|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MOTHER NATURE IS THE ULTIMATE INSPIRATION
[Copy link]
|
|
An ostrich's eye is bigger than its brain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tigers have striped skin, not just striped fur.
|
|
|
|
|
|
|
|
In many advertisements, the time displayed on a watch is 10:10.
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi mod vell
|
|
|
|
|
|
|
|
hihi
next year sibuk giler
sbb asean
sakit hati je berurusan dgn yg terlibat nak layanan mcm raja dari gomen
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita diperdaya lebih RM200,000, konon terbabit pengubahan wang haram
KOTA TINGGI: Seorang wanita kerugian lebih RM200,000 selepas menerima panggilan telefon kononnya dari sebuah syarikat penghantaran barang, Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata wanita berusia 48 tahun itu membuat laporan polis kelmarin. Katanya, suspek memaklumkan terdapat bungkusan dihantar mangsa dan mangsa menafikannya sebelum panggilan disambungkan kepada seorang lagi suspek mendakwa pegawai polis dan memaklumkan mangsa terbabit aktiviti pengubahan wang haram. "Mangsa dikehendaki membantu siasatan dan diminta membuat pinjaman peribadi hampir RM250,000.
"Mangsa juga diarahkan melakukan pemindahan wang pada September hingga bulan lalu. Mangsa melakukan transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun bank dengan keseluruhan RM238,000," katanya dalam kenyataan hari ini. Yusof berkata mangsa menyedari dirinya ditipu apabila suspek tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung penyelesaian tuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya walaupun telah membuat pembayaran. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1323674/wanita-diperdaya-lebih-rm200000-konon-terbabit-pengubahan-wang-haram
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
COP29: Malaysia tetapkan agenda iklim penting, bersedia untuk masa depan lestari ASEAN
Nik Nazmi mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di Baku, Azerbaijan. - Foto fail BERNAMA
BAKU (Azerbaijan): Penyertaan Malaysia dalam Persidangan Pihak-Pihak ke-29 (COP29) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) tepat pada masanya untuk mengukuhkan kedudukan mampan negara ini apabila memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia bersedia mengambil peranan penting dalam memajukan agenda iklim pada peringkat serantau dan global serta memacu keterangkuman dan kemampanan yang lebih besar, memperjuangkan naratif yang berfokus kepada negara untuk mengangkat suara serantau pada COP29, dari 11 hingga 22 November. Malaysia berikrar untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau global (GHG) sifar bersih menjelang 2050, satu langkah berani yang mencerminkan tekad negara ini untuk bertindak sekarang. Selain itu, melalui COP29, Malaysia juga berhasrat menjadi hab pelaburan utama bagi projek hijau dengan menggalakkan dasar yang menyokong dan menerapkan pemikiran kerjasama, membuka jalan kepada pertumbuhan mampan dan inovasi.
Malaysia bakal mempamerkan pencapaian penting dalam tindakan iklim, menyokong kerjasama antara kerajaan yang lebih kukuh dalam inisiatif hijau dan mempromosikan amalan kelestarian negara di pentas dunia di Pavilion Malaysia pada COP29 bertemakan Shift for Sustainability: Climate Action Now! Usaha itu juga selaras dengan objektif iklim Malaysia yang lebih luas dan menyokong tema kepengerusian ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kemampanan." Dengan peranan utama ini, Malaysia turut menyeru kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota ASEAN serta menggesa tindakan lebih tegas dalam bidang utama seperti pembangunan mampan, perlindungan alam sekitar dan kesaksamaan sosial, sejajar dengan Visi Komuniti ASEAN 2025 untuk memajukan rantau ini ke arah mencapai matlamat sifar bersih. Delegasi Malaysia ke persidangan itu terdiri daripada 250 ahli yang diketuai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, merangkumi pembuat dasar, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perniagaan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (GLC) dan wakil belia. Pada COP29 tahun ini, Malaysia bersedia menghadapi transformasi secara langsung, tanpa mengira halangan, menumpukan kepada tujuh teras ke arah mencapai pelepasan sifar bersih dan memperkukuh kemampanan negara. Tujuh teras berkenaan ialah kewangan dan ekonomi, perdagangan dan industri, sumber asli, tenaga, teknologi dan inovasi, pembangunan mampan serta belia dan penyesuaian. Melalui kluster strategik ini, Malaysia akan mempamerkan bidang tumpuan, kepimpinan dalam tindakan iklim, mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan menarik pelaburan yang selari dengan strategi pertumbuhan hijau negara. Sejak 2010, ekonomi hijau Malaysia menarik lebih RM10 bilion pelaburan dan mewujudkan 5,579 pekerjaan hijau melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS). Pavilion Malaysia pada COP29 akan diterajui oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sebagai agensi pelaksana. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323649/cop29-malaysia-tetapkan-agenda-iklim-penting-bersedia-untuk-masa
|
|
|
|
|
|
|
|
Timbalan mudir madrasah terkait GSBH didakwa ajar agama tanpa tauliah
Muhammad Ghazalyi didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Rembau atas pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah, sejak dua tahun lalu. - Foto NSTP/Azrul Edham
REMBAU: Timbalan mudir madrasah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah, sejak dua tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Ghazalyi Othman, 54, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Bicara, Nurul Fadhlina Che Daud selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengajar agama berkenaan tauhid kepada pelajar madrasah di Kampung Senama Hilir, di sini, tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Kesalahan itu dilakukan antara penghujung 2022 hingga September 2024.
Untuk itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2009 iaitu mengajar agama tanpa tauliah. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya. Mahkamah menetapkan jaminan RM2,500 dengan dua penjamin warga Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan serta tarikh bicara pada 16 Januari depan. Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Kanan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Azrul Izham Jaapar. Kelmarin, Muhammad Ghazalyi turut didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, atas pertuduhan mengamalkan zikir Aurad Muhammadiah yang bertentangan dengan hukum syarak. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa selepas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan tertuduh didapati mengamalkan bacaan zikir Aurad Muhammadiah yang merupakan perbuatan berlawanan dengan hukum syarak di lokasi dan tarikh sama.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1323668/timbalan-mudir-madrasah-terkait-gsbh-didakwa-ajar-agama-tanpa-tauliah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
umur dah 54 kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kerugian pelaburan FashionValet keputusan Khazanah, PNB melabur dalam syarikat pemula - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam syarikat perniagaan fesyen dalam talian, FashionValet (FV) tidak akan menjejaskan keputusannya untuk melabur dalam syarikat pemula. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata dalam konteks Khazanah, mandat terbabit masih dikekalkan dan pada masa sama, mekanisme kawalan bagi pelaburan membabitkan syarikat pemula diperkukuhkan. "Isu FV tidak akan jejaskan Khazanah untuk melabur dalam syarikat pemula. Visi itu masih kekal dalam mandat Khazanah. "Khazanah akan terus berusaha untuk menyokong syarikat pemula dan modal teroka sambil meningkatkan mekanisme kawalan (bagi menangani risiko kerugian dalam pelaburan)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang ingin tahu sama ada kes FV menjejaskan pelaburan Khazanah bagi pelaburan dalam syarikat pemula dan modal teroka. Berita Lanjut menyusul
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323705/kerugian-pelaburan-fashionvalet-keputusan-khazanah-pnb-melabur-dalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki tempatan, wanita Vietnam didakwa edar dadah MDMA
Foto hiasan
KLUANG: Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah 'methylenedioxymethamphetamine' (MDMA) pada 3 November lalu. Lee Cia Ceh, 32, menjawab faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno manakala tiada jawapan direkodkan daripada warga Vietnam, Nguyen Thi Kim Van, 28, kerana tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu terhadapnya. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Lee dan Nguyen bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya disyaki jenis MDMA dengan anggaran berat kasar 1,473.8 gram di sebuah rumah di Taman Tasik Indah, Kluang pada 6.45 petang, 3 November lalu.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes dihadapi tertuduh tidak boleh dijamin. Mahkamah menetapkan 26 November ini untuk pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa Vietnam manakala 9 Januari tahun hadapan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan dokumen dan laporan kimia. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1323707/lelaki-tempatan-wanita-vietnam-didakwa-edar-dadah-mdma
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerjasama Malaysia-Korea Selatan dalam industri pertahanan belum formal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan dalam bidang industri pertahanan masih belum diwujudkan secara formal. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, kedua-dua pihak terus berinteraksi melalui mesyuarat, penganjuran seminar industri pertahanan dan penyertaan dalam pameran pertahanan antarabangsa. "Kedua-dua negara sedang dalam proses merundingkan memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang industri pertahanan. "Di samping itu, kerjasama strategik dalam pembangunan keupayaan industri tempatan juga turut dilaksanakan melalui Program Kolaborasi Industri (ICP) yang tercetus melalui kontrak perolehan utama dengan syarikat-syarikat dari Korea Selatan," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai jalinan kerjasama strategik antara MINDEF dan kerajaan Korea Selatan dalam membangunkan keupayaan industri pertahanan tempatan. Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, ICP itu bertujuan menggalakkan pemindahan teknologi dan pembangunan pengetahuan yang strategik untuk dijadikan pemangkin kepada syarikat tempatan. "Ia agar mereka boleh terlibat dalam kerjasama strategik global yang menyumbang kepada pembangunan teknologi dan pertumbuhan industri di dalam negara. "Terdapat juga syarikat tempatan berkeupayaan dalam pembangunan teknikal dan komersial yang telah menjalinkan kerjasama strategik bersama syarikat dari Korea Selatan dalam pembangunan kepakaran dan pemindahan teknologi dalam bidang penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) peralatan ketenteraan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323664/kerjasama-malaysia-korea-selatan-dalam-industri-pertahanan-belum
|
|
|
|
|
|
|
|
AI tingkat kecekapan perundangan, tetapi tak sampai tahap ganti peguam atau hakim - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) penting untuk membantu meningkatkan kecekapan dalam sektor perundangan dan perkhidmatan undang-undang negara, namun tidaklah sampai menggantikan peranan peguam atau hakim. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Besut-PN) yang membangkitkan kebimbangan rakyat terhadap profesion seperti peguam yang mungkin diambil alih teknologi AI. Memperincikan jawapannya, Azalina berkata sektor AI sangat besar dengan tidak semuanya akan diambil alih AI. "Banyak orang takut kemungkinan (AI) akan ganti (peranan manusia). Sebab itu saya sebut contohnya di negara lain, sektor ini sangat besar.
"Di Amerika Syarikat (AS) misalnya ia berperanan untuk pemantauan jenayah dengan melihat algoritma berapa banyak kes yang ada dan daripada situ mereka buat perkiraan. "Begitu juga di Astonia, mereka menggunakan 'chat box'... di China pula (diwujudkan) mahkamah pintar berasaskan AI yang turut ambil kajian hakim. "Saya tak nafikan kekhuatiran sama ada AI boleh gantikan, tapi saya yakin antara tanggungjawab kita dalam melahirkan sistem AI bagi bidang perundangan adalah tanggungjawab etika," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. Mengulas lanjut, Azalina berkata penggunaan AI masih terhad misalnya tertakluk kepada kes tertentu. "Kemungkinan dari segi mesin, data dan maklumat, AI boleh buat bacaan dengan cepat, tetapi kes yang memakai keputusan hakim dari segi budi bicara, kita masih perlukan manusia. "Contohnya seperti hari ini, untuk tahun depan, tuntutan kecil dan (kes berkaitan) trafik, mungkin boleh pakai sistem (AI) tetapi (contohnya) bagi kes bankrap, untuk pelepasan, masih perlukan manusia. Ia tertakluk kepada berapa banyak data dan berapa pembayaran dibuat," katanya. Dalam pada itu, beliau tidak menafikan penggunaan AI pada masa depan diperlukan atas dua faktor iaitu ia lebih cepat dan dapat mengurangkan daripada berlakunya kesilapan. Mengenai soalan berkaitan penggubalan Roadmap to My Digital Justice yang memberi penekanan kepada pemakaian AI bagi sektor perundangan, Azalina berkata ia akan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk memfokuskan kepada usaha mendekatkan rakyat dengan mahkamah. Beliau berkata, antara isu dalam akses kepada keadilan di negara ini adalah capaiannya membabitkan penduduk di luar bandar. "Masalah di negara kita hari ini adalah akses kepada keadilan. Mahkamah kita di peringkat seksyen, majistret dan daerah masih begitu jauh bagi masyarakat di luar bandar untuk sampai. "Inilah yang menjadi objektif kita (iaitu) untuk dekatkan rakyat dengan mahkamah. "Ia mungkin (boleh dilaksanakan) melalui sistem 'mobile' dan sebagainya," katanya. Menjawab soalan tambahan Syahredzan Johan (PH-Bangi), Azalina berkata dalam menerima pakai AI, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan secara bersama sedang meneliti lebih mendalam melalui satu jawatankuasa bersama mengenai pemakaian AI bagi sektor perundangan. "Kita harap dapat mewujudkan prinsip penggunaan aplikasi 'rule of law' dalam akses kepada keadilan dengan jawatankuasa yang dibentuk ini akan melihat perkara ini dalam proses menggubal Roadmap to My Digital Justice," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323699/ai-tingkat-kecekapan-perundangan-tetapi-tak-sampai-tahap-ganti
|
|
|
|
|
|
|
|
nak2 pulak ina ni asal buka mulut mesti selit penipuan
dari dulu lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm biasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamanoni at 14-11-2024 12:13 PM
Kaannnn... jahatnya I, satu lagi x suka sebab dia mencaras
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai yang perangai macam tu kan
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Shuib sudah bertahun tak ambil gaji demi pekerja
WATIE menangkis dakwaan suaminya, Shuib menyalahgunakan wang syarikat.
PETALING JAYA – Menjelaskan situasi sebenar, isteri kepada pelawak Shuib menangkis tuduhan yang mendakwa suaminya menyalahgunakan wang syarikat Bubblebee Sdn. Bhd. Wati atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, sebaliknya Shuib menggunakan duit simpanan sendiri bagi membayar gaji pekerja syarikatnya. Dia sudah bertahun tak ambil gaji malah setiap bulan tambah duit poket sendiri untuk bayar gaji pekerja,” katanya menerusi Instastory. Kenyataan tersebut dikongsikan sebagai maklum balas terhadap satu fitnah yang dilemparkan terhadap Shuib selaku pengarah syarikat pengeluar minuman itu. Pihak terbabit menuduh pelakon juga usahawan itu menggunakan wang syarikat untuk mengerjakan umrah bersama isteri dan tiga anaknya, baru-baru ini. Ini susulan tindakan mahkamah yang mendenda Shuib bersama seorang lagi pengarah Bubbleebee, Kho Choon Guan atas kesalahan tidak membayar tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pekerja Bubblebee. Menurut Watie lagi, masalah berpunca daripada pengurusan terdahulu sehingga memberikan kesan terhadap situasi kewangan syarikat sekarang sekali gus mengakibatkan impaknya terpalit kepada Shuib. Pada masa sama, usahawan berkenaan yakin suaminya seorang individu yang akan menjauhi perkara tidak baik. Pengurusan lama yang bermasalah tetapi akhirnya dia (Shuib) yang difitnah begini. “Semoga suamiku diberi ketabahan. Insya-Allah dia kenal halal dan haram,” ujarnya. Isnin lalu, Shuib bersama Kho didenda sebanyak RM17,500 di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Perkeso tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/11/14/shuib-sudah-bertahun-tak-ambil-gaji-demi-pekerja/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|