Perlawanan ke 17 Pusingan ke 2 Liga cari Xpert11
pukul 3.30ptg ini
1) Saro FC vs Saja Saja F.C
2 TeaM cAp AyaM vs kg boy fc
3) korr FC - josekobenrossi
4) Pasukan Hebat Fc - Nasri Kawase Fc ( Perlawanan Tumpuan )
5) Rocky Fc vs DonHonleyTough
Match 1
Sekali lagi Saro FC akan bermain di gelanggang sendiri dan kali ini menanti kunjungan Pasukan Saja Saja F.C. pastinya Pasukan tuan rumah akan berusaha meneruskan kecemerlangan seperti mereka menewaskan pasukan DOnHenleyTough minggu lepas. Kelibat Larry Calderwood sekali lagi bakal dituntut memberikan gol kepada psukan tuan ruamh manakala pasukan Saja Saja F.C pastinya mengharapkan sentuhan berbisa Arthur Rowlands bagi mengecewakan pasukan tuan rumah petang ini. Di pusingan pertama Saja Saja F.C tewas 0-5
Ramalan:
Saro FC 1 Saja Saja F.C 1
Match 2
Prestasi yang tidak menentu buat TeaM cAp AyaM dan tidak mengejutkan jika mereka bangkit hari ini dengan kemampuan sebenar. Pasukan kg boy fc pula pastinya tidak akan biar keputusan tewas teruk 5-1 di HanJiHye Stadion pada perlawana lalu tidak berulang. Di pusingan pertama kg boy fc menang 3-0
Ramalan:
TeaM cAp AyaM 1 - kg boy fc 1
Match 3
Pasukan korr fc pastinya ingin menghapuskan label pasukan pakar seri apabila melayani kunjungan josekobenrossi hari ini. jentera serangan pasukan pelawat begitu hebat pada perlawanan lepas dan pasukan korr pastinya menyedari risiko jika kedua penyerang pasukan pelawat diberi terlalu banyak runag di hadapan pintu gol. Di pusingan pertama kedua-dua pasukan seri 1-1 di Stadium Saja Saja
Ramalan:
korr FC 1 - josekobenrossi 1
Match 4-Perlawanan Tumpuan
Pasukan Hebat Fc satu-satunya pasukan yang boleh menutup peluang pendahulu liga dari menjadi juara buat musim yang pertama. Apa sekalipun, mereka perlu menang apabila melayani kunjungan pasukan Nasri kawase Fc di 4th Floor hari ini. Pasukan pelawat tentunya tidak akan memberi lalauan mudah dan perlawanan dijangka sengit. Di pusingan pertama Pasukan Nasri Kawase menang dengan jaringgan 1-0
Ramalan:
Pasukan Hebat Fc 1 - Nasri Kawase Fc 0
Match 5
Pendahulu liga Rocky FC akan melayani pasukan di tangga terbawah liga hari ini di Sg Penchala. Rata-rata umum menyedari hari ini bakal menyaksikan Ricky FC dinobatkan sebagai juara musim pertama Liga Cari XPer11. kalau dilihat dari prestadi antara kedua-dua pasukan, hanya keajaiban sahaj yang boleh menghalang Rocky Fc mengutip mata penuh hari ini. Bagaimana pasukan Donhenley pastinya akan cuba menghampakan pasukan tuan rumah demi mempertahankan reputasi kelab mereka di mata pemerhati liga cari xpert11.Di pusingan pertama pasukan DoneHenleyTough tewas 0-2
Ramalan:
Rocky FC 2 - DonHenleyTough 0
Xpert Pools terkumpul sudah ada 600ribu econ
masih ada masa - 2 jam lebih lagi
Pasukan baru juga boleh teka dan menangi econ
mari kita tengok sape yang kena hari ini
jumpa dipadang kul 3.30ptg geng
Keputusan Rasmi Perlawanan ke 17 Liga Cari Xpert11 jam 3.30ptg tadi
1) Saro FC 2 vs Saja Saja F.C 0
2 TeaM cAp AyaM 5 vs kg boy fc 2
3) korr FC 2 - josekobenrossi 2
4) Pasukan Hebat Fc 5- Nasri Kawase Fc 1 ( Perlawanan Tumpuan )
5) Rocky Fc 3 vs DonHonleyTough 0
28hb Julai 2008 Pasukan Rocky FC ditabalkan sebagai Juara Pertama Liga Cari Xpert11!!
Seperti diramal Rocky FC mudah menundukkan pasukan DonHenleyTough dengan jaringan 3-0 di laman sendiri.
Penyokong tuan rumah berpesta di jalanan menyambutkan kememenangan mereka menjuarai liga. Pasukan JUARA liga ini telah menjaringkan 24 gol dan hanya melepaskan 7 gol sahaj dengan berbaki satu lagi perlawanan membuktikan persembahan yang begitu konsisten sepanjang musim. Juara Liga cari Xpert11 ini akan menanti kunjungan pasukan josekobenrossi utk perlawanan terakhir mereka di Sg Penchala.
Pasukan Hebat Fc biarpun merakam kemenangan besar menundukkan Nasri kawase Fc dengan jaringan 5-1, mereka terpaksa melupakan hasrat mengejar pasukan Rocky FC yang turut menang di Sg Pencahala dengan pasukan juara 5 mata di hadapan dengan berbaki 1 perlawanan sahaja lagi. Pemain tengah Stephan Davids meledakkan 2 gol yang kini telah meledakkan 12 gol dan pasti akan dianugerahkan kasut emas buat musim pertama penampilannya.
Pasukan korr Fc pula sekali merakamkan keputusan seri dan kali ini dengan pasukan josekobenrossi setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Giggsy Lane. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan berpuashati dengan1 mata. pasukan korr fc satu-satunya pasukan tuan rumah yang tidak mengutip 3 mata penuh untuk perlawanan ke 17.
Pasukan Saro FC sekali lagi mencatakan kemenangan di laman sendiri apabila menundukkan pasukan Saja Saja F.C dengan jaringan 2-0. Tanpa kelibat penjaring terbanyak mereka Larry calderwood yang dilaporkan masih belum cergas setelah sembuh dari kecederaan, Saro FC hanya menggunakan Malachy Fitzpatrick sebagai penyerang tunggal dan hasilnya 2 gol dijaringkan oleh pemain tersebut.
Pasukan TeaM cAp Ayam akhirnya merakamkan kemenagan bergaya di laman sendiri hari ini apabila membenamkan cabaran kg boy fc dengan jaringan 5-2. Kemarau kemenangan pasukan tuan rumah berakhir apabila Evaristo Figuerinhas menjaringkan hattricknya dan menceriakan penyokong pasukan tuan rumah.
Hanya tinggal satu perlawanan sahaja lagi sebelum tirai musim berlabuh
Tahniah kepada pasukan Rocky FC sebagai juara Liga Cari Xpert11 yang pertama!!
Xpert Pools dalam pot terkumpul 700ribu econ dikongsi oleh 2 pasukan
Saro FC dan pacubob fc berjaya meneka kesemua betul!!!
mereka berkongsi 350ribu econ setiap pasukan
Anugerah manager paling bernilai untuk perlawanan kali ini diumumkan di bilik berita LIGA
:pompom: :pompom:
yey menang!!
terpahat dalam sejarah le selaku juara pertama..hehe
dapat ape ek menang?takkan dapat naik bas mini keliling sg penchala aje..heh