CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blackmore

INFERTILITY - VERSION 3

  [Copy link]
Post time 21-11-2009 10:48 PM | Show all posts
wahai orang2 kampung sekelian.....kalu aisyah dapat bagi alamat singse kat JB ni...zira pelawa kawan2 yang nak datang JB untuk jumpe singse tu menginap rumah zira....free of charge...intertain baek pu ...
zalida Post at 21-11-2009 21:29

jemput..jemput datang semua ke JB...eceh..eceh..macam pemandu pelancong plak...tadi dah try tanyer kat husband pasal singse tu...direct je kasik sbijik..wat satu satu la...kan tgh on treatment ni....eleh...tak takut...nanti boleh g carik sendirik...buku map ada...he...he...diriku berbicara didalam hati membantah kata2 suami....takpe malam ni sblum tido mintak maap...mesti die pelik...buang tebiat apo bini aku nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2009 10:56 PM | Show all posts
"everyone wants to be happy,
nobody wants to be pain..
but..you can't have a rainbow without any rain...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 12:42 PM | Show all posts
Harap-harap singseh tu masih orang yg sama coz sepupu Aisyh tu gi dah lama. anak sulung dia pun dah tadika kalau tak silap.

Kata orang, akupuncture pu ok. Aisyh baru jumpa blog sorang Dr homeopati yg leh buat acupucture dan rawatan utk infertility. Dr Nik Omar namanya. klinik dia ada kat Pasir Mas, Bangi dan Jalan Raja Laut, KL. Acupuncture ni bagus sebab boleh betulkan peredaran darah dsb. Aisyh tak pasti sama ada ada tak forumer kat sini yg dah bg info ttg Acupuncture oleh Dr  ni. Biasanya acupuncture dilakukan oleh orang Cina. Alhamdulillah, sekarang dah ada Dr Muslim yang pakar dalam bidang ni. Ni Aisyh pastekan sedikit info dari http://infertility.xaper.com/ :

Kaedah Rawatan Kesuburan HTI P 2000
Rawatan Kemadulan
Infertiliti, Infertilitas, Infertility,
Kaedah Mendapat Anak Cara Homeopathy
Formula Mendapat Cahaya Mata


Hasil Penyelidikan: Prof Dr Nik Omar, Prof Mohd Nasir Zain, Prof Che Musa, H/Dr Hajjah Faridah & H/Dr Hajjah Zaharah

Prosedur Rawatan Mengikut Modul


Modul 1 : Kami memerlukan kehadiran suami isteri untuk memulakan rawatan. Rawatan hendaklah di Pusat Perubatan kami, sama ada di Hospital Homeopathy Nik Omar Pasir Mas, Kelantan atau Pusat Perubatan Homeopathy di Kampong Baru, Kuala Lumpur atau cawangan kami di Kota Bharu, Kelantan.

Mengambil Kes: Kami akan mengambil kes dengan menitik beratkan sejarah kesihatan, sejarah keluarga, latar belakang perkahwinan dan lain-lain.
Jika ada surat-surat rujukan dari mana-mana pusat perubatan atau hospital, sila bawa bersama untuk memudahkan rawatan kami.

Modul 2 : Biasanya kami akan mengambil kes isteri terlebih dahulu, kemudian diikuti oleh kes suami.

Rawatan Untuk Isteri: Kami akan bertanya dalam soal putaran haid, masalah rahim, masalah emosi, sejarah perkahwinan, hubungan suami isteri, sejarah keguguran atau sejarah kehamilan, masalah fibroid (jika ada) dan sebagainya.

Setelah semua gejala-gejala penyakit sudah jelas, kami akan memberi remedi homeopati yang paling serasi dengan masalah yang dihidapi.
Ubat homeopati biasanya kami beri selama setiap 2 minggu atau 4 minggu sekali.

Nota Jangan khuatir rawatan homeopati kami tidak melibatkan sebarang pembedahan atau prosedur ujikaji-ujikaji yang menyakitkan atau membosankan.

Modul 3: Rawatan Kesuburan Lelaki

Kami akan meneliti kes kesuburan lelaki dengan bertanyakan beberapa soalan berhubungan dengan kejantanan, ketahanan, kematangan, keadaan benih atau sperma sama ada pekat atau cair, morbiliti, mortiliti, dan lain-lain hal.

Nota Doktor Lelaki akan memeriksa testes atau kedudukan 'telur' atau 'batu pelir' sama ada cukup saiz, besar, medium atau kecil. Jika perlu ujian jumlah sperma akan dilakukan dimakmal kami.

Selesai mengambil kes, kami akan memberi satu atau dua remedi homeopati yang paling sesuai untuk masalah kesihatan lelaki, khususnya memberi sedikit rangsangan untuk kuatkan zakar,terutamanya memberi remedi utama bagi pernambahan jumlah sperma, kematangan sperma, tambah tenaga morbiliti serta mortiliti sperma, untuk tahan lama sedikit dari biasa dan untuk menambah jumlah sperma.

Jika didapati suami menghidapi sejenis penyakit "azoospermia' atau tidak ada benih, kami akan ikhtiar untuk mengatasinya dengan memberi ubat atau ubat-ubat untuk membantu menghidupkan kilang 'testes' yang tidak upaya mengeluarkan benih hidup.

Seandainya suami disahkan oleh mana-mana Pusat Perubatan lain sebagai 'Low Sperm Counts', maka akan akan ikhtiar mencari beberapa ubat homeopati yang paling serasi untuk menambahkan jumlah sperma, mematangkan sperma, meningkatkan mobiliti dan juga mortaliti.
Sekiranya gagal, kami akan nasihat supaya menjalani rawatan dimana-mana hospital kerajaan.

Nota Biasanya untuk isteri kami akan memberi ubat homeopati untuk kesuburan wanita dan untuk suami kami akan berikan ubat homeopati untuk kesuburan lelaki.


Kami galakkan kedua-kedua pasangan suami isteri menjalankan rawatan, agar cepat memberikan hasil atau memperolehi zuriat.

Motto Kami: Kami Ikhtiar, Tuhan Menyembuhkan

Beberapa Soalan berhubung dengan Rawatan Infertiliti yang kami jalankan

Soalan: Tahun yang keberapakah sesuai untuk kami berubat ?

Jika anda kahwin melebihi 1 hingga 2 tahun, tapi masih belum dikurniakan anak, elok dimulakan rawatan ini.

Soalan: Siapa yang harus berubat, suami atau isteri ?
Seelok-eloknya kedua suami dan isteri. tetapi kalau suami merasakan 'dia' elok dan sperma cukup sihat. Maka isteri boleh memulakan rawatan terlebih dahulu.

Soalan: Berapa lama rawatan tuan jalankan untuk melihat kejayaan

Biasanya rawatan ini berjalan selama 8 hingga 12 bulan atau sehingga hamil. Jika rezeki ada pada puan, kemungkinan puan boleh hamil seawal satu bulan, dua bulan atau tiga bulan selepas memakan ubat-ubat kami. Itu rezeki puan, kami hanya berikhtiar dan berdoa. Selebihnya Allah akan menentu rezeki anda.

Anda boleh lihat rekod kejayaan ini dalam lama web satu lagi : http://www.geocities.com/infertility_my

Biasanya Siapa Yang Mandul ?
Tidak tentu, ada isteri dan ada suami. Tetapi kami bukan labelkan tuan puan sebagai mandul. Cuba istilah Melayu sahaja memakai perkataan mandul untuk orang-orang yang lambat 'melekat'

soalan: Saya dan suami saya dianggap 'normal' dan tidak ada masalah, kenapa sampai kini, sudah 6 tahun kami masih belum dikurniakan anak ?

Itulah dinamakan rezeki, orang macam inilah yang kami hendak tulong mengikut kaedah rawatan kami.

Soalan: Saya dah berumur 40 tahun. Kahwin dah masuk 17 tahun, tetapi masih belum ada anak. Sekarang doktor kata pulak saya tidak boleh lagi hamil, kerana sudah tua , katanya risiko banyak, pada hal saya belum ada anak. Apakah homeopati boleh berubat ?

Ketepikan soal risiko terlebih dahulu, datanglah dan cubalah dahulu rawatan kami, mana tahu rezeki puan ada di Kg Baru, KL atau di Golden Sand ( Pasir Mas) atau di New Castle ( Kota Baharu )

Ada satu kes berjaya kami rawat setelah berkahwin selama 17 tahun, ibu sudah berusia 41 tahun. Kini setelah berubat dengan kaedah HTI P2000 ibu ini sudah berjaya mendapat anak !! Anak pula sihat walafiat .

Ada satu kes lagi di Melaka, dimana ibunya berusia mencecah usia 50 tahun dan hampir putus haid. Mereka berikhtiar sejak mula-mula kahwin tetapi rezeki 'belum ada'. Mereka mencuba dengan kami selama hampir 2 tahun rawatan, akhirnya dapat anak perempuan dalam usia suaminya 55 tahun.

Suaminya datang membawa anak perempuan comel-lotee,
berusia 41 hari dan suaminya menyatakan kepada saya," Doc akhirnya saya dapat juga anak ini, hadiah pencen saya...." MasyaAllah !!

Kita berusaha, selebihnya berdoalah kepada Illahi.

Soalan: Mahal Tak Berubat dengan Homeopati ini


Tidak mahal, biasa sahaja. Cuba telipon tanya di talian KL 03-26926549 ( Dr Faridah), Pasir Mas 09-7976948(Dr Zaharah) atau Prof Dr Nik Omar 019-9401915 atau
E Mail: [email protected]

Soalan: Dah berapa orang berjaya dirawatan melalui HTI ini ?

Sejak tahun 1975 hingga tahun September 2004 lebih dari 3000 pasangan telah pun berjaya dirawat dan mendapat anak melalui rawatan ini. Anak homeopati pula, comel-comel belaka.

Lihat rekok kejayaan dalam laman web kami:-

http://www.geocities.com/infertility_my

atau lihat gambar anak-anak homeopati
Dalam Majalah Perempuan: Disember 1993 ada 6 gambar anak-anak yang berjaya dirawat melalui kaedah ini, kesemuanya cute-cute belaka.

Soalan:  Kami sudah menjalani 10 kali ujian IUI di hospital lain,  kenapa masih belum berjaya untuk melekat ?

Itulah masalahnya dalam pengajian perubatan lain, mereka asyik memasukkan benih suami kedalam rahim isteri secara paksa @ I.U.I. tanpa memikirkan apakah rahim si-isteri betul-betul sudah bersedia untuk menerima benih lelaki @ suami.

10 atau 20 kali buat IUI akan merugikan masa dan wang ringgit kerana rahim isteri masih belum sedia untuk menerima sperma lelaki.
Dalam kajian teknik rawatan HTI yang kami lakukan, kami akan memberi ubat-ubat homeopati yang sesuai kepada isteri supaya semua perkakas peranakan si-isteri diperbetulkan agar rahim isteri betul-betul bersedia untuk menerima kedatangan sperma suaminya.

Dalam erti lain, kami akan memberi ubat homeopati kepada isteri untuk membersih, mensucikan rahim atau istilah mekanik kita katakan, kita buat alliagment, balancing, agar rahim suci dari sebarang asam, cuka, fungus, bakteria, virus, gatal-gatal, allergik dan sebagainya.

Bila rahim sudah bersedia dan sperma suami dalam keadaan tip-top, maka senanglah untuk isteri hamil. Wallahhualam, kita hanya ikhtiar, selebihnya Allah SWT yang menentukannya.

Saya berada jauh, apakah tuan boleh hantar ubat ?

Sekiranya tuan /puan berada juah dari Kuala Lumpur atau Pasir Mas dan tidak kesemptan untuk datang ke kelinik kami. Tuan/puan boleh mencuba dahulu dengan memakan ubat melalui pos atau 'Rawatan Konsultasi Melalui Maya / Cyber. Sudah ramai orang berjaya mendapat anak melaluikaedah ini. Mana tahu rezeki tuan/puan hanya melalui rawatan secara cyber. Namun berjumpa doktor pakar sendiri lebih baik.

Aisyh pun tengah plan masa yg sesuai utk buat appointment. Selain daripada tu, Aisyh ada gak beberapa amalan yang boleh kita lakukan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat ni. Insya Allah, kalau ada masa lapang, Aisyh akan kongsi bersama kawan-kawan ye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 12:46 PM | Show all posts
700# zalida

erm...tak pa la ida... ni ujian bagi .... kita kan
nak buat mcm mana..................aku redha je ida...........
alhamdulillah ...setakat ni period cruz regular la jgk . .on time..... je datang
tp husband la..................... ... tp kalo di fikir2 kan .... dia pun tak nak jadi gitu kan ...
..usaha je la skg ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 10:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by ZiraHashim at 22-11-2009 22:36
cruz.. masalah awak ngan saye sama laaa.......hubby saya pun mcm tue jugak....sabar la ekkkk....at least kiter kan tgh beusaha...jgn putus asa k...
tapi kan cruz ida pun ader masalah hormon x stab ...
zalida Post at 21-11-2009 21:35

sabarla yo kawan22 sekelian..kite ikhtiar je..insyaallah ada jalan untuk kito..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 01:14 AM | Show all posts
700# zalida

erm...tak pa la ida... ni ujian bagi .... kita kan
nak buat mcm mana..................aku redha je ida...........
alhamdulillah ...setakat ni period cruz regular la jgk . .on time. ...
cruz_gurl Post at 22-11-2009 12:46

eerrrmmm.....mmg betul tue cruz....x der saper yg nak jd mcm kiter niee.....
kiter pun teringin nak tgk muka anak kiter sdn kannnn???????
ye la kalo x buat per kiter kawen ngan org yg kiter syg..... :cry:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2009 01:18 AM | Show all posts
Harap-harap singseh tu masih orang yg sama coz sepupu Aisyh tu gi dah lama. anak sulung dia pun dah tadika kalau tak silap.

Kata orang, akupuncture pu ok. Aisyh baru jumpa blog sorang Dr homeopati  ...
ruhadatulaisyh Post at 22-11-2009 12:42

aisyh.....kiter tau klinik dr. nik yg dkt kg. batu nieee....tp x penah tau pun yg die ader buat proggram utk kesuburan....ingat lepas nie bole lah gak pg survey kan......klinik die kat masjid kg.baru....bukan kat dpn masjid..tue hosp kbmc....tapi kat belah jln besar tueeeeeeeee.........tq fot the infoooo.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 07:19 AM | Show all posts
706# zalida

yah ida......... teringin nak rasa ada anak sendiri ...huhu...
semua ni telah di rancang sebaik mungkin oleh yang maha Esa..................
aku terima ...seadanya.........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 08:37 AM | Show all posts
ala..heomopathy tu jauh nyer.. huhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 09:20 AM | Show all posts
709# molley444

molley try ..email ...mungkin akan di balas...........mcm cruz lagi lagi lagi lah jauhnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 10:11 AM | Show all posts
salam kengkawan...

ade sedara nisyam sorang..dh khwn 3 tahun x mengandung. sblm puasa hr tue buat opt. ade pcos rupanya..alhmdllh skrg dh pregnant...

Die jumpa Dr. Dev Kumar, Assunta Hospital..nisyam pernah dgr gak 2 / 3 kes yg khwn xde ank. then p jumpa doc ni, alhmdllh dh lekat.. Kita berusaha jelah kn..Smg Allah meredhai & memberkati ....

Maybe sape2 yg interest blh give a try..... nisyam nk tgk dulu kt HKL mcm mn.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:10 PM | Show all posts
salam kengkawan...

ade sedara nisyam sorang..dh khwn 3 tahun x mengandung. sblm puasa hr tue buat opt. ade pcos rupanya..alhmdllh skrg dh pregnant...

Die jumpa Dr. Dev Kumar, Assunta Hospital..n ...

nisyam Post at 23-11-2009 10:11

nisyam...aritu dah wat IUI kan...bile leh tau result??
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 09:39 AM | Show all posts
PANAS - Bayi menggigil di luar rumah
BATU PAHAT: Sangkaan mereka suara tangisan anak kucing kebasahan akibat hujan di luar rumah, namun sebuah keluarga di Lorong Naib Resam, Pekan Sri Gading di sini, sebenarnya dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di anjung rumah mereka, pagi semalam.
Lebih menyayat hati, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menggigil dan kebiruan akibat kesejukan serta dibaluti dengan sehelai kain batik basah.

"Zalim nyer manusia":cry:
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 10:29 AM | Show all posts
714# vios04

itulah pagi td dgr berita.. sedihnya kesian kat baby tu, sampai hati org tu buang bb mcm tu je, kita ni punyalah ssh nak dpt...dia plk sng2 je mcm buang sampah :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 11:30 AM | Show all posts
713# ZiraHashim

doakanlah zira, period bln 11 hr tu on 02.11.09, hv 2 wait n see. Normally period nisyam will come 4-5 dys in advance. sblm tu akn ade bbrp simptom, risau gak sbb simptom tu dh ade....hrp2 x dtglah periodnye...

tgh sedih gak ni, smlm adik sedara dh dpt bby girl. ank k-3. after 2 boys. 1st bby die lahir time nisyam baru2 khwn...

wlupn ku tabahkan ht ini agar tidak cemburu, namun apakn daya, ku tewas sbgi seorang wanita yg teringin sgt utk memiliki seorang zuriat sendiri....Aku tetap doakan utk kshtn ibu & ank tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 07:44 AM | Show all posts
Kawan2 nak mengingatkan sesama kita, hari esok elok puasa sunat lepas tu buat solat hajat malam jumaat dan banyakkan doa dari Jumaat hinga magrib (hari arafah) Allah makbulkan hajat kita insyaalah.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2009 11:40 AM | Show all posts
PANAS - Bayi menggigil di luar rumah
BATU PAHAT: Sangkaan mereka suara tangisan anak kucing kebasahan akibat hujan di luar rumah, namun sebuah keluarga di Lorong Naib Resam, Pekan Sri Gading di sini, ...
vios04 Post at 24-11-2009 09:39

dorang tue mmg bangang.....x reti nak bersyukur dpt hidup sementara di bumi pinjaman allah nie....x nak berfikir dan menghargai aper yg ade di sekeliling kiter......
ida mendoakan moga tuhan maseh menyayangi mereka ini di alam lain......
kalo ida dpt org nie dah ida cincang lumat punyer.......:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 12:24 PM | Show all posts
laa.. xtau pun klinik homopati ni dekat ngan umah.. ingatkan homopati biasa je..
iskh. ni harus pegi ni lepas raya aji ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 02:46 PM | Show all posts
Kawan2 nak mengingatkan sesama kita, hari esok elok puasa sunat lepas tu buat solat hajat malam jumaat dan banyakkan doa dari Jumaat hinga magrib (hari arafah) Allah makbulkan hajat kita insyaalah.... ...
vios04 Post at 25-11-2009 07:44

insyaallah.......tq for the info....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 02:47 PM | Show all posts
719# fadzyjemi
fadzymi...awak dukkat area maner.....nnt kalo dah pegi rerajin la upload citer kat sini....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.063230 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list