CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putrisakura

kenapa lelaki suka perempuan yang muda2?

[Copy link]
Post time 1-12-2009 03:55 PM | Show all posts
60# buterfly

yes...why?
rama2 nak hinggap ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 04:04 PM | Show all posts
jadik nape masih nak yang muda? tak nak ke kat kami perempuan 24 aboveyang kategori cantik, comel, pandai masak, berkerjaya, ada harta, baikhati, rajin, hormat orang tua, menantu idaman semalaya..
putrisakura Post at 1-12-2009 13:59



erk..tul ke sakura ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:05 PM | Show all posts
lelaki kondem dlm masa umor 60th keatas...kadang2 70th pun kuat lagi
pompuan kondem lak pada umo 45 tahun

cuba bayangkan kalau lelaki berumo 30th berkahwin dgn pompuan berumo 25th
bila sil ...
Joe_Shaper Post at 1-12-2009 14:11



sokonggg..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 04:09 PM | Show all posts
60# buterfly  

yes...why?
rama2 nak hinggap ker?
demonicboy Post at 1-12-2009 15:55


rama2 hinggap kat bunga jer..
pakcik bunga ke?

p/s : dont get me wrong..just joke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2009 01:47 PM | Show all posts
maksud ku adalah lelaki ni nak yg pompuan beza umur jauh sesangat sampai 10 tahun beza umur. korang imagine la kalau umur korang 30 tapi bercinta ngan budak sekolah menengah tingkatan 4, x ke macam ntah ape2. kalau beza umur 1-5 tahun kira ok lagi la. cam kes aku ni umur aku 25, aku nak kat orang umur 28..kira sepadan la kan  tapi mamat umur 28 tu nak kat budak lepasan SPM. korang time ngorat tu kan, korang tak rasa ke bebudak tu macam adik-adik korang ke? kalau korang kan, sanggup ke adik korang yang baru lepas SPM dingorat oleh lelaki taraf pakcik2? suke ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 01:53 PM | Show all posts
maksud ku adalah lelaki ni nak yg pompuan beza umur jauh sesangat sampai 10 tahun beza umur. korang imagine la kalau umur korang 30 tapi bercinta ngan budak sekolah menengah tingkatan 4, x ke macam nt ...
putrisakura Post at 2-12-2009 01:47 PM


umur tu hanya sekadar angka ...
kebahagiaan bukan terletak kepada beza antara umur...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2009 02:14 PM | Show all posts
maksud ku adalah lelaki ni nak yg pompuan beza umur jauh sesangat sampai 10 tahun beza umur. korang imagine la kalau umur korang 30 tapi bercinta ngan budak sekolah menengah tingkatan 4, x ke macam nt ...
putrisakura Post at 2-12-2009 13:47


mungkin taste lelaki tu pompuan muda..
atau mungkin ada apa2 pasal budak tu yang dia berkenan..
"soalnya hati sukar dimengerti.." (lagu erra..keh3)
bagi rama2 ok jer kalau dia x de sebarang niat x baik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 02:43 PM | Show all posts
sbb muda2 ni kurang pengalaman, jadi apa juga pendapat kebanyakannya dia terima
yg lelaki rasa seronok. bknnya apa, dia rasa dia sebagai pelindung yg sejati. sbb klo yg dh matang mcm umor 28 ke 30, most dorang lebih matured dan pandai berdikari ttg kerjaya dan kehidupan. Nak2 klo taraf pelajarannya sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2009 02:50 PM | Show all posts
muda besh bebb..bergetahhh..montokkk.....body tgh cun..pakai apa pon lawa....

tapi tak semestinyer utk dijadikan pasangan hiduppp....

poning palo layan budak2ni...tak matanggg...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 03:37 PM | Show all posts
luahan hati aku ni sebab aku xpuas ati..ramai orang nak kat aku tapi orang yang aku nak plak tak nak kat aku..alasannya nak yg lagi muda...hampes..
putrisakura Post at 1-12-2009 14:02


If you believe in competition, you have to compete with those young girl. And with each passing second, with each new battalion of young ones, your chance to win over then is getting lower and lower.

but if you believe there is some guy out there, for you, that you won't need to fight over any young girls, then you can relax. and you don't care about this issues anymore. who cares what those guy do.. as long as the religion and the law permit, let them marry an 18 yr old girl or 80 year old girl...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 04:17 PM | Show all posts
confirmla nak  cari ygmuda belia remaja, kalu cari yg sbaya haruslah pompuan tu nmpk tua, secara biologinya mmg pompuan cepat tua berbanding lelaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 08:19 AM | Show all posts
ehmm..pagi tadi masa aku tengok MHI, aku tertarik dengan satu artikel berita yang Ally baca. tapi aku x perasan paper ape plak, kalau x, ble aku copy paste kat sini. alkisah beritanya seorang lelaki berusia 39 tahun bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan gadis berusia 20 tahun. tapi kebahagiaan hanya bertahan 14 hari je bila isterinya lari mengikut bekas teman lelaki. masa ni aku nak hahahaha..padan muka. nak bini yg muda bergetah tapi pemikiran tak matang inilah jadiknye.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 09:38 AM | Show all posts
Aku selalu terfikir..camne lelaki yang dah tua kertu..tak kira la dia tu married or single, ble jatuh cinta dengan pompuan muda umur 18 tahun-23 tahun..bebudak sekolah menengah pun sapu gak.padahal ko ...
putrisakura Post at 1-12-2009 11:01

barang muda daging tak liat...barang tua di daging dah keras
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 10:16 AM | Show all posts
barang muda daging tak liat...barang tua di daging dah keras
matlampir Post at 3-12-2009 09:38 AM


kompem bg Mat tido sorang2 malam Jumaat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 10:19 AM | Show all posts
barang muda daging tak liat...barang tua di daging dah keras
matlampir Post at 3-12-2009 09:38


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2009 11:40 AM | Show all posts
73# matlampir amboih..amboihhh...abang mat...macam kambing golek plak nak yang tak liat la, tak keras la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2009 12:25 PM | Show all posts
confirmla nak  cari ygmuda belia remaja, kalu cari yg sbaya haruslah pompuan tu nmpk tua, secara biologinya mmg pompuan cepat tua berbanding lelaki.
AHMADVW Post at 2-12-2009 16:17


orang laki memang sentiasa perasan muda walaupun gigi dah tinggal 2
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:28 PM | Show all posts
orang laki memang sentiasa perasan muda walaupun gigi dah tinggal 2
buterfly Post at 3-12-2009 12:25 PM


gigi pakcik penuh lagi tau....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:29 PM | Show all posts
gigi pakcik penuh lagi tau....
Hang Post at 3-12-2009 12:28


tengokk... baru cakap tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:47 PM | Show all posts
ehmm..pagi tadi masa aku tengok MHI, aku tertarik dengan satu artikel berita yang Ally baca. tapi aku x perasan paper ape plak, kalau x, ble aku copy paste kat sini. alkisah beritanya seorang lelaki b ...
putrisakura Post at 3-12-2009 08:19


Tangisan pengantinOleh Monhd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]

AMPANG: Hancur luluh hati seorang lelaki apabila kebahagiaan berpanjangan yang diharapkan selepas dua minggu bergelar raja sehari lebur apabila isteri kesayangannya tiba-tiba lesap selepas didakwa melarikan diri bersama ‘jantan’ lain yang dikatakan pernah menjadi kekasihnya dulu.

Lebih menyayat hati apabila suami berkenaan, Nor Mohamad Sham Maidin Sah, 39, yang inai di jarinya masih merah apabila mendapat berita isterinya ditangkap khalwat di rumah lelaki terbabit, beberapa hari selepas wanita itu melarikan diri dari rumah.

Malah, kisah menyayat hati itu boleh diibaratkan ‘tangisan bulan madu’ apabila Nor Mohamad belum berkesempatan mengenali hati budi isterinya, apatah lagi untuk bermesra dengan wanita yang baru 13 hari menaiki pelamin bersamanya.

Nor Mohamad berkata, kehilangan orang kesayangannya itu menyebabkan dia hampir pitam kerana tidak menyangka isterinya, Noor Sharmaine Mat Esa, 20, sanggup meninggalkannya tanpa pesan.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada 6 November lalu ketika dia dan Sharmaine berada di bilik tidur di rumahnya di Kampung Tengah Lembah Jaya, Ampang di sini, apabila isterinya itu memberi alasan kononnya mahu ke tandas.Bagaimanapun, katanya selepas lebih 30 minit menanti, dia mula curiga apabila isterinya tidak muncul semula.

“Pada masa sama beberapa anak jiran berusia belasan tahun mengetuk pintu rumah saya sebelum menjerit memberitahu mereka melihat isteri saya lari dalam keadaan tergesa-gesa sambil menutup kepalanya dengan tuala.

“Sharmaine melarikan diri dengan membawa bersama beg pakaian sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu tidak jauh dari kawasan rumah saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, dia berusaha mencari isterinya di kawasan perumahan berkenaan namun gagal mengesan jejak wanita itu yang dipercayai dilarikan bekas teman lelakinya.

“Bagaimanapun, Sharmaine menghubungi saya kira-kira jam 1.30 tengah hari keesokannya dan meminta saya memasukkan RM500 ke dalam akaun banknya. Saya sempat bertanya lokasi dia berada namun Sharmaine enggan menjawabnya.

“Kerana simpati, saya memasukkan wang RM100 ke akaun banknya sebelum dia meminta RM150 lagi daripada saya. Dia berjanji akan pulang ke pangkuan saya dan meminta saya menunggu di hadapan bank di Bandar Baru Ampang,” katanya.

Menurutnya, dia menunggu dua hari berturut-turut di hadapan bank dimaksudkan namun harapan itu palsu.

“Lebih memeranjatkan apabila kakak ipar saya menghubungi kami dan menyampaikan berita mengejutkan apabila mendakwa isteri saya ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di rumah seorang lelaki dipercayai bekas kekasihnya itu.

“Saya tak pasti apa yang berlaku namun berita dia ditangkap khalwat bersama lelaki lain membuat hati saya remuk,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Menurutnya, walaupun hatinya terluka, dia masih bersedia untuk memaafkan isterinya asalkan Sharmaine sanggup pulang ke pangkuannya.

“Saya tidak tahu dia berada di mana sekarang selepas ada pihak yang dikatakan membayar ikat jamin sejurus dia dan lelaki terbabit ditangkap khalwat. Malah, saya pernah diugut akan dipukul sekiranya datang ke Pulau Pinang untuk mencari Sharmaine,” katanya.

Nor Mohamad berkata, walaupun berat hatinya untuk menerima hakikat kejadian itu namun menganggap kemaafan jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang menyebabkan kedua-dua keluarga kini dalam keadaan tertekan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.124504 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list