ip_lepat posted on 11-6-2014 11:26 PM
aku pun tk tau kat mana tapi tu je keja dia.
blh buat klu rajin, tau cara bancuhnya mcmana
ada guna gula melaka rupanya.. untuk yang jenis camni la..
Bahan-bahan (2 gelas)
3 ucang teh
3 keping gula melaka
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ais
Cara-cara
Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat :-)