|
Reply #61 ctsueraya's post
salam CT
koi ni ngidam dan tak sabo nak ke param situ
tunggu la minggu ni koi balik chenor, koi singgoh laaa
koi paling suker kuih2 org lama
cam kuih dodoi kukus, kuih pena, kuih badok kubang..
tu org tua dulu2 jerk reti buat...
lagi 1 my alltime peberet adalah lompat tikam
tak sama dgn lompat tikam kl/sel ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak makan lompat tikam
kat jb panggil bubur sum sum ....tapi x sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #62 tehbunga\ catat
kuih pena mcmn mak teh? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #51 monorail\ catat
masa ni lah nak test nafsu beli kita...
klu koi beli, mesti hbs, sebab koi beli mknn yg koi suka, bukan yg koi terliur..... |
|
|
|
|
|
|
|
petang kang nak beli lompat tikam |
|
|
|
|
|
|
|
just nak share...
Param kat tempat saya x besar sangat...
kat ngan Jeti Tanjung Api Kuantan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
avvy tu gambar apa tenteng |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan salai, pais jadi pilihan buka puasa di Taman Negara
JERANTUT 12 Sept. - Apabila tiba Ramadan, pelbagai juadah atau masakan yang tidak pernah ditemui pada hari biasa, akan dijual terutama di bazar-bazar Ramadan.
Bagi umat Islam yang tinggal di pedalaman seperti di Taman Negara, Hulu Tembeling, dekat sini, masakan berasaskan ikan air tawar dan ulam-ulaman untuk hidangan berbuka puasa menjadi pilihan.
Salah satu juadah yang popular di kawasan Hulu Tembeling pada bulan Ramadan ialah masakan ikan salai dan pais ikan air tawar yang banyak dijual di bazar-bazar Ramadan dan pasar tani di sini.
Seorang penduduk Kuala Tahan, Adenan Nipah, 56, telah mengusahakan ikan salai secara komersiol di rumahnya untuk menambah pendapatan, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.
''Sejak bulan puasa ini, ikan salai mendapat permintaan di kalangan mereka yang gemar masakan kampung untuk hidangan berbuka puasa," katanya di pekan sehari Kuala Tahan, dekat sini baru-baru ini.
Menurutnya, ikan salai Sungai Tembeling sesuai dimasak lemak pedas, dicampur dengan asam tempoyak, dibakar dan digoreng.
Kegiatan menyalai ikan, katanya, dilakukan secara serius sejak 30 tahun lalu dan menjadi punca pendapatan utama selain menjual ikan air tawar segar.
''Syukurlah, pada bulan puasa ini, sebanyak 20 hingga 30 ekor ikan salai habis dijual selain ditempah oleh pengusaha resort di Taman Negara untuk dihidang kepada pelawat beragama Islam berbuka puasa," katanya.
Untuk mendapatkan ikan air tawar, Adenan memberitahu, selepas bersahur, dia ke Sungai Tembeling untuk menangkap ikan seperti patin, jelawat, temoleh, lawang, lampan dan kerai.
Katanya, ikan lawang, lampan dan kerai antara ikan yang sesuai disalai dan lebih enak dimasak untuk juadah berbuka puasa.
''Saya turun ke sungai semula menangkap ikan pada pukul 11 malam hingga menjelang 2 pagi untuk menahan jaring dan menjala kerana waktu berkenaan ikan banyak berkumpul di lubuk," jelasnya.
Menurutnya, tangkapan yang masih segar itu dibawa pulang untuk dibersihkan sebelum digaul dengan garam dan kunyit mengikut sukatan tertentu supaya rasa dan aromanya cukup memecahkan selera selepas disalai.
Bapa kepada lapan anak itu berkata, kerja menyalai masih menggunakan kaedah tradisional iaitu di atas bara api daripada kayu pokok halaban, rambutan dan cenerai selama empat setengah jam hingga cukup masak.
Sepanjang Ramadan ini, Adenan menambah, dia memperoleh pendapatan sebanyak RM450 sehari menerusi jualan ikan salai di Kuala Tahan dan tempahan daripada peniaga pasar tani di bandar Jerantut.
Seorang penduduk Kampung Pengau, dekat Taman Negara Kuala Tahan, Ahmad Hafizee Mohamad, 25, pula mengusahakan masakan pais ikan secara komersiol di rumahnya untuk menambah pendapatan, lebih-lebih lagi permintaan yang meningkat di bulan puasa ini.
''Saya membuat pais ikan air tawar untuk hidangan berbuka puasa bersama rakan-rakan dan kadang-kadang dijual kepada orang ramai yang gemar masakan ini,'' katanya.
Menurut beliau, memasak pais ikan berkenaan memang mudah dengan hanya menyediakan ikan, asam tempoyak, bahan perencah lain dan dibalut daun pisang untuk menyedapkan masakan itu.
Menceritakan kemahiran membuat pais ikan, Ahmad Hafizee berkata, dia cuma mempelajari daripada ibunya dan kemudian mencuba memasak sehingga mahir.
Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu memberitahu, Ramadan membuka lebih banyak peluang berniaga pais ikan air tawar di kampung tersebut.
Katanya, ikan tilapia, lampan, patin dan kelah antara ikan yang sesuai dibuat pais perencah tempoyak durian yang segar sebagai juadah berbuka puasa.
''Saya mula memasak pais ikan mulai pukul 3 petang dan memastikan makanan itu siap untuk dijual sebelum berbuka," katanya.
Ahmad Hafizee yang dibantu oleh rakannya, Kamarazira Kamaruzaman, 23, memberitahu, pelanggannya terdiri daripada penduduk kampung berdekatan.
ps- mesti sedap nih...... |
|
|
|
|
|
|
|
Harga mahal tetap laris
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
ADENAN Nipah menyalai ikan untuk jualan di Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.
JERANTUT 12 Sept. - Meskipun harganya agak mahal, namun makanan tradisional berasaskan ikan air tawar dan ulam-ulaman tetap menjadi pilihan orang ramai sebagai juadah berbuka puasa di Taman Negara, Hulu Tembeling.
Malah, perniagaan makanan tradisional itu memberi pulangan lumayan kepada peniaga di kawasan tersebut.
''Jika ada masakan asam tempoyak dengan ikan sungai, barulah kena selera orang tua seperti kami," kata Azizah Embong, 66, dari Kampung Pagi, dekat sini ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, masakan asam tempoyak memang sinonim dengan kehidupannya sejak usia muda lagi terutama sewaktu berbuka puasa.
Ibu tunggal itu berkata, setiap kali membuat persiapan berbuka puasa bersama anak-anak dan menantu, dia akan memasak asam tempoyak ikan sungai, asam rom dan ulam-ulaman.
Seorang suri rumah di bandar Jerantut, Fatimah Noor, 65, berkata, walaupun harga ikan air tawar segar semakin mahal, dia tetap membelinya untuk dimasak di rumah sebagai juadah berbuka.
''Tidak seperti ikan laut, ikan air tawar lebih enak dan memecah selera kami sekeluarga ketika berbuka puasa dan bersahur," katanya. Ibu kepada enam orang anak itu memberitahu, dia akan keluar di awal pagi ke pasar tani di Jerantut untuk mendapatkan ikan air tawar segar untuk dimasak sebagai hidangan berbuka.
Seorang penduduk Kuala Lipis, Azmi Jais, 26, berkata, golongan muda juga berminat dengan makanan tradisional kerana keaslian dan keenakannya.
''Walaupun sudah ada masakan ala Barat tetapi makanan tradisional Pahang masih menjadi pilihan, bukan sahaja orang Melayu tetapi juga kaum lain," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, harganya yang agak mahal menyebabkan dia berkira-kira untuk membelinya.
Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Lipis itu menegaskan, peniaga di bazar Ramadan tidak sepatutnya mengambil kesempatan menaikkan harga makanan itu khususnya di bulan Ramadan.
Sementara itu, Pegawai Daerah Jerantut, Ismail Mohd. Ali berkata, peniaga di bazar Ramadan Jerantut diminta lebih banyak menjual makanan tradisional tempatan berasaskan ikan air tawar, sayur-sayuran, ulam-ulaman termasuk kuih-muih tradisional sebagai juadah berbuka puasa.
Peranan peniaga berkenaan, katanya, perlu untuk memperkenalkan makanan tradisional kepada generasi muda dan mengenengahkannya kepada pelancong yang singgah sebelum ke Taman Negara.
Beliau berkata, masakan tradisional Melayu Pahang memang diakui mempunyai keunikan dan lazat sesuai dimakan ketika berbuka puasa atau hidangan di hotel.
''Pada bulan Ramadan ini masa yang sesuai untuk menjual makanan tradisional kerana ia sinonim dengan selera orang ramai dan pelancong kerana lazat dan harganya berpatutan," tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sehari pendapatan RM450. Pehhh.....sebulan???? lumayannnnnnnn............
Nampak sedap bebenor yek..............
Tak pernah rasa lagi....hanya di bulan ramadan ajeke?????
Laporan tu kata...regenya mahal? Berape sekor yek???
Banyaknya soklan...ada sesapa boleh tolong bagi info....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 makteh's post
kena tanya org hulu tembeling ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan salai..tengok jenis ikanlah.dan saiznya.kalau kelah salai..seekor 15-50 hinggit
uitt..ikan bado salaipun dan tiga hinggit sebeg yang ada 6-9 ekor.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada yg tak kenal ikan bado ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #75 pepalih2\ catat
Patutlah... kena pikir dulu sebelum beli...mahal bete yek....
Tetapi tengoklah juga patin sg pahang yg ori pun...bapok mahal nye.....
Kena makan hingga ke tulang...barulah berbaloi... |
|
|
|
|
|
|
|
Murtabak pekan yang ori tu yang sebelah sekolah SHAH pekan tu ker?bukan ker hari2 diorg jual murtabak tu?yang atas daun pisang tapi mahal regenya tuh kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #76 monorail\ catat
ikan lais ke? atau ikan seluang? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tangopapa at 3-9-2008 03:45 PM
Hari isnin lepas, koi ke maran utk jenjalan kat param kat situ. Sepanjang2 param tu koi tgk ade kurang la tp x tau entah di mana. benda yg dijual pun dah kurang, harga makin naik, first time koi ...
nira tu nak bawak gi param kan ke guna minyak...nek keta kena la minyak....hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|