sebab tuh lah geram.. amat cute!!
NURMIMIE Post at 15-3-2011 20:40
sara ada jumpa in person ngan ahkak pink masa solat awal dan akhir tahun 2009 kot... nmpk rendang, putih melepak, ada makeup dah siap bertelekung.. tapi sara bley agak.. rambut maintain mcm rmbt elvis gak! baru lepas blow!
ada 3 player msia yg pernah bergelar pemain no 1 dunia semenjak sistem ranking diperkenalkan iaitu Rashid Sidek, Roslin Hashim, n LATUK LCW......antara 3 orang ni, hanya LATUK berjaya bergelar pemain No 1 dunia selama lebih dari 2 minggu....hehehehe.....
KUALA LUMPUR - Dua bulan lalu, ketika dia kalah kepada Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Korea, Datuk Lee Chong Wei mengakui, permainannya dengan jaguh China itu masih ada jurang tetapi ia sudah berjaya dirapatkan.
Namun, sehari selepas menumbangkan Lin Dan menerusi satu permainan hebat 21-17, 21-17 ketika mempertahankan kejuaraan All England kelmarin, Chong Wei menegaskan, jurang itu hampir sudah tiada.
Chong Wei enggan mengatakan kalau dia sudah berada dalam kelas yang sama dengan Lin Dan, kerana sedar bintang China itu memiliki rekod kejayaan yang hebat dengan gelaran dunia dan Olimpik pernah digenggam.
Namun dia menegaskan, peluang untuk menumpaskan Lin Dan selepas ini cukup baik kerana permainan mereka sekarang adalah 50-50. Jurang permainannya di antara dia dan pemain itu sudah terhapus kerana semakin banyak dia dikalahkan Lin Dan, maka semakin banyak juga yang dapat dipelajari daripada kesilapan lalu.
"Ini rahsia kemenangan saya ke atas Lin Dan... saya belajar daripada semua kesilapan saya ketika kalah kepadanya pada Sukan Olimpik (2008), All England (2009), Piala Thomas (2010), Sukan Asia (2010) dan Terbuka Korea, saya baiki kesilapan itu dan hari ini saya menjadi pemain yang lebih baik.
"Apabila saya berjaya menguatkan bahagian yang saya lemah selama ini, jurang itu dengan sendirinya berjaya dirapatkan. Lepas ini, kalau saya bertemunya sekali lagi saya lebih yakin dan berpeluang.
"Ia sesuatu yang bagus, kerana keyakinan itu datang di saat saya hendak menghadapi Kejohanan Dunia (London, 8-14 Ogos ini) dan menyiapkan diri untuk Sukan Olimpik 2012. Selama ini, hanya Lin Dan musuh yang terlalu sukar buat saya, tetapi sekarang saya tidak bimbang dengan masalah itu lagi.
"Selepas ini, saya mahu memenangi kejuaraan dunia di London untuk melengkapkan tahun gemilang saya," kata Chong Wei, yang akan berlepas ke China hari ini untuk meraih pengalaman baru beraksi dalam liga negara itu.
Selama ini, Chong Wei tidak pernah mengalahkan Lin Dan pada perlawanan akhir kejohanan utama, malah tidak pernah mengalahkan jaguh China itu lebih daripada dua kali dalam tahun yang sama.
Namun, kemenangan ke atas musuh ketatnya itu kelmarin membuang badi yang membelenggunya selama ini, malah kelmarin, seluruh peminat badminton dunia menjadi saksi bagaimana pemain itu lebih tenang dan yakin ketika berdepan asakan Lin Dan, yang bukan saja menyerang menerusi permainan, malah secara psikologi.
"Saya rasa kemenangan ini lebih kepada kemenangan psikologi buat Chong Wei. Selepas bekerja keras selama ini, akhirnya Chong Wei memiliki keyakinan yang amat tinggi bahawa kejuaraan dunia adalah gelaran yang mampu digapai, dia juga lebih yakin untuk menghadapi Sukan Olimpik tahun depan.
"Bagi saya.. saya mahu membantu Chong Wei memenuhi impiannya. Saya tidak kisah sama ada (Datuk) Misbun (Sidek) akan kembali, atau Chong Wei bakal mendapat jurulatih baru yang lain, saya tetap mahu membantunya," ujar jurulatihnya, Tey Seu Bock.
Kata Seu Bock, perancangan anak didiknya itu selepas ini adalah beraksi dalam Liga Badminton China selama seminggu, sebelum bertanding pada kejohanan Siri Super Terbuka India dari 24 April hingga 1 Mei.
Tiada pemain Malaysia yang pernah merangkul kejuaraan dunia mahupun Olimpik, dan Chong Wei berharap dia dapat menamatkan penantian yang panjang dengan mengekalkan permainan baik.
PUTRAJAYA 15 Mac – Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All England awal pagi Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Chong Wei, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini hari ini.
Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut menyampaikan hadiah peribadinya yang merupakan sebuah jam tangan atas kejayaan Chong Wei itu.
Chong Wei pada kejohanan itu mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan dari China 21-17, 21-17 dengan mengambil masa 52 minit pada pertandingan perseorangan lelaki Kejohanan All England di Birmingham Indoor Arena, England.
Berucap pada majlis itu, Najib berkata, beliau begitu yakin Chong Wei akan berjaya menumpaskan Lin Dan pada pertandingan itu kerana mendapati permainan Chong Wei lebih fokus dan lebih berkeyakinan, berbanding semasa bertemu Lin Dan di temasya Olimpik yang lepas.
Beliau berkata, hadiah kerajaan Malaysia itu adalah hasil perbincangannya dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dan “kita telah bersetuju untuk memberi hadiah yang istimewa kepada Datuk Lee Chong Wei sebagai penghargaan kerajaan dan rakyat Malaysia atas kejayaan Chong Wei.”
Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Chong Wei menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.
“Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” katanya.
“Pada ketika itu, dia (Chong Wei) tidak menganggap Lin Dan sebagai penentang yang tidak boleh diatasi. Chong Wei juga telah menunjukkan permainan yang begitu hebat sekali dan tidak pernah rasa tertekan tetapi sentiasa mengatur permainannya berdasarkan kepada pelan permainan.
“Pada saya, bila dia mempunyai keyakinan dan komited kepada pelan permainannya, pada masa itu dia boleh mengatasi pencabarnya yang menjadi penghalang besar kepadanya untuk mencapai kejayaan,” kata Najib.
Najib berharap kejayaannya itu dapat dijadikan satu landasan kukuh untuk negara memenangi pingat emas di Sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun depan, yang merupakan “impian kita yang masih belum tercapai,
“Ini adalah harapan saya dan juga 27 juta rakyat Malaysia. Inilah harapan yang kita anggap sebagai cita-cita besar dan impian agung yang menuntut usaha semua pihak untuk menjadikannya satu kenyataan,” katanya. – Bernama
".........Perdana Menteri juga berkata, sebelum bertanding Chong Wei menelefon Rosmah, yang merupakan satu tabiatnya sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.
“Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang dan saya juga dapat bercakap dengan Chong Wei turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” katanya......"
oooo, baru aku tau siapa permberi semangat kepada LATUK....mati2 aku ingat Misbun Sidek rupanya orang lain.....hehehehe