|
Piala Malaysia : 5 kad merah! Panasnya game Terengganu vs Kelantan
[Copy link]
|
|
preeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
1 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boyagombak at 11-10-2011 22:59
preeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
2 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boyagombak at 11-10-2011 22:59
preeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
3 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boyagombak at 11-10-2011 23:00
preeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
4 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boyagombak at 11-10-2011 23:01
preeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
5 |
|
|
|
|
|
|
|
felda? dah la liga kita setaraf pprt, nak suruh felda ke final?
sekngucing Post at 11-10-2011 22:38
mungkin bila felda ke final dapat ubah pemikiran orang bahawa felda juga hebat dalam bola sepak... |
|
|
|
|
|
|
|
camne nak main ni bro, tingge 6 player je ni, 5 dah kena saman merah
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boyagombak at 11-10-2011 23:11
hieeeyyahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
jaga ko ref aku bagi satu tumbokan maut
well brader, no retreat no surrender
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boyagombak at 11-10-2011 23:17
korang ingat senang ke nak jadi ref yang bole dan berkeupayaan mengeluarkan kad kuning dan merah-kena training ari2 bro
start dari umo belasan lagi baik
mula2 kluarkan kad kuning, pakai tangan kanan ye
selepas itu keluarkan kad merah, pakai tangan kiri pasal kad merah suwei
|
|
|
|
|
|
|
|
apa ko meroyan ni boyagombak?? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak info2 ko pasal pengadil ni boyagombak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 74# nazraku
bagus jugak info2 ko pasal pengadil ni boyagombak...
wa minat nk jadi ref tapi apakan daya, wa lari lebeh laju dari pemain, takut pemain tk terkeja ref, so lebe baik wa jd ref kat Tv atau bangku stadium je |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boyagombak at 11-10-2011 23:37
ini adalah isyarat ref boya dah penat dan tamatkan game stakat ni for 1/4 half
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengadil dikritik
Oleh YATIMIN ABDULLAH
[email protected]
Seorang penyokong memanjat pagar kerana berang dengan aksi tegang di antara Terengganu dan Kelantan pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/ AZLAN BAHRUM
KOTA BHARU - Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menyifatkan lima kad merah dan 10 kad kuning oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab pada suku akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin, menjejaskan rentak perlawanan kedua-dua pasukan.
Timbalan Presidennya, Mahizi Mahood berkata, perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku jika pengadil bijak mengawal suasana sepanjang perlawanan.
"Sekiranya perlawanan tersebut diadili oleh mereka yang berpengalaman perkara ini mungkin tidak berlaku.
"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya memilih pengadil yang berwibawa untuk perlawanan ini, memandangkan ia mempertemukan dua pasukan yang penuh dengan tradisi tersendiri.
"Perlawanan penting seperti ini seharusnya diadili oleh pengadil terbaik. Saya harap FAM dapat menilai semula prestasi pengadil untuk perlawanan akan datang. Pada perlawanan semalam saya lihat banyak keputusan pengadil menimbulkan keraguan di kalangan peminat.
"Kesalahan yang dilakukan oleh Daudsu wajar diberikan kad merah kerana ia membuat terjahan keras dari belakang.
"Namun kesalahan yang dilakukan Ismail Faruqi sepatutnya tidak dilayangkan kad tetapi wajar diberikan amaran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Tambahnya, dalam bola sepak kekasaran merupakan perkara biasa, jadi pengadil harus bijak mengawal perlawanan.
"Saya lihat pengadil terlebih emosi berbanding pemain dan penyokong. Keputusan pengadil perlu tepat kerana ia akan mengubah corak perlawanan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Stadium Shah Alam venue final Piala Malaysia
Oleh ZAZALI JAMIAN
[email protected]
PETALING JAYA - Teka-teki berhubung venue perlawanan akhir Piala Malaysia terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Stadium Shah Alam akan menjadi gelanggang final piala berprestij itu 29 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, pemilihan venue tersebut menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil, yang sedang dalam proses penyelenggaraan.
Menurutnya, perbincangan bersama pihak Stadium Shah Alam diadakan semalam.
Pihak stadium memberikan persetujuan untuk mempersiapkan venue tersebut untuk perlawanan akhir itu nanti.
"Kami mengarahkan pihak Stadium Shah Alam agar memperbaiki beberapa perkara sebelum berlangsungnya perlawanan akhir seperti lampu, padang dan tempat duduk.
"Mereka berjanji akan memperbaiki semua perkara itu sebelum 22 Oktober ini.
"Sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, kita masih mempunyai pilihan lain untuk venue perlawanan akhir yang tidak boleh saya dedahkan ketika ini," katanya selepas Mesyuarat JKPT di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Ini adalah kali keenam Stadium Shah Alam digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia sejak 1994 yang menyaksikan Pahang kecundang 0-4 kepada Singapura.
Kali terakhir Stadium Shah Alam digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada 2000 di antara Perak dan Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, Hamidin memberitahu perbincangan berhubung pertukaran pasukan yang bakal beraksi dalam Liga Malaysia dan Liga Singapura, hampir mencapai persetujuan dalam aspek berkaitan syarat-syarat dalam liga kedua-dua negara.
"Seperti sedia maklum pasukan Harimau Muda A akan beraksi dalam liga di Singapura manakala skuad Young Lions akan bermain dalam Liga Malaysia.
"Bagi skuad Harimau Muda A, mereka akan menjalani latihan di sini dan sekiranya ada perlawanan barulah mereka akan ke sana.
"Kita masih belum dimaklumkan berhubung stadium mana yang akan digunakan sebagai laman sendiri di Singapura," kata Hamidin.
Hamidin meminta persatuan bola sepak tempatan segera membuat pendaftaran pemain untuk musim depan sebelum 31 Oktober ini bagi mengelakkan sebarang kerumitan.
"Setakat ini hanya Selangor yang menghantar secara lengkap berkaitan dokumen yang diperlukan bagi menghadapi musim 2012.
"Saya harap semua persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab supaya segera melakukannya, sekiranya gagal berbuat demikian tindakan akan diambil ke atas mereka," jelas Hamidin. |
|
|
|
|
|
|
|
Karathu yakin bangkit
KOTA BHARU - "Perlawanan masih ada 90 minit, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku." Demikian tegas jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu selepas pasukannya kalah 1-3 kepada Terengganu pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Meskipun bakal berdepan laluan sukar untuk mendapatkan dua jaringan pada aksi kedua nanti, Karathu yakin Kelantan mampu bangkit pada perlawanan kedua Jumaat ini di Stadium Sultan Mohammed IV.
"Saya mahu pemain melupakan aksi malam tadi (kelmarin). Kita masih ada baki 90 minit untuk diharungi pada perlawanan kedua nanti. Jadi kita harus gunakan peluang tersebut sebaik mungkin.
"Apa yang penting, pemain perlu bekerja dengan lebih kuat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut, yang akan menentukan nasib pasukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Pada perlawanan kelmarin, Terengganu yang beraksi di gelanggang sendiri mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Kelantan selaku juara bertahan Piala Malaysia dalam perlawanan 'tegang' dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab.
Tiga pemain Red Warriors yang menerima kad merah ialah Mohd. Shakir Shaari pada minit ke-31, Mohd. Daudsu Jamaludin (ke-34) dan Muhammad Abdul Aziz Ismail pada minit-minit akhir perlawanan.
Sementara dua pemain tuan rumah yang mendapat kad merah ialah Ismail Faruqi dan Zubir Azmi masing-masing pada minit-minit akhir separuh masa pertama dan kedua.
Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Karathu mengakui dua kad merah dalam tempoh tiga minit ke atas Mohd. Shakir dan Mohd. Daudsu memberi kesan kepada pasukan.
"Ketiadaan dua pemain tersebut menjejaskan persembahan pasukan. Bagaimanapun kami berjaya mengimbangi perlawanan dan mencipta beberapa peluang gol, namun gagal menemui sasaran.
"Saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh barisan pemain, dengan mempamerkan semangat juang yang tinggi," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|