CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: spe@k

Prof Ungku Aziz

[Copy link]
Post time 3-8-2007 09:38 AM | Show all posts
Syor kurikulum ilmu berfikir


PUTRAJAYA: Penerima sulung Anugerah Tokoh Akademik Negara, Prof Diraja Ungku Aziz, menyarankan supaya kurikulum ilmu berfikir diwujudkan di universiti kerana ia penting untuk membolehkan mereka belajar cara berfikir dengan khusus meliputi teknik 憁endatar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 12:15 PM | Show all posts
Ungku Aziz penerima pertama Tokoh Za抌a
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

TANJUNG MALIM 4 Sept.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 11:28 AM | Show all posts
Melayu perlu jadi "kiasu" untuk berjaya - Ungku Aziz

SEREMBAN 28 Okt. - Orang Melayu perlu mempunyai sifat 搆iasu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:28 AM | Show all posts
zeti akhtar aziz...
akhtar tu nama hubby si zeti ni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 03:11 PM | Show all posts
Ungku Aziz anggap pilihan raya umum buka " Buku baru" senario politik tanah air
12-03-2008 02:17:41 PM  

PETALING JAYA: Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz menyifatkan keputusan pilihan raya umum Ke-12 Sabtu lepas yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), sebagai sesuatu yang diluar jangkaan dan membuka "buku baru" dalam senario politik tanah air.

"Ini (keputusan pilihan raya) bukan sematamata bab baru dalam sebuah buku tetapi perubahan yang tidak disangkasangka itu merupakan satu buku baru untuk suasana politik di negara ini" katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku terbitan terbaru MPH Group Publishing, "Sayang: Pantun Dan Seloka Kanak-kanak di sini hari ini.

Ditanya mengenai kegagalan BN memperoleh majoriti dua pertiga bagi kerusi Parlimen, beliau berkata tidak guna untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.

"Menuding jari tidak akan membuahkan hasil dan hanya membuang masa," katanya dan menambah bahawa semua pihak dalam BN kini harus menyedari apa yang mereka lakukan selama ini dan berusaha memperbaikinya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 03:09 AM | Show all posts

camne kalau nak jumpa dengan dia?

saya sangat berminat dengan prof diraja ungku aziz..(camni kan gelaran dia)..
camne nak contact dia eh? emel ke?..ada sesapa tau?thanks...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2008 11:26 AM | Show all posts
Pernah keluaq beberapa tahun dulu dalam Mastika kisah Mohd. Shukri Hadafi budak pintar yg ketika berusia 3 tahun dah boleh membaca suratkhabar dan apa sahaja bahan bercetak dalam Bahasa Malaysia. Mohd. Shukri Hadafi ini kira pada tahun 1970an mmg mengejutkan ramai pihak dan mendapat perhatian seluruh negara.

Dia dibawa ke Universiti Malaya utk menunjuk kepada siswa dan pensyarah kecerdikan dia membaca. Selain itu, Mohd Shukri nih diambil berlaku oleh Jins Shamsudin dalam filem arahannya Menanti Hari Esuk. Kira2nya pada waktu semuda itu budak pintar ini dianggap sebagai harapan bangsa dan negara.

Salah seorang yg terpikat dgn Mohd. Shukri ini ialah Profesor Ungku Aziz. Beliau telah mengambil Shukri sebagai anak angkatnya dgn diberi pelbagai kemudahan seperti perbelanjaan pelajaran, buku2 dll. Ditambah pula Mohd Shukri nih asalnya dari keluarga yg tidak semewah mana.

Menurut majalah Mastika yg sempat menemu bual Mohd Shukri tentang kisah hidupnya, keadaannya apabila berusia belasan tahun telah berubah kerana kesilapan dirinya sendiri. Tah cam mana dia dapat tahu dari keluarga yg membelanya sejak kecil bahawa dia bukannya anak kandung mereka tapi cuma anak angkat. Mohd Shukri nih tiba2 jadi frust kerana terasa dirinya sebagai terbuang. Sejak dari itu Shukri nih telah bergaul dgn budak2 nakal dari kampungnya yg suka merokok dan ponteng sekolah. Pelajaran dan nasihat ibubapa (makpak angkat ) dia dah tak berapa kisah. Balik rumah pun lewat malam, kadang2 tak balik langsung.

Dari bacaan aku dalam Mastika tu, Mohd Shukri nih kata kerana sikap dia yg degil dan memberontak serta mengabaikan pelajaran Prof Ungku Aziz pun dah jadi tawaq hati kat dia. Yer lah orang dah beri segala kemudahan kat hang kerana depa sangka hang nih anak Melayu yg boleh diletakkan harapan tiba2 hang punahkan cita2 mereka.

Beberapa kali dalam rencana Mastika nih Mohd Shukri nih menyatakan sesalan di atas perbuatannya. Dia mintak maap banyak2 kepada Prof Ungku Aziz dan isterinya Puan Azah Aziz yg pernah mencurahkan segala mcm kebajikan pada dia, cuma dia jer yg tak reti nak hargai dan balas budi orang terhadapa dirinya.

* Kadang2 syok gak baca Mastika nih bila depa buat rencana yg kita boleh ambil iktibar mcm nih, walau pun banyak citer2 dalam Mastika nih terutama citer2 mistik yg tak berapa nak caya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 01:26 PM | Show all posts
apa buku terbaru beliau?.... aku ingat ada satu buku dia ttg melayu.. tahun lepas rasanya..... ada sape2 tau.. nanti beritau ok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 02:45 PM | Show all posts
Almost tiap pagi me berjalan dr tempat letak keter ke opis, akan selisih dengan dia berjoging... muka dia nampak peaceful jer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 02:45 PM | Show all posts
dabel posting

[ Last edited by  AznieBunnie at 24-3-2008 02:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:55 PM | Show all posts
Ungku Aziz removed as Angkasa chief
By : P. Selvarani



(from left)Royal Professor Ungku Abdul Aziz and Prof Dr Mohd Ali Baharum


KUALA LUMPUR: In a shocking decision, Royal Professor Ungku Abdul Aziz was yesterday removed as president of the National Co-operative Organisation of Malaysia (Angkasa), which he has helmed for 37 years.

This followed a vote of no-confidence against him by the board members during a meeting chaired by the 86-year-old veteran in the morning.

The board also served a two-week suspension on Angkasa general manager Nasir Khan Yahaya.

It is learnt the decision to move the vote of no-confidence against Ungku Aziz, who has headed the national umbrella body for co-operatives since its inception in 1971, comes in the wake of investigations initiated by him recently against two senior board members for alleged impropriety.

The two senior board members had allegedly acted in conflict of interest by misusing their positions in the organisation for the benefit of another co-operative organisation in which they allegedly have a stake.

Angkasa acting president Prof Dr Mohd Ali Baharum confirmed Ungku Aziz's removal as president.

"He himself asked for it. Three months ago he told the board that if we did not agree with him on certain points, we could remove him.

"And that is what the board members did today (yesterday). It was a majority decision as nine of the 14 board members were in favour of his removal," he told the New Straits Times.

He also confirmed the suspension of Nasir Khan.

Asked the reason for Ungku Aziz's removal, Mohd Ali said it was "an internal matter" and declined to elaborate.

Informed sources said some of the board members were unhappy with Ungku Aziz's decision to set up an investigation committee to look into the alleged impropriety.

"Nothing had been finalised and we were caught by surprise when the motion was moved to withdraw Pak Ungku's presidency during this morning's meeting," they said.

They felt the manner in which Ungku Aziz was removed was improper as they should have suspended him first and given him the right to be heard.

"He was doing the right thing by investigating the alleged impropriety. This should not have happened," they added.

Ungku Aziz could not be reached for comment.

The former vice-chancellor of Universiti Malaya received the Tokoh Koperasi Negara award in 2002 and the Tokoh Koperasi Award in 1997.

Ungku Aziz has been actively involved in the co-operative movement for 37 years and was the chairman of the University of Malaya Co-operative Bookshop from 1968 to 2002.

He remains a member of the board of directors.

In 2005, he was appointed a member of the National Council of Co-operative Consultation. He is currently a member of the Co-operative Development Fund Committee.

He is also a representative delegate to the International Co-operative Alliance (ICA) and the ICA Regional Assembly (Asia Pacific region), a vice-chairman of the ICA-Regional Office of Asia Pacific Standing Committee (ICA-ROAP) and a member of the ICA Human Resource Development Committee (Asia Pacific region).
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 09:45 AM | Show all posts

Reply #71 Syd's post

Ini semua ada kena mengena dgn politik dalaman di Angkasa. Prof Ungku Aziz nih mmg terkenal dgn no-nonsense personality. Sebab tulah dia kena menyuarakan pendirian dia berkenaan impropriety terhadap board member yg terlibat tu. So, tak heran ler kalau dia disingkirkan, at least he can go off with his head high !
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 07:40 PM | Show all posts
ada sesiapa pernah solat jumaat ngan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 11:10 AM | Show all posts
Pemecatan Ungku Aziz tak diiktiraf
Oleh Magendran Rajagopal

SKM arah Angkasa kekal jawatan tokoh koperasi

KUALA LUMPUR: Pemberhentian Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Prof Diraja Ungku Aziz, 24 Mac lalu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sekali gus memerintahkan Jawatankuasa Tertinggi (JTK) Angkasa mengekalkan jawatan tokoh veteran yang juga pengasas koperasi itu, berkuat kuasa 5 Mei lalu.

Ungku Aziz dilucutkan jawatan yang dipegang sejak Angkasa ditubuhkan pada 1971 atas tujuh pertuduhan memudaratkan Angkasa, disusuli usul undi tidak percaya, diketuai dua anggota kanan JTK yang sedang disiasat oleh tokoh veteran itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian semalam, beliau berkata tindakan melucutkan jawatan itu dilakukan kerana ada pihak gelisah dengan tindakannya menubuhkan jawatankuasa menyiasat salah laku dua anggota kanan JTK dan beberapa kakitangan Angkasa.

揝aya tidak akan berdiam diri dan melihat apa yang dibina selama 37 tahun dimusnahkan segelintir individu yang tidak amanah. Saya membuat pendedahan ada percanggahan kepentingan membabitkan dua anggota kanan JTK seawal 25 Januari lalu dan akan teruskan siasatan terhadap semua yang terbabit.

揘amun, saya tidak menggantung jawatan atau memecat mereka, sebaliknya ditukar ke bahagian lain tetapi mereka pula terus menyingkirkan saya tanpa memberi peluang membela diri. Sehubungan itu, saya menjawab tujuh pertuduhan yang mereka buat dalam majalah Angkasa, Pelancar edisi Jun tahun ini.

揟indakan menghentikan saya hanya cubaan menghalang saya meneruskan siasatan salah laku, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam Angkasa tetapi saya akan teruskan demi kepentingan koperasi ini secara umum,
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 11:43 AM | Show all posts
Haku hengat dier nih elok jd next PM after PL berambus......
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 02:47 PM | Show all posts
tapi anak dia akhtar aziz tuh cam tak tahu berbahasa malaysia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 04:05 PM | Show all posts
Ungku Aziz nie tak dpt gelaran Dato' ke????
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by ianho at 29-3-2008 07:40 PM
ada sesiapa pernah solat jumaat ngan dia ni



dia tinggal kat selayang  kan? -
ada sesiapa boleh confirm... tak -

sebab about few weeks ago ada cakap2 tentang
tempat tinggal dia kat sana..  -
(kinda negative notation though -- )

apa2 pun.. he's a brilliant man -
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #19 iscol_klang's post

dah jupe dah artikel tu.




Tak suka tetamu masuk rumah
Sembang Sabtu: Prof Diraja Ungku Aziz (BH: 02/04/2005)

"SAYA tahu anda akan datang pada waktunya." Itulah kata-kata Prof Diraja Ungku Aziz kepada penulis sebaik saja beliau keluar daripada pangsapurinya. Sebelum itu, Ungku Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Pak Ungku, meminta penulis menunggu di luar sementara beliau bersiap untuk ditemu bual seperti yang dijanjikan jam 12 tengah hari Isnin lalu.

Tokoh akademik yang terkenal dengan disiplin itu sememangnya amat sensitif dengan pematuhan masa. Beliau tidak akan teragak-agak menegur mereka yang tidak menepati masa.

"Di Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad), kalau orang datang lewat untuk mesyuarat saya akan keluarkan kata-kata pedas, selepas itu mereka tidak lewat lagi," kata Pak Ungku bangga.

Selepas mengunci pintu pangsapurinya, Pak Ungku mengisyaratkan tangannya yang memegang sebatang pena dan buku nota kecil ke arah lif.

"Kita ke kolam renang, di situ lebih selesa. Saya selalu jumpa tetamu di situ," kata Pak Ungku sambil memohon maaf dan menjelaskan beliau memang tidak menjemput tetamu masuk, melainkan saudara mara atau kenalan rapat.

Bagi penulis ruang luar pangsapuri Pak Ungku sudah cukup sesuai untuk menjadi tempat bicara. Di situ sudah tersedia dua kerusi dan meja kayu berukir selain pokok bunga yang menyamankan suasana. Di dinding pula tergantung empat lukisan abstrak, termasuk tiga yang bermotifkan pantun, koleksi isterinya, Syarifah Azah Aziz.

Hari itu Pak Ungku kelihatan ceria. Beliau begitu berminat melayan penulis walaupun tokoh sepertinya sudah acap kali ditemu bual wartawan. Mungkin kerana pengalaman penulis belajar di Quebec membuatkan Pak Ungku memberi layanan istimewa.

"Anda boleh berbahasa Perancis," soal Pak Ungku, seolah-olah beliau pula yang menemubual penulis.

"Saya hanya mengambil satu subjek bahasa Perancis dan mendapatinya begitu sukar kerana pensyarah tidak mahu langsung menggunakan bahasa Inggeris ketika mengajar," jawab penulis di antara memberi alasan dan mengadu mengenai kaedah pengajaran bahasa kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaya itu.

"Saya boleh cakap Perancis. Saya pernah ke Quebec dan saya suka tempat itu," katanya berkongsi pengalaman berada di satu-satunya negeri bekas jajahan Perancis di Kanada.
"Kalau saya ke Jepun, saya cakap Jepun. Ketika perang saya belajar di Jepun selama tiga tahun. Saya ada dua bahasa lain, itu kelebihan yang baik. Lagipun bila anda tahu bahasa lain, minda anda lebih canggih," katanya menjelaskan betapa pentingnya seseorang itu menguasai banyak bahasa.

Memulakan bicara mengenai dirinya, Pak Ungku berkata, beliau amat mementingkan disiplin sehinggakan kegiatan kehidupan sehariannya dijadualkan.

"Ada masa bekerja, ada masa berfikir dan membaca serta bersantai, pembahagiannya amat jelas. Dalam hidup saya banyak yang tetap. Hari-hari begitu, saya tidak bosan, kehidupan saya amat sistematik," katanya.

Pak Ungku memulakan rutin hariannya dengan solat Subuh. Kemudian beliau akan membaca al-Quran dan mendengar kaset bacaan kitab suci itu bagi memperbaiki pembacaan dan penghayatannya.

"Saya baca al-Quran hari-hari. Selepas saya baca satu surah saya dengar kaset, ia menolong saya lebih faham. Saya juga ada lima buku tafsir dan saya boleh semak maknanya," katanya.

Selepas itu, Pak Ungku akan keluar bersenam dengan berjoging atau berjalan pantas di sekitar Seksyen 13 yang terletak tidak jauh daripada kawasan pangsapurinya. Sebagai seorang pemikir, waktu senaman kira-kira 50 minit itu dimanfaatkan dengan menghafal.

"Masa itu saya guna untuk berfikir atau menghafal, sama ada pantun atau apa benda dalam senarai saya nak hafal. Saya hafal dalam fikiran dan orang tak dengar. Saya fokus, naik bukit turun bukit, di situ ada dua. Kalau tak naik bukit, kita tak keluar peluh. Teori saya ialah kalau kita senaman mesti keluar peluh," katanya.

Sarapan Pak Ungku juga tidak terlepas daripada teorinya. Setiap pagi beliau akan makan empat biji kurma dan jambu air serta minum segelas besar air panas yang dicampur cuka organik.

"Saya cari kurma yang baik bukan sebarang kurma, dari Arab Saudi atau Iran... Kurma penuh khasiat mineral, vitamin dan serat. Saya minum air cuka, itulah orang gila," katanya.

Pak Ungku hanya akan keluar bertugas jika kehadiran beliau benar-benar diperlukan. Jika tidak beliau hanya bekerja dari rumah atau meneruskan kajiannya mengenai pantun Melayu.

Selain menjadi Yang Dipertua Angkasa, Pak Ungku juga Ahli Lembaga Pengarah KKUM dan Pengarah Plus. Beliau juga menjadi Pengerusi Azair, syarikat air milik keluarga.

"Sistem saya ialah tiga setiausaha hantar kepada saya beg mengandungi apa-apa dokumen yang perlu saya tandatangani atau saya hantar pemandu saya pergi ambil beg. Saya tak perlu pergi pejabat, saya baca dan telefon mereka," katanya sambil menambah sistem kerja sedemikian mengatasi kerenah birokrasi.

Seperti sarapan, sajian makan tengah hari Pak Ungku juga unik. Nasi hanya menjadi hidangan dua kali seminggu, manakala hari lainnya menu antarabangsa menjadi pilihan. Sayur mentah atau segar pula menjadi hidangan wajib setiap hari.

"Saya makan sushi, kuskus Turki atau Maghribi, roti prata dan macam-macam masakan antarabangsa. Azah suka dan pandai masak," katanya.

Selepas makan tengah hari, beliau berehat di antara 30 hingga 40 minit. Pak Ungku berkata, pada usia 83 tahun beliau perlu banyak berehat.

"Kalau nak tidur saya tidur. Saya tak ada masalah, kalau saya kata sekarang waktu tidur, lepas setengah jam saya jaga. Saya ada jam dalam kepala saya," katanya.

Pada sebelah petang jika tiada mesyuarat atau urusan kerja lain, Pak Ungku sekadar berada di rumah dan mengisi masa dengan melakukan perkara ringan seperti mendengar muzik atau menonton televisyen serta video.

"Saya tidak menulis atau baca benda berat-berat. Saya tonton siaran berita seperti BBC News dan TV1, saya cari apa yang ada," katanya.

Bagi Pak Ungku, mendengar muzik dan menonton filem adalah hiburan baginya selain membaca buku. Setiap minggu beliau akan membeli beberapa cakera padat dan cakera padat video terbaru.

Katanya, berbuat demikian bukan sekadar menambah koleksinya tetapi mempelajari perkembangan semasa dunia muzik dan filem.

"Saya ada banyak koleksi muzik dari Turki, Iraq dan Jerman, karya Mozart dan Beethoven, saya sudah kumpul sejak 40 hingga 50 tahun lalu.

"Kalau cucu saya kata hip-hop menarik, saya beli juga satu dua untuk dengar. Walaupun tak tertarik, saya mesti tahu sebab bila sudah berumur 83, kita tentu terputus dengan generasi muda," katanya.

Disiplin yang diterapkan dalam kehidupan sehariannya dibawa sehingga ke bilik tidur. Setiap hari, Pak Ungku akan tidur hampir tepat 12 tengah malam. Beliau tidur dalam keadaan gelap gelita.

"Kalau ada lagi program TV yang saya nak tonton, saya rakam. Kalau kita duduk tengok TV kadang-kadang terlanjur sampai jam 1 atau 2 pagi, ini tidak sihat.

"Hampir jam 12 tengah malam, saya tutup lampu. Masa tidur saya tak bawa buku, saya tidur dalam gelap sepenuhnya. Lima minit letak kepala atas bantal saya lelap. Saya jaga jam 5.30 atau 6 pagi.

"Saya fokus begitu, tak ramai orang suka kehidupan seperti itu tetapi saya cukup suka dengan apa yang saya buat," katanya mengakhiri temu bual 45 minit yang beliau tetapkan tempohnya itu.

Sebagai menguji prinsip Pak Ungku, penulis meminta kebenaran untuk mengambil gambar keadaan di dalam apartmen beliau, khususnya koleksi buku dan kerja pengumpulan pantun yang beliau sedang usahakan.

"Maaf, saya memang tidak menjemput orang masuk rumah," ulang Pak Ungku.

Bagaimanapun, beliau membenarkan kawasan luar apartmennya dirakam jurugambar.

Sebelum berpisah, penulis sempat bertanya kenapa beliau tidak benarkan kami masuk ke kediamannya dan Pak Ungku memberikan jawapan ringkas tetapi penuh makna: "Kalau anda masuk, anda tak mahu keluar."
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 11:44 PM | Show all posts
go Pak Ungku!!woohoo0o00p!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.208888 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list