Originally posted by iDputera at 2-3-2008 09:25 PM
lidah kelu hendak bicara
dari mana hendak kemana
telah hilang dia yang mesra
seperti diriku tidak berguna.......
~ oh dimana........
rindu terlerai dalam pelukan
begitu terjadi dengan selamba
siapa agaknya yg iD maksudkan
adakah si itik atau pun hamba?...
Originally posted by isyarina at 3-3-2008 01:02 PM
bagai purnama cantik puteri
merdu berlagu petik kecapi
daku terpanggil datang ke mari
melepas rindu mengubat sepi...
daun selasih mati dipijak
tutup layu dek kain jawa
yang dikasih tingga ...
hari cuti tak kemana-mana ingat nak membasuh smbl mandi rindu nk berpantun dgn isyarina TERpanggil masuk ke benang ini