|
[Tempatan]
Toyota Hilux rempuh kaki lima restoran Taman Equine, Seri Kembangan. Suspek dita
[Copy link]
|
|
Lelaki langgar lari pelanggan restoran direman empat hari
19 November 2018 12:55 PM
Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini.
PETALING JAYA - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rempuhan sehingga mengakibatkan seorang pelanggan maut di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan semalam ditahan reman bermula hari ini.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairol Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia lingkungan 20-an.
Siasatan terhadap lelaki yang bekerja sebagai pekerja am itu dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksmum RM10,000 dan penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.
Terdahulu, lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 11.25 pagi dengan diiiringi anggota polis.
Polis menahan suspek kira-kira pukul 1.43 pagi susulan penemuan kenderaannya yang ditinggalkan tepi jalan di Taman Universiti Indah dekat sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam, seorang wanita berusia 57 tahun maut manakala empat lagi cedera akibat dirempuh kenderaan jenis Isuzu Dmax.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols takut nk mkn kat kedai yg letak kerusi meja kat parking
takut kes macam ni la
iols akn pilih tempat kat dalam je |
|
|
|
|
|
|
|
Budak melayu yg bw hilux tu ke?
Agk2 klu dia ngaku tak bersalah sebab tu kwsn parking bkn tempat mkn, dia boleh menang tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
.. and pekedai yang meletakkan nyawa orang di atas jalan / parking tepi jalan terlepas? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape beza tempat mkn di parking dgn pasar2 malam di tempat parking mcm petaling street n jonker walk? |
|
|
|
|
|
|
|
harap yang suka makan kat gerai tepi jalan tu ambil perhatian dan serius mengenai kes ni. jangan lupa maki owner kedai makan yang suka letak meja tepi jalan, atas jalan atau tengah jalan. sebab dia cuba mengaut keuntungan lebih tanpa memperdulikan keselamatan pengunjung kedai. meja makan sepatutnya dalam premis perniagaan. kalau tak cukup luas, beli la kedai sebelah ke, sewa ke untuk expand business. pasal kes langgar ni pula, kita tunggu siasatan polis dan keputusan mahkamah. |
|
|
|
|
|
|
|
Area kedai makanan cina sebelah Jusco Equine ni kot...memang annoying area situ... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tgk kat berita tadi pasal ni..takziah kepada semua mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
PBT sila jalan kan tugas tanpa sekadar kutip sampul dari peniaga2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Budaya yang evolve sebab cuaca.
banyak aku tengok pelanggan sendiri pun suka dok luar sebab kat dalam kosong ja, panas katanya. Belum kira bau asap dapur lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling europe la... cuma often melimpah sampai ke jalan...
nampak gaya kena syaratkan kaki lima restoran malaysia extra luas lah lepas ni...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|