belum ada sesape hapdet psk novel terbaru anita aruszi/mazni aznita lg ek![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
MENCARI KILBAT CINTA
KARYA TERBARU ANITA ARUSZI/MAZNI AZNITA DISEMBER 2012 HARGA : RM28.90 (SEMENANJUNG) RM31.90 (SABAH SARAWAK )
SINOPSIS MENCARI KIBLAT CINTA
erana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedan gkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff …lelaki traumatik dengan kenangan kosong. alam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Nam un kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih. i hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.
Ya ALLAH! Kenapa begitu berat ujianMU? Kalau aku tahu lelaki yang mati itu abang Filman, tak mungkin aku akan berada di sini. Tak mungkin aku akan melibatkan diriku dengan Filman dan keluarganya - DANIRA Dan ayah nak dengar lagi apa yang paling kelakar? Disebabkan ayah juga…Fil telah jatuh cinta pada pembunuh abang Fil sendiri – FILMAN Dah puas tengok? Rupa saya kacak sangatkah sehingga Cik Danira asyik pandang saya sampai begitu sekali? - ALIFF
|