CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: CITRUS ORCHARD

[Copy link]
Post time 1-2-2025 12:54 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 31-1-2025 11:33 PM
Iols rasa ok jahh..
Tapi tak berbaloi rega rm40 la.. rega rm20 pun tak berbaloi..



premium sangat ke ingredients diguna sampai rm40 satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nona84 replied at 1-2-2025 12:54 PM
premium sangat ke ingredients diguna sampai rm40 satu

Membongak jahh tu..

Iols pernah beli sekali sbb nak rasa jahh.. hat pizza iols beli beberapa kali sbb masa tu saport utk hanyuki pi jjcm.. now deme dah tak pi jjcm, dan ada minah sampingan, iols dah tak saport.. better bebudak tu masuk skolah gomen.. blajaq jadi kental.. ni anak laki deme siap kerintingkan rambut.. dah mcm pompan plak iols tgk.. so takleh saport menda2 mcm ni la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 02:48 PM | Show all posts
selamat petang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:02 PM | Show all posts
Salam

Sesiapa yang nak claim kredit birthday bulan FEBRUARI, silalah masuk di sini :

https://b.cari.com.my/forum.php? ... ge%3D1&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:22 PM | Show all posts
iolss jumpa dekat X
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:22 PM | Show all posts
keluar timeline
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2025 03:25 PM | Show all posts
Recap isu di Twitter sepanjang Januari 2025

1. Cikgu nak resign
2. Hukum Vasektomi
3. Feminis nak mufti wanita
4. Kos rawatan isteri bukan nafkah
5. Isu kera
6. Titah adendum
7. Logo Visit Malaysia
8. artwork sunbear AI?
9. Coklat celup RM60
10. Cross contamination
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:25 PM | Show all posts
11. #HappyBirthdaySitiNurhaliza trending
12. “personaliti tv” kena expose beserta screenshot wassap dan deactivate account
13. ada akak bagi unsolicited advice judging orang belum kahwin sambil makan kenduri kahwin.
14.  AuntyJa Suka Dessert nak jual salad.
15.  Lori berapi viral
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 03:26 PM | Show all posts
16. TV3 guna visual AI untuk azan
17. toilet kering vs toilet basah
18. Gaduh pasal sapa patut bayar zakat fitrah, bapak ke anak?
19. Resume bergambar vs resume tanpa gambar
20. Scholarship dicaras T20
21. Staff Uniqlo bukak aib ketoxican workplace
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:27 PM | Show all posts
22. Child marriage ????
23. Islamic Banking vs Conventional Banking
24. Wanita kutuk wanita lain bekerja end up dia pun bekerja jugak.. lahhh
25.  isu berkait day 24 & escalate nak keluar LOD bagai
26. masih berkait isu day 24 ????????
27. Datin Suzy Pinky kena expose dgn tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:27 PM | Show all posts
28. Indonesian tuduh Bahasa Melayu dah tak dipakai dekat Malaysia ????
29. isu perempuan masuk neraka sebab kufur dekat suami
30. Hidup Kuih Melayu!!
31. Geng acah alim backup member pervert katanyaaa ujiannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:30 PM | Show all posts
macam2 hal
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:31 PM | Show all posts
Titah Diraja antara tumpuan pembukaan Parlimen ke-15 Isnin ini

GAMBAR HIASAN


PETALING JAYA – Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim antara tumpuan pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Keempat Parlimen ke-15 Isnin ini.
Berdasarkan takwim di laman sesawang rasmi Parlimen, Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara kira-kira pukul 10 pagi.


-ADVERTISEMENT-












Antara inti pati penting Titah Diraja itu termasuklah soal pembangunan negara serta peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Istiadat pembukaan itu akan disiarkan secara langsung bermula 10 pagi menerusi saluran media rasmi, televisyen tempatan dan platform dalam talian.
Sebelum urusan Titah Diraja berlangsung di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi menerima sembah Hormat Diraja oleh pasukan Kawalan Kehormatan Utama, Batalion Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Besi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, barisan Jemaah Menteri dan ketua perwakilan asing turut dijadual menghadiri istiadat berkenaan.
Menurut takwim itu lagi, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 18 hari.
Ia turut menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu selama tujuh hari mulai 4 Februari.
Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari.-KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/titah-diraja-antara-tumpuan-pembukaan-parlimen-ke-15-isnin-ini/






Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:33 PM | Show all posts
Kes Afdlin Shauki, DBKL: Siasatan siap minggu depan

Dr. Zaliha dan Afdlin Shauki.


PUTRAJAYA – Siasatan perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan Datuk Afdlin Shauki dijangka siap pada minggu depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, ketika ini, siasatan sedang dijalankan audit dalaman DBKL.


-ADVERTISEMENT-











Katanya, sekiranya Afdlin menafikan tuduhan tersebut itu hak beliau, namun daripada sudut tata kelola jabatan kita kena melaksanakan perkara sepatutnya.
“Kita sedang jalankan siasatan dan saya masih menunggu hasil siasatan sekiranya terkait maka kita akan ambil tindakan seterusnya.
“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berkenaan kes itu seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa kita pegang,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya di Taman Botani di sini hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan Afdlin menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL.
Selain itu, DBKL turut menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dilapor mengesahkan siasatan itu dan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL.
Zaliha berkata, beliau tidak memberi tempoh untuk menyiapkan siasatan itu, namun menjangkakan akan siap minggu depan.
Katanya,siasatan itu akan melibatkan semua pihak termasuk memanggil Afdlin untuk memberi keterangan.
“Saya berharap DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) melaksanakan siasatan ini sebaik mungkin,” katanya. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/siasatan-projek-dbkl-dikaitkan-dengan-afdlin-shauki-siap-minggu-depan/






Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:33 PM | Show all posts
Pekerja ladang dibunuh kerana RM20







Seorang pekerja ladang kelapa sawit maut ditikam berulang kali oleh rakan sekerja dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Ulu Lumagar, Bongawan pada Khamis lalu. -FOTO IHSAN POLIS.


PAPAR – Hanya kerana RM20, seorang pekerja ladang kelapa sawit maut ditikam berkali-kali oleh rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Ulu Lumagar, Bongawan pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa warga Filipina berusia 37 tahun berkenaan dikatakan bertanya mengenai duit RM20 yang diberi isterinya kepada suspek untuk membeli ikan dan roti pada minggu lalu.


-ADVERTISEMENT-












“Bagaimanapun suspek dikatakan tidak ada membeli barang berkenaan atas alasan kedai tutup. Wang terbabit juga tidak dipulangkan semula kepada isteri mangsa.
“Malahan isteri mangsa juga sebelum kejadian pernah meminjamkan wang RM30 kepada suspek namun belum membayar wang tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau memaklumkan, pertengkaran berlaku kerana suspek tidak mengaku dan enggan memulangkan wang yang diperolehi dari isteri mangsa.
“Ketika pertengkaran mulut berlaku, suspek bertindak masuk ke dalam rumahnya dan mengambil pisau kecil sebelum menyerang mangsa dengan menikamnya berkali-kali di tubuh.
“Mangsa kemudiannya berusaha masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan berdarah untuk mengambil senjata bagi mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa rebah di tanah lapang berhadapan dengan rumahnya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Tambahnya, suspek warga Indonesia berjaya ditahan di Kampung Ulu Lumagar, Bongawan sekitar pukul 12 tengah hari semalam dan pihaknya turut menahan dua lelaki dua wanita dewasa warga Indonesia dan Filipina berusia 20 hingga 60 tahun. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/pekerja-ladang-dibunuh-kerana-rm20/






Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:34 PM | Show all posts
Langgar lari Hilux, Vios: 3 suspek masih bebas


Tiga suspek yang dikesan polis. Foto PDRM


KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan tiga lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes Toyota Hilux dan Toyota Vios yang merempuh sekumpulan individu di hadapan sebuah kelab sekitar Jalan Klang Lama, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, tiga suspek yang dikesan dikenali sebagai Devindran Muniandy, 25; Ranjith Maniyarasu, 19 dan Lavindran Muniandy, 27.


-ADVERTISEMENT-












“Sehingga kini, belum ada tangkapan baru dibuat atas kes tersebut,” ujarnya ringkas kepada pemberita hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan polis sudah menahan lima suspek di sekitar Banting, Selangor yang mempunyai rekod jenayah lampau.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal setakat ini mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham.
“Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa semasa berhibur.
“Setakat ini, punca lain yang mengakibatkan berlakunya kejadian ini masih dalam siasatan polis,” ujarnya.
Ekoran kejadian, dua individu dilaporkan cedera manakala kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.- KOSMO! ONLINE.





https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/langgar-lari-hilux-vios-3-suspek-masih-bebas/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2025 03:36 PM | Show all posts
‘Insya-Allah, kahwin tahun ini’ – Naufal Azrin bertunang dengan cikgu

Naufal bertunang dengan seorang wanita berkerja seorang guru di Tumpat, Kelantan.


SHAH ALAM – Selepas tujuh tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Naufal Azrin selamat bertunang dengan wanita pilihannya yang juga seorang guru berumur 28 tahun.
Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 26, berkata, dia dan wanita dikenali sebagai F berasakan ikatan pertunangan adalah perkara yang terbaik ketika ini.
“Kami sudah lama kenal. Saya rasa sudah tiba masa kami melangkah ke fasa seterusnya.
Naufal bertunang dengan seorang wanita berkerja seorang guru di Tumpat, Kelantan.


SHAH ALAM – Selepas tujuh tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Naufal Azrin selamat bertunang dengan wanita pilihannya yang juga seorang guru berumur 28 tahun.
Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 26, berkata, dia dan wanita dikenali sebagai F berasakan ikatan pertunangan adalah perkara yang terbaik ketika ini.
“Kami sudah lama kenal. Saya rasa sudah tiba masa kami melangkah ke fasa seterusnya.
“Tunggulah nanti bila dah kahwin nanti saya akan kongsikan siapa dia.
“Buat masa sekarang biarlah rahsia dulu,” jelasnya.
Terdahulu, Naufal mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik foto duduk di pelamin bersama wanita berkenaan namun menutup wajah tunangnya itu dengan emoji tanda hati. – KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/insya-allah-kahwin-tahun-ini-naufal-azrin-bertunang-dengan-cikgu/










Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:37 PM | Show all posts
‘Terima kasih Douglas Lim ceriakan CNY kami’







“TERIMA kasih sebab menceriakan hari kami.”
Itu komen yang diterima Douglas Lim dan Natasha Fernz selepas melancarkan lagu berjudul Oh Mak I Dah CNY sempena Tahun Baharu Cina.
Lagu yang diinspirasikan daripada Alamak Raya Lagi nyanyian kumpulan De Fam itu mencuit hari ramai kerana liriknya mengetengahkan situasi yang sering berlaku pada hari perayaan.
Rata-rata netizen turut berpendapat itu antara lagu Tahun Baharu Cina paling menyeronokkan setakat ini dan berharap Douglas hasilkan lagi setiap tahun.
“Terhibur dengan lirik lagu, tolong hasilkan lagu setiap tahun.
“Ini lagu raya Cina paling kelakar! Tahniah Douglas dan Natasha,” puji netizen.




https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/terima-kasih-douglas-lim-ceriakan-cny-kami/


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:39 PM | Show all posts
‘Plot twist’ kisah Along, Afreena boleh jadi drama TV


Kisah rumah tangga Along dan isterinya, Afreena menjadi sorotan ramai sejak minggu lalu.


SEJAK dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tahanan polis awal minggu ini, banyak perkara yang terjadi melibatkan pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42.
Bermula dengan aksi sujud syukur di kandang tertuduh, menangis dan berpelukan dengan rakan selebriti, Didie Alias di luar mahkamah, sehinggalah kenyataannya yang ingin menghasilkan filem tentang kisah hidupnya, semua itu bersambung dengan kes lebih kompleks.
Kata Along, tempoh sebulan berada di dalam Penjara Sungai Buloh  membuka mata dan mencuci  hatinya. Dia bersedia untuk menceritakan tentang apa yang berlaku melalui sebuah filem yang akan dihasilkan kelak.

“Ramai orang gembira dan bertepuk tangan bila saya masuk penjara. Tetapi saya akan jadi lebih kuat dan tak akan lemah dengan ujian yang dihadapi.
“Saya mahu membersihkan nama dan akan terbitkan filem tentang kisah hidup saya sendiri. Cepat atau lambat nantikan sahaja,” katanya.
Namun yang paling mengejutkan ramai adalah apabila pelakon filem Adnan Sempit itu telah memfailkan cerai dan pengesahan taklik sehari selepas dia dilepaskan.
Situasi ini boleh diibaratkan sebagai ‘plot twist’ kerana isterinya, Afeena Suhaimi sebelum ini dilihat lantang mempertahankannya sejak dia ditahan polis.
Menurut Along, tujuan  dia memfailkan perceraian kerana isterinya didakwa telah melanggar tiga perjanjian taklik. Antara taklik yang dilanggar Afreena adalah tidak patuh dan membelakangkan suami.
“Saya tahu perkara ini  memang mengejutkan semua pihak. Ibarat ‘plot twist’ dalam drama. Dia melanggar taklik pada tahun lepas.

“Sepatutnya saya memfailkan lafaz cerai taklik tersebut pada 16 Disember lalu tetapi malangnya saya telah ditahan pada 14 Disember atas dakwaan memiliki dadah.
Tutup mulut
“Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semua belum selesai. Tetapi ini adalah langkah pertama yang saya ambil selepas keluar daripada penjara,” ujarnya.
Lebih parah apabila Along mendakwa isterinya turut mengumpul dana bantuan sewaktu dia berada di dalam penjara yang berjumlah hampir RM100,000. Namun wang itu tidak digunakan untuk membantunya.

“Duit dana itu tidak sampai kepada pihak saya. Duit yang digunakan untuk ikat jamin juga adalah daripada ibu saya, ahli keluarga dan Didie Alias. Dia kata nak guna duit itu untuk perbelanjaan anak lelaki saya tetapi sepanjang saya ditahan anak saya dijaga oleh Didie Alias,” jelasnya.
Sementara itu, Afreena berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut tentang semua tuduhan Along terhadapnya.

“Saya tak akan bercakap buruk tentang Along. Biarlah dia nak cakap apa sekalipun.
“Berdosa untuk saya bercakap tentangnya. Apa-apa pun saya bersyukur dapat suami seperti Along,” katanya.
Pendedahan mengejutkan ini sudah mula menjadi perdebatan netizen apabila masing-masing sudah mula bergelar detektif tidak berbayar dengan teori-teori tersendiri.
Apa yang pasti kes ini pasti akan terus menjadi perhatian kerana selain melibatkan masalah dalaman rumah tangga, ia turut membabitkan kes dadah dan penyalahgunaan wang dana sumbangan orang ramai.



https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/plot-twist-kisah-along-afreena-boleh-jadi-drama-tv/






Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 03:40 PM | Show all posts
Sekadar ‘marketing’ tapi ramai restu?


RAMAI mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq benar-benar bercinta.


SUDAH hampir dua minggu media sosial Diva dibanjiri dengan konten Bella Astillah dan Syed Saddiq.
Macam-macam video mereka muncul dalam media sosial dan pastinya mendaki Gunung Kinabalu antara yang paling viral serta meraih pelbagai reaksi netizen.
Hakikatnya semua itu hanya ‘marketing’ untuk sebuah jenama pakaian yang menggandingkan mereka sebagai duta.
Namun, ramai pula yang ‘termakan’ dengan kemesraan dan gelagat comel mereka sehingga berharap Bella dengan Syed Saddiq benar-benar bercinta.
Nasib baik Diva tidak mudah terperdaya dengan semua konten tersebut tetapi siapa tahu mungkin doa peminat yang mahu melihat mereka bercinta termakbul satu hari nanti.
Cuma adakalanya, Diva ada juga baca komen netizen yang muak dan bosan sebab terlalu banyak menjaja konten hubungan mesra olok-olok sebegitu.
Mungkin sekali dua tak mengapa tetapi sekarang macam ‘over’ sangat.  Sabarlah ya semua, realitinya itulah antara cara promosi zaman sekarang untuk tarik pembeli.
DIVA: Tak dinafikan Bella nampak comel mendaki Gunung Kinabalu dengan pakai baju kurung.




https://www.kosmo.com.my/2025/02/01/sekadar-marketing-tapi-ramai-restu/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.071680 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list