CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: me_xy82

Orang Beranang / Rinching / Broga

[Copy link]
Post time 11-2-2010 05:25 PM | Show all posts
kena bunuh?
motip? rompakan ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 05:27 PM | Show all posts
Rumah bekas MP Markiman masih tersergam kat situ lagi ke???? Wife dia tu kakak angkat aku dulu2 masa sekolah di Kajang..
Bapak dan mak mertua YB Markiman tu ada lagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 07:05 PM | Show all posts
Pakcik Malek yg jual kuih udang ngan nasi ayam tu dah lama meninggal kene bunuh le awak.. tinggal wife ngan anak2 dia yg uruskan...
mawarbduri Post at 11-2-2010 14:08


eh yer ker ... tu la dah lama tak pegi sana tak tau berite ... awak duduk kat mana ... dulu saya selalu pegi main kat umah dia, masa tu sibuk ngan radio gram, dia selalu pasang lagu Syarifah Aini, jangan la aku di salahkan, jika.... saya dok kat area umah dia la ... nyewa jer masa tu, kira nyer kuarge saya berdagang ler kat situ .... Al fatiha tok pak cik malik ... kene bunuh kenaper ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 01:18 PM | Show all posts
2 jam pisau di leher adik
Oleh Amir Abd Hamid
[email protected]
2010/02/18Artikel

BERANANG: Akibat ketagih dadah, seorang abang sanggup mengugut membunuh adiknya dengan pisau pemotong daging.


BUKTI...pisau yang diguna penagih mengugut adiknya.



TAHAN...penagih yang mengugut membunuh adiknya ditahan polis.


Lebih mencemaskan, dia menjadikan adik perempuan berusia 21 tahun itu sebagai tebusan lebih dua jam dalam kejadian di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma di sini, semalam, selepas ayah mereka enggan memberi wang untuk membeli dadah.


Walaupun si adik menangis dan meraung ketakutan, lelaki berusia 22 tahun itu tidak mengendahkannya dan terus meletakkan pisau di leher gadis itu.


Polis terpaksa mengambil masa lebih dua jam memujuk lelaki terbabit yang terlebih dulu mengunci pintu jeriji bagi mengelak ayahnya yang berada di dalam rumah keluar atau orang lain memasuki unit pangsapuri terbabit.


Difahamkan, suspek yang terlalu panik dengan kehadiran pihak berkuasa terbuang air besar hingga menyebabkan lantai ruang tamu rumahnya dipenuhi najis.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Shakaruddin Che Mood berkata, polis menerima panggilan kecemasan jam 10 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.


Menurutnya, sebaik tiba, seorang lelaki didapati sedang memeluk adiknya menggunakan tangan kiri manakala sebelah tangan lagi memegang pisau pemotong daging yang diletak rapat di leher gadis itu.

Mohd Shakaruddin berkata, punca lelaki terbabit bertindak demikian kerana bapanya enggan memberikan wang diminta untuk membeli dadah.


Katanya, polis dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Mantin terpaksa memecahkan kunci mangga yang dipasang di pintu jeriji rumah terbabit.


“Pegawai polis terpaksa berunding dengan suspek lebih dua jam untuk memujuknya membebaskan adik yang dalam keadaan terlalu takut.


“Bapa suspek yang berusia 54 tahun terlebih dulu dikeluarkan dari rumah itu bagi memudahkan proses rundingan. Hasil pujukan, lelaki itu akhirnya menyerahkan pisau pemotong daging yang dipegang sebelum membebaskan adiknya.


“Rundingan itu berjaya menyelamatkan adiknya daripada terkorban dan suspek ditahan jam 1.30 tengah hari,” katanya.


Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki terbabit penagih dadah tegar jenis heroin dan ketika kejadian dalam keadaan gian.


Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan di Balai Polis Beranang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.


“Adiknya yang calar di lengan kiri dikejar menggunakan ambulans ke klinik berhampiran untuk rawatan,” katanya.


Jiran mangsa, Hamidah Ibrahim, 35, berkata dia mendengar jeritan lelaki terbabit memarahi bapanya kira-kira jam 8 pagi semalam.


“Selepas mendengar suara itu, lelaki terbabit mengunci jeriji dari dalam rumah.

“Lelaki itu berterusan memarahi bapanya kerana enggan memberinya wang. Saya juga terdengar jeritan adik perempuannya,” katanya.


Difahamkan, selain mengugut untuk membunuh adik perempuannya, lelaki terbabit turut mengancam membunuh diri dengan meminum racun rumpai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 02:33 PM | Show all posts
dengar pantu 4 karek ni ...

Beranang Ulu Beranang Hilir
Tangah-tangah Kg. Daciang
Beranang ka ulu beranang ka hilier
Tangah-tangah lubang kanciang ...
(baca dgn dialek minang) betui ker idak bait ke 3 tu ...

Owang beranang ... akak nak tanya nih ... kat beranang ni kalo ade kenduri kawin mesti ade tarian piring yg di tarikan oleh knk2, ade sape tahu tak kat mana nak kontek kumpulan nih ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 04:56 PM | Show all posts
ada.
salah satu yer nama otai tu

karim saruliyeng (seruling)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2010 05:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 05:02 PM | Show all posts
66# Syd

ang ado kontek namber inyo tak ... bagi kek akak ... ado urang cari penari tarian piring ko ha ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2010 05:13 PM | Show all posts
takde laa kak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 09:16 AM | Show all posts
ai sey men ... tolong la carikkan ... akak bebonar nak cari kumpulan tarian piring nih ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 02:40 AM | Show all posts
Reply 50# Syd


  ikot kate org tue2 , mmg ade sg dlu kat padang bola tuh . tapi skang da kering katenye . ikot ckp diorg gak lag , sg dlu laluan tok makhluk2 halus nih . branang ni kan dlu femes pasl 'kehebatan' org2 die .   ni padang bola kat ruma belia tuh , kne masok lorong dato dagang hj tahir tuh . padang bola atas bukit . area2 tu la ruma aku .

anda ni cam taw byk je pasl branang . dok branang gak ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 11:15 PM | Show all posts
tinggal kat beranang dari lahir hingga umur 14tahun..akak duk kat sblh lpp beranang..dekat dgn kedai cina pia..dulu sekolah ren. kat sek.keb beranng..belakang balai polis tu..ada ke sesaper yg kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 05:34 AM | Show all posts
aikk dah mendap dah ke benang nih? selamat hari raya orang2 beranang/broga/rinching!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 02:27 AM | Show all posts
Beranang, Semenyih dan Kajang dekat ajer...
Sebab kalau dari Beranang ke K Lumpur tempuh Semenyih kemudian Kajang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 09:53 AM | Show all posts
tolong bantu saya wahai org2 semenyih..

rumah nak jual kat sec 6 6/8A jalan rincing..
leh bagi info tak... ok ke kawasan ni..
kejiranan melayu ke..
dekat dgn sekolah ke or kemudahan lain
ada surau ke
sorry banyak tanya

coz nak bli rumah sekali je.. perlu teliti...tq
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 03:46 PM | Show all posts
Nak beli rumah kat Puncak Alam tu cam ner ? Jadi tak ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2011 10:05 PM | Show all posts
sbb terlalu teliti la sampai sekarang masih x beli2 rumah pun lagi.. puncak alam pun x beli n semenyih pun x beli lagi... banyak benar pro n kontra dikomen oleh member2 antara 2 tempat ni... mujur jugak sy masuk forum ni... leh dpt info byk tempat... huhuhu.. penat cari rumah... rege semakin naik...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 01:31 AM | Show all posts
Kajang Country Height ada banyak rumah kosong yang dah siap.
Harga dari Rm 2 000 000.00 sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 11:50 AM | Show all posts
Reply 75# daniashahila


   
tu kt rinching ek?


skang ni, pelangi semenyih ngn semenyih parkland tgh di buka utk beli umah..try la tya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 08:44 AM | Show all posts
pelangi semenyih dah servey, x mampu den.... huhuhu..
sekarang dah jumpa dah rumah idaman kat salak tinggi... tunggu loan lulus je...itupun jenuh mencari... nak ikutkan kronologi mencari rumah ni ada suke dukanye... huhuhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.070157 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list