|
[Tempatan]
Kemalangan di Jambatan Pulau Pinang: Kereta tercampak ke dalam laut. #3, Operas
[Copy link]
|
|
Salah wira tu slow giler tapi dok lane tengah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 20-1-2019 06:37 PM
Salah wira tu slow giler tapi dok lane tengah.
Eh dia kalau nak masuk lane balik pun depan la sikit lagi ni main masuk je. Depan dia kosong gile kot. Sape ajar speed kena potong lalu kiri. Dia speed kereta pastu tiba2 terus tukar lane acah2 gengster kt kereta proton tu. Kereta vios tu tak balance sbb tetiba belok kiri n belok kanan balik time tgh speed.
Sorry la emo sikit. N had laju ikut undang2 110km/h je kalau kt hway pun. So takleh salahkan kereta lane tengah tu slow. Mana tahu dia bawak entah2 dah 90km/h |
|
|
|
|
|
|
|
kata nyer vios mabuk..mabuk yedaaaa berpisah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
Misi mencari SUV terhumban ke laut diteruskan
AHAD, 20 JANUARI 2019 @ 5:43 PM
PASUKAN Polis Mearin melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terhumban selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
PASUKAN Bomba dan Penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
GEORGETOWN: Misi mencari dan menyelamat penumpang kereta yang terhumban ke dalam laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang ekoran terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi, diteruskan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata ia dikenal pasti sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih.
“Pencarian sedang dijalankan membabitkan empat penyelam daripada pasukan polis marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri.
“Kita akan gunakan bantuan kren untuk mengangkatnya, selepas lokasi sebenar SUV terbabit dikenal pasti. Kita juga mengesahkan rakaman yang tular sejak pagi ini.
“Siasatan kes ini juga dijalankan secara menyeluruh, termasuk dakwaan kedua-dua kenderaan terbabit berlumba hingga menyebabkan kemalangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi tadi, kereta terbabit dipercayai tercampak ke dalam laut ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.
Nik Ros Azhan berkata, manakala pemandu Toyota Vios kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami kecederaan, selain menegaskan terdapat kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian.
“CCTV paling hampir terletak 100 meter dari lokasi SUV terbabit terjunam, manakala satu lagi di Kilometer 5.3 dan kita sudah menghubungi pihak Jambatan Pulau Pinang dan mereka mengesahkan kejadian berkenaan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap JBPM negeri, berkata misi mencari dan menyelamat itu dibuat sekitar 15.24 meter radius dengan keseluruhan operasi agak sukar ekoran faktor arus.
“Setakat ini kita tak boleh sahkan sama ada manual kenderaan yang ditemui adalah milik SUV yang terjunam ke dalam laut atau sebaliknya,” katanya.
Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail, berkata keadaan air yang keruh juga menyukarkan misi pencarian terbabit.
“Kita juga gunakan bot rondaan di kawasan berkenaan, selain bekerjasama dengan agensi lain yang terbabit dalam misi ini,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
selyusi replied at 20-1-2019 04:25 PM
Dlm tv cakap driver vios cedera ringan, dan semua laporan berita seolah olah cuma cakap kereta putih ...
Clearly Vios hitam yang langgar SUV putih tu. Takkan mata kita semua rabun kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bomba temui buku manual kereta dalam laut
Sunday | 2019
Operasi pencarian oleh polis marin dan bomba masih dijalankan.
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
GEORGETOWN - Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pencarian bagi mengesan lokasi kereta yang terjunam ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang awal pagi tadi.
Jurucakap bomba berkata, maklumat awal yang diperolehi, kereta yang terjatuh itu jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih.
Menurutnya, buku manual yang dijumpai dalam pencarian itu belum dipastikan sama ada ia milik kenderaan tersebut atau sebaliknya.
"Pada masa ini, bomba yang dibantu polis marin sedang mencari di sekitar Kilometer 4.0 dengan radius 50 kaki.
"Dan kesukaran yang dihadapi pada masa ini adalah arus deras," katanya.
Dalam kejadian awal pagi tadi, sebuah kereta terjunam ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jambatan Pulau Pinang.
Kemalangan itu berlaku dari arah pulau menghala ke seberang pada jam 2.45 pagi tadi.
Menurut bomba, dua buah kenderaan terlibat yang mana, sebuah kereta Toyota Vios remuk dan pemandunya yang berusia 20-an cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Maklumat dari orang awam mengatakan, ada sebuah kereta lain telah terjunam ke dalam laut dan usaha pencarian masih diteruskan sehingga kini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Terjunam ke laut selepas kemalangan]
|
|
|
|
|
|
|
|
Babi btul buat zigzag ke ape vios ni. Xpsl2 org lain yg terjun laut. Pastu smpai skg xjmpe. Tindakan undang2 kene la bg kt vios ni so br ade pengajaran sikit lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
SUV putih tu terjunam masuk laut belah kiri ke belah kanan kalau tengok video tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 20-1-2019 06:37 PM
Salah wira tu slow giler tapi dok lane tengah.
Jln punya lengang, pagi kol 2, xde keter, boleh je kereta nk potong. Bkn nye jln waktu nk g keje, belah kanan berdesup org bwk laju x bg chance potong. Ni msti suka high beam2 org ni kn. |
|
|
|
|
|
|
|
bawa la kereta elok2 masing weh
sayang la nyawa
bawa gelabah menggelupur pon nak p mana?
aduh
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu yg cucuk2 bagi high beam nie kete2 yg org berlagak pakai kete import lah konon...kete2 mewah mcm merc, bmw dan sewaktu dgn nya begitu classy ikut belakang kita sampai kita masuk blk kiri selepas selamat potong lori...from my observation. |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 20-1-2019 06:36 PM
Family kereta putih dah wat report org hilang belum..
Dahh.. kata cina |
|
|
|
|
|
|
|
Telek video tu tak perasaan kereta menjunam kanan ke kiri.
Dah jumpa kan...Bdk lagi baru blk dari birthday party... |
|
|
|
|
|
|
|
Rentung nie laju sgt dah kenapa? Tau la esok cuti... Tak pasal2 orang lain jd mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Operasi SAR cari kenderaan terhumban ke laut disambung esok
AHAD, 20 JANUARI 2019 @ 7:39 PM
KOMANDER Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail (tiga dari kiri) ketika operasi mencari kereta yang terhumban hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGETOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah kenderaan bersama pemandunya yang terhumban ke dalam laut dari Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi ditamatkan kira-kira jam 7 malam hari ini berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap.
Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail, berkata operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan di kawasan sekitar 25 meter persegi radius itu tidak menemui kenderaan jenis Mazda CX-5 itu.
“Operasi hari ini disertai kira-kira 20 pegawai dan anggota polis marin termasuk empat penyelam, pasukan bomba bersama lima buah bot dalam operasi yang bermula jam 7 pagi tadi, namun selepas 12 jam operasi kami tidak menemui kereta atau mangsa kemalangan berkenaan.
“Arus deras di kawasan pencarian kereta terhumban ke dalam laut itu menyukarkan operasi mencari dan menyelamat, pasukan menyelam sudah turun menyelam ke kedalaman 20 meter,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan bersama media di kawasan laut tempat kereta terhumban, di sini hari ini.
Katanya operasi mencari dan menyelamat kenderaan dan pemandunya itu akan diteruskan pagi esok bersama Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata siasatan awal polis mendapati tempat kejadian dilengkapi dengan dua kamera litar tertutup (CCTV) iaitu di KM 4.0, lebih kurang 100 meter dari lokasi kenderaan terbabit dilaporkan terjatuh dan juga CCTV di KM 5.3.
Katanya, siasatan mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun terbabas di lorong kanan dan melanggar pembahagi jalan.
“Pada masa yang sama sebuah lagi kenderaan berwarna putih datang dari arah sama cuba mengelak lalu terbabas ke sebelah kanan bergesel pembahagi jalan sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok di sebelah kiri jalan sebelum tercampak ke dalam laut,” katanya.
Katanya, pemandu kereta Toyota Vios yang mengalami kecederaan ringan itu dirawat di Hospital Seberang Jaya dan polis masih menunggu laporan ujian darah lelaki berkenaan bagi mengetahui sama ada dia memandu di bawah pengaruh alkohol serta dadah.
Dalam kemalangan jam 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan terhumban ke dalam laut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini awal pagi ini. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 20-1-2019 08:09 PM
Telek video tu tak perasaan kereta menjunam kanan ke kiri.
Dah jumpa kan...Bdk lagi baru blk dari ...
Tengok kat mana? Share sini |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu kereta terhumban dalam laut dikenal pasti
AHAD, 20 JANUARI 2019 @ 7:49 PM
PAPARAN kamera Dashcam yang menunjukkan detik kereta Toyota Vios terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kereta di kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang pada pukul 2.54 pagi tadi. - Foto Ihsan pembaca
GEORGETOWN: Polis berjaya mengenal pasti pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih yang terhumban ke dalam laut berikutan kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata mangsa dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, penuntut kolej swasta di negeri itu.
“Identiti pemandu dikenal pasti melalui laporan berkaitan orang hilang dibuat seorang lelaki jam 5 petang tadi yang mendakwa mangsa adalah anak lelakinya dan dipercayai memandu SUV terbabit.
“Ayah mangsa menegaskan menerima makluman berkenaan kejadian ini melalui rakan anak lelakinya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi tadi, kereta terbabit dipercayai terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios, ketika dalam perjalanan dari Georgetown menghala ke Seberang Perai.
Pemandu kenderaan Toyota Vios dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ)
Beliau berkata, tiga saksi bebas dan dua rakan Yun Peng juga sudah tampil membantu siasatan kes terbabit dengan rakaman percakapan sudah dijalankan ke atas semua mereka.
“Kita sudah rekod lima kenyataan dan rakan mangsa memaklumkan kejadian terbabit berlaku ketika mangsa pulang daripada majlis sambutan hari lahir.
“Saksi bebas juga sudah menyerahkan rakaman dashcam direkod menerusi kamera dalam kenderaannya bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh kesiannya, x sanggup tgk vid tu..semoga cepat jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak terlanggar penungganb motosikal tu. |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 20-1-2019 08:16 PM
Tengok kat mana? Share sini
Vid dari dash cam kan? Ada kat thread ni page depan2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|