CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: akubujang

Jangan Jadi Biawak Hidup, Lelaki Pun Kena Tahu Buat Kerja Rumah

[Copy link]
Post time 22-9-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ada 3 beradik lelaki. Tiga2 jenis beraja di rumah sendiri. Dan aku yang satu-satunya gegirl memang faham sesangat betapa penatnya hidup dalam kalangan biawak komodo hidup ni.



Ditegur tau pulak sentap spesis syed saddiq hati tisu. Sebab tu la aku selalu berdoa moga2 dorang cepat kawen pastu berambus dari rumah ni taklah menyusahkan iols dan mak. Hahaha...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2019 01:28 PM | Show all posts
bukan tak tau buat kerja rumah cuma malas je sebab tau ada orang buatkan semua which is bini...mentaliti lelaki nowadays kot...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 05:38 PM | Show all posts
hiswife replied at 21-9-2019 05:34 PM
Tak peduli campur MALAS.
Harapkan orang lain je buat kerja rumah (kemas, sapu, mop, masak). Buka ...

"Balik keje buat muka cam gamp*ng pastu duk meratib penat penat". Iols gelak kat sentence ni kuat2 malam smalam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 05:42 PM | Show all posts
krustykrab replied at 21-9-2019 06:03 PM
Dah sapa yg duk kata syurga bawah tapak kaki somi....tu yg depa semua anggap spesis lelaki ni raja ...

Tringat lak iols kat Iza Zaim.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 06:59 PM | Show all posts
Edited by gideoncross at 22-9-2019 07:02 PM
lurve82 replied at 22-9-2019 10:11 AM
mak mertua from hell....ckp good luck je la kat kwn ko tu....

Ha'ah, tu yg iols ckp kat kwn iols smalam mcm ni "It's up to u psl ni hal kau, baik fikir masak2 dlu klau nak jadi bini bf ko tu & klau rsanya blum brsedia, ko boleh tarik diri dari mrana bila dah kahwin", dia diam je. Srsly iols mluat tngok screenshot convo kwn iols dgn bf dia (kwn iols yg tunjukkn), it irks me when he said that his mum msti nak mnantu prmpuan yg sma mcm anak2 pompuan bliau (adik2 bf kwn iols) which is msti tau masak, tau buat kek & bngun pgi pkul 7am stiap hari & lpas ni klau nak brjalan lgi, msti bawak balik prgi rumah parents llaki ASAP & I was like "Wow, ni ikhlas nak mnantu or nak jadikan as contest?", no wonder lh rmai yg mnderita lpas khwin sbab expectation mak pihak llaki trlalu tinggi & xsedar yg anak llaki sndri xlah WOW mna sngt pun.

Pastu yg pedih lgi, kwn iols kta mak pihak llaki cpat2 nak dorg ni kahwin sbb knon nya bapak pihak llaki dh 60 tahun tpi blum ada cucu, so kiranya mak pihak llaki nak dorg cpat2 khwin sbb nak kwn iols ni jadi "mesin buat anak" & then pastu psl adik2 bf kwn iols ni smua dah ada bfs & tngh brlumba2 nak kahwin gak klau abg dorg ni brjya dpt jadi laki kwn iols. I was like WTFFFF, mcm dh jadi contest.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk sajala bila kuar topik balik kg mesti ipar ipar yg pompuan ni kena kutuk malas tlg kt dapo la, asik duk dlm bilik, asik tgk tv....hellloooo abg and adik lelaki korg balik kg buat pe? Ternak telur? Apesal korg tak paksa diorg tolong since itu rumah makpak diorg sendiri tmpt diorg membesar...asik merempan kat ipar pompuan seolah2 diorg tu babu korg bila balik kg korg...dah la abg korg adik lelaki korg bila balik kg bini asik la tgk tv , membuta...alasan takkn nk tlg mak mentua kt dapo, seganla malula...haaaa bila balik rmh mak sendiri takde la alasan mcm tu kannn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
i like lelaki yg ringan tulang di rumah {:iwant
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak lelaki aku semua aku ajar buat kerja rumah. Semoga jadi suami yg bertanggungjawab... dapat isteri cerdik solehan. Dan jangan ko buli bini pulak ye dan paling penting jangan ko pulak yg di buli hahahahhaa

Menyampah betul aku dgn lelaki2 yg di layan bak raja ni. Semua nak lambak ke perempuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2019 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
selalunya didikan abah dia....dah abah dia pun sama mcm raja..makan pun berhidang tapi habis makan biar atas meja..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 11:05 PM | Show all posts
gideoncross replied at 22-9-2019 01:38 AM
Kwn iols bru ckp ptang tadi kat iols yg upcoming mak mrtua dia nak mnantu pompuan dia msti sllu bn ...
dia nak mnantu pompuan dia msti sllu bngun awal, masak & buat kek.


gila ke makan kek tetiap hari? kalau sayang sgt kat anak jantan takmo dipersia2kan oleh bini tak reti buat kueh mueh, baik simpan dan kepit jah bwh ketiak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 11:30 PM | Show all posts
krustykrab replied at 22-9-2019 08:31 AM
Sil aku anak 6 ke 7, sulung pompuan and the only gegirl in the family...mmg dilatih jd mak mak sej ...

Kesian kan? Secara teknikal jd 3rd parent. Kecik2 lg dah jd baby sitter percuma. Apa2 hal semua letak kat bahu si kakak. cousin ai pompuan dulu, kalau nak dok kat luar tengok kawan2 main pun dukung adik2 sekali. Ok lah nak didik anak2 agar tahu buat kerja rumah, tp apasal beza2kan jantina. Yang jantan elok jah main bola sampai malam. Si kakak nak pergi mana2 pun punya la panjang soal jawab dan syarahan. Maknya tak abis potpet2, penat buat kerja rumah sorang la, ada anak pompuan takbleh diharap la, takkan nak makan tido makan tido (cousin ai darjah 3-4 kot)... marah kat laki tp lepaskan sakit hati kat anak. Gitulah di guilt trip nya anak2 pompuan. Sesekali soh anak jantan kemas meja makan ke, basuh kasut sekolah ke contohnya, last2 jd perang besar. ye la anak raja~ lantas mulut muncung sedepa, mengamuk2 dan sengaja buat sambil lewa. Untuk tak panjangkan isu, anak pompuan la jd mangsa, dilebihkan sikit enforcement nya.
Memandangkan kita org pompuan majoriti dilahirkan dgn naluri lembut hati, penyayang dan empati tinggi, dalam sakit hati rasa tak adil, kita tolong jugak mak2, makcik2 dan nenek2 kita buat kerja rumah - simpati tengok dia org jah yg berhempas pulas, rasa tak sedap hati takkan ko nak duduk goyang kaki jah kan? itu yg ditanam dlm minda sejak kecik, automatik kerja rumah adalah kerja org pompuan. Anak2 lelaki takda rasa apa2 bukan sbb takda empati langsung, tp minda dah dibentuk berkenaan inferiority dan subservience wanita - dan menganggap kesemuanya, dari segi moral adalah okay.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:58 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-9-2019 11:30 PM
Kesian kan? Secara teknikal jd 3rd parent. Kecik2 lg dah jd baby sitter percuma. Apa2 hal semua le ...

Tringat kat satu artikel yg iols bca kat majalah dlu, xde brkenaan dgn house chores tpi kta prof ni llaki mudah rasa dia superior sngt2 sbb ada undang2 bodoh yg mngatakan "Prmpuan xboleh itu, xboleh ini sbb dia prmpuan tpi llaki boleh sbb dia llaki" & jnis parents yg "Prmpuan xboleh sbb nnti mngandung, llaki boleh sbb nnti dia xmngandung", so dari situ llaki dah rsa dia superior & boleh mmperkotak-katikkan prmpuan ikut suka hati dorg.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 01:14 AM | Show all posts
dani-rox replied at 22-9-2019 11:05 PM
gila ke makan kek tetiap hari?  kalau sayang sgt kat anak jantan takmo dipersia2kan oleh  ...

Haha, ktanya upcoming mak mrtua tu jnis pniaga gak tpi iols xtahu lak knpa undang2 mcm tu wajib d apply kat upcoming mnantu prmpuan mcm lh pnting sngt, mungkin bliau nak smbung legasi kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Khadeeja07 replied at 21-9-2019 01:38 PM
ada je spesis gini. bini kau keje cari duit tolong kau. balik rumah satu benda ko tak tolong buat. l ...

bukan setakat didik anak jantan jadi pemalas nak mati je.. didik jadi tukang kikis duit bini sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 08:44 AM | Show all posts
Macam mana pulak kes, laki aku memang willing utk tlg aku buat kerja rumah tp MIL pulak bising2 cakap aku tak tlg laki aku sdgkan ktorg dah bahagi2 kerja?????????  
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:10 AM | Show all posts
bamrok hanya tahu buat keje rumah..kerja lain bamrok xtahu...bamrok ini suri rumah sepenuh masa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 10:57 AM | Show all posts
bagusnya..kat malaysia patut buat kelas mcm ni sampai university..

course ni kena bagi 5-6 credit hour gittew...

nyampah sgt dgn para lelaki bewak hidup busuk kepam malas pastu bising rumah sepah2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole tahan useless juga lelaki ni klu xada pekerjaan tetap. Bnyk tengok contoh. Gentel telur. Melepak. Makan tido. Pastu acah2 nk jadi boss memerintah pompuan. Xde benefit langsung jantan mcm ni. Mak2 please la ajar anak2 jantan masing2 supaya jadi berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:59 AM | Show all posts
sama2 la buat apa pun..
tp klw laki yg siapkan anak, mentua jeling gak kat menantu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai sebelum kahwin tu selidiklah dulu bakal hubby anda, sejenis ringan tulang buat kerja rumah atau sejenis mahu dilayan seperti raja? Bakal ibu mertua pula bagaimana? Semuanya bermula dari rumah. Kalau ibu pun sejenis memanjakan dan merajakan anak lelaki pastilah dia mahukan menantu yg boleh ambil alih tempatnya untuk menjadi babu kepada anaknya. Mothers of this generation can start raising sons and daughters equally ya. No more raising useless "kings." In the end yg selalu jadi peneman dan penjaga ibu bapa di hari tua adalah anak2 perempuan yg dibabukan itu. Your "kings" terlalu "sibuk" to care for you. Itu yg selalu saya dengar. Think about it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 1.184444 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list