|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LEPAK CAFE FOR US
[Copy link]
|
|
aah
free malam ni sebelum start esok
busy balik
|
|
|
|
|
|
|
|
Siti Saleha, Joshua sudah bertunang
[size=14.399999618530273px]Siti Saleha dan Joshua membuat pengakuan kini bergelar tunangan menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur, kelmarin.
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Aktres Siti Saleha mendedahkan sudah bertunang dengan kekasihnya yang juga pereka fesyen, Joshua Fitton selepas hampir dua tahun menyulam cinta. Siti Saleha atau nama lengkap, Siti Saleha Mohd Baharum, 34, membuat pengakuan mengenai pertunangannya ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) di ibu kota, kelmarin. "Kami sudah bersedia untuk mengumumkan bahawa kami sudah bertunang," akui Saleha menerusi klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @officialklfw ketika menjawab persoalan mengenai perjalanannya sepanjang tahun ini. Tanpa berselindung, Joshua memberitahu sudah bersedia untuk memaklumkan yang mereka kini bergelar tunangan. "Kami terbuka untuk memberitahu yang kami sudah pun bertunang," katanya ringkas sambil ketawa. Pada Disember 2022, Siti Saleha memperkenalkan kekasihnya yang juga juga seorang pereka fesyen kepada umum. Siti Saleha dilapor berkata, dia enggan terburu-buru memikirkan soal perancangan kembali berumah tangga kerana masih lagi dalam proses berkenalan. Sebelum ini, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1321898/siti-saleha-joshua-sudah-bertunang
|
|
|
|
|
|
|
|
Uqasha serik 'ditikam belakang'
[size=14.399999618530273px]Uqasha kecewa, marah dan sakit hati bila ada yang berbuat jahat dan tikam belakang, namun belajar letak sempadan dengan orang luar. - Foto IG Uqasha Senrose
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Belum pun reda dakwaan mengasari pembantu peribadi, kini aktres popular, Uqasha Senrose dihimpit isu pergolakan rumah tangga bersama suaminya, Kamal Adli.
Sebelum ini, seorang individu mendakwa dipukul oleh seorang pelakon wanita susulan mendedahkan masalah rumah tangga pelakon berkenaan kepada ibunya. Kakak kepada pembantu peribadi yang enggan identitinya didedahkan mendakwa, adiknya dipukul sebanyak dua kali termasuk di hadapan ibu pelakon berkenaan. Dakwanya, pelakon berkenaan menumbuk pada bahagian dagu, selain mengacukan senjata tajam ke arah adiknya sehingga mendatangkan kecederaan. Meskipun tidak mendedahkan nama pelakon, ada segelintir netizen mengaitkan nama Uqasha. Bagaimanapun, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nik Sen, 32, menafikan dakwaan berkenaan, selain turut menyangkal spekulasi rumah tangga sedang bergolak. Mengulas perkembangan mengenai isu bersama pembantu peribadi, Uqasha berkata, kes masih dalam siasatan polis dan dia juga masih dalam pemantauan. "Kita tunggu sahaja sebab kes ini hanya tunggu tarikh perbicaraan di mahkamah," katanya ringkas. Diusik tidakkah takut apabila ada pihak cuba selongkar kehidupan peribadinya, Uqasha berkata, mulut orang tak boleh tutup. "Tak kisahlah orang dalam, luar atau jauh sekalipun, mulut dan hati manusia berbeza. Bagaimanapun, saya okay sahaja, kini lebih fokus jaga anak. "Saya serik sebab sudah buat sehabis baik dan seikhlas mungkin. Sememangnya saya kecewa, marah dan sakit hati bila ada yang berbuat jahat dan tikam belakang. "Bagaimanapun, ini juga fitrah manusia, tak boleh lari. Tapi, apa yang berlaku adalah pengajaran buat saya. Setiap hari, saya belajar dan kena letak 'boundaries'. "Sebelum ini, saya mudah percaya kepada orang yang baik dengan saya. Tapi, selepas apa yang berlaku, saya rasa lebih baik saya kecilkan sekeliling saya, suami dan anak. "Kalau perlukan pembantu peribadi hanya membabitkan sesetengah 'job', bukan ikut sehingga balik ke rumah," katanya kepada BH Online. Mengulas berita pergolakan rumah tangga, Uqasha tidak tahu siapa sebarkan cerita tidak betul. "Hidup berumah tangga ada naik dan turun. Namun, selagi tidak sampai tahap jejak ke mahkamah nak bercerai, itu adalah asam garam dalam rumah tangga. "Nak kata bahagia selalu tidak, nak kata sedih juga tidak. Semuanya ada naik dan turun, lagipun kami baru menimang cahaya mata pertama dan masih bergelut untuk menyesuaikan diri. "Bekerja dan jaga anak, kali pertama kami lalui. Bergaduh kecil sahaja, misalnya saya suruh basuh tangan sebelum pegang anak," katanya. Uqasha dan Kamal diijabkabulkan pada 5 November 2021 selepas dua tahun bercinta. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, 6 bulan.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1321876/uqasha-serik-ditikam-belakang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aisha dakwa pembatalan konsert sebagai penindasan
[size=14.399999618530273px]Aisha mulanya ragu-ragu untuk menerima tawaran penganjur kerana menyedari pengalaman masih terlalu hijau dalam industri muzik. - Foto IG Aisha Retno
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Penyanyi Aisha Retno menyifatkan pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur yang diumumkan oleh penganjur Kharisma Music International benar-benar mengejutkannya, semalam. Menerusi penjelasan video dimuat naik dalam Instagram, Aisha berkata, dia hanya mengetahui status pembatalan konsert menerusi media sosial pihak penganjur. Aisha berkata, dia ada menghubungi penganjur bagi mendapatkan pengetahuan terkini berkaitan konsert, namun tiada sebarang maklum balas sejak beberapa bulan lalu. "Saya tak mengetahui apa-apa status mengenai konsert. Saya ada hubungi penganjur, tetapi mereka hanya senyap.
"Pembatalan konsert serta merta oleh penganjur atas beberapa sebab benar-benar mengejutkan saya dan pihak pengurusan. "Tapi, Allah mengatakan sebaliknya dan mungkin belum rezeki lagi. Saya terima dengan hati terbuka. "Cuma, ada yang sahih dan tidak apabila dapat tahu mengenai alasan diberikan penganjur menerusi pengumuman berkenaan. "Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk buat video dan beritahu sedikit kronologi dan kebenaran yang berlaku," katanya.
Berkongsi lanjut, Aisha berkata, dia sendiri mulanya ragu-ragu untuk menerima tawaran penganjur kerana menyedari pengalaman masih terlalu hijau dalam industri muzik. Namun, katanya, selepas diyakini penganjur, dia bersetuju dan teruja untuk memberikan terbaik pada konsert solo pertama yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu depan. "Saya ada beritahu penganjur masih hijau dalam industri. Banyak lagi saya kena belajar dan kumpul aset dari segi lagu dan sebagainya. "Tapi, saya terima cabaran selepas diyakini dan merasakan tak salah mencuba. Bagaimanapun, saya rasa penting untuk saya dedahkan bila perkara seperti ini terjadi. "Ini kerana konsert ini membawa kesan cukup besar di mana saya terpaksa menolak dan menarik diri daripada beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian. "Saya sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan konsert solo kerana baru melaksanakan beberapa acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan The Hardest Singing Show, jadi saya mahu berehat dan buat showcase kecil-kecilan. "Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran adalah tanggungjawab penganjur, tapi mereka lemparkan tugas ini kepada saya. Jadi, bila keluar kenyataan penganjur seolah-olah nak salahkan saya," katanya yang menyifatkan tindakan penganjur sebagai penindasan mengarut. Aisha berkata, dia bersedia berbincang secara terbuka dengan penganjur, tetapi tidak dilayan. "Saya doakan kelancaran untuk apa-apa konsert yang bakal dianjurkan dan mohon maaf kepada pembeli tiket kerana konsert ini tidak berlaku seperti dirancang," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1322197/aisha-dakwa-pembatalan-konsert-sebagai-penindasan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Perbuatan kes buli tidak wajar, rosak imej UPNM' - Mohd Khaled
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan kes buli terbaru membabitkan pelatih Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dicederakan oleh seorang penuntut senior tahun tiga universiti berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya berpendirian kejadian terbabit adalah tidak wajar dan merosakkan imej UPNM serta institusi pendidikan tinggi. "Saya dimaklumkan berkenaan laporan media yang tular membabitkan seorang pelatih di UPNM yang mengalami kecederaan dipercayai tindakan seorang pelatih senior. "Susulan laporan polis yang dibuat, Kementerian Pertahanan menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyempurnakan siasatan.
"Pihak saya dan Kementerian Pertahanan akan memberi sepenuh kerjasama dan perhatian dalam perkara ini," dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini. BH melaporkan, kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar tahun empat. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama. "Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga. "Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322188/perbuatan-kes-buli-tidak-wajar-rosak-imej-upnm-mohd-khaled
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Warga emas maut kereta masuk gaung 50 meter
[size=14.399999618530273px]Wanita warga emas meninggal dunia selepas kereta dinaikinya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Kilometer (KM) 26, Jalan Tampin- Gemas,berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh, di sini, petang tadi. - Foto Ihsan Polis.
[size=14.399999618530273px]
TAMPIN: Wanita warga emas meninggal dunia selepas kereta dinaikinya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung dekat Kilometer (KM) 26, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu kenderaan turut parah dan seorang lagi penumpang cedera ringan. "Kira-kira jam 2 petang terdapat kemalangan jalan raya di KM 26 jalan Tampin-Gemas, membabitkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berumur 34 tahun. "Kenderaan yang turut dinaiki bersama dua penumpang dikatakan hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter," katanya, dalam satu kenyataan, hari ini. Ujar beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu kereta dari Melaka mahu balik ke rumah di Palong 1, Gemas. "Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu dikatakan hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam gaung yang berada di sebelah kiri.
"Akibat kemalangan, penumpang belakang seorang wanita berumur 67 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Manakala pemandunya mengalami kecederaan patah tulang belakang dan penumpang hadapan mengalami kecederaan ringan di kepala serta menerima rawatan awal di Hospital Tampin," katanya. Tambah beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Daerah Tampin atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Aqwa di talian 013-9515011 atau 064431999 Bilik Gerakan Daerah Tampin bagi membantu siasatan. CAPTION: TAMPIN 10 NOVEMBER 2024. Wanita warga emas meninggal dunia selepas kereta dinaikinya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung dekat, Kilometer (KM) 26, Jalan Tampin- Gemas, berhampiran Kampung Tengah, Gemencheh, di sini, petang tadi. FOTO IHSAN POLIS. From: Hasbi
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1322201/warga-emas-maut-kereta-masuk-gaung-50-meter
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JDT benam Perak di 'tempat lawan'
[size=14.399999618530273px]Bergson meledak hatrik termasuk satu jaringan menerusi penalti ketika menentang Perak di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi. Foto STR/ISKANDAR ISHAK
[size=14.399999618530273px]
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) yang hadir selaku pasukan pelawat tidak berdepan masalah untuk meratah Perak FC 5-0 pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini, sebentar tadi.
Keputusan itu juga menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio menamatkan saingan pusingan pertama dengan rekod bersih tanpa kekalahan selepas mengharungi 14 perlawanan dengan 13 kemenangan dan satu seri untuk mengumpul 40 mata. Malah, juara 10 kali liga itu tampak berada di landasan tepat bagi memburu kejuaraan ke-11 pada musim ini ketika pencabar terdekat Selangor FC ketinggalan 11 mata. Aksi kedua-dua pasukan yang disambung pada minit ketiga permainan di babak pertama menyaksikan JDT membuka tirai jaringan pada minit ke-21 selepas sepakan lintang Arif Aiman Hanapi gagal ditangkap kemas penjaga gol Perak, Mohamad Ramdhan Ab Hamid untuk membolehkan Romel Romeles yang tidak dikawal mudah menolak bola masuk.
Arif Aiman sekali lagi menjadi pencetus jaringan kedua skuad Hafimau Selatan pada minit ke-23 selepas bola hantaran lintang di posisi sayap kanan menyaksikan Bergson da Silva meluru untuk merembat bola dari luar kotak penalti tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Mohamad Ramdhan. Harimau Selatan yang`bertandang' ke SSI terus menambah derita skuad The Bos Gaurus selaku tuan rumah pada perlawanan itu selepas mencipta gol ketiga pada minit ke-35 berpunca daripada bola umpanan Juan Muniz membolehkan Morales mencetak gol kedua peribadi apabila menolak masuk menewaskan Mohamad Ramadhan.
Ketika memasuki minit kecederaan pada minit ke-48, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesan ada kekasaran berlaku apabila Jesper Nyholm melakukan terjahan keras terhadap Bergson di dalam kotak penalti. Pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali yang melakukan semakan VAR tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti dan Bergson yang mengambil sepakan itu merembat tepat ke penjuru kiri menewaskan Mohamad Ramdhan untuk meletak JDT selesa mendahului 4-0 bagi mengakhiri babak pertama. Bersambung babak kedua, anak didik Bidoglio tampak memperlahankan rentak permainan selepas selesa dengan kedudukan 4-0 malah mereka juga berdepan corak permainan `berkampung' di kawasan yang diterapkan anak didik Yusri Che Lah. Ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan, Bergson melengkapkan jaringan hatrik selepas merembat bola hasil umpanan pemain gantian Nazmi Faiz Mansor dan kedudukan 5-0 memastikan JDT menang dengan bergaya ke atas skuad The Bos Bos Gaurus.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/11/1322190/jdt-benam-perak-di-tempat-lawan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
The eruption of Mount Lewotobi Laki Laki pictured from the Eputobi rest area in East Flores, East Nusa Tenggara, Indonesia. Photograph: National Disaster Mitigation Agency/AFP/Getty Images |
|
|
|
|
|
|
|
London, UK
Liz Truss, Kemi Badenoch, Boris Johnson, Keir Starmer and Theresa May at the annual Remembrance Sunday ceremony at the Cenotaph in Whitehall
Photograph: Toby Melville/Reuters |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|