|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LET'S GO ON ADVENTURES
[Copy link]
|
|
satu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
betul sangat
apa2 mestilah orang akan slahkan family dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA |
|
|
|
|
|
|
|
iolss ingat iman tak dapat diwarisi je |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada drama, Harith dan Dr Jezamine pentingkan perasan anak-anak
Harith bakal membuat persembahan di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas pada 25 Januari depan, jam 8 malam. - NSTP/Aziah Azmee
KUALA LUMPUR: Sering dirujuk contoh terbaik selebriti yang bercerai tanpa berlaku 'drama' sama ada dalam media sosial mahupun mahkamah, pelawak Harith Iskander mementingkan perasaan anak-anak. Mengakui konflik dilalui sama seperti pasangan lain, namun Harith berkata, dia dan bekas isteri sepakat untuk menyelesaikan segala kekusutan dan kemarahan tercetus sebelum memutuskan berpisah. "Apa yang berlaku pada rumah tangga kami tidak berlaku dalam satu malam sahaja. Konflik sudah melanda sejak empat, lima tahun lalu. "Segala ketenangan dilihat ketika kami berada di mahkamah adalah hasil daripada badai yang melanda perkahwinan sepanjang tempoh berkenaan.
"Perselisihan faham tetap berlaku, cuma ia tidaklah sampai menjadi tumpuan media. Kami pastikan, kalau ada pertelingkahan, ia hanyalah setakat itu sahaja dan tidak berlarutan. "Lagipun, saya ada anak-anak yang semakin membesar. Kalau mereka tak baca pun, pasti kawan-kawan mereka akan tunjukkan berita itu," katanya kepada BH Online.
Ditanya kehidupan dilalui selepas bergelar duda, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Jangan Ketawa itu mengakui, semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. "Jujurnya, saya gembira kerana semuanya berjalan lancar. Saya masih berkawan baik dengan bekas isteri. Kami membesarkan anak bersama dan masih rakan kongsi dalam perniagaan. "Bagi saya, apa yang penting adalah anak-anak tidak perlu untuk memilih sama ada emak atau bapa kerana kami berdua sentiasa ada untuk mereka," ujar Harith ditemui pada sidang media DFP Punchline: Harith Iskander di sini, kelmarin. Program DFP Punchline: Harith Iskander itu bakal menyaksikan Raja Komediri itu membuat persembahan di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada 25 Januari depan, jam 8 malam. Pada 25 Julai lalu, Harith Iskander, 58, dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim, 41, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, dekat sini, atas alasan tiada persefahaman. Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14; Alessandra Jayne, 11; dan Zydane Zayne, 9.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1332661/tiada-drama-harith-dan-dr-jezamine-pentingkan-perasan-anak-anak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan biar lama-lama, tinggalkan hubungan toksik - Zahnita
Zahnita mengharapkan wanita lain yang berhadapan perkara sama diberikan kekuatan untuk melangkah keluar daripada hubungan toksik.
KUALA LUMPUR: "Saya akan mengambil masa untuk pulih, tapi insya-Allah akan kembali dengan lebih kuat," kata pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson, 39. Bagaimanapun, Zahnita memohon maaf kerana keadaan dirinya yang agak emosional, tapi dalam masa sama bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada orang ramai. "Saya sangat emosional sekarang sebab agak sukar berhadapan dengan semua ini.
"Saya juga terusik melihat sokongan orang ramai. Saya sangat bersyukur, terima kasih," katanya tidak dapat menahan sebak. Semalam, pelakon filem Kuliah Cinta ini tekad memfailkan cerai dan hak penjagaan anak di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.
Ibu kepada empat orang anak itu juga mengharapkan wanita lain yang berhadapan perkara sama diberikan kekuatan untuk melangkah keluar daripada hubungan toksik. "Anda kena bersedia dan perlu tinggalkan dia, jangan biar lama-lama sebab dia tidak akan berubah. Walau buat macam mana pun, anda tidak boleh berbincang dengan orang toksik ini. "Anda harus fikirkan mengenai diri sendiri dan bersedia berjalan pada masa sukar. Jangan takut bersuara dan jangan risau kerana orang di sekeliling sisi akan menyokong," katanya. Terdahulu, media melaporkan hantaran dimuat naik pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam dalam Instagram (IG). "Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulisnya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1332735/jangan-biar-lama-lama-tinggalkan-hubungan-toksik-zahnita
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SENIMAN sedia bantu Zahnita
SENIMAN sediakan perkhidmatan kaunseling bagi membantu artis yang berdepan dengan masalah peribadi termasuklah Zahnita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sedia membantu golongan artis yang berdepan masalah kesihatan mental, trauma dan seumpamanya. Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi membantu artis yang berdepan dengan masalah peribadi termasuklah bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson, yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. "SENIMAN menyediakan khidmat kaunseling dan mempunyai kaunselor yang boleh membantu golongan artis yang berdepan trauma dan masalah kesihatan mental. "Ia adalah salah satu usaha SENIMAN dalam membantu mereka kembali pulih," katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, Zed berkata, kejadian menimpa Zahnita adalah masalah peribadi kerana ia berkaitan dengan isu rumah tangga. "Dari pandangan saya, ini lebih kepada soal peribadi dan tidak membabitkan industri seni. Namun, Zahnita adalah selebriti. "Jadi, SENIMAN hanya boleh beri pandangan secara umum. Apa yang berlaku terhadap Zahnita sememangnya tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana wanita bergelar isteri. "Suami perlu jadi pelindung kepada keluarga terutama isteri dan anak-anak. Tanggungjawab suami adalah melindungi keluarga, bukannya melakukan keganasan. "Isu ini sama seperti buli. Jadi, ini juga satu pengajaran kepada kita. Walaupun isu peribadi, tapi ini adalah masalah serius yang perlu dijadikan iktibar," katanya. Tambah Zed, SENIMAN tidak boleh mengambil tindakan selanjutnya memandangkan suami Zahnita bukan penggiat industri seni. "Kami tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, SENIMAN adalah badan bukan kerajaan (NGO). Kalau suami Zahnita seorang artis, mungkin kami boleh bertindak atau mencadangkan tindakan tertentu yang bersesuaian. "Tapi, suaminya bukanlah penggiat seni, jadi tindakan seterusnya di bawah kuasa pihak polis," katanya. Terdahulu, media melaporkan hantaran dimuat naik pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam dalam Instagram. Tidak memperincikan apa yang berlaku, Zahnita atau nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian. "Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulisnya. Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati keputusan itu menyebabkan suami mangsa marah dan bertindak ke atas Zahnita. Berikutan itu, laporan polis dibuat mangsa pada 27 November lalu dan suaminya ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin.
Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan perintah reman tiga hari yang berakhir esok terhadap suami Zahnita.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1332566/seniman-sedia-bantu-zahnita
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Didie tak dendam, namun kecewa sikap Enot
Meskipun hati terluka, namun Didie mengakui ada ketika terbit rasa rindu pada Enot yang sudah lama tidak ditemui. - NSTP/Ahmad Ukasyah
KUALA LUMPUR: Bukan merajuk atau masih menyimpan dendam susulan konflik yang pernah berlaku antara mereka, tahun lalu.
Sebaliknya, pelakon dan pelawak popular, Didie Alias mengakui keengganannya mengulas apa sahaja isu peribadi membabitkannya dan pelakon Enot kerana sudah lama menutup buku dan memadam nama rakannya itu daripada hidupnya.
"Selepas apa yang berlaku, saya hanya mahu teruskan kehidupan. Saya anggap dia sudah tiada. Saya sudah padam namanya dalam memori hidup.
"Memang Enot pernah menjadi kesayangan. Saya sudah menganggapnya seperti darah daging sendiri dan tatang bagaikan minyak yang penuh.
"Dia juga anggap saya seperti ibu, kakak dan sahabat yang boleh menjaganya. Namun, apa yang berlaku membuatkan saya kecewa. "Jika Enot mahukan kehidupan baharu, teruskanlah. Itu pilihannya. Lagipun dia bukan budak lagi. Sepatutnya pada usia sekarang, dia sudah hidup bahagia dengan anak. "Saya sudah cuba yang terbaik dalam persahabatan, namun gagal. Saya minta maaf," katanya kepada BH Online. Didie mengulas mengenai nama Enot kembali tular di aplikasi TikTok gara-gara didakwa menjalinkan hubungan sejenis. Perkongsian dibuat seorang individu mencuri perhatian netizen apabila dia secara terbuka meluahkan perasaan sayang terhadap Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah. Meskipun hatinya terluka, namun pelakon drama rantaian Takdir Yang Tertulis itu mengakui, ada ketika terbit juga rasa rindu pada sahabat yang sudah lama tidak ditemui itu. "Saya bukan seorang yang sibuk nak ambil tahu kisah hidupnya. Tapi bila sesekali kisahnya melintas dalam media sosial, saya terbaca juga. "Kami pernah susah senang bersama. Tipulah kalau kata saya tak rindu terutama kepada anaknya yang bijak dan saya mahu mereka jadi seperti anak-anak saya. "Saya harap Enot dapat pikul tanggungjawab jaga anak dan cucu dengan baik. Sama seperti yang saya lakukan pada anak-anak saya. "Saya sudah ada sasaran sendiri untuk dicapai tahun hadapan. Alhamdulillah, saya sudah dapat apa yang saya mahukan, tahun ini. "Semangat saya tinggi, dia tak boleh nak ikut saya," ujarnya ditemui pada majlis pelancaran Didie Alias X SB Perfume Diva Collection di ibu negara, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Didie turut berkongsi keterujaan apabila turut dipilih sebagai duta yang disifatkan agak janggal untuk wanita berusia separuh abad sepertinya. "Biasanya kalau duta minyak wangi, kebanyakannya akan pilih artis muda. Orang tua seperti saya lazimya jadi duta minyak urut (ketawa). "Apapun, saya bersyukur dengan kepercayaan diberikan. Asalnya, saya hanya jadi pengacara untuk majlis anjuran syarikat ini. "Selepas melihat sambutan memberangsangkan setiap kali saya membuat kemunculan, saya cakaplah kepada mereka supaya pilih saya jadi jurucakap produk. "Tak sangka mereka berminat dan bukan sahaja jadi duta, malah mereka turut bekerjasama untuk keluarkan haruman koleksi saya," cerita Didie. Apa yang membanggakan Didie, tidak sampai dua jam koleksi dilancarkan, sebanyak 30,000 botol sudah habis terjual.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1332462/didie-tak-dendam-namun-kecewa-sikap-enot
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ofcoz
nasib baik ada link
dekat rumah lama
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|