CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: HEALING ARTS

 Close [Copy link]
Post time 12-11-2024 09:40 AM | Show all posts
McDonald’s once made bubblegum-flavored broccoli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 09:40 AM | Show all posts
Finland has more saunas than cars.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:40 AM | Show all posts
The longest time someone has spent holding their breath underwater is 24 minutes and 37 seconds.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:42 AM | Show all posts
Marsha sah beraksi pada konsert ganding penyanyi Sabah





[size=14.399999618530273px]Marsha menganggap peluang beraksi pada konsert gabung artis Sabah, akhir bulan ini, sebagai suatu rezeki. - NSTP/Aizuddin Saad

[size=14.399999618530273px]


KUALA LUMPUR: Marsha Milan bersetuju menjayakan Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku pada 30 November ini.
Marsha memberitahu dia sudah bertemu penganjur konsert, iaitu Orange International Entertainment dan mengesahkan penyertaannya.
"Alhamdulillah, beberapa hari lalu saya sempat berjumpa penganjur dan sudah dapatkan gambaran dan maklumat berhubung konsert.
"Sebelum ini, saya tidak berani beri kenyataan kerana sebagai individu yang sangat teliti, saya perlu tahu maklumat acara atau konsert secara terperinci barulah yakin untuk jayakan persembahan," katanya dipetik daripada temuramah dalam program Melodi terbitan TV3 yang disiarkan, semalam.

Marsha berkata, sebagai penyanyi berasal dari Sabah dan sudah berkecimpung dalam dunia muzik hampir 20 tahun, dia cukup berbangga terbabit dalam konsert itu.
"Saya tidak kisah berkongsi platform yang ada dengan orang kampung saya

"Sebagai seorang yang pernah melalui kepayahan bina nama dalam industri seni dan berbekalkan semangat anak jati Sabah, saya terima tawaran ini dengan tangan terbuka.
"Semua penyanyi yang bakal terbabit dalam konsert itu mencari rezeki. Jadi, selagi rezeki itu halal, saya akan jayakan dengan sempurna dan penuh integriti.
"Apa yang penting adalah kejayaan konsert itu nanti," katanya.
Tambah Marsha lagi, berikutan konsert berkenaan bakal berlangsung kurang sebulan dari sekarang, dia perlu mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya.
"Setelah berjumpa penganjur, barulah saya tahu apa tugasan saya. Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi konsert itu," katanya.
Sebelum ini, Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur di sini, terpalit kontroversi apabila netizen mempersoalkan kewajaran foto salah seorang artis, Bella Astillah lebih menonjol pada poster promosi selain isu penarikan diri, Stacy Anam.



https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/11/1322504/marsha-sah-beraksi-pada-konsert-ganding-penyanyi-sabah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:42 AM | Show all posts
duhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:42 AM | Show all posts
marsha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 09:46 AM | Show all posts
'Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja'


[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]TIGA individu termasuk ibu kepada mangsa dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 dan 12, Jalan Duta. - Foto NSTP/Aswadi Alias

[size=14.399999618530273px]


KUALA LUMPUR: "Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja."
Demikian rayuan seorang ibu yang dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki kandungnya, Februari lalu.
Wanita berusia 20 tahun turut diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan sebaik selesai menjalani hukuman bermula hari ini.
Selain itu, Hakim Norina Zainal Abidin mengarahkan ibu muda itu dikenakan bon jaminan berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan RM10,000 tanpa cagaran.
Malah, mahkamah sama juga turut mengarahkan dua lagi rakan ibu mangsa iaitu Adibah Mohd Zaini, 35, dan Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, dijatuhi hukuman sama selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka bersama-sama melakukan penganiayaan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan di mana perbuatan itu mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Danau Desa, di sini pada jam 1.40 tengah hari hingga 1.45 tengah hari, 23 Februari lalu.
Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, sebelum Norina menjatuhkan hukuman, ketiga-ketiga tertuduh merayu supaya hanya hukuman denda kerana masing-masing sudah insaf dan mengakui kesalahan dilakukan.
Ibu mangsa dalam rayuannya meminta hukuman ringan atas alasan sudah menyesal dengan perbuatannya kerana terpaksa meletakkan anaknya dalam sangkar untuk bekerja.
Hakim: Kamu letak (sangkar) di mana?
Ibu mangsa: Di belakang dapur rumah Adibah.
Hakim: Kenapa (letak dalam sangkar)?
Ibu: Tiada siapa nak jaga, saya perlu pergi kerja.
Hakim: Kamu kerja dari jam berapa ke berapa?
Ibu: 3 petang sampai 10 malam.
Hakim: Apa hubungan kamu dengan mangsa?
Ibu: Anak kandung saya.
Hakim: Kenapa letak anak kamu dalam sangkar, tapi tidak bagi mak kamu jaga di Pulau Pinang? Kamu tiada jawapan?
Ibu: Tiada.
Hakim: Apa rancangan kamu terhadap anak selepas ini?
Ibu: Saya akan tinggal di Pulau Pinang selepas ini, ibu akan jaga jika saya bekerja.
Adibah dalam rayuannya turut memohon hanya hukuman denda dikenakan kerana mempunyai dua anak yang masih kecil.
"Saya mohon kurangkan hukuman hanya denda, tiada siapa yang menjaga mereka di rumah, suami saya bekerja.
"Saya tidak mahu masuk penjara dan menyesal dengan perbuatan ini, ini kali pertama dan terakhir saya melakukan kesalahan ini," katanya.
Nor Azlin Fatin juga dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana perlu menanggung adik beradik 10 orang dan ada antara mereka masih kecil.
"Saya mengaku bersalah kerana bersubahat," katanya yang mengesahkan tinggal di rumah sama dengan Adibah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan mencadangkan hukuman pemenjaraan dikenakan ke atas ketiga-tiga mereka kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menganiaya kanak-kanak berusia tidak sampai tiga tahun.
Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan pegawai penyiasat, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama menyebabkan penganiayaan terhadap mangsa dengan menendang dan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Adibah menendang kanak-kanak itu beberapa kali sambil dirakam Nor Azlin Fatin manakala ibu mangsa turut berada di tempat kejadian dan membenarkan kejadian itu.
Rakaman video menunjukkan Adibah menendang mangsa beberapa kali di hadapan dua tertuduh lain di rumah berkenaan, hasil pemeriksaan awal perubatan menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kening, perut, belakang badan, tangan dan kaki.











https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/11/1322675/saya-terpaksa-letak-anak-dalam-sangkar-kerana-perlu-bekerja



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:46 AM | Show all posts
baru umur 20 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 09:46 AM | Show all posts
dera anak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:46 AM | Show all posts
tending pulak tu yang baru berumur tiga tahun
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:47 AM | Show all posts
kawan tukang rekod
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Copy Paste Public Health Malaysia

Anda duduk di sebuah restoran yang penuh sesak, menanti hidangan kegemaran anda. Setelah 15 minit menunggu, pelayan datang membawa makanan. Namun, anda perasan ada nasi yang sedikit hangus.

Dengan nada yang agak tinggi, anda berkata, “Kenapa nasi macam ni? Tak tahu masak ke?” Pelayan tersebut, kini hanya mampu mengangguk perlahan, mukanya berubah suram.

Pernah tak kita terfikir? Mereka ini adalah insan yang mungkin telah berdiri berjam-jam, melayan pelanggan tanpa rehat, menahan keletihan demi memastikan kita dapat menikmati hidangan kita dengan selesa.

Mungkin kesalahan kecil itu berlaku kerana terlalu banyak pesanan pada masa yang sama. Kita semua manusia, dan kesilapan kecil adalah lumrah.

Apa yang boleh kita buat?
1. Beri teguran dengan baik – “Boleh tak tukar nasi ni? Saya yakin awak boleh buat yang terbaik.”

2. Senyum dan ucap terima kasih – Ingat, senyuman kita mungkin jadi penawar kepada keletihan mereka.

3. Bersabar jika ada kelewatan – Anggap saja mereka sedang cuba yang terbaik dalam situasi yang penuh tekanan.

Kita tak rugi apa-apa kalau kita bersikap baik. Jadilah pelanggan yang dihormati, bukan yang ditakuti. Tak salah beradab, tak salah jadi insan yang memahami.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:47 AM | Show all posts
ayat bagi suami saya bekerja takde org jaga anak
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Copy Paste Public Health Malaysia

Lakukan aksi jelik
Berpakaian aneh
Video clip memualkan
☝????

Fenomena ini menunjukkan bagaimana strategi pemasaran yang “jelik” atau provokatif sering mencetuskan reaksi daripada netizen, yang akhirnya meningkatkan kesedaran terhadap produk tersebut.

Walaupun menerima kritikan, tindakan ini menarik lebih banyak perhatian, sehingga jumlah pengikut dan kesedaran terhadap produk meningkat. Akhirnya, walaupun terdapat kontroversi, jualan produk menunjukkan peningkatan.

Dalam kitaran ini, permintaan maaf sering dibuat setelah kontroversi reda, dan para netizen perlahan-lahan melupakan isu tersebut.

Kitaran ini mungkin berkesan dari segi pemasaran, tetapi ia berpotensi merosakkan imej jenama dalam jangka panjang dan memberi contoh negatif kepada pengguna lain.

Sebagai pengguna bijak, kita memegang kuasa untuk memilih, dan pilihan kita dapat memberi kesan kepada trend pasaran. Berhenti menberi perhatian kepada peniaga yang melakukan pemasaran jelik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:48 AM | Show all posts
tapi kawan duduk serumah sekali
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Copy Paster Public Health Malaysia

Anak akan belajar menghina ibu, bila mereka nampak si ayah menghina ibu.

Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.

Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu.

Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu.

Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.

Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.

Tolong.
Jaga tingkah laku kita dengan pasangan. Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.

Kredit : wawa shauqi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 09:49 AM | Show all posts
kalau baru umur 20 anak baru umur tiga tahun
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyooo
Hujan sangat lebat kat luar
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:49 AM | Show all posts
berapa umur dia kahwin?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak melawat my bonda actually pagi ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.249561 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list