|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RAMADHAN TIBA
[Copy link]
|
|
selatan dulu ke |
|
|
|
|
|
|
|
ke dah jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok

Peter Anthony
PUTRAJAYA – Nasib bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony yang dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atas sabitan memalsukan kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan 11 tahun lalu akan diketahui esok di Mahkamah Rayuan di sini. Keputusan rayuan akhir Peter, 54, sama ada beliau berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman atau kekal bersalah akan ditentukan
oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang telah selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.
-ADVERTISEMENT-
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin. Sebelum ini mahkamah menetapkan keputusan rayuan berkenaan pada 27 November 2024 namun tarikh berkenaan dipinda kepada 9 Januari sebelum ditangguhkan lagi ke 7 Februari. Mahkamah kemudiannya menetapkan keputusan rayuan kes itu ditetapkan pada 4 Mac iaitu esok. Sepanjang prosiding sebelum ini, Peter selaku perayu diwakili peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan manakala Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pendakwaan selaku responden . Terdahulu, pihak pembelaan semasa hujahan menyatakan, bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya selaku perayu adalah cacat kerana tiada tandatangan pada kertas pertuduhan. Beliau berkata, mengikut Seksyen 172 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), semua pertuduhan yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi hendaklah dibawa atas nama pendakwa raya dan ditandatangani. Sementara menjawab persoalan pihak pembelaan itu, pihak pendakwaan berkata, ketiadaan tandatangan pada kertas pertuduhan tidak membawa kepada satu salah laksana keadilan atau ‘miscarriage of justice’. Menurutnya, pertuduhan yang dikemukakan, sama ada asal atau dipinda, telah dibacakan dan diterangkan kepada perayu. “Perayu juga memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya, maka ketiadaan tanda tangan pada kertas pertuduhan hanyalah satu ketidakmasukan atau ‘omission’ yang tidak boleh dianggap sebagai salah laksana keadilan. “Terma tersebut kebiasaanya digunakan apabila seseorang tidak mendapat satu perbicaraan yang adil,” katanya. Pada 19 April 2023, Peter memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 atau penjara 15 bulan, yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2022. Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi pada 18 April tahun lepas, dan ini merupakan rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak rayuan Peter, setelah bersetuju dengan dapatan hakim bicara Mahkamah Sesyen, bahawa ahli politik itu memalsukan dokumen bagi mendapatkan projek di Universiti Malaysia Sabah (UMS), sedangkan tertuduh mengetahui projek itu dibuat melalui tender terbuka.
Dia sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu. Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, di Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/03/03/rayuan-akhir-peter-anthony-diketahui-esok/
|
|
|
|
|
|
|
|
yup
nanti update tau
kawe maleh nk donlot opera 
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha time rajin boleh la
kalau letih mebi beli lauk je
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la...
pg td masak sayo je
nini buat sambil kering ikan bilis yach
|
|
|
|
|
|
|
|
kihkihkih sabo je aku baca ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
Ismail Sabri kini suspek, bukan saksi - Azam Baki

[size=14.399999618530273px]Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki (kanan) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dianggap suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram disiasat agensi itu dan bukan lagi sebagai saksi. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata ia susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah 'safehouse' susulan serbuan dilakukan pihaknya.
Justeru, beliau berkata antara tindakan dilakukan SPRM terhadap bekas Perdana Menteri kesembilan itu ketika ini adalah meminta beliau melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM. "Penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam 'safehouse' berkenaan mengesahkan Ahli Parlimen Bera sebagai seorang suspek."Dalam hal ini saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta). "(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu," katanya. Sebelum ini, SPRM dilapor akan memanggil 10 lagi saksi dalam siasatan pengisytiharan harta berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri kesembilan itu.
Ia susulan penahanan empat individu termasuk bekas pegawai kanan Ismail Sabri, manakala Ahli Parlimen Bera itu dipanggil SPRM minggu lalu. Terdahulu, SPRM mendedahkan wang tunai ratusan jutaan ringgit dan barangan berharga dirampas dalam tiga premis termasuk sebuah 'safehouse' berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera itu.
Sementara itu, Azam berkata Ismail Sabri akan dipanggil semula oleh SPRM Rabu ini untuk diambil keterangan lanjut. "Beliau sudah dipanggil pada 11 Februari lalu dan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat selama beberapa jam, iaitu antara empat ke lima jam. "Sehari sebelum itu, beliau sudah menyerahkan pengisytiharan harta," katanya.
Ditanya mengenai fokus siasatan terhadap jumlah dana kerajaan RM700 juta yang disiasat, Azam berkata pihaknya masih menyiasat penyelewengan sebenar. Beliau turut menafikan bahawa siasatan terhadap Ismail Sabri bersifat 'terpilih' atau bermotifkan politik semata-mata. "Kita siasat secara profesional dan adil, malah SPRM tidak melakukan tindakan berdasarkan jawatan dan kedudukan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1367940/ismail-sabri-kini-suspek-bukan-saksi-azam-baki
|
|
|
|
|
|
|
|
alamakkk
sowi, haku beklog jap eh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan perluas penggunaan kod QR kepada kereta tahun ini

Gambar Fail) Keadaan sesak di Tambak Johor ketika tinjauan fotoBernama berikutan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bergerak pulang ke tanah air. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluas penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor kepada kereta tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata pelaksanaan proof-of-concept itu akan diteruskan susulan pelaksanaan terhadap dua jenis pengangkutan iaitu penumpang bas dan penunggang motosikal sebelum ini dalam menangani kesesakan di Tambak Johor.
"Dengan adanya segala usaha untuk meningkatkan dari segi perkhidmatan, menggunakan teknologi, penambahbaikan infrastruktur dan sistem, kita dapat mengurangkan (kesesakan) laluan kepada pengguna motosikal dan juga bas... dengan kod QR ini, hanya tiga saat dapat diselesaikan (urusan Imigresen). "Kita akan teruskan proof-of-concept ini untuk menggunakan kepada laluan kereta juga… jadi diharapkan itu akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kita untuk keluar masuk rakyat atau pun pengunjung di Malaysia, terutamanya di Johor," katanya. Fadillah berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 1 Tahun 2025, di sini hari ini.
Beliau berkata dengan adanya hab pelaburan antara Malaysia dan Singapura di Johor, Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan persiapan Tahun Melawat 2026, tindakan segera perlu diambil dalam menangani kesesakan dan memastikan kelancaran di pintu masuk negara.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat hari ini turut bersetuju secara prinsip bahawa jawatankuasa ini bukan hanya menumpukan kepada kemasukan di Johor tetapi akan diperluas ke semua pintu masuk antarabangsa negara.
Beliau berkata model yang diterapkan di Johor akan dijadikan rujukan untuk pelaksanaan di lokasi lain bagi memastikan kelancaran kemasukan pelawat dan pelabur. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penggunaan kod QR bagi pelepasan Imigresen di BSI dan KSAB, Johor yang mula dilaksanakan tahun lepas terhadap motosikal dan penumpang bas telah dibuktikan berkesan.
Sebagai perbandingan, beliau berkata sebelum ini sebanyak 90 motosikal melepasi sesebuah lorong pemeriksaan dalam tempoh 15 minit, namun menerusi perlaksanaan kod QR, sebanyak 150 motosikal dicatatkan melepasi lorong pemeriksaan dalam tempoh sama. "Memandangkan kejayaan ini, perhatian kini diberikan kepada pengguna kereta, kerana setelah kesesakan bagi motosikal dan bas berkurangan, kini pengguna kenderaan persendirian menjadi kumpulan paling terkesan.
"Oleh itu, jawatankuasa akan turut berganjak mencari jawapan kepada kesesakan di pintu masuk lain seperti Rantau Panjang, Sadao, Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan pintu masuk udara seperti di KLIA, Pulau Pinang, Kota Kinabalu serta Kuching," katanya. Dalam pada itu, Saifuddin berkata projek Rapid Transit System (RTS) dijangka siap mengikut jadual iaitu menjelang 31 Dis 2026 yang dapat membawa 10,000 hingga 20,000 penumpang setiap jam. "Justeru, persiapan awal diperlukan bagi memastikan penyuraian trafik yang berkesan di Bukit Chagar di sebelah Malaysia dan lokasi RTS di Singapura," katanya. Beliau juga berkata turut dibincangkan ialah keperluan menggantikan dan menyelenggara kemudahan lama seperti eskalator dan lif yang sudah berusia lebih 10 hingga 15 tahun, dengan jumlah perbelanjaan yang akan dipohon untuk tujuan itu telah dikenal pasti. -- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1367960/kesesakan-tambak-johor-kerajaan-perluas-penggunaan-kod-qr-kepada
|
|
|
|
|
|
|
|
gambo kari lak ha termiss rate
dok perati bendi je 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes rasuah terkait PM9: SPRM beku 13 akaun bernilai RM2 juta, akaun Ismail Sabri sedang disiasat

[size=14.399999618530273px]Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
PUTRAJAYA: Akaun Yayasan Keluarga Malaysia dan akaun Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri masih belum dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bagaimanapun berkata SPRM sedang menyiasat akaun milik Ahli Parlimen Bera itu. Katanya, setakat ini sebanyak 13 akaun bank bernilai RM2 juta milik individu dibekukan pihaknya dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram .
"Kita masih belum membekukan lagi akaun Yayasan Keluarga Malaysia kerana ia bukan akaun individu dan akaun yang aktif manakala akaun Ismail Sabri sedang siasat. "Kita juga meminta penjelasan daripada beliau untuk menerangkan mengenai semua akaun yang ada," katanya. Azam berkata, kebanyakan akaun suspek yang ditahan SPRM sudah dibekukan. Mengulas lanjut beliau berkata, setakat ini pihaknya memerlukan percakapan tujuh ke lapan orang lagi untuk tindakan selanjutnya. Beliau turut mengesahkan SPRM sudah merakamkan kenyataan beberapa orang kanan Ismail Sabri sewaktu beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri, antaranya Datuk Nazimah Hashim, yang juga belas Ketua Setiausaha Sulit (KSUS).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1367962/kes-rasuah-terkait-pm9-sprm-beku-13-akaun-bernilai-rm2-juta-akaun
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau turut mengesahkan SPRM sudah merakamkan kenyataan beberapa orang kanan Ismail Sabri sewaktu beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri, antaranya Datuk Nazimah Hashim, yang juga belas Ketua Setiausaha Sulit (KSUS).

terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
banyak pulak berita hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
dorang mkn bitau sodap ar jd sedap la kheunn, siap dorang tapau blk utk sahur
mmg msk lebih utk dorang
|
|
|
|
|
|
|
|
ye mmg betul pun
nasib kita tak terjebak kan mek
setakat porem ni apa sangatkan 
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanya pengamal perubatan berkelayakan dibenar diagnosis penyakit mental

[size=14.399999618530273px]Lukanisman pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Diagnosis penyakit mental hanya boleh dibuat oleh pengamal perubatan berkelayakan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), selaras dengan peraturan dan etika perubatan yang ditetapkan di Malaysia. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata pengamal perubatan berkenaan termasuk pakar psikiatri dan pegawai perubatan yang kompeten dalam menilai keadaan psikologi pesakit. "Proses diagnosis melibatkan penilaian menyeluruh terhadap sejarah perubatan, gejala dialami serta faktor biologi, psikologi dan sosial pesakit. "Hanya pengamal perubatan yang diiktiraf oleh MMC mempunyai autoriti undang-undang untuk mengesahkan dan mengeluarkan diagnosis ini, bagi memastikan ketepatan, keselamatan dan kualiti rawatan yang diberikan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini. Beliau menjawab soalan Senator Datuk C Sivaraj mengenai langkah kementerian dan agensi berkaitan memastikan diagnosis kesihatan mental tidak disalahgunakan dalam sistem perundangan serta keberkesanan Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 dalam menangani penyalahgunaan kuasa, peminggiran individu dan ketidakadilan sosial yang berpunca daripada diagnosis kesihatan mental secara cuai.
Lukanisman berkata antara langkah telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi berkaitan bagi memastikan diagnosis kesihatan mental tidak disalahgunakan dalam sistem perundangan adalah menetapkan Garis Panduan Diagnosis Penggunaan Manual Antarabangsa seperti Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5) dan Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11) dalam memberikan panduan jelas dan berlandaskan bukti.
Selain itu, beliau berkata Akta Kesihatan Mental 2001 telah menyediakan kerangka kerja komprehensif bagi penjagaan, rawatan, kawalan, perlindungan dan pemulihan individu yang mengalami kecelaruan mental serta mengawal selia penubuhan hospital psikiatri kerajaan dan swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri, serta pusat kesihatan mental masyarakat.
Beliau berkata pelbagai latihan dalam bentuk seminar atau kursus serta advokasi berterusan dipantau melalui Pembangunan Profesional Berterusan(CPD) diadakan bagi memastikan pengamal perubatan sentiasa menjalani latihan berterusan sebelum kelulusan pendaftaran sijil amalan tahunan diberikan. Menurutnya, pengamal perubatan harus mematuhi etika untuk menjaga kerahsiaan maklumat pesakit iaitu diagnosis kesihatan mental tidak boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali dalam keadaan tertentu seperti ancaman kepada keselamatan.
"Dialog antara agensi seperti Bahagian Hal-Ehwal Undang-undang, Pejabat Setiausaha Negeri dan KKM serta Institusi Mental telah dilakukan bagi membina hubungan antara KKM dan perundangan untuk memahami dan menangani isu kesihatan mental dalam perundangan. "Dengan langkah ini, KKM dan agensi berkaitan dapat melindungi hak asasi individu sambil memastikan bahawa sistem perundangan berfungsi dengan adil dan saksama," katanya.
Mengenai DSN 2030, beliau berkata ia dilancarkan pada 21 Oktober 2024 untuk menetapkan hala tuju sosial negara serta mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu sosial secara holistik dan komprehensif. Beliau berkata satu daripada elemen dalam DSN 2030 ialah kesedaran kesihatan mental dengan menggalakkan program kesedaran dan sokongan untuk meningkatkan pemahaman serta mengurangkan stigma terhadap gangguan mental. "Hal ini secara tidak langsung terkait dengan kapasiti dan kelayakan pengamal perubatan kita yang melakukan diagnosis bagi pesakit mental untuk kegunaan sistem perundangan," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368031/hanya-pengamal-perubatan-berkelayakan-dibenar-diagnosis-penyakit
|
|
|
|
|
|
|
|
hujung2 nanti letih juga
lemak dah cair kot
wakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
eh sama la kitaada yg takut mkn bilang labu angin
haku ngap je
|
|
|
|
|
|
|
|
Siasatan wartawan didakwa minta rasuah bukan bersifat terpilih - Azam

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM. - NSTP/ASYRAF HAMZAH
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) menilai kes seorang wartawan portalberita yang ditahan kerana didakwa meminta rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja asing.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan. Beliau menegaskan, siasatan kes itu bukan bersifat terpilih kerana kes diterima daripada pengadu yang melaporkan dakwaan salah laku itu. "Di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, peruntukan ini antara lain menyatakan mana-mana individu, tidak kira sama ada mereka ahli politik atau pun wartawan, yang meminta atau menerima apa-apa yang dianggap sebagai rasuah daripada mana-mana pihak sebagai pertukaran untuk sebarang tindakan, sama ada untuk kepentingan mereka atau orang lain, adalah melakukan kesalahan rasuah. "Dalam kes ini, suspek meminta rasuah daripada pengadu untuk membayar wang dan kami mengklasifikasikan ini sebagai kesalahan rasuah. "Rasuah tidak terhad kepada pegawai awam atau ahli politik. "Ia terpakai kepada sesiapa sahaja yang memberi tekanan kepada pihak lain untuk membayar wang bagi menghalang penerbitan artikel," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Kelmarin, Azam mengesahkan seorang petugas media ditahan namun tidak mempunyai kaitan dengan pendedahan isu pendatang warga asing tanpa izin (PATI) oleh portal berita berkenaan. Katanya, wartawan berkenaan ditahan di sebuah hotel di Shah Alam malam kelmarin selepas disyaki meminta rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja warga asing. Azam berkata, SPRM tidak pernah berhenti menyiasat isu berkaitan kartel yang terbabit dalam kemasukan pekerja asing ke negara ini. "Kami sedang menyiasat. Saya berulang kali memaklumkan kepada media bahawa kami sedang meneliti beberapa isu berkaitan kartel yang terbabit dalam kemasukan pekerja asing ke negara ini. "Siasatan sedang berjalan, namun saya ingin tegaskan, jika ada mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada situasi ini untuk memeras ugut wang, itu juga satu kesalahan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1368019/siasatan-wartawan-didakwa-minta-rasuah-bukan-bersifat-terpilih-azam
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|