CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SaVilara

JOZAN MANSION v.16!! - SUPPORT JOZAN FOREVER!!

[Copy link]
Post time 27-7-2012 01:32 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 23-7-2012 11:13 PM
As Salam Jozannurse......

salam cloud
lama tak borak sama...

suka la siggy uols...
teman pengganti by black n malique...
sangat sedih lagu tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2012 01:35 PM | Show all posts
viscose posted on 27-7-2012 01:32 PM
salam cloud
lama tak borak sama...

salam viscose...
selamat berpuasa..

bestkan lagu tu...sedih je...

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 01:39 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 27-7-2012 01:35 PM
salam viscose...
selamat berpuasa..

a'ah sangat sedih...
dan vokal black juga sangat hebat
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 08:29 PM | Show all posts
viscose posted on 27-7-2012 01:28 PM
haha... tashu pun terjebak jugak
best kan
n thanks selalu bagi penghantaran istimewa ...

dah lama dah men gem tuh, cuma x ektip seketika sb ralit ngan gem laen....skang dh kembali ektip masak la hahhaa
psssst rs tingin nk nengok restoren k.viz beso mane
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 09:31 PM | Show all posts
ehem2..assalamualaikum....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 03:49 AM | Show all posts
Tashu posted on 27-7-2012 08:29 PM
dah lama dah men gem tuh, cuma x ektip seketika sb ralit ngan gem laen....skang dh kembali ektip m ...

tashu rajin main gem ape ekh sebelum nie
restoren k.vis cincai2 jah...
takde dekoret apa pun...
lantai, dinding murah segala
yang penting gegeh masak katanyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2012 03:53 AM | Show all posts
ular_sawa posted on 27-7-2012 09:31 PM
ehem2..assalamualaikum....

w'salam
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 08:55 AM | Show all posts
viscose posted on 29-7-2012 03:49 AM
tashu rajin main gem ape ekh sebelum nie
restoren k.vis cincai2 jah...
takde dekoret apa pun. ...

skang nih ketagih bejeweled blitz, mmg terer la men gem tuh
petville, simsocial, angry birds, bubble iq pong layan gak...
restoren tasha guna dinding mahal tau, lantai tu sederhana jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2012 02:41 PM | Show all posts
Tashu posted on 29-7-2012 08:55 AM
skang nih ketagih bejeweled blitz, mmg terer la men gem tuh
petville, simsocial, angry birds ...

wah! byk gak main gem ekh...
k.viz barn buddy yang zaman dahulukala tu pun layan lagik tau
harus harga makanan mahal sbb dinding mahal tuh tashu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 08:28 PM | Show all posts
viscose posted on 29-7-2012 02:41 PM
wah! byk gak main gem ekh...
k.viz barn buddy yang zaman dahulukala tu pun layan lagik tau
ha ...

mkn mmg la mahal2 n sedap2 sajok tp....air xdop
camane nk serve air? nk kene pasang ape2 dulu ker? xreti la
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 04:58 PM | Show all posts
Happy 11th Ramadhan.

#ZFCRamadhan Iftar Bersama @zizanrajalawak anak2 di
@Space_U8 Mall,
pda 11hb Ogos 2012.
Berminat  sila hubungi 0169710844
Sent Jul 31, 04:44 PM
From Twitter for iPhone
Retweeted by zizanrajalawak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 10:26 AM | Show all posts
Tashu posted on 30-7-2012 08:28 PM
mkn mmg la mahal2 n sedap2 sajok tp....air xdop
camane nk serve air? nk kene pasang ape2 dul ...

wahhhh... cite psl game fb eh.. ai dah lama pencen cafe world tuh..
dedulu mmg kaki gak.. skrg ni men guna fon lak.. best gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 11:51 AM | Show all posts
bloomy posted on 2-8-2012 10:26 AM
wahhhh... cite psl game fb eh.. ai dah lama pencen cafe world tuh..
dedulu mmg kaki gak.. skrg ni ...

men gem gapo lak skang kt fone tuh?
ai kembali ektip masak setelah tgk MCS hr tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 11:55 AM | Show all posts
Tashu posted on 2-8-2012 11:51 AM
men gem gapo lak skang kt fone tuh?
ai kembali ektip masak setelah tgk MCS hr tu

gem on9 gak.. gem msk2.. ade bakery n restoren
seronot gak... hehhe


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:04 PM | Show all posts
yuhuuuu.....ada org x ni???
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2012 09:05 PM | Show all posts
sis nola mana sis nola???dh lama xborak ngan sis...jom la rebut carta gayat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2012 01:08 PM | Show all posts
Assalamualaikum..

Kepada semua ahli forum JOZAN MANSION....






Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 01:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 10:20 AM | Show all posts
Sumber : Gua.com.my

Lawak Ke Der? 2 Laris Di Pasaran!

12 SEP 2012, 12:00AM   |   FARHANA AB RAHMAN  |    UTAMA > BERITA ARTIS >

Kongsi Article Ini: 0 15   
Sejumlah dua ribu tiket untuk Lawak Ke Der? 2 sudah terjual, dua minggu sebelum persembahan komedi ini menaikkan tirainya di Istana Budaya.

“Saya mengharapkan agar kutipan kali ini mampu pecah panggung dan lebih baik dari Lawak Ke ,Der? 1,” kata Ketua Pengarah IB,Datuk Juhari Shaarani ketika sidang media Lawak Ke,Der? 2 baru-baru ini.

Mungkin sambutan menggalakkan ini dapat memberi satu sinar kepada kesuraman calendar Istana Budaya tahun ini dengan khabar tujuh program yang telah menarik diri.

Menurut sumber Istana Budaya, mereka yang menarik diri kebanyakkannya kali pertama mencuba nasib di Istana Budaya dan kehijauan mereka mungkin menjadi penyebab.

Namun, Istana Budaya nampaknya boleh terus menggantung harap pada syarikat seperti NRG Enterprise yang menerbitkan Lawak Ke Der? 2 yang terbukti menarik minat penonton sejak Lawak Ke Der? yang pertama.

Masih mengekalkan pelawak-pelawak Lawak Ke Der? Harith Iskander, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Johan, Zizan serta Nabil selaku pengacara. Osbon yang muncul dalam Lawak Ke Der? tidak tersenarai dalam gandingan kali ini, demi membawa sedikit perubahan.

Datuk Juhari turut berharap agar para pelawak untuk menyelitkan mesej-mesej yang mampu memberikan teladan kepada penonton. Ini kerana penggunaan bahasa dan aksi mereka memainkan peranan yang penting kerana persembahan ini akan ditonton oleh pelbagai peringkat umur.

Para pelawak bakal menggunakan jenaka yang berbeza jika dibandingkan dengan Lawak Ke,Der? yang pertama. Malah, Johan dan Zizan (Jozan) mengaku masih dalam proses mengumpul idea-idea kreatif untuk tatapan penonton.

“Kami masih di dalam proses perbincangan bagi menghasilkan pelbagai jenaka kreatif untuk penonton. Kelainan yang cuba ditonjolkan mungkin berbeza kerana sebelum ini ada yang semput kerana ketawa jadi kali ini kami fokus sehingga penonton ketawa sehingga barah dan pendarahan rahim,” ujar Zizan dalam nada jenaka.

Manakala Harith Iskander atau popular dengan gelaran “ The King Of Malaysian Comedy” mengaku, bukan mudah untuk membuat persembahan solo kerana penonton sudah ada sesuatu yang mereka jangka atau harapkan.

Lawak Ke,Der? 2 dipentaskan pada 28,29 dan 30 September serta 1,2 dan 3 Oktober. Tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.biz atau hubungi 03- 41478600. Last edited by diana007 on 12-9-2012 10:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 12:46 PM | Show all posts
Sumber: murai.com.my

BERITA | TEMPATAN
Johan Minta Fans Hormati Pelawak Serta Prinsip Hidupnya



KUALA LUMPUR, 14 SEPT 2012: Telatah yang mencuit hati dan gelagat spontan yang penuh humor dan gila-gila membuat Johan, pelawak terkenal negara kini tidak pernah gagal untuk menghiburkan masyarakat umum.

Namun begitu , kebanyakannya juga mungkin tidak mengetahui sifat sebenar jejaka ini. Johan mengaku bahawa dia seorang family man dan agak serius jika berada di luar waktu bekerja.

Perkara ini telah mengundang beberapa peristiwa di mana Johan dan keluarga ditemui di luar dan disapa dengan cara yang dsifatkan Johan sebagai kurang sopan dan adakalanya langsung tidak menghormatinya sebagai seorang individu serta insan sendiri.

Dia yang nyata terkejut dengan insiden berkenaan telah meminta agar individu tersebut supaya tidak mengulangi perkara sebegini kepada sesiapa pun. Dia mahu para peminat dan juga umum lebih peka dengan isu ini kerana dia mahu mengubah persepsi masyarakat terhadap pelawak.

Bagi Johan, tidak kira apa pun status selebriti tersebut, mereka perlu dilayan sama rata. Tiada istilah pelawak boleh disapa sesuka hati apatah lagi di luar waktu dia bekerja iaitu menghiburkan anda.

"Apabila bekerja, saya mengeluarkan semua idea, lawak jenaka yang saya mampu untuk menghiburkan anda. Tetapi apabila habis sahaja waktu bekerja, saya sudah letakkan diri saya sebagai Johan yang menjadi milik anak, isteri dan keluarga saya.

"Jika bertemu peminat di luar adakalanya saya terpaksa menolak untuk bergambar atau berborak kerana masa saya ketika itu harus dihabiskan dengan famili saya. Anak saya pun sekarang dah tahu, jika saya ajak ke tempat tumpuan, mereka menolak kerana tahu pasti akan mengganggu masa mereka bersama saya.

"Tapi bukan selalu saya tolak, cuma tengoklah macam mana mereka menegur dan keadaan di waktu itu. Kadang-kadang ada yang tidak kena cara menegur dan mereka melakukannya secara suka hati sahaja.

"Apabila berlakunya insiden disergah di tempat umum serta ditolak seolah-olah telah mengenali saya dengan lama serta meminta saya membuat lawak ketika saya mahu membeli makanan dan sebagainya, saya rasa ia kurang sopan.

"Sejak daripada itu, mulalah timbul pelbagai cakap-cakap yang mengatakan saya sombong dan sebagainya. Sombong atau tidak itu bukan soalnya, cuma mereka tidak menghormati pelawak sepertimana selebriti lain. Jadi saya ingin minta pada umum, supaya hormatilah kami para pelawak ini, bukan hanya saya tetapi semua pelawak-pelawak yang lain," jelasnya panjang lebar mengenai pengalamannya sepanjang bergelar pelawak.

Isu ini ujarnya bukan hanya terkena pada Johan, ia juga melibatkan keluarga dan anaknya. Menurut Johan lagi, anaknya pernah diejek dan diugut hanya kerana mereka tahu dia merupakan anak kepada Johan.

"Saya tidak tahu macam mana mahu menjelaskan perkara ini kepada masyarakat. Mungkin tanggapan mereka terhadap pelawak berbeza. Walhal setiap manusia, apa pun status mereka perlu ada sifat hormat menghormati.

"Keluarga ada keutamaan saya yang pertama, jadi saya minta jika anda benar-benar peminat Johan, tolong fahami permintaan saya ini. Saya bukan tidak mahu melayan anda jika terjumpa di luar waktu saya bekerja, cuma ia bergantung kepada keadaan dan caranya.

"Ini tidak, ada yang tahu budak ini anak saya, tersu mengejek dia dan mengucapkan kata-kata yang kurang sopan. Bagi saya kenapa perkara ini harus berlaku hanya pada pelawak. Saya dah menyumbangkan idea saya pada masyarakat tetapi lain pula jadinya.

"Melawak adalah cara saya cari makan, jadi di waktu saya bekerja saya harap anda terhibur dan gunakan lawak saya sehabisnya di waktu tersebut. Bukan menggunakan lawak tersebut untuk perkara yang tidak elok,"ujarnya penyampai radio Era Fm ini dengan kesal apabila ada yang salah faham mengenai prinsip dirinya itu.

Bagi pemilik nama Mohamad Yazid Lim ini, sebagai seorang individu yang telah berhempas pulas membuatkan masyarakat gembira dan terhibur, dan dia berharap dia akan terus diterima dan dia tidak pernah mengeluh mencari ruang untuk menghiburkan penonton dengan jenakanya. Diharap para peminat juga boleh menerima pegangan dirinya itu dan menghormatinya sepertimana selebriti dan orang lain. Last edited by diana007 on 14-9-2012 12:48 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.311650 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list