt dan sebaliknya...apa pun bersyukurlah ...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|