CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: My2cen

APA HUKUM ISTERI MENINGGALKAN RUMAH KETIKA DLM PROSES BERPICAH (BERCERAI)

[Copy link]
Post time 13-5-2013 05:53 PM | Show all posts
sarahmirza posted on 13-5-2013 04:53 PM
Masih di dalam isu TT, saya ada terbaca yang TT menyatakan abang iparnya iaitu suami kakak ...

Salam...

Nak tambah sket, or maybe nak perbetul sket satu perkara...yakni berkenaan tuntutan fasakh. Sebenarnya sekiranya kes tidak begitu rumit, adakalanya Hakim boleh memfasakhkan isteri dari suami tak sampai 3-4 bulan....sekiranya punyai alasan kukuh serta suami gagal menafikan bukti2 yg dikemukakan isteri kpd mahkamah.. Cuma tarikh tangguhan yg mengikut tempat2 tertentu, adakalanya sekali tangguhan sehingga 2-3 bulan, ada yg tangguhan kkdg tak sampai sebulan...terpulang kpd jumlah kes yg dibicarakan. Kalau tinggi jumlah kes, maka kemungkinan utk time consuming is very likely.


Cuma certain kes je yg mencecah setahun lebih hingga 2 tahun....tu pun kerana ada saingan hebat sesama peguam termasuk isu sampingan peguam mintak tangguh atas sbb2 tertentu...mmg itu makan masa jgk cuma jgn takut, kalau ada bukti kukuh, termasuk ditampar di muka oleh suami, berbekalkan bukti laporan polis & laporan doktor, & jika suami mengaku, maka di tempat2 tertentu, hakim takkan teragak2 utk mesabitkan fasakh...



Wallaahu'a'lam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 06:20 PM | Show all posts
Alhamdullillah..

Tuan PitMie....Betulkan saya kalau salah...bagi saya,..sebaiknya....dlm apa juga keadaan...baik pihak isteri atau suami...jangan sesekali mencari penyelesaian yg bukan ' Syarie aproved"


Bila si suami berada dipihak yg salah....bukan memberi lesen pd pihak isteri membuat sesuatu yg juga salah....

tu je maksud saya...



Tertarik dgn kes yg Tuan PitMie sentuh... Jamilah bt Abdullah vs Tsabit b. Qais.

Syaidina Tsabit B.Qais R.A merupakan Ahli Uhud & baiah Ar Ridzuan!

malahan Hadith menyebut...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, “Nabi SAW bersabda,
‘Sebaik-baik pemuda adalah Tsabit bin Qais bin Syammas’.”


Malahan para sahabat kata Tsabit R.A adalah 'ahli syurga yg berjalan" (masa hidupdah panggil Ahli Syurga!  )

& Pengakhiran hidupnya pun Indah...Syahid!

(kes wasiat setelah mati!... Karomah...satu satunya kes dlm sejarah Islam)


TAPI...

Bila Jamilah Bt Abdulah R.A  ...menuntut cerai....Rasullullah s.a.w terus bagi approval...

Rasullullah s.a.w tak cerca pun...malah Jamilah Bt Abdullah kekal sebagai Sahabat wanita yg terpuji...



So...drp kisah ni pun perlu diambil iktibar....




Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 01:39 AM | Show all posts
Tp, berapa lama (plg cepat) tuntutan cerai dpt diproses? 3-4 bln???
- sunnah nabi s.a.w. jika ikut hadis uncle owl tu 'semerta'

Hakikatnya, nk kawin susah/rumit...begitu juga perceraian.
Maka, pilih le jodoh yg sepadan tp jgn smpi x kawen² plk kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 02:09 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-5-2013 01:39 AM
Tp, berapa lama (plg cepat) tuntutan cerai dpt diproses? 3-4 bln???
- sunnah nabi s.a.w. jika ikut  ...

Insyaallah...Kita tunggu keterangan Tuan PitMie..  


Bagaimana pun...dalam KES Jamilah Binti Abdullah.......ada cerita sebelum kejadian tu..

Jamilah R.A  dalam Hadith tu walau pun sebagai seorg "wanita tepuji" dia menutup aib suami....Tapi.."kejadian " sebelumnya....iaitu kes Jamilah R.A telah dipukul hingga cedera oleh suaminya...telah pun diadukan kpd Rasullullah s.a.w oleh abang beliau..

(Kalau tak salah saya...abg Jamilah R.A adalah Syaidina Abdullah Bin Abdullah Bin Ubay R.A...seorg sahabat yg mulia..Syahid dlm Perang Yamamah juga)..

So...maksudnya.....proses penceraian tu walaupun "instant"...dah didulukan dgn "pengaduan".


Insyaallah..keterangan Tuan PitMie pasti merungkai persoalan nanti...   



p/s : kalau tak salah saya juga.....kisah Jamilah Binti Abdullah Bin Ubay R.A yg mashur juga ialah kisah suaminya yg Sahid di malam pengantin- Syadina Handzalah R.A  (syahid dlm perang Uhud ...masih dlm Hadath)..lalu dimandikan malaikat...masyaallah..hebatnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 06:50 AM | Show all posts
PitMie posted on 13-5-2013 03:36 PM
- Isteri mengeluarkan wang untuk menyediakan tempat tinggal untuk si suami & anak-anak -> hakikatn ...

[quote]Dlm Islam, dibenarkan kpd para isteri utk memohon cerai sekiranya punyai alasan yg dibenarkan syara', namun haruslah tindakan itu lahir dari naluri secara good faith / suci hati...yakni bukan kerana terdorong dari emosi ammarah diri mahupun nasihat dari keluarga & rakan2 yg ramainya suka melihat kpd perpecahan 'dgn niat baik'....kerana hakikatnya zaman skrg, ramai sgt isteri2 mudah mintak cerai...perkataan "ceraikan aku" sering bermain di bibir & suami pula ramai yg mudah melafazkan cerai.[/unquote]

Assalamualaikum PitMie,

Teman amat berminat dgn kenyataan ini.
Memang benar.................ramai sahabat handai/karib yg 'dgn niat baik' mahu melihat pasangan tersebut berpisah.
Mereka secara sedar/tidak sedar.................menjadi PENOLONG IBLIS.

Semoga Allah swt melindungi teman dari menjadi PENOLONG IBLIS ini.



Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 08:09 AM | Show all posts
salam

The most happy is he to whom GOD
has given a good wife ..

wassalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2013 11:48 AM | Show all posts
Assalaamu'alaikum semua..

Maaf kerana masa sy berforum adakalanya amat terhad, hanya sempat jeling2 je kkdg tuh...skrg pun sempat komen sket sambil2 tunggu kes seterusnya. So kalau ade masa japgi sy reply komen2 dari ankel OWL & tuan niceghost dll...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 12:15 PM | Show all posts
What if rumahtangga itu sbg 'under one roof'
dan ahlinya lbh drpd satu generasi...?
- Bolehkah ketua keluarga yg adil i.e. bapa/datuk sbg penasihat anak-menantunya?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2013 02:31 PM | Show all posts
PitMie posted on 14-5-2013 11:48 AM
Assalaamu'alaikum semua..

Maaf kerana masa sy berforum adakalanya amat terhad, hanya sempat jelin ...

Waalaikumusallam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh

Alhamdulliilah..syukur kesudian Tuan PitMie memantau....paham Tuan sibuk....!

Sebab ustaz dzul ada sentuh berkenaan Hadith Jamilah..rasa bersalah kalau tak dibawa hadith penuhnya..  :

“Wahai RasululLah! Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam. Maka RasululLah s.a.w pun bersabda: Mahukah engkau mengembalikan kebunnya? Jawabnya: “Ya”. Lalu RasululLah bersabda kepada Thabit: Ambillah kebunmu dan talakkanlah dia” (Riwayat al-Bukhari).




bila membaca hadith ni..teringat saya pada satu kisah sisipan dalam karya Buya HAMKA yg dikasihi...'Di Bawah Lindungan Ka'bah"....yg mana Buya Hamka...walau kisah utamanya percintaan Hamid yg miskin dgn Zainab...
“Sampai kapanpun; emas takkan setara dengan loyang, dan sutera tak sebangsa dengan benang.” – ibu Hamid

...Buya Hamka sempat menyisipkan kisah sepasang suami isteri Minangkabau....yg mana si Isteri telah dizalimi oleh siSuami..tetapi tidak mendapat pembelaan ahli masyarakat juga ulama...Perempuan ini berusaha supaya diceraikan..tetapi dihina & dianggap jahat...& ..sentiasa memenagkan si suami yg zalim..digantung tak bertali..& Ulama ulama setempat tidak mengambil berat mengenai penceraiannya..malah membiarkan dia terdera begitu..

Lalu...Wanita ini benar benar merasa Agama Islam menindas kaum wanita...!

Kemuncaknya...wanita ini memikirkan penyelesaian terbaik bagi masalah perkahwinannya adalah melalui jalan- MENINGGALKAN ISLAM...(sebagai cara penyelesaian)

Mujurlah disaat saat akhir wanita ini sudah tiba di masjid utk mengistiharkan diri murtad...diterbalikkan hatinya oleh Allah utk kekal Islam..& dlm saat yg sama juga ..mahkamah Syariah Padang memutuskan penceraiannya...

Walaupun kisah sisipan dlm novel "dibawah Lindungan Ka'bah" ni munkin hanya kisah...tapi...penulisan Buya HAMKA, seorang Ulama besar Islam ni pasti mempunyai message dan kritikan yg tersendiri.... terhadap kelemahan & fitnah Ahli Agama!



Kembali kpd Kisah Jamillah Binti Abdullah R.A....Ulama menerangkan hadith tersebut dgn kata :

Membenci kekufuran dalam Islam bermaksud penderhakaan terhadap suami yang akhirnya menyerupai kaum yang tidak beriman.


Ada juga para ulama yang menafsirkan maksudnya dia terdesak menjadi kufur kerana ingin membebaskan diri dari suami..


Maaf....Saya kurang setuju dgn Tuan Nice yg seolah nak kata...semua yg menyokong penceraian tu "sekutu Iblis"...sebab...dalam byk keaadan juga penceraian memang lebih baik..malah munkin juga boleh menjadi wajib.



Saya tanya Tuan....apakah lebih baik bagi dipertahankan pernikahan...tidak bercerai...sedang keluarga porak peranda juga akibat suami yg lemah/dayus/tak mau kerja dll...?..& seisteri pulak buat perkara yg salah juga..."keluar rumah" sebab nak bagi pengajaran pada suami kononnya...

Bukankah itu maksud Sy Jamillah R.A menyatakan kpd Rasullullah s.a.w :
"Aku tidak mempertikaikan Thabit bin Qais di sudut akhlak dan agamanya. Namun aku membenci kekufuran dalam Islam"

Bukankah maksudnya disini...drp bergelumang berbuat yg haram(KEKUFURAN)...lebih baiklah penceraian..kalau penceraian itu boleh menyelesaikan masaalah..





Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 03:59 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-5-2013 01:39 AM
Tp, berapa lama (plg cepat) tuntutan cerai dpt diproses? 3-4 bln???
- sunnah nabi s.a.w. jika ikut  ...

Kalau cerai tak dipanggil 'tuntutan', tp permohonan...sbb memohon kpd mahkamah supaya diceraikan oleh suami...maka permohonan cerai adalah yg paling cepat & pantas kalau suami pun setuju nak cerai...dlm ertikata lain, mohon diceraikan oleh suami melalui mahkamah.


Perkataan 'tuntutan' lebih kpd fasakh, pengesahan cerai taklik & hak2 lain spt nafkah...kerana menuntut kpd mahkamah utk memfasakh nikah, with or without husband's agreemeent / approval.


Kalau bab permohonan cerai, boleh jd yg terpantas kalau ade persetujuan suami utk bercerai...kkdg sekali sebutan je dah boleh selesai....cuma kalau tuntutan fasakh atau pengesahan taklik (blkg surat nikah), itu makan masa especially kalau melibatkan peguam bg kedua2 pihak...






Dlm kes yg disebutkan dari hadith ialah isu Khulu', tebus talaq juga harus atas persetujuan bersama maka sekiranya ada mutual agreement, maka kes boleh selesai segera termasuk dlm kes Jamilah v Tsabit....

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:11 PM | Show all posts
burungantu posted on 14-5-2013 02:31 PM
Waalaikumusallam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh

Alhamdulliilah..syukur kes ...

Alhamdulillaah...sy setuju dgn huraian tuan burungantu aka uncle OWL....very well said, nicely elaborated.

Berkenaan hadith kisah Jamilah, baru2 ni telah sy sampaikan dlm satu kuliah yg mmg ade dua huraian dari 'ulamak...yg pertama kerana dikatakan Jamilah tak tertahan dgn buruknya rupa Tsabit walaupun baik dari segi akhlaq, maka atas kerana ketidaktahanan Jamilah pd buruk rupa (fizikal) sehingga boleh mendorong dia dari melanggar aturan2 ALLAH, maka dibenarkan permohonannya....tp ade huraian kedua ttg sesuatu yg tak didedahkan Jamilah iaitu sikap Tsabit yg pernah memukulnya hingga patah anggota, & Rasulullaah telahpun tahu akan hal itu kerana telah diadukan oleh abang kpd Jamilah, maka sbb itu Rasulullaah membenarkan tanpa byk bertanya.

Yg mana yg benar sesungguh2nya, Wallahu'a'lam...cuma kalau sy, sy pilih yg latter...bukan former. Kerana Rasulullaah telahpun tahu ttg sikap Tsabit...





Sebenarnya dlm Islam, cerai adalah dibenarkan & ISTERI ADALAH DIBENARKAN MEMINTA CERAI DARI SUAMI dgn syarat, HARUSLAH KERANA ALASAN2 YG DIBENARKAN SYARA'....yg telah digariskan oleh syara'. 'Ulamak menegaskan, suami yg suka maki-hamun pun boleh dibenarkan bercerai apatah lg kaki pukul termasuk pukul di wajah...


Cuma hati2lah dgn hadith "TUZAWWIJUU WA-LAA TUTHOLLIQUU FA-INNAT THOLAAQA YAHTAZZU LAHUL 'ARSY" - kerana diputuskan bahawa hadith ini adalah hadith mawdhu'....manakala hadith "ABGHODUL HALAAL ILALLAAHI AT-THOLAAQ" pula dikatakan lemah (dho'if) oleh para 'ulamak.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:17 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 14-5-2013 12:15 PM
What if rumahtangga itu sbg 'under one roof'
dan ahlinya lbh drpd satu generasi...?
- Bolehkah ket ...
- Bolehkah ketua keluarga yg adil i.e. bapa/datuk sbg penasihat anak-menantunya?
Boleh, tiada masalah...cuma WAJIBlah ketua keluarga yg menjadi penasihat tu benar2 dari kalangan yg ADIL....bukan sahaja adil dari segi menghakimi sesuatu, perlu juga adil yakni TIDAK FASIQ. Kerana adil dari segi menghakimi adalah sesuatu yg saraa-ir, tp kalau adil dari segi tidak fasiq boleh dilihat dari mata kasar...


Ditakuti bila ketua keluarga yg fasiq, bilamana nak bg nasihat, nasihat nampak berniat baik tp bercampur dgn saranan dari syaitan etc....maka atas sbb itulah yg terbaik, masalah rumahtangga seboleh2nya diselesaikan oleh kedua2 pihak suami isteri tanpa campurtangan org lain....sbb nasihat manusia kita tak nmpk di hati mereka....nmpk baik scara zahir tp takut di dlm hati yg saraa-ir, ada niat memecahbelahkan...


Wallaahu'a'lam.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:23 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 14-5-2013 06:50 AM
[quote]Dlm Islam, dibenarkan kpd para isteri utk memohon cerai sekiranya punyai alasan yg dibenark ...

Sy faham maksud tuan niceghost kat sini....sbb melalui pengalaman sy, mmg benar....pengaruh org ketiga sama ada penasihat tak bertauliah mahupun ibubapa & keluarga adalah antara penyebab utama kpd perceraian.......kerana berdasarkan hasutan tanpa sedar, membatu-api dll sehingga akhirnya salah sorang merasa benci kpd pasangan..


Inilah kebijaksanaan syaitan...adakalanya mereka menggunakan 'org tengah' utk memecahbelah....under the pretext of "aku benar2 ikhlas nasihat ko nih" atau "ko buatlah itu / ini biar suami ko rase sket & bg tunjuk ajar bla bla bla" - yg akhirnya membawa kpd perceraian, maka tentunya yg paling gembira adalah syaitan...



Wal'iyaazubillaahi min zaalik.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 04:42 PM | Show all posts
burungantu posted on 14-5-2013 02:31 PM
Waalaikumusallam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh

Alhamdulliilah..syukur kes ...

[quote]Maaf....Saya kurang setuju dgn Tuan Nice yg seolah nak kata...semua yg menyokong penceraian tu "sekutu Iblis"...sebab...dalam byk keaadan juga penceraian memang lebih baik..malah munkin juga boleh menjadi wajib.



Saya tanya Tuan....apakah lebih baik bagi dipertahankan pernikahan...tidak bercerai...sedang keluarga porak peranda juga akibat suami yg lemah/dayus/tak mau kerja dll...?..& seisteri pulak buat perkara yg salah juga..."keluar rumah" sebab nak bagi pengajaran pada suami kononnya...
[/unquote]

Assalamualaikum burungantu,

Jangan silap faham akan penulisan teman sebelum ini.
Idak lah teman merangkumi 'kesemua' yg bersekongkol dgn perceraian pasangan itu adalah 'sekutu/agen iblis'.

Jawabannya ada pada para ke dua ayat tuan di atas.
Suami yg dayus/lemah/malas/kaki pukul/penagih/zina/minum arak dll

Jalan terakhir.....................ialah perceraian.

Iaitu setelah exhausted segala jalan/ruang/cara/kaedah yg di benarkan/syorkan.


Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 06:16 PM | Show all posts
PitMie posted on 14-5-2013 03:59 PM
Kalau cerai tak dipanggil 'tuntutan', tp permohonan...sbb memohon kpd mahkamah supaya diceraikan o ...

Noted n jelas.... Tq Tuan penasihat.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2013 07:14 PM | Show all posts
burungantu posted on 14-5-2013 02:31 PM
Waalaikumusallam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridwanuh

Alhamdulliilah..syukur kes ...

Saya tanya Tuan....apakah lebih baik bagi dipertahankan pernikahan...tidak bercerai...sedang keluarga porak peranda juga akibat suami yg lemah/dayus/tak mau kerja dll...?..& seisteri pulak buat perkara yg salah juga..."keluar rumah" sebab nak bagi pengajaran pada suami kononnya...



Bagaimana jika si isteri keluar rumah dengan alasan "mahu berhenti mengeluarkan wang membayar sewa rumah yang diduduki secara 'percuma' oleh si suami?"

DAn sangat kita semua ketahui tanggungjawab menyediakan rumah untuk keluarga adalah tanggungjawab suami, selain dari memberi makan minum, pakaian & perlindungan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2013 11:22 AM | Show all posts
Alhamdullillah...

mmang saya menunggu nuggu Puan Sarah sebut hal ini....malas saya nak sebut dulu....tapi..memang ada yg saya nak sampaikan dlm perkara ni....

Pn Sarah Tulis..
DAn sangat kita semua ketahui tanggungjawab menyediakan rumah untuk keluarga adalah tanggungjawab suami, selain dari memberi makan minum, pakaian & perlindungan.


Antara punca yg bagi diri saya...masalah kakak TT ni..sebab dia dlm tak sedar..dah educate si laki dia (kalau boleh dipanggil suami) yg ...kakak TT yg  akan menanggung semuanya..

Bayangkan..Sampai Kad ATM gaji pun bagi kat laki tu!..



SO....now we are going somewhere...

Terlebih baik kalau kembali kepada HUKUM!

STOP FEDDING THE ANIMAL...eh..the Husban!

Call bank...report kad hilang....buat baru..

Boleh buat buat berhenti....ambil cuti panjang.....kata kad husban.......I berhenti kerja....mulai sekarang...U tanggung I..ITU HUKUM ALLAH!

Buatlah segala yg drastik....asal sja...Syarie Approved!...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 09:55 PM | Show all posts
Janganlah berhukum kepada TAGHUT (kepada yang mengaku beriman) dalam menerangkan kebenaran. Berhukumlah kepada apa yang terjadi kerana semua yang berlaku itu ASALNYA pilihan diri sendiri.

Tidaklah Allah SWT menciptakan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya menjadi sebab untuk menyedarkan diri manusia apakah diri manusia lupa sehingga mahu berhukum kepada TAGHUT (menjadikan pandangan yang berbentuk mengawal) atau kepada Al-Quran (hukum ALlah) dalam apa jua perkara yang dilakukan, sedangkan apa yang kita wajib lakukan adalah kembali kepada agama (kami dengar dan kami taat) itupun jika mengaku beriman kepadaNya.

Gunakanlah kebijaksanaan dalam membicarakan sesuatu hukum agama BUKAN dengan akal semata-mata sebaliknya dengan petunjuk yang terdapat di dalam Al-Quran sebelum menghukumkan sesuatu dengan cara mengesan PUNCA yang datang dari diri manusia itu sendiri kerana menentang ketetapan Allah. Adalah tidak layak diri seseorang MENGHUKUM kesalahan kepada orang-orang yang JAUH dari agama sedangkan yang sudah mengetahui agama sekadar TAHU dan tidak memahami agama dalam maksud yang sebenar-benarnya. Tergolonglah yang tidak memahami agama itu dari kalangan mereka yang pekak kerana tidak mengikut undang-undang dan ketetapan yang datang dariNya.

Beriman itu adalah MEMPERCAYAI apa jua perkara yang terkandung di dalam Al-Quran BUKAN dengan AKAL, akan tetapi dengan MATA HATI.

Kepada yang mengaku beriman, wajib untuk mempercayai apa yang dinyatakan olehNya (petunjuk Al-Quran) kerana jika diri anda menentang ketetapan Allah tanpa didasarkan sebarang petunjuk yang JELAS dinyatakan, maka seburuk-buruk tempat kembali terhadap ORANG-OANG YANG MENGAMBIL TAGHUT sebagai petunjuk adalah bersama-sama orang-orang yang dijanjikan neraka,

Nauzubillah Huminzalik

Dalil-dalil yang berkaitan (untuk direnungkan dan difahami) :
                Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.         
        
        Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.         

        
        Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).         

        
        Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.         

        
        Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.         
        
        Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".         

        
        Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.         

        
        Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -         

Wallah Hualam.

Last edited by Abangcute on 16-5-2013 09:53 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.057569 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list