|
NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Undang-Undang, Kolej Universiti Help
PROFESION: Model, pengacara ,pelakon
FILEM: Goodbye Boys dan I'm Not Single
DRAMA TV/TELEMOVIE: Ayah Kami (RTM)
IKLAN: Johnson & Johnson Pure Essentials, KFC, Ayam Goreng McDonald's, Cadbury, Ayamas, Double Decker, Hotlink, V-Soy, Rexona, Clearasil, Maxis HOS: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM), Expresi |
|
|
|
|
|
|
|
17 Jun 2008 : Utusan Malaysia
LISA SENANGI FARID KAMIL
Oleh MOHAMAD KHAIRUL AZWAN MOHD TAJUDIN
MEMULAKAN karier seni sejak usia 11 tahun, Lisa kini meniti tangga populariti menerusi dunia lakonan.
--------------------------------------------------------------------------------
SELEPAS menempa nama menerusi drama dan telemovie, kini pemilik nama Lisa Surihani Mohmed pastinya beruntung kerana mendapat perhatian pengarah muda berbakat besar, Pierre Andre untuk membintangi filem terbaru MIG Production, I M Not Single.
Kepada yang belum mengenalinya, Lisa yang memiliki iras-iras pelakon Diana Danielle merupakan anak jati Kuala Lumpur dan masih menyambung pelajarannya di Abertwyth University, Wales, United Kingdom.
Semestinya komitmen dan usaha sangat dikehendaki di dalam bidang seni terutama masa yang diperuntukkan semasa di set penggambaran.
揢ntuk Lisa, bergelar seorang pelakon, banyak perkara yang perlu dikorbankan seperti masa, tenaga dan kehidupan bersosiol.
揥alaupun begitu, pelajaran masih menjadi keutamaan dan Lisa cuba untuk berkompromi dengan penerbit serta pengarah bagi memudahkan waktu kerjanya. Alhamdullilah setakat ini tawaran yang diterima hanya pada cuti semester dan tidak mengganggu waktu belajar Lisa, |
|
|
|
|
|
|
|
JIWA LISA
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
Lisa Surihani
--------------------------------------------------------------------------------
SETAHUN mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Aberystwyth, Wales, meninggalkan impak besar buat Lisa Surihani Mohamed, 22.
Berjauhan daripada keluarga menjadikan hos dan pelakon cantik ini lebih berdikari, semakin bijak membuat keputusan dan menguruskan hidup. Bahkan ada rindu yang bertaut kerana hatinya sudah tertawan!
Pun begitu perasaan itu bukan diabadikan kepada insan bergelar lelaki tetapi keindahan serta kedamaian Wales yang ditinggalkan 10 hari lalu.
Semua itu tersimpan rapi dalam lipatan kembara hidupnya, apa yang perlu lebih diberi perhatian kini adalah masa depan serta percaturan kariernya dalam bidang seni dan guaman yang cukup diminati.
Dengan pakej sempurna, kehadiran puteri kepada pasangan Mohamed Mahbob dan Siti Amira Ahmad ini dalam industri seni negara cukup diterima. Ini terbukti apabila tawaran tidak pernah surut meskipun melanjutkan pengajian di luar ne gara.
揜amai tidak tahu saya menyambung pengajian di Wales. Sepanjang berada di sana, banyak tawaran menyusul sama ada drama, komersiol ataupun mengacara.
揝aya berbesar hati tapi terpaksa menolak kerana ilmu perlu diutamakan. Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pe ngajian, selepas ini bolehlah kembali aktif berlakon dan mengacara, |
|
|
|
|
|
|
|
aku menunggu gile nak tgk citer ni...:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: hari tu tgk promo citer ni time gi tgk citer congkak... nmpk cam best jer... x sbr nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
:victory: :victory: :victory: :victory: :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
cutenya lisa tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau at 25-6-2008 11:51 AM
best ke? filem nie
sebagai peminat kdrama/filems sebab katanya ala2 my little bride , ku mmg menantikan filem melayu seumpama ini. hopee berjaya. tengok poster nampak mcm best. LIsa mmg cute, dialah yg dulu ku ingin lihat berlakon dalam Aduh Saleha (terbengkalai dah). |
|
|
|
|
|
|
|
Skang kat Astro Ria ada 'Behind The Scene'.
Sukanyer kat Pierre. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada campuran filem korea , tentulah jadi best , cos ada kelainan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau at 30-6-2008 10:24 AM
kalau ada campuran filem korea , tentulah jadi best , cos ada kelainan...
setuju sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
I'm Not Single masuk panggung 24 Julai
Oleh Rozdan Mazalan
FILEM I'm Not Single yang bakal menjengah seluruh pawagam tanah air pada 24 Julai depan masih mengekalkan genre romantik komedi. Ini juga menjadi filem kedua arahan anak kepada pelakon Khatijah Tan, Pierre Andre selepas filem 9 September.
Pemilihan genre romantik komedi menjadi sasaran utama jejaka berusia 24 tahun ini memandangkan filem seumpama itu lebih dekat dengan dirinya dan memikat jiwa remaja masa kini.
Menurut Pierre, keistimewaan filem ini dilihat daripada jalan cerita yang ringan dan mudah dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat.
揗esej ceritanya ringan dan boleh diterima ramai sesuai dengan situasi sekarang. Malah genre romantik komedi adalah jiwa saya yang turut menjadi pilihan ramai penonton menyaksikan cerita sebegini di pawagam.
揅erita yang baik saja tidak cukup lengkap sekiranya tidak mempunyai lagu tema yang dihasilkan khusus untuk cerita. Jadi dengan adanya lagu tema I'm Not Single daripada Dakmie, saya yakin ia akan menguatkan lagi filem ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Lisaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|