Bulan madu pilu
SARAH risau kenang nasib anak dan menantu. Gambar kecil, pasangan Mohd Razahan dan Norli.
[size=0.9em]Kuala Lumpur: “Anak saya baru mengalami keguguran bulan lalu dan pemergian dia bersama suami ke Beijing, China pun kerana ingin berbulan madu selepas rancangannya untuk bercuti di Cameron Highlands dibatalkan.” [size=0.9em]Demikian kata Sarjan Hamid Ramlan, bapa kepada Norli Akmar Hamid, 33, yang terbabit dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China awal semalam.
[size=0.9em]Norli Akmar bersama suaminya, Mohd Razahan Zamani, 23, yang berkahwin pada Oktober 2012 menaiki pesawat terbabit untuk bercuti di Beijing selama empat hari.
Hamid berkata, anak dan menantunya tidak menunjukkan perubahan dan ceria untuk berbulan madu ke sana. “Saya pula tersesat ketika menghantar mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan itu kali terakhir berjumpa anak saya dan menantu,” katanya yang bertugas di Bahagian Tatatertib Bukit Aman.
#crd:HMetro
|