|
2 putih 1 oyen
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahu x pe...pompuan pulak tu...hitwoman
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 30 Mei 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia ME 21/2022 (22 – 28 Mei 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 30, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 21 (22 MEI – 28 MEI 2022) STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara kesuluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 10% pada minggu epidemiologi (ME) ke-21 tahun 2022 (ME 21/2022) berbanding ME 20/2022 (Rajah 1);
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk tiada perubahan (Rajah 2); - Jumlah pesakit kategori 1 dan 2 tiada perubahan; dan
- Jumlah pesakit kategori 3, 4,dan 5 juga tiada perubahan.
Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun berbanding ME-20 (Rajah 3): - Penggunaan katil bukan kritikal tiada perubahan;
- Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 17%; dan
- Penggunaan katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) tiada perubahan.
Jumlah kes memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) menurun sebanyak 6.1% (Rajah 4):
PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara semakin menunjukkan pengurangan. Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 20/2022 dan ME 21/2022 (Rajah 5): - Bilangan kedatangan pesakit ke CAC menurun sebanyak 5.1%;
- Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah menurun sebanyak 6.5%; dan
- Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital menunjukkan penurunan ketara iaitu, 46.6%.
Untuk tren kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), pada akhir ME 21/2022 ianya turun 8.8% berbanding pada akhir ME 20/2022 (dari 24,647 kes kepada 22,475 kes); seperti di Rajah 6:
STATUS TERKINI KES COVID-19 Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 28 Mei 2022 (ME 21/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 4,502,579;
- Kumulatif kes sembuh: 4,441,702 kes;
- Kumulatif kes kematian: 35,660 kes; dan
- Kumulatif kluster: 7,012 kluster (kluster aktif: 3 kluster).
Perbandingan antara ME 20/2022 dan ME 21/2022 (Rajah 7): - Bilangan kes sembuh pada ME 21/2022 meningkat sebanyak 4.2% (15,278 kes kepada 15,925 kes) berbanding ME 20/2022;
- Bilangan kes baharu pada ME 21/2022 menurun sebanyak4.1% (13,630 kes kepada 13,076 kes) berbanding ME 20/2022 (Rajah 8);
- Bilangan kes tempatan menurunsebanyak4.4% (13,615 kes kepada 13,022 kes); dan
- Bilangan kes import meningkatsebanyak 260.0% (15 kes kepada 54 kes).
- Bilangan kes kematian pada ME 21/2022 menunjukkan penurunan kepada 34.5 %(29 kes kepada 19 kes) berbanding ME 20/2022; dan
- Purata kes aktif setiap hari bagi ME 21/2022 adalah 25,360, iaitu terdapat penurunan sebanyak 15.1% berbanding minggu sebelumnya (Rajah 9).
NILAI RT Purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.1% pada ME 21/2022 berbanding ME 20/2022 (Rajah 10).
SURVELAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) DAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) BAGI COVID-19 KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 21/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati: - Kadar positif sampel Influenza-Like Illness (ILI) bagi COVID-19 meningkat sebanyak 102.4%, iaitu 4.1% pada ME 20/2022 kepada 8.3% pada ME 21/2022 (Rajah 11); dan
- Kadar positif sampel Severe Acute Respiratory Infection (SARI) bagi COVID-19 pada ME 21/2022 meningkat sebanyak 62.5% iaitu 2.6% berbanding 1.6% pada ME 20/2022 (Rajah 12).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 Bermula pada 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik. Perubahan fasa ini dapat dicapai susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuk program vaksinasi COVID-19 dalam menguruskan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara. KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S;
- Amalkan 3W;
- Amalkan TRIIS;
- Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 30 Mei 2022 @ 10.00 pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 30 Mei 2022 – Isu Penarikan Balik Produk Mentega Kacang Berjenama Jif Dari Pasaran Amerika Syarikat Yang Dikhuatiri Tercemar Dengan Bakteria Salmonella[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 30, 2022
ISU PENARIKAN BALIK PRODUK MENTEGA KACANG BERJENAMA JIF DARI PASARAN AMERIKA SYARIKAT YANG DIKHUATIRI TERCEMAR DENGAN BAKTERIA SALMONELLA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk mentega kacang berjenama Jif dari pasaran Amerika Syarikat kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella melalui notifikasi yang diterima dari International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN). Notifikasi tersebut menyatakan Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) telah mengarahkan produk mentega kacang berjenama Jif dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya melibatkan tiga (3) digit terakhir 425 ditarik balik kerana telah tercemar dengan bakteria Salmonella. Produk mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan termasuk Malaysia. Melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan produk mentega kacang berjenama Jif tersebut telah diimport ke negara ini. Sehubungan itu, KKM telah meminta pihak syarikat yang mengimport menarik balik produk yang terlibat di pasaran. Selain itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan memantau di semua pintu masuk negara bagi memastikan tiada produk terlibat memasuki ke negara ini. Penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat dengan nombor batch di antara 1274425 hingga 2140425 dengan tiga (3) digit terakhir 425 dengan serta-merta, manakala pengguna yang telah membeli produk tersebut dengan nombor batch terlibat diminta untuk tidak memakan produk tersebut. Salmonella merupakan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya terdapat dalam makanan seperti daging, ayam, telur, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang telah diproses jika aspek kebersihan diabaikan atau makanan tidak diproses dengan sempurna. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 30 Mei 2022 @ 12 tengah hari
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 30 Mei 2022- Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu (Pindaan Jadual Kedua) 2022[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 30, 2022
AKTA PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU 2016 PERINTAH PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU (PINDAAN JADUAL KEDUA) 2022 Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia (MPKBM) ingin memaklumkan bahawa Perintah Profesion Kesihatan Bersekutu (Pindaan Jadual Kedua) 2022 telah diwartakan dan mula berkuatkuasa pada 24 Mac 2022. Jadual Kedua [2022] baharu ini menyenaraikan sebanyak 16 Profesion Kesihatan Bersekutu untuk dikawalselia di bawah Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774]. Jadual Kedua [ 2022] ini akan mengantikan Jadual Kedua [2016] yang menyenaraikan 23 profesion sebelum ini. Senarai 16 Profesion Kesihatan Bersekutu yang akan dikawal di bawah Akta 774 adalah seperti berikut:-
- Ahli Entomologi (Kesihatan Awam)
- Ahli Fisioterapi
- Ahli Fizik Perubatan
- Ahli Pemakanan
- Ahli Psikologi Klinikal
- Ahli Radiografi Diagnostik
- Ahli Sains Makmal Perubatan
- Ahli Terapi Cara Kerja
- Ahli Terapi Pertuturan – Bahasa
- Ahli Terapi Radiasi
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Juruteknologi Pergigian
- Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Pegawai Pendidikan Kesihatan.
Selaras dengan perkembangan perkhidmatan kesihatan bersekutu di Malaysia, polisi perkhidmatan awam dan perubahan teknologi serta trend semasa di peringkat antarabangsa, majlis telah membuat keputusan untuk meminda Jadual Kedua [Akta 774]. Antara pindaan yang ketara adalah dengan mengklusterkan Ahli Sains Klinikal (Biokimia), Ahli Sains Klinikal (Bioperubatan), Ahli Sains Klinikal (Embriologi), Ahli Sains Klinikal (Genetik Perubatan), Ahli Sains Klinikal (Mikrobiologi) dan Pegawai Sains Forensik di bawah satu profesion Ahli Sains Makmal Perubatan. Majlis juga melalui Mesyuarat Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia ke-5 (Bil. 1/2022) telah bersetuju menetapkan beberapa perkara berkaitan dengan polisi pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu. Di antara polisi-polisi yang telah ditetapkan adalah tarikh permulaan pendaftaran pengamal profesion kesihatan bersekutu, tempoh peralihan pendaftaran bagi pengamal, standard kelayakan akademik dan kelulusan permohonan pendaftaran serta Kod Etika dan Tatakelakuan Profesional. Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh permulaan pendaftaran bagi pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu adalah pada 1 Julai 2022 dan tempoh peralihan bagi pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu adalah untuk tempoh 3 tahun bermula pada 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2025 (tertakluk kepada keputusan Majlis). Majlis juga telah menetapkan bahawa pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu akan dilaksanakan secara penggiliran mengikut jadual yang akan dimaklumkan kemudian. Permohonan Perakuan Pendaftaran dan Perakuan Amalan akan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi Malaysian Healthcare Practitioners’ System (MHPS). Permohonan Perakuan Amalan dijangka hanya akan bermula pada bulan November 2022, manakala bagi permohonan Perakuan Amalan Sementara untuk pengamal (bukan warganegara) akan dilaksanakan secara manual. Sesi taklimat bagi menerangkan perkara-perkara berkaitan dengan polisi pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada bulan Jun 2022. Garis panduan yang berkaitan pendaftaran dan amalan kesihatan bersekutu akan dikeluarkan oleh Majlis dari semasa ke semasa mulai Julai 2022 untuk dijadikan rujukan semasa oleh pengamal. Adalah diharapkan dengan bermulanya pendaftaran bagi pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia akan dapat memartabatkan Profesion Kesihatan Bersekutu dan menjamin penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti di Malaysia. Sebarang maklumat lanjut berkaitan pendaftaran pengamal dan penguatkuasaan Akta ini, sila hubungi Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia di [email protected] atau Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia di [email protected] . Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN SELAKU PENGERUSI MAJLIS PROFESION KESIHATAN BERSEKUTU MALAYSIA 30 Mei 2022
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Akhbar KPK 31 Mei 2022 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia (ME 21 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 31, 2022
SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI MALAYSIA Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia. Bagi tahun 2022 sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 21/2022 (pada 28 Mei 2022), sejumlah 65,535 kes HFMD telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 27 kali ganda bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,333 kes. Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) dengan kes sebanyak 29,846, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.2 kali ganda. Manakala kes HFMD yang dilaporkan bagi ME 21/2022 adalah 18,602 berbanding 15,548 pada ME 20/2022 iaitu peningkatan sebanyak 19.6% (Rajah 1).
Pada tahun 2022, sehingga 28 Mei 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes HFMD tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 18,525 kes (28.27%), diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 8,088 kes (12.34%), Perak 5,810 kes (8.87%), Kelantan 4,905 kes (7.48%), dan Sabah 4,077 kes (6.22%) (Rajah 2).
Sebanyak 59,831 kes HFMD (91%) dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan 4,593 kes (7%) adalah kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Survelan enterovirus pula mendapati tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan penyakit HFMD dalam komuniti pada tahun 2022; iaitu Coxsackie A16 (CA16), Coxsackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan disahkan dijangkiti EV71. Manakala kes ketiga dimasukkan ke ICU kerana pemantauan selepas pembedahan perut. Kes ketiga ini telah pun dipindahkan ke wad pembedahan biasa pada 27 Mei 2022 untuk pemantauan lanjut. Manakala kes pertama dan kedua masih di bawah pemantauan rapi di ICU. Sehingga kini, sebanyak 1,505 wabak dilaporkan di Malaysia di mana tiga (3) negeri mencatatkan kejadian wabak tertinggi iaitu WPKL & Putrajaya iaitu 502 wabak (33.4%), diikuti Selangor 172 wabak (11.4%) dan Perak 168 wabak (11.2%). Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah iaitu 913 wabak (61%) diikuti di rumah persendirian dengan 526 wabak (35%) dan juga pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 51 wabak (3%). Wabak dikira apabila terdapat dua (2) atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD. Sehubungan itu, KKM ingin menegaskan kepentingan menjalankan saringan kesihatan kepada kanak-kanak di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah, dan pusat-pusat asuhan dan pembelajaran kanak-kanak bagi mengesan kanak-kanak yang mempunyai gejala penyakit berjangkit termasuk HFMD. Ini kerana premis ini merupakan tempat yang mudah berlaku penularan jangkitan penyakit berjangkit disebabkan: - perhimpunan ramai kanak-kanak;
- kanak-kanak adalah kumpulan rentan kepada jangkitan kerana sistem imuniti yang belum matang terutama pada kanak-kanak berumur bawah satu (1) tahun;
- terdapat kanak-kanak yang belum pernah dijangkiti penyakit berjangkit lazim yang berlaku kepada kanak-kanak seperti HFMD, Upper Respiratory Tract Infection (URTI), dan lain-lain; dan
- terdapat kanak-kanak yang belum lengkap vaksin rutin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.
Saringan kesihatan ke atas kanak-kanak di pintu masuk taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah, dan pusat-pusat asuhan dan pembelajaran kanak-kanak adalah penting bagi memastikan kanak-kanak dengan gejala penyakit berjangkit seperti demam, ruam, cirit birit, dan sebagainya: - tidak dibenarkan masuk ke premis bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain;
- dinasihatkan ibu bapa supaya menghantar anak ke fasiliti kesihatan bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut; dan
- dilakukan pengasingan di bilik khas dan tidak bercampur/bergaul dengan kanak-kanak lain bagi mengelakkan penularan jangkitan.
Aktiviti saringan kesihatan di pintu masuk premis ini juga adalah bagi mencegah berlakunya wabak/ kluster penyakit berjangkit di premis, yang mana boleh menyebabkan premis ditutup di bawah subsekysen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi tujuan pembersihan dan basmi kuman. Sehingga 29 Mei 2022, sebanyak 1,174 premis taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah telah ditutup; iaitu 228 premis secara sukarela dan 946 premis ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Manakala, sebanyak 715 premis (61%) telah pun dibuka semula setelah pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah mendapati langkah basmi kuman telah diambil dan langkah-langkah kawalan serta pencegahan yang lain telah dilaksanakan oleh premis tersebut. Bagi tahun 2022, sehingga 28 Mei, tindakan kawalan dan langkah pencegahan bagi penyakit HFMD yang telah dilaksanakan di seluruh Malaysia adalah seperti berikut: Jadual 1: Ringkasan Aktiviti Kawalan dan Pencegahan HFMD Bil. | Aktiviti | Bilangan | 1 | Bilangan premis diperiksa | 26,067 | 2 | Bilangan premis ditunjukajar dan dipantau pelaksanaan disinfeksi | 20,049 | 3 | Penutupan premis (secara sukarela) | 228 | 4 | Penutupan premis (di bawah peruntukan Akta 342) | 946 | 5 | Pembukaan premis | 715 | 6 | Persampelan | 2,187 | 7 | Pendidikan kesihatan | 75,838 | 8 | Townhall Meeting | 187 | 9 | Lawatan ke Indoor Playground | 204 |
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat-tempat yang berisiko berlaku penularan jangkitan HFMD seperti taman permainan awam. Orang ramai juga dinasihatkan agar melaporkan kejadian kes HFMD yang berlaku di taska, tadika, dan sekolah kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan kawalan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 31 Mei 2022
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Salam awal Jun. lambat respon sebab baru mula keja kat tempat baru. Comel kitten. jaga elok2
|
|
|
|
|
|
|
|
taste kita sama. hehe. lagi suka bubuh cucur udang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
farhana008 replied at 2-6-2022 09:36 AM
taste kita sama. hehe. lagi suka bubuh cucur udang.
Sedap kan cucur udang...lunch pe tu? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat tengok. nak check rumusan pc semalam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|