|
Saya pernah berjumpa dgn seorang ustaz ni, kerana saya mempunyai masalah rumahtangga. To cut the story short, saya terkejut bila ustaz ni minta gambar suami saya, dia kata suami saya mempunyai saka.
Ustaz ada memberi ayat2 quran untuk saya amalkan dan air untuk diberi pada suami, katanya ini cara halus supaya saka itu ingin keluar, tetapi untuk keluarkan saka, saya mesti bawa suami berjumpa dgnnya.
Masalahnya sekarang, suami saya ni jenis tak percaya benda2 ni. Ustaz tu pun tau memang suami saya ni jenis "susah banyak "(kata ustaz tu ). So sekarang macam mana? Macam mana nak convince suami tercinta untuk berjumpa dgn ustaz tu?
Nak di buat cerita lagi, my youngest child lately ni asyik tantrum je...pun i senyap2 bawak gi jumpa Ustaz tu... dia pun kata memang ada saka dari sebelah husband I.... so dah turun plak... memang my husband je yang boleh redakan daughter I tu.... sejenis kot?
Sesiapa ada suggestion macam mana nak bawa orang yang tak tau dia ada saka / tak percaya saka2 ni berubat? Thk u! |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by sharkie at 23-8-2006 01:58 PM
Saya pernah berjumpa dgn seorang ustaz ni, kerana saya mempunyai masalah rumahtangga. To cut the story short, saya terkejut bila ustaz ni minta gambar suami saya, dia kata suami saya mempunyai saka ...
Hmm..bukan senang org nak percaya diri sendiri sakit..biasanye cam tu la..kecuali dah tak leh bangun menempek atas katil barula percaya...saka ni dia tak buat kerja..kalau badan kita tak de msalah..tapi dia akan aktif bila kita ade masalah pada sistem badan kita...jadi mungkin hubby Sharkie tak rasa kesan saka dalam tubuh dia..sebab tu dia tak percaya..yang penting sharkie kena banyak bersabar...bukan senang nak yakin kan hubby...kecuali something berlaku pada dia...hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #662 aturcara's post
Signs tu memang ada...i pernah baca artical dari sorang ', dan signs yang ada ada suami ialah, panas baran (tak kisah apa hal) & lower back pain... urut macam mana pun sakit jugak. Part ibadat pun...kureng sikit (maaf kalau saya memburukkan hubby tapi ni hakikatnya). Lepas jumpa ustaz tu, hubby memang macam mamai2 sikit... asyik lupa2...pening je... kot saka tu bergolak dlm badan kot. Ustaz tu kata that is a good sign tapi jgn beritau hubby yang dia ada saka... tapi susah jugak nak convince a person in the medical line dengan perubatan islam ni...
I pernah cakap dgn dia, kalau i kata "ada 'benda lekat' kat nak awak ni, awak caya tak? Kalau benda tu dari family saya?" Pastu dia jawab"ngarutlah... percaya le benda2 gitu. Budak2 biasalah".
Rasa nye nak sampai daughter I cakap dgn suara garau macam exorcist tu baru dia nak caya kot... hmmm entahlah.
Anyway, he is the posting I receive about MAKHLUK HALUS & SAKA:
Assalamualaikum .w.b.t
GANGGUAN MAKHLUK HALUS & SAKA
kali ini Ana terpanggil untuk menulis atas tajuk di atas kerana memandangkan terlalu ramai di antara masyarakat kita yang diganggu oleh Jin jenis ini. Apabila kita sebut SAKA mungkin ramai yang menyangka harta pusaka. Kalau harta pusaka alangkah baiknya.......semua org menunggu-nunggu untuk mendapatkannya.
Tetapi apabila kita menyebut SAKA, ramai yang terkejut....apakah bendanya tu.....Saka adalah gangguan jin yang didapati turun temurun selama 7 keturunan. Kebanyakan mereka yang ade saka ni terdiri dari mereka yang berasal dari tanah seberang esp: kaum Minangkabau (negeri Sembilan), Bugis di Johor & Perak, Selangor, Banjar & Jawa. Dan tak lupa gak bagi mereka yang dari asal keturunan Cina.
Datuk nenek moyang kita dahulu sebelum mereka berhijrah ke Tanah Melayu ni....mereka sering bersahabat dengan Jin untuk membantu mereka dalam urusan kehidupan seharian. kebanyakan yang datang ke sini terdiri dari petani, nelayan & pekebun. Pada ketika itu Tanah Melayu masih lagi dalam keadaan hutan belantara. Jadi tak heranlah bila mereka ini bersahabat dengan Jin untuk membolehkan mereka meneroka tanah di Semenanjung dan membuat penempatan. Tambahan pula zaman dulu mana ade teknologi moden eg: Gergaji, jentolak buldozer etc...........untuk menebang pokok-pokok hutan. Mereka menggunakan perkhidmatan Jin Afrait ini untuk melalukan kerja semua tu.
Apabile mereka membuat perjanjian dengan JA nie.....Jin pun cerdik jugak sbb dia pun minta jasanya dibalas jugak. Iaitu setiap bulan penuh atau bulan purnama datuk nenek moyang kita akan memberi jin makan yang dikenali BUANG ANCAK. Tetapi malangnya kini telah diharamkan sbb terdapat unsur-unsur syirik. Semasa dulu kala kata bapa Ana kalau mereka yang tinggal di pantai pasti ade pesta puja pantai (semah) untuk beri makan hantu laut....@ SAKA laut. Kalau tak beri makan mereka akan mengganggu anak cucu nak bekerja mencari nafkah seharian.
SAKA terbahagi kepada 2 jenis iaitu SAKA laut & SAKA darat. Saka laut terdiri dari Saka Buaya, saka ular, saka naga manakala saka darat terdiri dari Saka Jin Afrait, Saka Harimau. Inilah jenis saka yang popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Bagi mereka yang mempusakai saka laut kebiasaannya akan berasa sejuk dari pinggang ke bawah. Sejuk yang dirasa bukanlah senantiasa tetapi ade waktu-waktu tertentu. Mereka yang ada saka buaya @ naga kerap kali akan menderita sakit dibahagian muka esp: bahagian mata. Mata akan rabun dah buat opr banyak kali pun tak meninggalkan kesan langsung.....lebih jelas bagi mereka yg dah berumur lanjut. Selalu sakit di bahagian pinggang & rahim (bagi kaum wanita). Dimana sang ular itu membelit pinggangnnya. Bagi kaum wanita saka akan berumah di dalam rahim ( pasti akan ade gangguan dlam rahim) samaade haid tak teratur, ade ketumbuhan @ tumpah darah yang banyak.
Saka darat pula esp: Jin Afrait, akan terdapat gangguan fikiran & perasaan. Sesekali kena sesak nafas (bernafas tak puas) sakit dada.....lupa lalai nyanyuk esp; ketika solat lupa rakaat solat......kerap sakit dari bahagian bahu ke atas (migrain), sakit tulang belakang (slip disk). Bagi lelaki sakit tulang belakang bawa ke pinggang hingga ke pangkal peha (kadang kala alat kelamin tak function). Sakit lutut bagi perempuan yg mencecah 40an, haid terganggu. Terdapat lebam-lebam di peha (esp: wanita) sbb dihisap oleh Jin. Sering terdengar org memanggil nama bila bersaorangan. Sering berasa ada seseorang berada di belakang kita. Tapi bile kita toleh tiada.
Saka harimau kebiasaanya ade tanda kat umah kita spt cakaran harimau.....kadang kala terdapat di badan juga.....Bagi mereka yang boleh melihat alam ghaib, dpt melihat mata org yang ade saka harimau berwarna merah dan muka mereka bertukar wajah harimau, sekali pandang.
Setiap saka pasti akan ada binatang belaan samada langsuir, pontianak, monyet, Jembalang Tanah etc..........kesemuanya itu dipanggil dampingan. Dampingan jin ini akan mengganggu tuan badan dan juga org yang berada di sekelilingnya. Mengapa SAKA menggangu kita sbb anak cucu mereka sudah tidak lagi percaya pada benda ini dan tidak lagi memberi makan atau mengendahkan mereka lagi...Justeru itu SAKA ini akan mengganggu cucu-cicit keturunan datuk nenek moyang yg memiliki SAKA ini.
Mungkin keterangan Ana ni boleh membantu saudara/i di sana untk mengenalpasti penyakit saudara/i. Jangan sampai SAKA ini mempengaruhi keseluruhan kehidupan kita. Peranan SAKA ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memporak perandakan rumahtangga, hubungan keluarga, masysarakat. Sbb Iblis dah berjanji di hadapan Allah untuk menggoda anak Adam hingga ke hari Qiamat. Itulah peranan SAKA.
Berapa ramai masyarakat kita yang bercerai berai hanya kerana SAKA......tapi mereka tidak mengetahuinya. Berapa ramai yg menderita sakit, wang ringgit habis harta tergadai disbbkan oleh SAKA......Malangnya masyarakat moden hari ini tak yakin akan kewujudan SAKA, kewujudan jin Afrait etc............mereka lebih percayakan perubatan moden bila sakit....untunglah DR sbb pendapatan lumayan hasil dari masyarakat yang sakit nie.........
Rata-rata masyarakat kita sanggup bergolok bergadai untuk menampung kos perubatan di pusat-pusat pakar perubatan moden...tapi malangnya hasilnya tiada........nak salahkan siapa............bukan salah ibu mengandung........
Kerap lah buat muhasabah diri.....pastikan diri anda tidak diganggu oleh saka. Jangan sampai rumahtangga yang dibina hancur berkecai panas bak api membakar....pantang bertemu asyik nak bertengkar aje....bile berjauhan rindu bagai nak pecah dada.....anak-anak menjadi mangsa dera......akhirnya kita juga yang rugi......
Sekian, untuk tatapan umum....Yang baik itu semunya dari Allah dan yang lemah dan buruk itu dari kelemahan dari Ana sendiri.
Wassalam.
From: Rohana Ariffin (Saujanaku mail) |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sharkie boleh jadikan penerangan kupia sebagai panduan... mungkin boleh pasang cd Al Quran... macam saya, benda alah tu tak mengganggu rumah tangga kami, alhamdulillah... ada kawan kat ofis saya ada masalah sama macam sharkie... sampai dia terasa macam ada orang dok hasut dia supaya minta cerai ngan hubby dia, tapi alhamdulillah, dia kuat dan lawan benda tu... saka tu sebelah suami dia... rasanya dia dah berubat kat Penang... sekarang ni dia mengandung anak kedua...
memang susah nak yakinkan orang... macam saya pun, dulu saya tak percaya langsung benda2 ni, bila dah kena kat batang hidung sendiri, baru termenung panjang... suami saya pun mulanya tak percaya benda2 ni, tapi memandangkan dia menyaksikan sendiri dengan mata dia penderitaan saya, dia percaya... di tambah pulak dengan penerangan imam dan ustaz, dia sekarang lebih memahami dan supportive...
sharkie jangan putus asa dan jangan biarkan benda hancurkan hidup kita...kuatkan semangat... |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
kita dulu masa 1st2 tau tentang perkara ni semua..bila buat check ngan sorang ustaz yang pengamal alternatif ..dia kata ade gangguan Jin dalam badan..kita terfikir nak bgtau camne la kat hubby...sebab ingat hubby tak caya...tapi alhamdulillah..hubby caya rupanya ..dan dia turut membantu sampaila sekarang ni...hmmm..mujurla dia faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aturcara at 23-8-2006 03:50 PM
kita dulu masa 1st2 tau tentang perkara ni semua..bila buat check ngan sorang ustaz yang pengamal alternatif ..dia kata ade gangguan Jin dalam badan..kita terfikir nak bgtau camne la kat hubby...se ...
sokongan suami penting buat kita... sebab, kita nak berubat pun kena mintak izin dia...
bila suami bagi sokongan, kita pun akan lebih kuat semangat.. harap sharkie akan dapat yakinkan suami dia:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Thank u to harumanisz & aturcara support & suggestions. I akan cuba convince by hubby slowly... it might take time tapi i tekad jugak... yelah, i tak nak lah benda ni sampai ke nak cucu... cukuplah takat generation je. insya-allah.
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
don This user has been deleted
|
Originally posted by harumanisz at 23-8-2006 09:34 AM
hmm... pelik tapi benar... ustaz ni ubatkan saya kat surau yang dia bina depan rumah dia... bayaran yang kita sedekahkan kat dia tu... dia gunakan untuk surau tu la... saya pun confius... pak sedar ...
setahu saya le....bahasa 'khadam ayat' yang selalu kita dengar dari orang ramai...adalah bahasa pasar....sebab setiap huruf dari ayat2 Quran tu ada malaikat yang jaga...jadi Allah berfirman tidak ada sesiapa pun di muka bumi ni yang boleh mengubah Kitab AL QURAN, sebab tentera2 Aku menjagaNya.
Dan bumi ini terbahagi kepada 8 Bahagian.....setiap 1 bahagian di jaga oleh wali2 ALLAH.Dan nisbah 1 manusia bersamaan dgn 9 jin....9 jin bersamaan dgn 90 malaikat... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by don at 23-8-2006 04:34 PM
setahu saya le....bahasa 'khadam ayat' yang selalu kita dengar dari orang ramai...adalah bahasa pasar....sebab setiap huruf dari ayat2 Quran tu ada malaikat yang jaga...jadi Allah berfirman t ...
:setuju: dng pendpt Don...inilah sprt yg diajar oleh Syeikh Soulha di Egypt Sidi Syeikh Mokhtar r.a..... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun.. setiap huruf dlm Al-Quran ada khadam dia sendri.. jd, kalo beramal dengan ayat tertentu,. mmg leh dapat khadam tuh.. itu pun kalo betul caranya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by soulha at 23-8-2006 05:25 PM
:setuju: dng pendpt Don...inilah sprt yg diajar oleh Syeikh Soulha di Egypt Sidi Syeikh Mokhtar r.a.....
mmg pun.. setiap huruf dlm Al-Quran ada khadam dia sendri.. jd, kalo beramal dengan ayat tertentu,. mmg leh dapat khadam tuh.. itu pun kalo betul caranya..
Sukar untuk menangkis kepercayaan di kalangan masyarakat kita orang Melayu tentang masalah khadam ayat ini. Mari kita lihat sati pandangan alternatif mengenai soal ini bukan untuk berbalah semata mata untuk bertukar pendapat.
Ustaz Prof Dr. Jumadi Mustar yang juga mengaji di Mesir dalam banyak kertas kerjanya menyatakan hadis hadis mengenai kadam dan ilmu huruf didapati semuanya hadis maudhuk belaka (hadis yang direka reka) |
|
|
|
|
|
|
|
hmm... alhamdulillah begitu berinfomasi sekali thread ni... banyak penerangan yang boleh dijadikan garis panduan...
terima kasih semua atas ilmu yang dicurahkan... semalam suami ada bagitau saya ada kawan dia nak kenalkan ngan sorang ustaz ni.. kat Kajang kot... tapi saya belum dimaklumkan namanya... insya Allah lepas jumpa ustaz tu... saya akan update kat sini perkembangan terbaru saya...
kebelakangan ni gangguan tu agak kuat... tapi alhamdulillah, saya masih berupaya melawan... |
|
|
|
|
|
|
|
begitulah harapan cfu dan geng2 lain yang banyak memberi sumbangsaran berfaedah melalui pengalaman...disamping diselitkan humor2 yg sedikit sebanyak dapat menceria geng2 yg sedang menghadapi tekanan......terimalah teguran2 secara terbuka........cfu tak kisahhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
maaf nak tanya. mcm mana kita nak tau kalo org tu ada saka. I mean dari penampilan & gaya hidup dia ada perbezaan tak ngan org lain.
KLUE 4
KLUE BERIKUT MASIH DI DALAM THREAD INI..TERUSKAN MENCARI SAMBEY NEK KUDA...YIHAA!! ![](http://www.forumup.it/images/smiles/Loscrigno_rodeo2.gif)
SALIN HURUF INI - K
[ Last edited by BabeYSHa at 9-3-2007 02:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
grenbara This user has been deleted
|
Dibawah ini ada link yg berkaitan ngan apa yg dibincangkan.
Perlu diingat segala bahan adalah bersifat ilmiah. Jadi baca perlahan lahan dan fahamkan kandungannya.
Jika membaca seperti baca majalah urtv, mangga, pentas hiburan dll,
saya menasihatkan anda supaya jangan membacanya kerana apa yg cuba disampaikan tidak akan tercapai.
Faham disini bermaksud ... jadikanlah ianya sebagai panduan hidup kita dan jika berkesempatan sampaikanlah kepada yg memerlukan secara ilmiah juga.
1. Roh kuat elak gangguan saka
2. Bersahabat dengan jin boleh mengundang syirik
3. Kenali khadam ayat
4. Khadam ayat bukan manusia, jin atau malaikat
Jika tidak faham... bertanya ... bukannya membuat tafsiran sendiri yg ditakuti menyimpang dr asal
dan paling penting sekali ....
Jangan sesekali memberi komen jika kita sendiri dlm keadaan kabur.
Dalam bab aqidah ni jika silap sikit boleh tergelincir kita dr landasanNYA
dan ketika tergelincir ini kita pun "dipanggil kembali" oleh NYA maka akan cilaka lah jawabnya.
Dalam sedar atau lalai aqiah perlu dipertahankan.
** Maaf! Bukan aku menghalang kalian dr memberi komen tetapi berhati hatilah dengan komen2 itu kerana jika silap maka komen2 yg silap itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. |
|
|
|
|
|
|
aturcara This user has been deleted
|
Originally posted by tiwol_ayu at 24-8-2006 12:00 PM
maaf nak tanya. mcm mana kita nak tau kalo org tu ada saka. I mean dari penampilan & gaya hidup dia ada perbezaan tak ngan org lain.
boleh selak page yang lepas2...memang ade yang bgtau tanda2 ade org yang ade "benda alah" ni camne gaya hidupnye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mily ada ah jugak pernah namapk org yg ada saka nie..maser tue skool men form 5 lg. Die budak lelaki form 2. Raser2 nyer tue family die yg turunkan ah..kesian Mily nengok. Sbb dlm kelas pon die kene kaco ngan saka die..x puas hati kot..kadang2 bler time die kene kaco tue..satu kelas dia kuar sbb die akan kene campak dr hujung kelas ah..siap terpelanting meje lg..nengok die. Ustaz pon dah x leh buat aper2 dah sbb mende tue degil sngt. Kadang2 tengok die luka2..esok dtg kelas dah x der langsung kesan luka2 tue..tp kesian ah die..mcm ner ah die amik exam PMR tue..ntah mcm ner ah die skrg..slalu nampak die sorang2..xder saper berani dekat ngan dia..actually die baru pindah..maybe die byk kali pindah dah kot..ishk. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 23-8-2006 10:34 PM
Sukar untuk menangkis kepercayaan di kalangan masyarakat kita orang Melayu tentang masalah khadam ayat ini. Mari kita lihat sati pandangan alternatif mengenai soal ini bukan untuk berbalah ...
Ok..saudara kupia....thnk Q atas pandangan anda tu...sblm tu sy nk bertanya awak faham tk apa maksud khadam?
mungkin rata2 orng melayu (pasar) sebgaimana pandangan Don...menganggap khadam tu adalah sejenis makhluk..atau orang suruhan...untuk dibuat kerja..maka di sinilah tafsiran bg orng biasa boleh berlaku..menganggap bahawa khadam pd ayat itu adalah JIN....untuk merawat pesakit...
tapi apa yg soulha nk komen dan fahami bahawa KHADAM yg ada pd ayat al-quran itu,adalah PENJAGA shj bukan khadam yg membawa maksud orng suruhan..
untuk pengetahuan..setiap ayat2 pd al-quran ada..khdam dia..khadam disini..bukan sejenis makhluk yg dibuat suruhan..
tp ayat2 al-quran ini diperintah oleh s.w.t bahawa dia mempunyai khadam (penjaga).iaitu malaikat...
---------> Ustaz Prof Dr. Jumadi Mustar yang juga mengaji di Mesir dalam banyak kertas kerjanya menyatakan hadis hadis mengenai kadam dan ilmu huruf didapati semuanya hadis maudhuk belaka (hadis yang direka reka)<-------
mengenai nk sangkal hujan Uzt.Jumadi tu...no komen sbb sy tk melihat fakta dia.. sy kenai dng dia...ttp perlu diingat ilmu ini terbahagi kpd 2
1-Ilmu Kasbi-----Ilmu yg perlu, daya usaha dan dicari.
2-Ilmu wahbi---Ilmu yg tuhan beri khusus kpd seorng hamba yg tk perlu kpd title seseorng..."MIN LADUNNA 'ILMAN"
Contoh terbaik sprt didlm alquran...bagaimana ilmu saidina khaidir..lebih tinggi drp saidina Musa a.s...walaupun beliau seorng nabi dan rasul...dan saidina khaidir adalah nabi shj...dn berulang kali beliau memesan kpd saidina musa supaya bersabar...dng kerenahnya...maka disini perlu kita tahu ada satu ilmu yg tuhan pilih untuk hamba yg terpilih...
dan selama belajar dng syeikh disini..kamii tidak pernah diajar pula untuk beramal ayat2untuk mendpt khadam...cuma katanya..manusia nie ada beberapa darjah yg dibuka hijabnya...klu kena caranya...
Sepertimana peristiwa Malam Isra' Mikhraj..rasullululah sendiri ada khadam beliau..yg terdiri dr kalangan2 malaikat...
Saidina jibrail semulia2 mkhluk dialam ghaib sendirii yg telah dijadikan oelh cahaya tidak dpt menebusi selepas langit ke7 ....sprt sabda hadis...SEKIRANYA DIRIMU (SAIDINA JIBRAIL) MENDAHULUIKU (Naik kelangait) MAKA KAMU AKAN TERBAKAR...hanya rasullulullah s.a.w. dimlm israk walmikraj jer dpt melaluinya..maka CONTOH pd peristiwa ini.. khadam pd rasullullulah s.a.w tu adalah malaikat..maka disini khadam bkn utnuk dperihambakan tp adalah sebagai pelihara...dan betapa manusia tu adalah lebih mulia...
mungkin perbahasan ini agak tinggi untuk diperbincangkan..dan bekemungkinan penyampaian guru yg tdk sampai maksud membuat manusia biasa mencari peluang...atau tersalah faham mengenai satu2 perkara...dan kita sbgai hamba biasa..perlu tahu bahawa..antara alam2 nie ada beberapa hijab saja yg dibuka untuk kita...dan kekadang memerlukan bantuan kepada Makhluk yg allah s.w.t pilih...sama ada dikalangan Jin yg Islam dan waliullah....yg berlaku sendiri dng Izin tuhan jg...
...tp jng salah ertikan bkn untuk dikhdamkan ayat tu... ttp benda tu nuteral...contoh kenapa perlu kita membaca bismillah sblm minum dan makn..ataupun berdoa...tk bolehkah minum terus...so, disinilah bahawa ayat quran tu ada khadamnya....
sprt coretan kupia ada mengatakan khadam ayat ini adalah dr manusia yg ma'sum mati..dan kebetulan masuk kedalam diri manusia..wallahualam...sbb kita hanya mendgr sblh pihak jer..dan berkemungkinan betoi tp bkn sprt yg sy faham ttg nie... sy tk nk komen untuk orng yg beramal menjadikan ayat2 quran ini untuk mendptkan khadam...
mungkin ini jawapan2 pd maksud ayat quran yg beri......mungkin terpesong..dan dikalangan orng kita sendiri yg mudah dipengaruhi dng golongan agamawan..dan orng agama tu sendiri kekadang tersalah tafsir dn tk sampai maksud ayat quran...yg penuh dng makna tersirat.....dari segi nahunya..dsbg...dan mengtafsir dtngh2 ayat untuk kepentingan....wallahualam......
perlu kita ingat JIN terdiri..drp Jin Baik & Jin Jahat..Jin mula menerima Islam pd zaman Nabi kita Muhammad s.a.w sahaja..dan Jin yg Jahat tu pecahan dr syaitan dan iblis...semmg dtng untuk menyesatkan...dng beberapa perkara bkn sj pd jalan rawatan nie...sahaja....
wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas response dari Gren dan Soulha,
Saya faham maksud yang disampaikan mengenai "Khadam Ayat" tersebut. Sehingga saat ini secara peribadi saya masih dengan pendirian bersama-sama ulamak yang menytakan khadam ayat ini adalah dari golongan JIN, kerana belum ada satu pun dalil yang kukuh dari AlQuran dan AsSunnah untuk menguatkan pendapat itu. Jadi saya fikir daripada kita ganggu topik SAKA ni lebih baik kita buka satu topik khas mengenai "Khadam Ayat" untuk kita bincang seterusnya. Minta kepada sesiapa yang boleh memulakan.
Terserah kepada individu sendiri sekiranya igin menjalankan rawatan dengan perantaraan khadam ayat ini. Mari kita balik kepada membantu saudara saudara kita untuk mengatasi masalah SAKA yang di hadapi. Satu nasihat saya jangan lawan JIN dengan menggunakan JIN, lawan dia dengan ayat ayat alQuran. Sementara belum bertemu dengan perawat yang betul betul dapat membantu jangan jemu-jemu mendengan surah surah alQuran untuk melemahkan gangguan jin ini, kalau dia sudah lemah akan meringankan tugas perawat seterusnya mejalankan kerja rawatan.
Yang salah dari saya sendiri. Wassalam .... |
|
|
|
|
|
|
don This user has been deleted
|
Originally posted by soulha at 24-8-2006 05:16 PM
Ok..saudara kupia....thnk Q atas pandangan anda tu...sblm tu sy nk bertanya awak faham tk apa maksud khadam?
mungkin rata2 orng melayu (pasar) sebgaimana pandangan Don...menganggap khadam ...
:setuju: soulha ni ada ambik torikat ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|