|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RAMADHAN TIBA
[Copy link]
|
|
Lelaki mental amuk selepas ibu tutup TV, minta makan ubat

Rumah yang menjadi lokasi warga emas dipercayai dibunuh dan dibakar oleh anak sendiri di sebuah rumah di Kampung Tok Keling, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR – Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang dalam kejadian di Kampung Tok Keling, di sini semalam. Menurut jiran, Mohd. Khalil Ismail, 48, dia difahamkan kejadian berlaku pada waktu sahur dan ketika itu suspek didapati masih menonton televisyen dari malam. “Mungkin sebab itu suspek mengamuk lalu memukul ibunya atau mungkin ada tekanan lain yang dialami suspek, saya tidak tahu,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut, di sini hari ini.
Katanya, dia difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Tok Chah dipukul sebelum mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbakar. “Selepas kejadian itu, anak perempuan suspek berlari keluar untuk meminta tolong, dipercayai ke rumah bapa saudaranya sebelum polis tiba. “Anak suspek juga ada datang ke kawasan berhampiran rumah dan memaklumkan kepada ibu saya tentang kejadian. Ibu saya biasa jumpa dan berbual dengan Tok Chah,” ujarnya. Menurutnya, suspek dikatakan pernah bekerja sebagai pegawal keselamatan dan dalam pengetahuannya, suspek tidak pernah mengamuk sehingga mencederakan orang lain. Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang wanita warga emas maut dalam keadaan tragis apabila mayatnya ditemukan terbakar dipercayai akibat perbuatan anak lelakinya sendiri di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, di sini pada pagi semalam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/lelaki-mental-amuk-selepas-ibu-tutup-tv-minta-makan-ubat/
|
|
|
|
|
|
|
|
Dewan Rakyat: Penyasaran subsidi RON95 berdasarkan harga pasaran

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan kaedah pelaksanaan yang menyeluruh dan berkesan dalam penyasaran subsidi RON95 bagi mengatasi ketirisan subsidi petrol digunakan oleh golongan kaya. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penyasaran subsidi petrol RON95 yang bakal dilaksanakan sama seperti diesel yang mengambil kira harga pasaran.
-ADVERTISEMENT-
Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan memastikan kumpulan rakyat yang layak terus mendapat insentif atau bantuan sewajarnya. “Penggunaan MyKad sebagai rujukan utama dalam penyasaran subsidi RON95 dibuat selepas melihat kebolehlaksanaan teknologinya yang terbukti berkesan. “Tahap penggunaan MyKad untuk pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan bagi pembelian barangan keperluan asas terpilih yang diperkenal sejak 2024 mencecah 99 peratus,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Amir Hamzah berkata, penyasaran subsidi RON95 perlu dilaksanakan untuk mengelak ketirisan subsidi petrol digunakan golongan tidak sepatutnya. Katanya, berdasarkan data semasa, penggunaan petrol oleh bukan warganegara, sektor komersial termasuk aktiviti penyeludupan melebihi 20 peratus daripada jumlah penggunaan. “Perbelanjaan susbidi RON95 tahun lalu hampir berjumlah RM20 bilion. “Jika ketirisan dalam kalangan bukan warganegara, perniagaan dan golongan kaya ini ditangani, ia bakal menjimatkan lebih RM8 bilion setahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/dewan-rakyat-penyasaran-subsidi-ron95-berdasarkan-harga-pasaran/
|
|
|
|
|
|
|
|
Enam pintu rumah PPRT Lobak ditanggal, tunggakkan RM17,000 hingga RM34,000

PENGUATKUASA MBS menjalankan operasi menanggalkan enam pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa di Rumah Pangsa Kos Rendah (PPRT) Lobak di sini, pada Khamis lalu.
SEREMBAN- Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menjalankan operasi menanggalkan enam pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa di Rumah Pangsa Kos Rendah (PPRT) Lobak di sini, pada Khamis lalu. Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000 hingga RM34,000 Katanya, notis penamatan perjanjian penyewa terlibat telah tamat pada 31 Januari lalu dan tempoh pengosongan rumah juga telah berakhir pada 26 Februari. “Setelah tamat tempoh dan peluang yang diberikan, MBS telah mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terlibat sebagai pengajaran supaya mereka segera menjelaskan tunggakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Beliau berkata, MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan. “Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun masih terdapat ramai penyewa mengambil sikap sambil lewa untuk menjelaskan tunggakan sewa. “Bagaimanapun, penyewa masih dibenarkan tinggal di premis berkenaan untuk sementara waktu sebelum dapat menjelaskan tunggakan atau mendapatkan kediaman di tempat lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/enam-pintu-rumah-pprt-lobak-ditanggal-tunggakkan-rm17000-hingga-rm34000/
|
|
|
|
|
|
|
|
yangsemb replied at 3-3-2025 02:36 PM
Ooo,,dear
Ada silap makan ke
Ciannya sakit si bulan puasa
Ya kott silap mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 3-3-2025 02:56 PM
xpe la, posa pun baru lagi kan.
i is tasaba nk tgk u punya ikan keli berlada.
Tgk2 iols beli jahh setiap hari.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 3-3-2025 02:57 PM
so how u feel right now?
getting better?
Peyut dan kepala sakit lagi..
Tatau la awat lambat nak baik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau Pinang bersedia jadi hab pendidikan global

Kon Yeow (tengah) ketika merasmikan tiga institut akademik global di George Town, hari ini.
GEORGE TOWN – Pulau Pinang melakar sejarah baharu dalam bidang pendidikan dengan pelancaran rasmi tiga institusi akademik global iaitu Pejabat Institut Boya Pulau Pinang, Akademi Teknologi Asia Phoenix (Phoenix Asia) dan Metaverse Universal College (MVUC). Majlis perasmian tiga institusi akademik itu disempurnakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam satu majlis di Kampus Convent Pulau Tikus (CPT), di sini hari ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pembukaan institusi tersebut menandakan langkah besar ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan global, sejajar dengan visi Penang2030 yang menekankan pembangunan bakat dan inovasi teknologi. “Pulau Pinang bukan sekadar pusat perindustrian dan pelancongan, malah kini muncul sebagai pemain utama dalam bidang pendidikan antarabangsa. “Jika kita tidak merancang lebih awal dan memupuk bakat, kita berisiko ketinggalan. Namun, dengan adanya institusi seperti Metaverse Universal College, kita memastikan rakyat Pulau Pinang berada di barisan hadapan dalam era baharu ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan tiga institusi akademik di sini hari ini. Untuk rekod, penubuhan Pejabat Institut Boya Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri kerana ia merupakan kali pertama sistem pendidikan Boya dari China berkembang ke luar negara. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/pulau-pinang-bersedia-jadi-hab-pendidikan-global/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 3-3-2025 03:00 PM
aik guna massage chair makin saket ke? sepatutnya makin ok.
Keraih.. mula2 ingatkan belakang ok.. pastu rasa lebam2 |
|
|
|
|
|
|
|
SPRM tunjuk wang tunai RM170 juta, Ismail Sabri dipanggil Rabu ini

Azam ketika sidang akhbar di Putrajaya sebentar tadi.
PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dirakam percakapan pada Rabu ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bagaimanapun, proses rakaman percakapan yang akan dijalankan adalah bergantung kepada tahap kesihatan ahli Parlimen Bera itu.
-ADVERTISEMENT-
“Ekoran daripada itu SPRM akan mengambil rakaman percakapan semula atau pun tambahan daripada Datuk Seri Ismail Sabri bergantung kepada tahap kesihatan beliau. “Dan dijangka rakaman percakapan ini akan dibuat pada hari Rabu minggu ini iaitu selang satu hari daripada sekarang. “Rakaman percakapan akan berkisar daripada pengisytiharan harta beliau dan juga berhubung kes yang sedang disiasat sekarang ini,” katanya menerusi sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. Semalam, media melaporkan SPRM mengesahkan Ismail Sabri kini disiasat pihaknya berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa ahli Parlimen Bera itu ketika menerajui kerajaan. Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/sprm-tunjuk-wang-tunai-rm170-juta-ismail-sabri-dipanggil-rabu-ini/
|
|
|
|
|
|
|
|
bersusun habib |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden FAM jumpa Anwar, kongsi hala tuju bola sepak

MOHD. JOEHARI menghadiahkan jersi skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan hari ini. - IHSAN FAM
PETALING JAYA – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM sebentar tadi, Joehari berkongsi agenda terkini hala tuju bola sepak negara terutama bagi memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi kepada Anwar sepanjang pertemuan itu. “Selain itu, Joehari turut berkongsing perkembangan terkini persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi sulung Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini,” kata kenyataan itu. Pertemuan ringkas itu disertai oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang juga mantan Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin.
Sebelum ini, pihak kerajaan telah meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta yang mana baki jumlah RM15 juta bakal dibiayai pihak swasta. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03 ... la-tuju-bola-sepak/
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|