CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SaVilara

JOZAN MANSION v.16!! - SUPPORT JOZAN FOREVER!!

[Copy link]
Post time 3-10-2012 01:23 PM | Show all posts
diana007 posted on 3-10-2012 12:30 PM
Last but not least, Nabil, LKD 2, IB opening act,  credit to selebriti.com

thanks Dear D !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2012 01:41 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 3-10-2012 01:23 PM
thanks Dear D !

U r most welcome Cloud
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 05:32 PM | Show all posts
ampessssssss sesangat! iols ingatkan minggu depan last. upenye arini -.-"
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 05:36 PM | Show all posts
diana007 posted on 1-10-2012 10:40 AM
JoZan


thanks diana! comel baju jozan! mahal lak sampai 40hengget.. biarlah iols glemer dengan tshirt jozannurse jek..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 05:37 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 3-10-2012 01:23 PM
thanks Dear D !


kakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
kelauddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd
nolaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 06:00 PM | Show all posts
Gnola83 posted on 3-10-2012 05:37 PM
kakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
kelaudddd ...

miss u.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2012 06:01 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 3-10-2012 06:00 PM
miss u.....


ingatkan tamo kawan nola dah... sobssssss~
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 06:05 PM | Show all posts
lamnat sikit jek.. satu posting je dah bleh duk atas dah.. sobssssss lagik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2012 06:06 PM | Show all posts
sis larak p malam nie khenn... sis larak jangan lupe citer kat kami eh..
ingat! untuk kita ajeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 06:10 PM | Show all posts
baca paper arini, hans kata ada projek terbaru yang lebih besar menggandingkan pelawak yang sama..

dan hans kata, masa mula2 dia nak buat lkd dulu, dia diskas ngan harith, dan pelawak pertama dia carik adalah nabil sebab dia berdisiplin dan kuat bekeje.. bagus nabil ni.. bertanggungjawab. Dan LKD2 nie pun dia paling menyerlah dalam semua2 kann.. rezeki anak nampaknya..

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 06:20 PM | Show all posts
Gnola83 posted on 3-10-2012 06:01 PM
ingatkan tamo kawan nola dah... sobssssss~

kite kawan je....nola yg menyepi....sobbsssobsss.... <banjir dah mansion ni>

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 06:23 PM | Show all posts
cloudnine_mm posted on 3-10-2012 06:20 PM
kite kawan je....nola yg menyepi....sobbsssobsss....


nola ade je kat pesbuk.. tanampak akak pun. sobsssssssssss <tenggelam dah mansion ni>
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 08:08 PM | Show all posts
diana007 posted on 3-10-2012 11:26 AM
JOZAN (Penasaran) Lawak Ke Der 2, IB

terbaek! rase tak puas tgknya pun.

best la dpt tgk live
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 09:22 PM | Show all posts
Gnola83 posted on 3-10-2012 05:36 PM
thanks diana! comel baju jozan! mahal lak sampai 40hengget.. biarlah iols glemer dengan tshirt j ...

My pleasure
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 09:23 PM | Show all posts
Tashu posted on 3-10-2012 08:08 PM
terbaek! rase tak puas tgknya pun.

best la dpt tgk live

Kan...dgn JoZan mana kita pernah puas
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:47 AM | Show all posts
5th Article on LKD 2

Source : http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

myMetro &#160;Rap
Lawak antarabangsa

&#160;&#160; &#160; &#160; &#160; &#160;
LAWAK Ke Der? yang diilhamkan oleh Hans Isaac memberi dimensi baru kepada lawak jenaka tanah air dan seterusnya menaikkan imej pelawak tempatan. Lawak tidak lagi sekadar jenaka di kedai kopi atau warung, tetapi sudah mampu dipersembahkan di Istana Budaya (IB).

Dua kali dipersembahkan, Lawak Ke Der? mendapat sambutan yang cukup bagus dan penonton tak kering gusi ketawa. Nabil, Zizan dan Johan yang dilahirkan daripada program realiti Raja Lawak adalah angkatan pelawak baru yang mencetuskan idea segar. Mereka mampu menepis tanggapan ramai yang pelawak hanyalah ‘penumpang’ dalam industri.&#160;
Lawak Ke Der? 2 dipentaskan mulai 28 September lalu dan akan berakhir malam ini. Untuk mengetahui sejauh mana kehebatan mereka bertiga beradu ‘akal’ di IB, jangan ketinggalan untuk menontonnya.&#160;

Penerbit Lawak ke Der? 2, Hans Isaac bercerita kepada Wartawan RAP, NOR AKMAR SAMUDIN mengenai rahsia kejayaannya itu.


RAP: Siapa yang mengilhamkan Lawak Ke Der?&#160;

HANS ISAAC: Itu idea saya. Kira-kira 10 tahun lalu iaitu ketika saya mula terbabit dalam industri ini, saya buat persembahan Minggu Komedi Malaysia di Actor Studio yang terletak di Bangsar. Waktu itu studio berkenaan kecil saja hanya boleh memuatkan 260 orang. Saya usahakan seorang diri, tetapi waktu itu semua lawak dalam bahasa Inggeris. Sehingga sekarang pun saya suka menyisipkan elemen lawak dalam setiap produk yang diterbitkan syarikat saya.&#160;

Apabila mula berfikir mahu membuat pementasan Lawak Ke Der? ini, saya berbincang dengan Harith Iskandar dan atas sokongan serta persetujuan kawan-kawan, lahirlah projek ini. Orang yang terawal saya cari untuk menjayakannya adalah Nabil Raja Lawak kerana saya perhatikan dia seorang yang kuat bekerja dan berdisiplin. Kemudian saya panggil Zizan dan tampil pula Johan.&#160;

Selepas pasukan yang saya mahukan ada sudah lengkap, kami berbincang lagi untuk mencari nama persembahan ini. Keluarlah beberapa nama dan saya terfikir untuk menamakannya, Lawak Ke Der? kerana ada kala bila kita buat lawak, orang akan tanya lawak sangat ke?&#160;

Semua ilham saya datang ketika mahu melelapkan mata kerana saya orang yang susah nak tidur. Selagi mata tak terpejam, selagi itulah saya terus berfikir nak buat apa dan apabila dapat idea, terus tulis dalam buku yang memang sentiasa ada di atas meja kecil sebelah katil saya. Esok pagi, sebaik saja bangun, saya akan teliti semula idea yang saya tulis malam tadi.&#160;


RAP: Pada persembahan Lawak Ke Der? yang pertama awal tahun ini, timbul cerita kononnya ia ‘merampas’ satu lagi projek yang dikatakan berkonsep sama?&#160;

HANS ISAAC: Saya tak tahu pasal orang lain. Saya buat persembahan di IB kerana mereka yang minta kerana ketika itu satu produksi dari luar negara tarik diri pada saat akhir, jadi slot itu kosong. Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani bertanya kepada semua produksi sama ada mereka berminat untuk mengisi kekosongan slot itu, tetapi mereka tak sanggup kerana masa yang ada hanya tiga minggu saja. Apabila saya berjumpa dengan Juhari, dia bertanya kepada saya berminatkah untuk mengisi slot itu? Oleh kerana idea sudah ada, saya pun berbincang dengan kumpulan saya dan mereka kata boleh. Maka Lawak Ke Der? pun dipentaskan buat kali pertama dan sambutannya sangat baik.&#160;

Mungkin ada produksi lain juga mahu membuat persembahan lawak, tetapi mungkin dengan cara yang lain. Industri kita terbuka kepada sesiapa nak buat apapun.&#160;
Saya tak pernah curi idea orang lain. Cuba tengok, berapa banyak syarikat filem yang menerbitkan filem seram, tetapi masing-masing mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk jalan cerita. Sama juga dengan filem cinta. Apabila filem itu berjaya, produksi yang lain akan ikut, tetapi menggunakan garapan yang berbeza dan ada yang mendapat sambutan ada juga yang gagal di pasaran. Jadi tidak timbul saya menceduk idea orang.&#160;


RAP: Dua kali persembahan, sambutan sangat bagus. Apakah resipi kejayaan Lawak Ke Der?&#160;

HANS ISAAC: Idea Lawak Ke Der? berkonsep antarabangsa. Ia tiada format dan lebih kepada ‘stand up’ komedi. Di merata dunia orang dah buat konsep lawak sebegini, tetapi di Malaysia belum lagi. Persembahan ini berjaya kerana ia dijayakan oleh pelawak terbaik dan paling popular di Malaysia. Mereka yakin untuk berlawak. Nabil misalnya, dia dapat banyak idea daripada Harith. Mereka banyak berkongsi idea. Kami semua bekerja berpasukan dan saling melontar serta meminjamkan idea, barulah boleh berjaya.&#160;

Masalahnya di Malaysia, ramai yang rasa dia lebih popular daripada orang lain dan tak mahu bekerjasama. Orang macam inilah yang akan cepat ‘jatuh’ dalam industri. Sebab itu dalam pasukan saya, kalau sudah ada orang yang merasakan dia sangat popular, saya rela lepaskan dia ‘pergi’. Menyimpan orang seperti itu bagaikan menyimpan penyakit dalam produksi. Untuk Lawak Ke Der? saya mencari pelawak yang matang dan tidak dinafikan sekarang pelawak adalah artis yang paling popular.&#160;


RAP: Akan adakah Lawak Ke Der? yang ketiga?&#160;

HANS ISAAC: Dalam Lawak Ke Der?, saya sudah pun beri ‘sedikit’ kepada penonton dan saya akan kembangkan idea. Sebaik selesai saja persembahan ini malam esok, saya akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan projek baru. Ia adalah projek yang lebih besar daripada Lawak Ke Der? Sama ada sekali lagi saya akan melangkah ke pentas IB, tunggu pengumumannya nanti.&#160;


RAP: Adakah projek itu nanti akan mengekalkan pelawak yang sama?&#160;

HANS ISAAC: Ada yang dikekalkan, yang lain-lain itu saya masih memikirkannya. Bukan saya tidak yakin dengan pelawak lain, tetapi ramai yang hanya terikut-ikut menjadi pelawak dan akhirnya jenaka mereka tidak menjadi.&#160;

Baik Nabil atau pun Jozan (Johan dan Zizan), mereka dilahirkan menerusi program Raja Lawak terbitan Astro, tetapi bukan semua yang menjadi peserta program realiti itu boleh berlawak. Ada yang sekadar terikut-ikut dan bila habis program, entah ke mana mereka pergi. Samalah juga dengan pelajar Akademi Fantasia, beberapa orang saja yang berjaya dan yang lain tak nampak muka. Ada berkahwin dan ada yang mencari pekerjaan tetap semula. Bukan Raja Lawak dan Akademi Fantasia saja, mana-mana program realiti yang dianjurkan oleh stesen TV lain pun sama.&#160;


RAP: Desas-desus bertiup kencang kononnya hubungan baik anda dengan Ketua Pengarah IB memberi laluan mudah kepada anda untuk ke IB?&#160;

HANS ISAAC: Memang kami berkawan baik, tetapi kalau tiba soal kerja, dia serius. Sebagai kawan, saya kena faham waktu bekerja dan waktu santai. Kalau buat salah, saya tetap dimarahi dan setiap kali pementasan bukannya percuma.&#160;
Saya sewa beratus-ratus ribu ringgit kepada IB. Dalam soal kerja, saya dilayan sama seperti produksi lain.&#160;

Sebagai ketua, dia kena membuat keputusan secara profesional untuk kebaikan industri dan budaya. Mungkin saya dalam suasana yang berbeza dengan penerbit lain kerana apabila saya merancang untuk menjalankan sesuatu projek saya sudah ada duit sendiri tanpa perlu menunggu duit penaja atau pun dana kerajaan.&#160;

Setiap projek, saya rancang selama tiga tahun dan pastikan duit ada dulu barulah saya menjalankannya. Kebanyakan produksi bila projek dah nak jalan, baru nak cari duit. Sebab itu saya tiada masalah untuk membuat pementasan di IB walaupun masa diberikan pendek kerana saya sudah ada duit.&#160;


RAP: IB memperjuangkan budaya dan relevankah Lawak Ke Der? masuk ke ‘istana’?&#160;

HANS ISAAC: Lawak juga adalah sebahagian daripada budaya kita. Sejak zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, dia buat filem komedi. Sudah berpuluh-puluh tahun lawak jenaka ‘hidup’ dalam budaya kita. Saya mahu tengok pelbagai budaya dan tradisi dipentaskan di IB.&#160;


RAP: Berikutan sambutan hebat, adakah Lawak Ke Der? bersambung lagi?&#160;

HANS ISAAC: Cukuplah enam hari saja kerana akan umumkan projek baru.&#160;


RAP: Cerita peribadi, ada kejutankah?&#160;

HANS ISAAC: Tak ada apa-apa yang ‘mengejutkan’. Saya gembira dengan apa yang ada sekarang. Sudah terlalu banyak fokus pasal peribadi, saya mahukan menghentikannya dan beri tumpuan pada kerja.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02

&#160;&#160; &#160; &#160; &#160; &#160; &#160;&#160;




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 08:28 AM | Show all posts
hi..1st time join..
kat thread AH jenuh merempit..
skang nk rempit cni lak..
hope leh di terima..huhuhuhuhuhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 09:31 AM | Show all posts
npe sunyi jer mansion nie skang..
mane sume org..
dulu meriah giler..
savilara..roseweedy..cloud..gnola..tashu..wah..motif ingt sume name nie..hehehe
skang nie suram jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2012 09:39 AM | Show all posts
Uolsssssssssssssssss....

Sempat menyelit japs time tgh keja, hehe

Nanti dah free kang iols ceriter2 ngan tepek gambar2 JOZAN semalam kat sini kay..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 09:48 AM | Show all posts
muning lara..
meh la kite meriahkan semula mansion nie..
suram jer..
u g IB ek smlm..??
i g last saturday..
best kan..??
jozan ttp legenddd..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.181004 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list