|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MOTHER NATURE IS THE ULTIMATE INSPIRATION
[Copy link]
|
|
berapa tahun aavvy dia gambar ct |
|
|
|
|
|
|
|
yg pakai lace atas Kepala tu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh komen ni je
|
|
|
|
|
|
|
|
Naik taraf pasar awam dilaksanakan di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik - Kor Ming
[size=14.399999618530273px]Foto NSTP
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus menaik taraf pasar awam usang di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Beliau berkata, usaha itu meliputi pasar awam di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang seperti Kelantan dan Terengganu. "Sebagai contoh, bagi negeri Terengganu, pembangunan Pasar Payang Kuala Terengganu menerima peruntukan sebanyak RM81.2 juta yang meliputi pembinaan pasar sementara dengan peruntukan sebanyak RM12.2 juta. "Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk kerja menaik taraf Pasar Borong Gong Pauh, yang mana kerja naik taraf akan bermula pada tahun depan," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.
or Ming berkata, bagi negeri Kelantan, KPKT meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk menaik taraf Pasar Awam Siti Khadijah dan pelaksanaannya dijangka siap pada Januari ini.
Selain itu, KPKT juga meluluskan peruntukan berjumlah RM800,000 untuk menaik taraf Pasar Besar Tanah Merah, Kelantan termasuk penyediaan bekalan air dan elektrik, pemasangan awning, pembinaan tandas serta sistem saliran longkang.
Keseluruhan projek ini sudah siap sepenuhnya. Hal ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa mengambil kira kebajikan dan keperluan semua negeri tanpa mengira fahaman politik," katanya. Kor Ming berkata, KPKT sudah menaik taraf 112 unit pasar awam sehingga 1 November lalu, melebihi sasaran tahunan yang ditetapkan iaitu 100 unit. Sementara itu, bagi tahun 2025, KPKT akan memperuntukkan sebanyak RM54.4 juta bagi membina gerai, membaik pulih prasarana pasar awam, serta menaik taraf gerai dan warung kecil di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323680/naik-taraf-pasar-awam-dilaksanakan-di-seluruh-negara-tanpa-mengira
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia, Peru tingkatkan kerjasama ASEAN-Pasifik, fokus ekosistem halal
[size=14.399999618530273px]Anwar bersama tetamu selepas pelancaran Yinson Holdings Bhd’s Matahari Solar Park di Lima, Peru. - Foto BERNAMA
LIMA, Peru: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Peru membawa komitmen yang lebih kukuh dalam mempertingkat hubungan strategik antara Malaysia dan negara Amerika Latin itu, khususnya melalui sokongan Malaysia terhadap status Peru sebagai "Rakan Pembangunan ASEAN." Langkah itu mencerminkan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh kerjasama rantau ASEAN-Pasifik menjelang 2025 apabila Malaysia bakal mempengerusikan ASEAN. Dalam satu kenyataan bersama, Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra, menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan itu dan menekankan komitmen Peru untuk terus meneroka kerjasama dalam bidang kepentingan bersama dengan negara anggota ASEAN. Kedua-dua pemimpin menegaskan pentingnya usaha memperkukuh hubungan ini menerusi Jawatankuasa Perkongsian Pembangunan ASEAN-Peru, yang membolehkan lebih banyak kerjasama dalam bidang perdagangan, keselamatan, serta pembangunan sosial. Sebagai inisiatif ekonomi, kedua-dua negara telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam sektor halal, pertanian, gastronomi, dan hospitaliti. Malaysia menawarkan bantuan kepada Peru dalam membangunkan ekosistem Halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia, dengan cadangan untuk menubuhkan Zon Ekonomi Halal khas di Pelabuhan Chancay yang dijangka menjadi pusat perhubungan logistik dan rantaian bekalan Halal bagi pasaran Amerika Latin. Peru juga mengalu-alukan peranan strategik Pelabuhan Chancay sebagai hab pelbagai hala yang akan memperkukuh perdagangan dua hala. Dalam hal ini, Malaysia dijemput untuk turut serta dalam pembangunan Hab Logistik, Perindustrian dan Teknologi di Pantai Tengah Peru, yang bakal mana dilancarkan seiring dengan pembukaan pelabuhan baharu itu. Dari sudut perdagangan, kedua-dua negara bersetuju mempercepat proses kemasukan produk baharu ke pasaran masing-masing serta menggalakkan pelaburan yang bertanggungjawab, mampan, dan inklusif. Hubungan dagangan Malaysia-Peru kini menunjukkan peningkatan yang ketara, melepasi paras pra-COVID-19 dan terus berkembang seiring dengan perjanjian perdagangan seperti Perkongsian Komprehensif dan Progresif bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Dalam aspek keselamatan, Malaysia dan Peru turut menyokong kerjasama agensi penguatkuasaan masing-masing dalam menangani jenayah rentas negara seperti pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram, jenayah siber, dan pengedaran dadah haram. Langkah ini dilihat penting dalam memastikan keselamatan serantau yang lebih mapan. Lawatan ini juga memperkukuh hubungan budaya dan pendidikan antara kedua-dua negara. Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia pada tahun 2025 sebagai langkah menggalakkan pertukaran ilmu dan mengeratkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara. Malaysia juga berharap untuk menarik lebih ramai pelancong dari Peru sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Boluarte memuji kepemimpinan Malaysia yang bakal menerajui ASEAN pada tahun hadapan dengan harapan ia akan mempromosikan keterangkuman dan kelestarian yang seiring dengan Visi Komuniti ASEAN 2045. Malaysia pula menyatakan penghargaan kepada Peru atas peranannya dalam memimpin APEC 2024, yang mana berjaya memperkukuh kolaborasi dan dialog dalam kalangan ekonomi anggota. Lawatan ini turut membawa pengiktirafan kepada Anwar yang dianugerahkan pingat kebesaran tertinggi Peru, "El Sol del Perú" dengan pangkat "Grand Cross." Anwar menyatakan penghargaan atas sambutan mesra daripada kerajaan Peru dan menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan strategik dengan Peru serta memainkan peranan penting dalam menambahbaik kerjasama ASEAN-Pasifik.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323685/malaysia-peru-tingkatkan-kerjasama-asean-pasifik-fokus-ekosistem
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu buli di UPNM, kegagalan pelaburan FashionValet tumpuan Dewan Rakyat hari ini
KUALA LUMPUR: Usaha menoktahkan buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) serta faktor kegagalan pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam syarikat FashionValet Sdn Bhd (FV) menjadi antara isu tumpuan di Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, isu buli di UPNM dibangkitkan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang meminta Menteri Pertahanan menyatakan usaha dan kaedah yang sedang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan gejala buruk itu dinoktahkan. Sementara itu, soalan berkenaan faktor menyebabkan kegagalan pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat FV dikemukakan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) kepada Menteri Kewangan. Syahredzan Johan (PH-Bangi) pula bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai kesediaan kerajaan menerima pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor perundangan dan perkhidmatan undang-undang dalam negara. Pada sesi soal jawab lisan, Lim Lip Eng (PH-Kepong) mahu Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah program berasaskan komuniti dikaji sebagai alternatif kepada penahanan kanak-kanak bawah umur yang ditahan atas kesalahan imigresen dan adakah program yang sama boleh dikaji bagi banduan yang telah habis menjalankan dua pertiga daripada tempoh hukuman penjara mereka. Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh (PN-Pasir Puteh) pula meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menjelaskan perancangan jangka sederhana dan panjang dalam memastikan kelestarian sektor peladangan sawit yang kini hampir mencecah limitasi keluasan tanah ladang iaitu 6.5 juta hektar. Selepas selesai sesi soal jawab lisan, persidangan diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh menteri daripada setiap kementerian terbabit. Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember ini. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323615/isu-buli-di-upnm-kegagalan-pelaburan-fashionvalet-tumpuan-dewan
|
|
|
|
|
|
|
|
Presiden Peru komited kukuhkan hubungan diplomatik dengan Malaysia
[size=14.399999618530273px]Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan di Lima, Peru. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
LIMA: Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Kerajaan di Lima. Presiden itu turut menekankan mekanisme rundingan dua hala antara Peru dan Malaysia, yang mengadakan mesyuarat kali keempat pada 30 September lalu, lapor agensi berita Peru Andina. Pada awal ucapannya, Boluarte menyampaikan penghargaan kepada pemimpin Malaysia yang sedang dalam lawatan rasmi bersama menteri dan delegasinya. Beliau juga yakin bahawa pertemuan berkenaan akan membuahkan hasil yang amat produktif dalam memperkukuh ikatan persahabatan, kerjasama, dan persefahaman antara kedua-dua negara. "Saya ingin menyampaikan kepuasan Peru dengan tahap kukuh yang dicapai menerusi hubungan diplomatik yang terjalin sepanjang 38 tahun. "Dalam tempoh ini, kita sudah membina hubungan dua hala yang berpotensi tinggi, khususnya dalam bidang kerjasama ekonomi dan perdagangan, pendidikan, kebudayaan serta kerjasama," katanya. Selain itu, Boluarte menegaskan kembali komitmen kukuh kerajaan untuk terus memanfaatkan platform rundingan dua hala, sambil menekankan kejayaan mesyuarat kali keempat pada 30 September lalu. Presiden Boluarte turut berkata, bahawa Peru dan Malaysia mengambil bahagian dalam pelbagai mekanisme dialog dan integrasi pelbagai hala, seperti forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Forum Kerjasama Asia Timur-Amerika Latin, antara lain. "Semua platform ini menyediakan peluang luas untuk memupuk inisiatif bersama yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat kita," katanya. "Sekali lagi, saya mengalu-alukan anda dan seluruh delegasi anda dengan penuh mesra ke bumi warisan Inca ini, serta budaya Chancas, Aymaras, Conibos, Shipibos, dan segala sejarah serta budaya kami. Anggaplah anda berada di rumah sendiri," katanya. – BERNAMA-ANDINA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323627/presiden-peru-komited-kukuhkan-hubungan-diplomatik-dengan-malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
Pok Nong pengusaha ikan celup tepung terkenal meninggal dunia
Warung Pok Nong Celup Tepung. Ihsan Media Sosial
KUALA NERUS – Pemilik Warung Pok Nong Celup Tepung yang terkenal dengan ikan celup tepung (ICT), Md. Non Nawang, 68, meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan dalam otak hari ini. Allahyarham yang mesra dipanggil Pok Nong meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pukul 12 tengah malam.
Pok Nong Anaknya, Nur Izzati, 25 berkata, bapanya mengalami demam beberapa hari namun sempat menghadiri majlis konvokesyen adik bongsunya, Nor Arissyah, 24, di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Selasa lalu. Dia berkata, ayahnya amat gembira dan teruja meraikan Nor Arissya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan (Kepujian) menerima skrol.“Begitupun, sewaktu perarakan akademik sedang berlangsung pada kelmarin (Selasa), ayah (Pok Nong) tiba-tiba rebah sebelum pasukan perubatan UniSZA segera memberikan bantuan kecemasan sebelum kami menghantarnya ke Hospital Sultan Zainal Abidin di sini. “Ayah selepas itu dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut sebelum ditidurkan dan menjalani pembedahan ekoran darah beku dalam kepala,namun Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Dia berkata, jenazah Allahyarham bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hajar, Kampung Gong Awang Lib, Mengabang Telipot di sini pada pukul 11 pagi ini.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/14/pok-nong-pengusaha-ikan-celup-tepung-terkenal-meninggal-dunia/
|
|
|
|
|
|
|
|
"Dreamt" is the only English word that ends in the letters "mt".
|
|
|
|
|
|
|
|
Almonds are a member of the peach family.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maine is the only state that has a one-syllable name.
|
|
|
|
|
|
|
|
There are only four words in the English language which end in "dous": tremendous, horrendous, stupendous, and hazardous.
|
|
|
|
|
|
|
|
Los Angeles' full name is "El Pueblo de Nuestra Senora la Reina de los Angeles de Porciuncula"
|
|
|
|
|
|
|
|
A cat has 32 muscles in each ear.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|