|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RAMADHAN TIBA
[Copy link]
|
|
Suami bebas tuduhan dera anak, Zahnita pula dedah dicekik

Suami Zahnita iaitu Zackery memaklumkan dirinya kini bebas daripada dakwaan mendera empat orang anaknya.
PETALING JAYA – Suami kepada model dan usahawan Zahnita Wilson iaitu Zackery memaklumkan dirinya kini bebas daripada dakwaan mendera empat orang anaknya. Menurut pemilik nama penuh Abd Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, itu, bebas daripada pertuduhan tersebut sekali gus memberinya peluang bertemu dengan empat anaknya setiap minggu selain hak bermalam. “Alhamdulillah. Seharian bersama anak-anak selepas dua bulan hanya bertemu dua kali sebulan iaitu selama dua jam sahaja.
“Pihak mahkamah menggugurkan tuduhan saya mendera anak-anak dan kini dapat berjumpa mereka setiap hari Sabtu serta hak bermalam bersama dua kali sebulan,” katanya dalam satu hantaran Instagram. Menerusi perkongsian sama, Zackery dilihat memuat naik foto bersama empat anaknya dan juga momen percutian ke air terjun baru-baru ini. Dalam pada itu, Zackery turut menyifatkan perkara tersebut sebagai hadiah terbaik yang diraihnya ketika ini. “Ini kemenangan kecil tetapi saya hargainya! Salam Ramadan,” katanya lagi.
Sementara itu, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, dalam satu hantaran Instagram pula mendedahkan dakwaan pernah dipukul oleh suaminya dengan memuat naik foto lebam pada bahagian mata. “Saya menerima sebanyak lima hingga enam pukulan pada bahagian kepala dan lengan sebelum dia mencekik saya. “Semasa saya bergelut untuk membebaskan diri, saya berkata tidak akan pergi ke polis dan kemudian melepaskan saya,” ujarnya.
Zahnita juga mendakwa keganasan tersebut berlaku kerana hasutan daripada pihak lain. “Saya dipukul kerana hasutan wanita lain. “Saya berkata benar dan tidak lain hanyalah demi kebenaran. Tuhan, tolonglah saya,” ujarnya.
Dia bagaimanapun tidak menyatakan perkongsian tersebut adalah berkaitan dengan keputusan mahkamah yang menggugurkan dakwaan terhadap suaminya atau tidak. Terdahulu, Zahnita pada 2 Disember tahun lalu berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam. Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suami sendiri selain mengatakan Zackery mempunyai hubungan dengan wanita lain. Susulan itu, pada 4 Disember 2024, Zachery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah. Bagaimanapun Zachery mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut. Tidak tahan menjadi mangsa keganasan rumah tangga, Zahnita kemudiannya nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember tahun lalu. Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/suami-bebas-tuduhan-dera-anak-zahnita-pula-dedah-dicekik/
|
|
|
|
|
|
|
|
“Tengah makan, tanya ‘bila nak kahwin’, terus tak boleh telan”

Zarina ingin mendirikan rumah tangga sama seperti wanita lain. – NAIM HELMI HAFIDZI
KUALA LUMPUR – Lebih sedekad bercinta dengan ahli perniagaan, pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin enggan terlalu memikirkan soal mendirikan rumah tangga kerana khuatir akan mencetuskan tekanan yang membawa kepada masalah kemurungan. Zarina, 41, yang sememangnya mempunyai impian bergelar isteri hanya memohon doa yang baik daripada semua orang.
-ADVERTISEMENT-
“Saya sudah 11 tahun bersama si dia (kekasih). Setakat ini saya tak curang memang dengan dia sahaja. “Doakan yang terbaik, saya memang nak kahwin, siapa tak nak. Semua bekas kekasih saya pun sudah berkahwin.
“Balik raya pun semua orang dah ada anak. Cumanya, jodoh saya belum sampai. Kalau fikir sangat boleh jadi murung,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang akhbar Dapur Goodday:Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton, baru-baru ini. Berkongsi lanjut, bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu pernah berdepan situasi keluarga tidak henti-henti mengajukan soalan tentang perkahwinan. “Nasib baik mak saya tidak paksa. Ada satu masa, ketika saya tengah makan keluarga tanya bila nak kahwin terus berubah air muka saya.
“Nak makan jadi tak boleh telan, terus lari masuk kereta. Selepas kejadian, mereka tidak tanya lagi dan semakin faham, alhamdulillah,” ujarnya. Dalam masa sama, Zarina menegaskan dia dan kekasihnya sudah berbincang hal masa depan bersama namun hanya menunggu masa tepat melangkah ke alam perkahwinan. “Bukan tidak mahu kahwin, saya ada tunggu juga. Kami pun ada berbincang, doakan yang baik-baik.
“Apa yang penting, saya tidak mahu susahkan mak, biar ada duit sendiri. “Saya tidak mahu tak bekerja dan pergi susahkan mak,” jelasnya.
Zarina bercinta dengan ahli perniagaan berusia 53 tahun yang berstatus duda dua anak tetapi bukan dalam kalangan orang seni. Sebelum ini, Zarina pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain gitar pada 2010 tetapi hasrat tersebut terpaksa dibatalkan. Dia juga pernah bercinta dengan beberapa pelakon lelaki namun hubungan tersebut terkandas di tengah jalan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/tengah-makan-tanya-bila-nak-kahwin-terus-tak-boleh-telan/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Lepas kahwin, jumpa patung muka saya ditanam depan rumah’

Ogy mendedahkan pernah menjadi mangsa sihir selepas berkahwin dengan pelakon Eman Manan.
PETALING JAYA – Seniwati Fauziah Ahmad Daud mendedahkan pernah menjadi mangsa sihir selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga dengan aktor Eman Manan. Fauziah atau mesra disapa Ogy, 61, berkata, gangguan aneh mula dirasai apabila dia kerap melihat makhluk halus selain mengalami perubahan emosi mendadak termasuk naik angin tanpa sebab. “Saya jumpa patung muka saya ditanam depan rumah. Ketika itu baru beberapa bulan saya menikahi Eman.
-ADVERTISEMENT-
“Disebabkan kerap nampak benda-benda yang tak sepatutnya, emosi tak stabil, rasa malas nak pergi kerja, tiba-tiba marah tanpa sebab, itu yang saya lalui,” katanya dalam podcast X’Klusif. Menurut pelakon filem Azura itu, keadaan mistik terus berlarutan sehingga dia dibantu isteri kepada pelakon Datuk Tarmimi Siregar, Tengku Asmah, yang memanggil seorang imam bagi memutuskan sihir tersebut. “Perkara itu berterusan sehingga isteri Datuk Tarmimi Siregar panggil imam Masjid Kampung Baru datang ke rumah saya. “Imam itu masuk saja, terus dia kata, ‘ada benda dekat depan tu, korek sekarang’. Bila korek, jumpa patung muka saya yang dibalut kain kafan dan penuh dengan jarum,” dedahnya.
Menurut Ogy lagi, itu adalah kali pertama dia melihat sendiri bukti bahan sihir yang dihantar kepadanya. Atas nasihat imam, dia perlu menjalani proses pemulihan dengan mencari tujuh masjid untuk mandi dan menunaikan solat sunat taubat. “Imam suruh saya buang benda tu. Dia minta saya cari tujuh masjid, mandi dan buat solat sunat taubat,” tambahnya. Sebelum ini Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor versatil, Eman pada 23 Disember 1990 namun mereka bercerai 13 tahun kemudian. Perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata namun aktres terbabit kemudian mengambil seorang anak angkat, Nur Aminah Aishah, 17. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/lepas-kahwin-jumpa-patung-muka-saya-ditanam-depan-rumah/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Saya tak tahu sediakan menu sahur macam arwah ibu awak’

Zarina bersungguh-sungguh mencari menu sahur berasaskan susyi untuk anak Allahyarham Akiko Okumura.
PETALING JAYA – Pelakon Zarina Zainuddin berusaha menyediakan juadah Jepun buat sebagai menu sahur anak usahawan dan pempengaruh Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Taizo Okumura yang pertama kali berpuasa tanpa ibu. Zarina, 55, bersungguh-sungguh mencari menu negara matahari terbit tersebut buat sepupunya yang seakan-akan air tangan arwah ibunya, Allahyarham Akiko Okumura. “Sky, saya tidak tahu untuk buat macam ibu awak tetapi saya berusaha mencari susyi semalam. “Juadah itu seakan-akan hidangan yang disediakan ibu awak,” katanya dalam sebuah siaran langsung.
Sesi perkongsian Zarina pagi tadi mengundang sebak orang ramai apabila melihat remaja berusia 13 tahun itu bersahur tanpa menikmati hidangan ibunya seperti kebiasaan. “Sedihnya tengok Sky, macam mana dia nak hadapi hari yang akan datang. Rindu yang menyakitkan, Semoga semua baik-baik dan diberi kekuatan luar biasa,” tutur netizen. “Tak boleh berhenti air mata tengok Sky. Mak cik doakan semoga Allah bagi kebahagiaan kepada dia dan Allah rawat hati awak sayang,” kata pengikut. “Sebak rasa, mesti Sky kekok. Kalau tak bersahur ibunya yang akan hidangkan makanan meriah,” jelas peminat. Sementara itu, Ridzuan memaklumkan dia dan anaknya masih belum pulang ke rumah mereka dan bersahur di rumah Zarina yang merupakan anak saudaranya. Malah, dia juga mengakui emosi anaknya masih belum stabil selepas tiga hari pemergian Akiko apabila kerap menangis terutama ketika diziarahi insan yang rapat dengan keluarga mereka. Dalam hantaran Instagram miliknya, Ridzuan memohon doa orang ramai agar dia dan putera tunggalnya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian. “Ya Allah, berikan aku dan anak aku kekuatan,” ujarnya.
Jumaat lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia tanpa menjelaskan punca kematian. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya, Selangor, semalam. Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/02/sky-saya-tak-tahu-sediakan-menu-sahur-macam-arwah-ibu-awak/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Setuju 100 peratus’ – Abang Syed Saddiq restu hubungan dengan Bella

ABANG kepada Syed Saddiq smerestui hubungan adiknya dengan Bella Astillah.
PETALING JAYA – Mendapat lampu hijau ahli keluarga terdekat, abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, Syed Abdullah merestui hubungan ahli politik itu dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah. Syed Abdullah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Abd. Rahman, 38, memberikan sokongan penuh apabila mengakui pasangan terbabit sangat sepadan. “Setuju 100 peratus. Kalau mereka gembira, saya pun gembira. Comel gilakan (Syed Saddiq dan Bella),” kata pempengaruh itu memberikan maklum balas terhadap pertanyaan pengikut di laman sosialnya yang kini tular.
Respons tersebut diberikan Syed Abdullah selepas dia memuat naik video Syed Saddiq dan selebriti terbabit bermain ‘osom‘ dalam InstaStory. Begitupun, adiknya hanya menyatakan apa sahaja boleh berlaku pada masa hadapan, sama seperti dunia politik. Bella sebelum ini memilih untuk tidak memberi komen mengenai status hubungan mereka kerana bimbang tersilap cakap. Ibu tunggal kepada dua anak itu hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya selain kepada keluarga. Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat kedua-dua figura popular terbabit semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian. Mereka dilihat banyak meluangkan masa bersama, malah turut berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, baru-baru ini. Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu yang berjudul Tapi Bukan Denganmu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/02/setuju-100-peratus-abang-syed-saddiq-restu-hubungan-dengan-bella/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Jahat macam mana pun, jangan tinggal solat’

AMIRA yakin solat ibadah akan membuat seseorang berpatah balik ke jalan kebaikan walaupun adakala tersasar dan melakukan dosa.
PETALING JAYA – Tidak sempurna tetapi tetap berusaha menjadi lebih baik, itu prinsip dipegang penyanyi dan pelakon Amira Othman yang percaya menjaga solat mampu menghindarkan diri daripada terjerumus kepada perkara terlarang. Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, berkata sejak kecil sudah dibiasakan dengan amalan solat kerana ibadah itu bukan sekadar kewajipan sebagai orang Islam, malah benteng perlindungan diri.
-ADVERTISEMENT-
“Saya memang tak baik, saya seorang pendosa tetapi apa pun kena solat. Solat itu tiang agama. Jahat macam mana pun, jangan tinggalkan solat. “Alhamdulillah, saya terapkan sejak sekolah lagi. Tidaklah saya ini bagus sangat, tapi solat memang perkara paling asas yang perlu dijaga. “Solat ini banyak menyelamatkan saya dan mak ayah pun selalu memantau walaupun saya jauh daripada keluarga,” katanya dalam sebuah audio siar. Pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu turut mengingatkan rakan lain agar tidak lalai dalam menunaikan solat kerana yakin ibadah tersebut mampu membawa seseorang kembali ke jalan kebaikan. “Kalau tersasar sekali pun, insya-Allah kita akan berpatah balik sebab dalam solat ada banyak doa dan keberkatan. “Saya cerita ini bukan sebab saya baik, tetapi sesusah mana pun perjalanan seseorang untuk jadi insan lebih baik, jagalah solat,” ujarnya. Terdahulu, Amira pernah berkongsi pengalaman diuji pelbagai cabaran sepanjang bergelar anak seni, namun berpegang kepada prinsip bahawa solat mampu menjadi pendinding daripada tersasar. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/jahat-macam-mana-pun-jangan-tinggal-solat/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Syed Saddiq jangan langkah bendul, tunggu abang dulu’

bu Saddiq iaitu Sharifah Mahani yakin anak bujangnya itu kini memang sedang dilamun cinta.
PETALING JAYA – “Macam Romeo dan Juliet.”
Itu respons ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila diajukan soalan tentang dakwaan kisah cinta anaknya itu dengan pelakon Bella Astillah. Ujar Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, perubahan sikap luar kebiasaan anaknya seolah-olah memberi petanda sedang dilamun cinta. “Tengok pada sikapnya, sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru.
-ADVERTISEMENT-
“Dengan emak pun tak pernah buat, tak pernah berenang, tak pernah naik gunung atau naik apa-apa,” katanya menerusi sesi siaran langsung dalam TikTok bersama anak sulungnya, SpaceDollah. Sharifah juga turut menyifatkan Bella seorang wanita baik dan cantik, selain mendoakan anaknya bertemu jodoh yang terbaik. “Seorang yang baik, rupa paras ada kelembutan. Tetapi seperti mama kata, kita berwaspada. Biar kecantikan itu kekal selama-lamanya.
“Kita doakan Allah kurniakan seseorang kepada Saddiq yang boleh menyayanginya dengan baik,” ujarnya. Pun begitu, Sharifah sempat berpesan kepada anaknya supaya tidak ‘melangkah bendul’ sebelum abangnya berkahwin. “Mudah-mudahan Saddiq dapat yang terbaik, dapat sesuaikan diri. Satu lagi, Saddiq jangan langkah bendul, tunggu abang dulu!,” tegasnya. Sejak kebelakangan ini, hubungan dua figura popular itu menjadi bualan ramai selepas sering dilihat meluangkan masa bersama. Mereka bukan sahaja menjadi duta jenama pakaian yang sama, malah baru-baru ini turut menawan puncak Gunung Kinabalu bersama. Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu Tapi Bukan Denganmu, nyanyian Bella yang merupakan bekas isteri pelakon Aliff Aziz. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/syed-saddiq-jangan-langkah-bendul-tunggu-abang-dulu/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Bina masjid bukan senang, takkan tiba-tiba nak bercerai’

Nadzmi menafikan gosip yang tular mengenai perkahwinannya dengan isteri, penyanyi Ardell Aryana sudah berakhir.
PETALING JAYA – Didakwa bercerai, pelakon Nadzmi Adhwa menafikan gosip yang tular mengenai perkahwinannya dengan isteri, penyanyi Ardell Aryana sudah berakhir. Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, berkata, terdapat golongan yang suka menggunakan ‘clickbait’ atau umpan dalam media sosial agar netizen klik pautan tertentu. “Apabila keluar di carian TikTok itu disebabkan orang suka untuk tengok (perceraian artis). Kalau taip nama artis, mesti kata bercerai.
-ADVERTISEMENT-
“Inilah yang dikatakan fitnah sebab benda ini memang tak betul. Realitinya kami bahagia, tiada masalah pun. Kami aman. “Kalau setakat bergaduh suami isteri itu biasalah bagi pasangan berkahwin,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi. Bapa kepada dua cahaya mata mengakui terkesan berdepan fitnah dilemparkan apabila ada dalam kalangan ahli keluarganya mempercayai ‘umpan’ tersebut. “Memang terkesan. Ramai saudara-mara kami telefon bertanyakan kesahihan perkara itu sedangkan kami alhamdulillah baik-baik sahaja. “Rumah tangga ada turun naik takkanlah saya nak bercerita pada semua orang. Setakat ini tiada pun yang serius. “Nak kahwin bukan senang, penat-penat bina masjid, takkan tiba-tiba nak cerai pula. Minta dijauhkan,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon drama Hati Perempuan itu tidak menolak tentang penyakit ain yang berkemungkinan boleh berlaku terhadap dirinya dan keluarga. “Ada sakit itu, sakit ini, jadi penyakit ain itu kemungkinan pun ada. Jadi kami ambil pendekatan untuk tidak terlalu menonjolkan kebahagiaan. Kami pilih privasi. “Kami kena sentiasa beringat dan berhati-hati sebab kita tak tahu apa yang orang boleh buat pada kita. Jangan menunjuk-nunjuk pada orang,” katanya. Nadzmi yang juga penyanyi turut berharap netizen mendoakan kesejahteraan hidupnya dengan Ardell dan anak-anak mereka. “Harapnya orang ramai jangan terus percaya dengan sebarang berita sebegini. Bukan apa, kalau bercakap tentang benda buruk, takut nanti terjadi. “Doakanlah kami aman sahaja, tolonglah jangan doa yang bukan-bukan,” kongsinya.
Perkahwinan Nadzmi dan Ardell pada 1 September 2019 dikurniakan dua orang cahaya mata, Arwa Malaikha Urwa, 5, dan Arwa Uthman Affan, 2. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/bina-masjid-bukan-senang-takkan-tiba-tiba-nak-bercerai/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewan Rakyat: Jangan hanya harap peruntukan Kerajaan Persekutuan – Rafizi

Rafizi. - Foto JAPEN
KUALA LUMPUR – Enam negeri termiskin tidak boleh hanya mengharapkan peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan, sebaliknya perlu memilik kerangka ekonomi yang baik dan mesra perniagaan di negeri masing-masing. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, peruntukan yang diberikan Kerajaan Persekutuan kepada enam negeri termiskin iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebenarnya jauh lebih banyak berbanding negeri lain. Bagaimanapun, ujar beliau, perlu ada tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh kerajaan negeri dan hubungan seperti itu yang boleh menarik pelaburan serta perniagaan ke negeri terbabit. “Kalau semata untuk menutup jurang ini (jurang kemiskinan antara negeri) adalah permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang besar dairpada Kerajaan Persekutuan, itu telah berlaku dari tahun 2021 dan diteruskan hingga sekarang. “Tetapi tiada tanda-tanda jurang ini dapat ditutup dengan baik di beberapa buah negeri, kecuali saranan saya (kepada) kerajaan negeri itu disambut baik dan ada kerangka ekonomi dan mesra perniagaan yang perlu diusahakan secara bersama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.. Terdahulu, Rafizi berkata, pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) kini dipecahkan kepada dua kategori. Menurut beliau, projek bernilai tinggi dengan kos melebihi RM300 juta, permohonan hanya boleh dikemukakan setiap dua tahun sekali bermula rancangan pembangunan antara 1 hingga 31 Mac 2025. “Sekiranya tidak dikemukan kali ini, peluang seterusnya adalah pada 2027,” katanya. Jelas beliau, bagi projek bernilai di bawah RM300 juta boleh dikemukakan setiap tahun menerusi ‘rolling plan’ seperti biasa. “Tujuan pisahkan begini kerana satu faktor yang menyumbang pada pelaksanaan projek yang cacamerba kerana perancangan dibuat tidak berpadanan dengan saiz projek,” katanya. Beliau menjawab soalan asal Riduan Rubin (Bebas-Tenom) mengenai penambahbaikan bagi memperkemas dan memperkasa proses pelaksanaan projek di bawah RMKe-13. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/dewan-rakyat-jangan-hanya-harap-peruntukan-kerajaan-persekutuan-rafizi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Siasatan Ismail Sabri, tiada arahan daripada sesiapa

Azam menunjukkan barang rampasan selepas sidang akhbar khas berhubung kes bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!
PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa pihaknya tidak menerima arahan daripada sesiapa untuk menjalankan siasatan berhubung beberapa kes dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan yang dilakukan ke atas bekas Perdana Menteri itu adalah berdasarkan aduan serta maklumat yang diterima SPRM. “Kita menyiasat (kes ini) secara profesional dan adil tanpa melihat sebarang darjat atau kedudukan. “Tidak ada arahan daripada sesiapa. Kami bertindak atas inisiatif sendiri, berdasarkan maklumat dan aduan yang kami terima,” katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. Semalam, media melaporkan, SPRM mengesahkan Ismail Sabri kini disiasat pihaknya berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa ahli Parlimen Bera itu ketika menerajui kerajaan. Dalam perkembangan berkaitan, Azam memaklumkan, setakat ini SPRM tidak membekukan akaun Yayasan Keluarga Malaysia mahu pun akaun persendirian milik Ismail Sabri. Jelas beliau, akaun Yayasan Keluarga Malaysia juga bukan lah milik individu dan masih lagi aktif. “Setakat ini kita telah membekukan sebanyak 13 akaun bank yang bernilai kira-kira RM2 juta. “Kebanyakan (adalah) akaun suspek yang dibekukan dan berhubung Ismail Sabri kita tidak membekukan lagi akaun beliau. “Akaun beliau sedang disiasat dan kita akan meminta penjelasan daripada beliau untuk beliau menerangkan tentang semua akaun yang beliau ada dan juga apa-apa yang patut kita tanya beliau tentang penemuan wang itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/siasatan-ismail-sabri-tiada-arahan-daripada-sesiapa/
|
|
|
|
|
|
|
|
Individu tak puasa berdepan denda, penjara – Mohd. Na’im

Mohd. Na'im
PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, menegaskan bahawa individu beragama Islam yang tidak berpuasa di tempat awam tanpa alasan kukuh boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk denda dan hukuman penjara. Beliau berkata, tindakan ini selaras dengan peruntukan undang-undang syariah di negeri-negeri yang mengawal selia tingkah laku umat Islam sepanjang bulan Ramadan.
-ADVERTISEMENT-
Katanya, penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan tidak menghormati Ramadan terus diperketatkan di seluruh negara bagi memastikan kesucian bulan mulia ini terpelihara. “Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri sentiasa melaksanakan pemantauan dan operasi bagi memastikan kesalahan tidak dilakukan oleh orang Islam sepanjang bulan Ramadan berpandukan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya kepada Kosmo!. Menurut Mohd. Na’im, peruntukan dalam Akta Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], individu beragama Islam yang didapati menjual makanan, minuman atau rokok kepada orang Islam lain untuk dimakan serta-merta pada waktu berpuasa, atau makan, minum serta menghisap rokok secara terbuka di tempat awam, boleh dikenakan tindakan undang-undang. “Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.
“Bagi kesalahan berulang, hukuman lebih berat boleh dikenakan dengan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya,” jelasnya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya menghormati bulan Ramadan dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. “Berpuasa bukan sahaja satu kewajipan agama, tetapi juga lambang disiplin dan ketakwaan kepada Allah SWT. “Orang ramai juga digalakkan untuk menjadikan Ramadan sebagai bulan muhasabah diri dan meningkatkan amalan kebaikan. Penguatkuasaan undang-undang ini diharap dapat memastikan kesucian Ramadan terus terpelihara di negara ini,” katanya. Terdahulu, dua lelaki dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas didapati menghisap rokok di dua kedai makan di Alor Gajah dan Krubong, Melaka pagi semalam. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, kedua-dua mereka, masing-masing berusia 59 tahun dan 45 tahun ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah. Jelasnya, kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) berkenaan juga telah diberikan surat perintah hadir ke JAIM hari ini untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/individu-tak-puasa-berdepan-denda-penjara-mohd-naim/
|
|
|
|
|
|
|
|
76 hektar hutan terbakar di Kuantan

MOHD RAZAM meninjau operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuantan.
KUANTAN – Kira-kira 76 hektar kawasan ladang sawit di sekitar Jalan Pintasan Kuantan-Sg Ular berhampiran Gebeng di sini musnah dalam kejadian kebakaran hutan sejak sembilan hari lalu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Ibrahim berkata sehingga kini kira-kira 67 hektar kawasan yang terbakar telah berjaya dipadamkan. “Baki kira-kira 8.9 hektar masih terbakar dan api mula merebak semula semalam akibat tiupan angin kuat dengan pemadaman masih dalam operasi dengan bantuan pelbagai agensi. “Kekuatan anggota bomba yang terlibat dalam pemadaman ialah seramai 73 orang iaitu 16 daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dan selebihnya bantuan daripada balai luar,”katanya Menurutnya operasi pemadaman dipecahkan kepada tujuh sektor bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain dengan setiap sektor mempunyai 10 anggota bomba. Katanya operasi pemadaman turut menggunakan ‘water bombing’ melibatkan satu unit pesawat dengan kekuatan 11 orang kru. “Selain itu bantuan pam dari Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tujuan ‘total flooding’ di kawasan yang terbakar dan bantuan satu unit jengkaut dari Jabatan Kerja Raya bagi tujuan ‘fire break’ dan akses laluan pemadaman,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/76-hektar-hutan-terbakar-di-kuantan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga didenda miliki daging disembelih di rumah penyembelihan tidak berlesen

Abdullah (tengah) didenda RM3,500 kerana memiliki 798.6 kg karkas lembu dan kerbau disembelih di rumah sembelihan tidak berlesen di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU – Gara-gara memiliki 798.6 kilogram (kg) karkas lembu dan kerbau yang disembelih di rumah penyembelihan tidak berlesen pada akhir tahun lalu, seorang peniaga didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Yuhanis Mohd. Roslan menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Abdullah Ismail, 33, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 798.6 kg karkas lembu dan kerbau tersebut yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan mengikut Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009.
Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan Abdullah di pekarangan Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UnISZA), Kuala Nerus pada pukul 8.30 pagi, 16 Disember tahun lalu. Mengikut fakta kes, karkas lembu dan kerbau itu dijumpai dalam sebuah lori jenis Isuzu milik tertuduh. Dia didakwa mengikut Kaedah 17, Kaedah-Kaedah Penyembelihan (Pindaan) 2018 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Tuan Anuar Sulzi Tuan Abdullah manakala Abdullah pula tidak diwakili peguam. Abdullah dalam rayuannya memohon hukuman denda rendah memandangkan dia kerugian lebih RM20,000 berikutan 798.6 kg karkas lembu dan kerbau tersebut dirampas penguat kuasa JPV. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/peniaga-didenda-miliki-daging-disembelih-di-rumah-penyembelihan-tidak-berlesen/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Bapa kanak-kanak itu kalau tidak puas hati buat aduan’

SIVANESAN (lima dari kanan) selepas merasmikan Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Dalam Perkhidmatan awam selari dengan Kempen Perangi Gula negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.
IPOH – Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa maut selepas menerima beberapa suntikan di sebuah hospital di Teluk Intan dinasihatkan membuat aduan secara rasmi kepada pihak hospital. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, keluarga kanak-kanak itu tidak perlu bimbang kemungkinan kes ditutup kerana siasatan kes tersebut akan dijalankan oleh pihak-pihak lain.
-ADVERTISEMENT-
“Saya nasihatkan bapa kanak-kanak itu kalau mereka tidak berpuas hati bolehlah membuat aduan secara rasmi kepada pihak hospital. “Mereka tidak perlu takut kemungkinan pihak hospital akan cuba untuk menutup kes kerana bukan mereka yang siasat. Kementerian Kesihatan (KKM) akan hantar doktor-doktor dari luar untuk siasat kes ini jika ada. “Bagaimanapun, sehingga semalam tidak ada aduan dan bapa kanak-kanak itu ketika hubungi saya semalam pun beritahu tidak mahu buat laporan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat Dalam Perkhidmatan awam selari dengan Kempen Perangi Gula negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini. Menurut Sivanesan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak juga akan menjalankan siasatan berkaitan isu berkenaan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi. “Ada dakwaan mengatakan kejadian ini ada elemen kecuaian perubatan. Siasatan belum lengkap lagi sudah terburu-buru cakap ia satu kecuaian. “Kita perlu berlaku adil dengan kedua-dua pihak termasuk hospital. Apa pun, tunggu hasil siasatan dulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/bapa-kanak-kanak-perempuan-mati-didakwa-akibat-kecuaian-dinasihat-buat-aduan-rasmi/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|