CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sapsamsok

Jawa Timur - Surabaya, Probolinggo, Banyuwangi, Jember, Malang, Batu, Madura dl

[Copy link]
Post time 9-9-2013 01:59 PM | Show all posts
last time pegi Surabaya bln 2 week before Chinese new year. siap pegi mount bromo.saya x overnight pn kt bromo ... so last time itinerary

sampai airport jam 12 malam
supir terus bawak ke bromo
sampai bromo around 3 - 330 ..
tnggu supir carikkn jip yg murah
naik jip smpai tmpt nk tgk sunrise - penanjakan view
solat subuh before tu
tgk sunrise
bergerak ke bromo , pasir berbisik, lupa la nama tmpt 1 lg tu havanas ke hape ntah yg bukit2 hijau2 tu
then 1030 ke supir blk jip hantar
then cuci muka gosok gigi bagai
bekpes

balik trus pegi lumpur panas
masjid Akbar
carik ole2 sket kt area mcm zoo then mkn2 crk topup, pegi giant.. gile bes brg murah
balik hotel ptg tu psl dh pnt
malam kua dinner n pegi plaza tunjungan jalan2

esoknye pergi sunan ampel , muzium sempoerna , jambatan merah shopping , muzium kapal selam, masjid cheng ho , makan kt rawan setan

esok pagi Nye bergerak ke jogja pulak naik keretapi ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 11:22 AM | Show all posts
ciaki,\\makan kat rawan setan?


BTW, aku p 23 Oktober - 4d3n

Return ticket dapat aritu sorang RM230

Now tengah tengok hotel mana yang paling best di surabaya center

Wisata terbaik yang perlu pegi di sekitar bandar surabaya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 09:31 AM | Show all posts
12 September 2013

11:45 pm ::: Saya bersama kawan-kawan dari Terengganu (3 orang) memulai perjalanan dari Surabaya ke Gunung Bromo - Air Terjun Madakaripura - Kawah Ijen (13/09) - Papuma - Watu Ulo - Payangan (14/09) - Batu (15/09) - Surabaya. Perjalanan perdana untuk kawan saya ke Mt Bromo, perjalanan ke errr... lupa untuk diri saya.

Perjalanan sangat lancar dengan menggunakan Toyota Avanza Hitam. Kerana kami tiba agak awal di Penanjakan 1 & perut mulai berkeroncong, kami sepakat menikmati makanan & minuman panas terlebih dahulu. Jika dalam posting sebelum ini saya pernah mengatakan bahawa terdapat tempat untuk solat di kafe terakhir, kini tempat tersebut sudah berubah menjadi ruangan tempat memasak pisang goreng. Namun, di belakangnya terdapat kamar mandi yang berisi air bersih. Tapi, tempat solatnya berada kira-kira 20 meter cafe ini.
  1. Untuk yang ingin menunaikan solat subuh terlebih dahulu di Viewpoint Penanjakan 1, terdapat 2 tempat untuk berbuat demikian. 1 dalam ruangan tertutup ada lampunya dengan luas lebih kurang 3 x 3 m, sementara yang lain juga dengan keluasan yang sama tetapi terbuka tanpa lampu sebelah tandas. Perlu dimaklumkan bahawa kerana ruangannya sempit, tidak ada penutup / tirai pemisah antara muslimin & muslimah.
Copy the Code
Setelah tamu menunaikan solat subuh, kami bergerak ke viewpoint untuk menunggu matahari terbit.
  1. Untuk yang baru tiba & tidak mendapatkan tempat berdiri (bukan duduk kerana tidak kelihatan) di atas kerusi, tidak perlu binggung / cemas kerana tidak semua pengunjung Viewpoint Penanjakan 1 ini tidak kuat menunggu sambil berdiri atau menahan dinginnya hembusan angin pagi. Mereka yang tidak tahan / letih, pasti akan turun dari tempat berdiri mereka. Menurut teori orang Bromo, suhu akan menurun 3 celcius sebelum matahari terbit & naik 3 celcius setelah matahari terbit.
Copy the Code
Suhu di Viewpoint Penanjakan 1 pada hari itu sekitar 15 Celcius. Di ufuk timur, sudah kelihatan garis merah.

Tepat jam 5:36 am, bola oren itu menampakkan dirinya di ufuk timur. Ada sebahagian pengunjung yang menjerit kegembiraan, tidak kalah ramainya juga yang bertakbir setelah menyaksikan momen tersebut.

  
  1. * Jangan terpengaruh dengan perbualan orang lain yang mengatakan "Tidak kelihatan", "Tertutup awan" dan sebagainya. Yang penting, bersabarlah... Tetapi kalau jam tangan dah menunjukkan jam 6 pagi, sudah sah tak kelihatan.

  2. Mungkin boleh merujuk ke situs berikut untuk maklumat tambahan / panduan berdasarkan waktu matahari terbenam.

  3. <a href="http://www.timeanddate.fasterreader.eu/pages/id/sunrise-calc-id.html">http://www.timeanddate.fasterreader.eu/pages/id/sunrise-calc-id.html</a>
Copy the Code
Dari VP1, kami ke Kawah Bromo. Kami mengambil keputusan tidak menyewa kuda tetapi berjalan kaki je. Tak terasa jauh sangat, tapi terasa sedikit ketika menaiki jalannya yang mulai curam.

     


  1. Tip berjalan ke atas menuju anak tangga ::: Cari tempat pijak yang keras.
  2. Tips berjalan turun menuju parking jip ::: Cari tempat pijak berpasir supaya hentakan kaki diserap pasir tersebut.

  3. Jangan lupa memakai tutup muka kerana banyak debu dari para pengunjung dan kuda-kuda yang lalu-lalang.
Copy the Code
Dari Kawah Bromo, kami bergerak ke Padang Savana, Watu Singa & Pasir Berbisik. Setelah itu, kami bergerak ke Restoran Widodaren Hotel Bromo Permai 1 untuk menikmati sarapan sebelum dilanjutkan ke Air Terjun Madakaripura.

  


      
  1. Tiket masuk Rp 3,000/orang. Parking Rp 5,000. Mandi Rp 2,000. Jangan lupa bawa shampoo & sabun mandi cair. Airnya ditakung dari aliran sungai Air Terjun Madakaripura.
Copy the Code
Dari Air Terjun Madakaripura, kami mulai bergerak ke Kota BWI (Banyuwangi) untuk ke Kawah Ijen. Rencana mau singgah di Pantai Pasir Putih tak jadi kerana waktu kami lalu kawasan tu dah gelap. Frust...
  1. Dari Air Terjun Madakaripura - Pantai Pasir Putih lebih kurang 4 - 4.5 jam. Kalo dari perkarangan Hotel Bromo Permai 1, tambah lagi 1 jam. Jangan lupa memperhitungkan jarak perjalanan.
Copy the Code
Kami berhenti di Situbondo untuk menikmati makan malam di Ayam Goreng Pemuda cabang Surabaya. Tiba di BWI, Bpk Yantohood sudah siap dengan 1 bodyguard, 1 Special Agent & 2 armour piercing vehiclenya bersenjatakan lampu atas kepala. Kami langsung bergegas ke Pos Patulding dengan jip sewa. Punya bersemangat sampai terlupa nak mencatat jam berapa kami tiba di Pos Patulding.

Perjalanan naik ke Kawah Ijen kali ni lebih rileks sebab dah pernah naik Ijen sekali sebelum ini. Jadi, tak terasa sangat. Lagi pula, banyak berhenti sbb nak tunggu kengkawan gak...

Setiba di puncak, ternyata member2 memilih tak turun ke kawah kerana kurang confident. Takpelah. Lebih baik percaya pada hati kecil daripada nanti terjadi apa2, susah lak. Jadi yang turun hanya saya dan Bapak Yantohood dengan bantuan penambang kerana mereka lebih mengetahui selok-belok di mana kita harus pijak, di mana banyak pasir & sebagainya. Kalau dulu blue fire hanya kelihatan di satu tempat, kini terdapat lebih kurang 10 titik api blue fire. Dijamin PUAS!
  1. Turun dan naik kawah Ijen dengan bantuan penambang jauh lebih cepat. Jangan lupa memberi balasan yang sewajarnya kepada penambang yang membantu.
Copy the Code
Kami (Saya & Bpk Yantohood) tidak menghabiskan waktu lama di dasar kawah. Mungkin sekitar 1 jam. Lepas tu naik balik ke bibir kawah.

Suhu pagi tu sejuk, 9 Celcius + angin kencang. Member2 semua retreat ke tempat yang lebih hangat walau bersembunyi tu di antara celah batu. Dalam dok layan sejuk tu, tetiba seorang bapak mengumpulkan kayu untuk membuat unggun api dekat tangga turun kawah. Kami menunggu sampai matahari terbit (kena naik lagi 100m dari tangga turun kawah Ijen) sebelum turun ke Pos Timbang untuk sarapan. Kalo 1st trip saya dulu susah nak beli ole-ole, sekarang dah ada 2 penjualnya di Pos Timbang. Penambang & pengunjung di situ kelihatan akrab sekali seolah-olah dah lama kenal walau baru bertegur sapa di Pos Timbang tersebut.

      


     


Dari Kawah Ijen, kami menyempatkan diri ke air terjun belerang buatan manusia berdekatan Pos Patulding. Tak sampai 10 minit. Airnya yang mengalir berwarna hijau, tapi tak sehijau minuman tutti fruiti 7-Eleven. Jadi, rasanya OKe gak la kalo air terjun buatan ini dinamakan Air Terjun Hijau. Hehe.

  

Kami kembali melanjutkan perjalanan ke Kabupaten Jember. Belum jauh bergerak, kami sangkut dalam traffic jam gara2 Perayaan Banyuwangi Festival Carnival. Bergerak pelan dalam 30 minit sebelum lancar lagi. Destinasi selanjutnya : Pantai Pasir Putih Malikan (Papuma), Pantai Watu Ulo & Pantai Payangan. Ketiga pantai ini terletak cukup dekat. Kami sampai di Papuma jam 3 petang. Lebih kurang 4:30 petang, kami bergerak ke Pantai Watu Ulo sebelum ke destinasi terakhir Pantai Payangan untuk sunsetnya.

  1. Jalan ke Papuma ada 2. Sebaiknya ikut jalan yang melewati hutan pokok jati supaya tak kena charge tiket pintu masuk Watu Ulo & Papuma walau tak berhenti kat Pantai Watu Ulo pun. Tiket masuk Rp 7,500 per orang ke Watu Ulo. Kereta & supir tidak dihitung. Tiket masuk Rp 12,500 per orang ke Papuma. Kereta & supir tidak dihitung. Namun begitu bila masuk ke kawasan parking Papuma, bayar Rp 4,000 untuk parking kereta. Kalo nak menikmati sunset di Pantai Payangan, tak payah bayar parking. Terdapat 1 lorong dari tanah lapang yang langsung menuju ke pantai. Kereta pun boleh park dalam tanah lapang tu FOC.
Copy the Code
Setelah menikmati sunset di Payangan, kami bertolak ke kota Batu. Kami bermalam di Hotel & Villa Gradia 1.

Keesokan harinya, kami bergerak ke Air Terjun Coban Rondo. Kamera saya pula rosak setiba di pintu masuk Air Terjun Coban Rondo. 1st destination pulak tu. Charger handphone pun tak lupa bawa semua. Hanya bawa charger untuk Note saya je. Potong mood betul.

Ladang epal tak pergi sebab bukan musim petik. Kami menghabiskan waktu lebih kurang 8 jam di Jatim Park 2 (Batu Secret Zoo, Muzium Satwa & Eco Green Park).
  1. Kalau dulu boleh berfoto bersama binatang PERCUMA pada hari Ahad pagi, sekarang dah kena cas. Rp 5,000 - Rp 10,000 bergantung kepada jenis binatangnya dan ada jadualnya masing-masing.
  2. Tiket masuk Air Terjun Coban Rondo : Rp 10,000 untuk pengunjung tempatan, Rp 15,000 untuk pengunjung antarabangsa, kereta Rp 5,000, Minibus Rp 10,000
Copy the Code
Dari Jatim Park 2, kami menikmati makan malam terlebih dahulu di Waroeng Bamboe  sebelum memulai perjalanan kembali ke Kota Surabaya.

16 September, kawan-kawan saya melanjutkan perjalanan ke Kota Bandung dengan menaiki keretapi Mutiara Selatan jam 5:00 petang dari Stesen Gubeng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 10:13 AM | Show all posts
sapsamsok posted on 22-7-2013 09:54 PM
Cool...

U trip ke Ijen bulan 9 nanti pun dok pening nih, nak ikut Bondowoso atau Banyuwangi. Ka ...

My ex-maid pun Jember jugak...
Kalau tanya mmg apa pun x tau...
Mmg tak kluar kg langsung agaknya...

Nak tanya u..
Kalau setakat g Surabaya jln2 dlm bandar dia OK tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 07:11 PM | Show all posts
monreyes posted on 29-9-2013 09:13 AM
My ex-maid pun Jember jugak...
Kalau tanya mmg apa pun x tau...
Mmg tak kluar kg langsung agakny ...

Hehehe... sama lah kita. Maid saya 2 2 orang Jember.

2 2 jarang keluar rumah. Kalau tanya pernah ke tempat ni tempat tu, jawapan diorang "Tak pernah pak... di mana tu?"

Kalau setakat jalan2 lihat kesan2 sejarah & wisata religi Wali 3 (Maulana Malik, Ampel dan Giri) masih oke lagi. Tapi kalo nak cari FO untuk shopping cam kota Bandung, FO kat Surabaya dapat dihitung sebelah tangan je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 03:41 PM | Show all posts

Berhati-hatilah ketika menukar duit / terima duit dari para money changer / peniaga...

Note berikut sudah tidak laku lagi.

Jangan terima!

Rp 100,000 lama



Rp 50,000 lama



Rp 20,000 lama



Rp 10,000 lama

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2013 02:51 PM | Show all posts
Featured article
Mount Bromo, Indonesia
Travel 3Sitxy magazine October 2013

http://www.airasia.com/travel3sixty/wp-content/themes/2013/download/magazines/2013/October/index.html#76
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 10:43 AM | Show all posts
Alternatif baru jelajah Pulau Madura dan Probolinggo enroute Mt Bromo...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 03:47 PM | Show all posts
sayang surabaya sekarang dah kena lumpur..klu tidak pemandangan cantik sepanjang highway utk ke malang atau bromo..selang seli sawah padi & kolam membuat garam..
nak pergi madura lebih mudah sebab sekarang sudah ada jembatan yg menyambungkan kota surabaya dengan madura..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 04:17 PM | Show all posts
ira_229 posted on 1-11-2013 02:47 PM
sayang surabaya sekarang dah kena lumpur..klu tidak pemandangan cantik sepanjang highway utk ke mala ...

Bukan Surabaya yang ditenggelami lumpur, tapi kota Sidoarjo. Sebuah kota berjarak 40 minit dari Kota Surabaya... Gara-gara musibah lumpur ini, bukan hanya para penduduk 16 kampung kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian tapi juga Industri Kulit Tanggulangin juga kena. Sbb akses menuju sini selalu jem... Jadi, orang malas datang ke Tanggulagin. Untung sekarang dah dibuat exit Tanggulangin. Jadi, x payah lalu tepi kolam lumpur lagi.

Kalau petani garam tu banyak dijumpai di jalan tol Surabaya - Romokalisari, Gresik. Kat Pulau Madura pun banyak especially kat area Sumenep.

Yang menghubungkan Surabaya dengan Pulau Madura hanya satu titik kecil. Nak sampai hujung Pulau Madura (Sumenep) tu perlu waktu lebih kurang 5 jam gak. Tapi, sepanjang perjalanan tu lancar dengan sesekali jumpa lori / pickup bawa barang atau bus bawa penumpang. Jalannya pun bagus mulus...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 04:26 PM | Show all posts
sapsamsok posted on 1-11-2013 04:17 PM
Bukan Surabaya yang ditenggelami lumpur, tapi kota Sidoarjo. Sebuah kota berjarak 40 minit dari Ko ...

oh yah..saya lupa..selalu keliru...Capital dipanggil surabayal..dibandara juga tidak dipanggil surabaya..saya selalu bingung..
cousin saya rumahnya di Sudarjo ada juga yg tinggal di Malang..yg lain di surabaya..saya suka ke Malang suka beli tape yg dijual dijalan..picnic di Malang... sambil petik n beli ole2 dari sana..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2013 05:56 PM | Show all posts
ira_229 posted on 1-11-2013 03:26 PM
oh yah..saya lupa..selalu keliru...Capital dipanggil surabayal..dibandara juga tidak dipanggil sur ...

Ahhh... menarik...

Saya pun lama tak gi merayau gara2 kamera rosak. Kalo merayau tanpa foto2, tak best lak sbb tak leh share dalam forum.

Malang banyak candi... tapi sayang, candi-candi bersejarah ni terletak agak jauh dari kota Malang tu sendiri. Tapi, susunan & suasana kota Malang tu rapi & bersih.

Sekarang kat kebanyakan kota di Jawa Timur ni, kekadang petang2 hujan pulak. Dah mulai masuk musim hujan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 12:01 PM | Show all posts
insyaallah akan ke surabaya tahun depan Februari dgn mmber..

excited nk g sana ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2013 01:01 PM | Show all posts
Andakah mereka?

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pergi surabaya 4D3N ada supir tak yg boleh bawak sy jalan2 kt sana termasuk pergi Gn bromo.. Berape yea supir charge utk travel sorang2.. Sape ada xperience jln2 sorang2 kt sana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:38 AM | Show all posts
korang pernah g Bali naik feri dari Jember?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2013 10:51 AM | Show all posts
monreyes posted on 14-11-2013 07:38 AM
korang pernah g Bali naik feri dari Jember?

Jember atau Banyuwangi? Kota Jember masih berjarak lebih kurang 3 jam dari Banyuwangi ooo...

Kalau naik train dari Surabaya, penumpang akan turun kat train station Banyuwangi... lepas tu dijemput pakai bas pulak untuk menuju Denpasar.

Kalau naik kereta sendiri, kena Rp 124,000/kereta sudah termasuk penumpangnya.

Untuk info lebih lengkap, boleh rujuk jadual pengelola feri.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:48 AM | Show all posts
Banyuwangi la kot...
Bibik nebor aku dah nak balik sana...
Address dia Anbulu..Banyuwangi..Jember sume ada....
Dia ajak g umah dia jln2...dia kata dekat je ngan Bali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2013 01:14 PM | Show all posts
monreyes posted on 14-11-2013 10:48 AM
Banyuwangi la kot...
Bibik nebor aku dah nak balik sana...
Address dia Anbulu..Banyuwangi..Jember  ...

Ambulu, Jember.

Kalau dah bermalam kat Ambulu Jember , boleh la terus terlajak ke Papuma (sunrise), Pahyangan (sunset) & Watu Ulo.  Dah dekat sangat tuh...

Nak jauh sikit boleh la ke Pantai Puger.

Nak jauh lagi boleh terlajak ke Telok Ijo dan Pulau Merah. Hehehe... Atau nak naik keta api wap (zaman koloni Uncle Sam) kat Rest Area Gumitir oke gak... . Tapi tiket Rp 500,000/orang (Sept 2013).

Nak challenging sikit boleh la try air terjun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 06:28 PM | Show all posts
oh bestnya kalo dari surabaya bleh skali ke bali ya?....baru tau.hhah hah..kesian sy...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.605902 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list