Janganlah marah, saya tiada niat tenggelamkan Liza - KD

[size=14.399999618530273px]KD berharap perasaan amarah warga netizen terhadapnya berhubung insiden duet dengan Liza dalam GV11 tidak berlarutan. - NSTP/Nabila Adlina Azhari
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti atau KD terpinga-pinga dituduh membayangi persembahan Liza Aziz ketika pentas akhir Gegar Vaganza Musim Ke-11 (GV11), baru-baru ini. Selepas diberikan pencerahan, Kris berkata, tidak timbul isu menenggelamkan Liza ketika membawakan lagu Cinta seperti diperdebatkan warga netizen. Sebaliknya, penyanyi Mencintaimu itu menjelaskan, dia hanya mengikut aturan asal lagu ciptaan Melly Goeslaw itu. "Saya hanya menyanyi mengikut bahagian asal saya, manakala Liza ambil bahagian Melly. Mungkin lirik bahagian saya kedengaran lebih banyak menyebabkan ramai penonton tak puas hati," katanya ditemui pada sidang media Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti di sebuah hotel, di sini, semalam. Konsert yang bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 Jun depan menyaksikan penyanyi jelita itu membawakan hampir 30 lagu yang berkisar mengenai cinta dan kehidupan sepanjang lebih tiga dekad dalam industri seni. Mengulas mengenai vokalnya yang didakwa dilontarkan secara berlebihan, Kris berkata, perkara itu berlaku disebabkan wujud salah faham dari aspek teknikal. "Sebenarnya, ada cerita unik. Saya meminta pengarah muzik, Datuk Ramli MS turunkan satu key, tetapi beliau menaikkan nada disebabkan kurang jelas. "Sebelum ini, saya memang minta key diturunkan setiap kali berduet bersama Melly. Cuma, pada malam itu saya terpaksa mengikut key yang sudah ditukar sehingga kedengaran vokal saya seolah-olah cuba menenggelamkan kemampuan vokal Liza.
"Saya selesa berduet dengan Liza. Bagi saya, Liza pun tidak menghadapi kesulitan menyanyikan lagu bernada tinggi," jelas lagi. Dengan penjelasan itu, Kris berharap perasaan amarah warga netizen terhadapnya berhubung insiden berkenaan tidak berlarutan. "Janganlah marah saya… perkara ini berlaku disebabkan salah faham. Saya tiada niat apapun," ungkapnya. Terdahulu, Kris didakwa cuba menonjolkan diri berbanding memberi ruang kepada Liza sebagai finalis pada malam kemuncak GV11, baru-baru ini.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362747/janganlah-marah-saya-tiada-niat-tenggelamkan-liza-kd
|