juliez posted on 23-3-2014 12:34 PM
Selama i guna ipad, tak pernah sekali pun iklan buat kemunculan
Ada jah pip up iklan petak itu yg kena pangkah keluar..akak pun pakai ipad gak...sebelum ini galak jah keluar...akher2 ini jah tidak keluar...kadang2 keluar pop up survey
tapibukanaku posted on 23-3-2014 12:32 PM
MH370: 'Harapan semakin tinggi' untuk rungkai misteri, kata PM Australia
SDYNEY: Perdana Menteri ...
dah ada ke kapal laut yg sampai ke koordinat yg dinyatakan tu? semlm tgk buletin utama, kapal TLDM baru beransur dr indon lepas isi bekalan minyak bagai.... brp hari lagi nak sampai tu agaknya?
Perth: Pesawat P3 Orion yang mempunyai kelengkapan pemerhatian elektro optik sudah digerakkan ke lokasi penemuan palet kayu itu dan melaporkan ia adalah rumpai laut, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya.
“Objek berkenaan akan disiasat lebih lanjut untuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan MH370,” katanya.
Orion menjatuhkan boya penanda untuk mengesan pergerakan objek itu dan kapal saudagar dalam kawasan carian 36,000 persegi kilometer ditugaskan untuk membuat susulan mengenai penemuan itu. - AFP
Akak baca kat mana tah semalam....kata keluarga mangsa yg dari sarawak itu...isteri dia...kalau kes rampasan pesawat memang dia letak harapan tinggi yg suaminya selamat..tetapi andaikata terhempas di lautan hindi....dia sudah anggap suaminya mati....memang peluang sgt tipis untuk hidup....
C.K posted on 23-3-2014 04:36 AM
Kiranya kena hilangkan hak bersuara rakyat laa pulok Adoii mashalah betul lahh
kekdahnya klu sokong kna puji je...
kalau x sokong.. bangkang je keje
backward thinking. give credit only when credit is due, if not let all hells break loose so that this incident will not repeat itself. kalau bangkang pon tgkla area dibangkang. wajar ke?
C.K posted on 23-3-2014 12:22 PM
Mengarut sgt pemahaman kamu....jika pesawat tersebut menuju ke arah koridor barat yg ketika itu ma ...
Kak,
pembetulan. Tidak menuju kearah barat sebab di situ masih gelap. Menuju kearah timur sebab disitu sudah fajar, matahari sudah terbit.(kan matahari terbit dr timur).
Kata kapten nik huzlan, kemungkina pilot nak landing dlm terang, senang nampak sebab tu dia menuju kearah timur.
KUALA LUMPUR: Serpihan-serpihan kecil termasuk sekeping palet kayu dikesan oleh sebuah pesawat yang terbabit dalam pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Xinhua.
Laporan itu memetik Perdana Menteri Australia Tony Abbott sebagai berkata bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengaitkan serpihan tersebut dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.
"Semalam, satu daripada pesawat awam kami yang terbabit dalam pencarian itu mengesan beberapa objek di satu kawasan kecil dalam zon pencarian Australia.
"Akan tetapi sebelum kita boleh berbicara secara khusus tentang objek itu, kita perlu mengambilnya dahulu. Masih terlalu awal untuk benar-benar pasti," katanya kepada pemberita di Papua New Guinea pagi Ahad.
Laporan Xinhua menerusi laman sesawangnya http://news.xinhuanet.com/english itu turut memetik Abbot sebagai berkata empat lagi pesawat iaitu masing-masing dua dari China dan Jepun akan menyertai pencarian di kawasan berkenaan.
Mengenai imej yang dicerap oleh satelit China, beliau berkata cerapan itu membayangkan objek tersebut sangat besar.
Katanya harapan bahawa pihak berkuasa mungkin dapat menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut semakin meningkat. - Bernama