|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
Edited by mrs_salvatore at 6-12-2021 12:42 PM
Hilang Dalam Gua
Nenek aku pernah tinggal di sebuah kampung di Laos semasa era Secret War. Dia tinggal bersama-sama keluarga besarnya di kampung itu. Ada atuk nenek, ibu bapa, pakcik makcik dan sepupu-sepupu yang lain. Nak dijadikan cerita, salah seorang makcik nenek aku ni sempatlah berkenalan dengan seorang tentera Amerika. Demi makcik aku ni, askar Amerika tu pun belajarlah bahasa Hmong. Dia bolehlah cakap sikit-sikit bahasa Hmong ni, tapi tak lama berkenalan tu, tentera Amerika ni terus hilang. Sebab masa tu zaman perang kan, jadi ahli keluarga lain merasakan yang mungkin askar Amerika tu mati kene tembak kot tapi makcik nenek aku tu tak percaya yang kekasih dia dah mati, dia macam masih lagi menunggu dan berharap yang dia akan bersatu semula dengan askar Amerika tu...
Keadaan jadi makin teruk, bom-bom mula digugurkan. Keluarga nenekku terpaksa mencari pelindungan dengan menyorok di dalam gua-gua yang ada di situ. Pada suatu malam, semasa semua orang berhimpit-himpit tidur dalam gua tu, nenekku terdengar suara seseorang yang dia rasa macam kenal. Suara askar Amerika tu. "Sayang, abang. Datang ni". Askar Amerika tu dengan gagap-gagapnya mengulang ayat yang sama dalam bahasa Hmong. Nenek aku dah terjaga tapi dia tak berani nak bukak mata. Masa tulah dia terasa ada tangan seseorang sedang memegang bahu dia. Tapi yang seramnya, nenek aku rasa tu bukan tangan manusia sebab tangan tu berbulu. Macam tangan haiwan pun ye. Tangan tu perlahan-lahan bergerak dari bahu ke lengan ke siku dan terus ke tangan. Lagilah nenek aku taknak bukak mata.
Tak lama tu, tangan tu dah tak menyentuh dia. Sebaliknya nenek aku terdengar macam ada orang bangun berdiri. Nenek aku pun bukakla mata sikit, rupa-rupanya makcik dia yang bangun tu. Yang paling nenek aku tak boleh lupa, makcik dia tengah berhadapan dengan satu makhluk besar berwarna hitam! Tapi makcik dia macam tak takut, sebaliknya makcik dia dan makhluk tu macam berbisik-bisik. Nenek aku tak dapat nak tangkap apa yang diorang bualkan tu. Makhluk tu kemudian berjalan pergi dan makcik dia pun ikut sekali. Nenek aku masih terkaku tak berani nak bergerak pun. Lama-kelamaan nenek aku pun terlelap.
Esok paginya, makcik tu hilang. Bila nenek aku cerita kat atuk nenek dan ahli keluarga yang lain, diorang pun tak boleh nak buat apa. Yelah zaman perang kan macam mana nak pegi balai report orang hilang? Tapi diorang percaya yang mungkin yang datang malam tu adalah roh askar Amerika tu yang datang nak bawak makcik dia. Atau mungkin makhluk lain yang menyamar jadi askar Amerika tu sampai makcik tu sanggup ikut .... Yang pasti sejak tu makcik tu dah tak pernah ditemui lagi.
Aku ada buat sedikit kajian jugak pasal makhluk yang boleh tiru suara manusia ni. Setakat google dan tanya orang sana-sini la. Ada yang kata tu mungkin Crocotta, makhluk serupa anjing yang boleh tiru suara manusia untuk perangkap mangsa tu dan seterusnya makan dia tapi makhluk ni banyak kat India dan benua Afrika. Kat Korea pun ada makhluk macam ni tapi harimau la namanya Jangsan Tiger. Rupa-rupanya makhluk ni merata-rata pun ada...
|
|
|
|
|
|
|
|
naise ...new story.. |
|
|
|
|
|
|
|
best best cerita... jangan lupa nanti sambung lagi tau TT... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 10-12-2021 10:22 AM
10 Topi Safari
Ada satu peristiwa misteri yang terjadi pada aku yang sampai skrang takde penjelasannya.
Kejadian ni berlaku semasa aku berusia 11 tahun. Setiap kali cuti musim panas, ayah pasti akan bawak aku melancong, jadi pada tahun itu, ayah bawak aku pegi melawat pakcik dan sepupu-sepupu aku di Corpus Christi. Pakcik aku ni ada kaya orangnya, tokey minyak dan gas kat situ. Pakcik aku ni suka pegi laut jadi dengan kekayaan yang dia ada tu, pakcik aku beli beberapa bot memancing. Punyalah kaya pakcik aku ni, sampai dia mampu nak beli sebuah rumah di sebuah pulau kecil yang terletak 3 jam dari villa dia. Jadi ayah aku dan pakcik aku tu rancang nak bawak aku ke pulau tu untuk lepak-lepak.
Pakcik aku istimewa sikit orangnya, dia seorang yang percaya kepada benda tahyul terutamanya nasib malang. Pakcik aku cerita, kat rumah dia tu ada hiasan 10 biji topi safari yang tergantung di dinding rumah dia. Topi-topi tu kepunyaan pemilik lama, pakcik aku pesan pada aku, jangan sesekali sentuh topi-topi tu kalau aku taknak ditimpa nasib malang. Pakcik aku pernah tersentuh sekali tu je, tapi pakcik aku mendakwa sampai sekarang kalau dia nak datang pulau tu je mesti ada benda buruk berlaku. Pakcik aku turut percaya yang topi-topi tu mungkin ada penunggunya...
Pada hari yang dinantikan tu, kami bertiga pun pegilah ke pulau itu menaiki motobot kecil pakcikku. Perjalanan menaiki bot tu elok je tapi bila kami dah makin hampir, pulau tu dah berada dalam ruang penglihatan kami, tiba-tiba enjin motobot pakcik aku buat hal lah pulak. Terus mati begitu sahaja. Puas pakcik dan ayah aku cuba nak hidupkan enjin tapi tak berjaya. Nasib baiklah jugak dalam motobot tu dah ada pendayung jadi berdayunglah kami menuju ke pulau tu. Masa ni pun pakcik aku dah menyumpah-nyumpah, 'ni mesti sebab topi safari tu!'. Aku nak tergelak pun ade sebab macam kelakar pulak nak salahkan topi sebab tu bot ni mati.
Pulau tu kecik je pun sebenarnya, dan di atas pulau tu ada 4 kabin lain yang merupakan kepunyaan orang lain. Kami tak nampak pun bot lain kat pulau tu jadi kami beranggapan cuma kami bertiga je yang ada kat situ. Melangkah masuk je ke kabin pakcik tu, barulah aku nampak 10 topi safari yang pakcik aku cerita tu. Ianya disusun agar nampak menarik, tapi belum-belum pakcik aku dah menegah sekeras-kerasnya jangan sesekali usik topi-topi tu. Walaupun aku budak kecil tapi aku bukan budak nakal. Sumpah memang aku tak pegang pun walaupun rasa macam tak masuk akal je dakwaan pakcik aku tu.
Malam tu, kami bertiga lepak-lepak di tepi unggun api di luar kabin tu. Masa tulah kami terdengar macam ada satu bunyi bergema. Bunyi tu tak sepatutnya ada sebab kawasan tu kan kawasan tepi laut, tapi gemanya macam datang dari gaung. Tapi pakcik dan ayah aku beranggapan, mungkin itu hanya bunyi ikan paus je, dan kami pun teruskan dengan sesi lepak kami.
Tak lama lepas tu, kami bertiga dikejutkan dengan satu cahaya yang disuluh ke arah kami pada jarak sepanjang satu padang bola dari tengah laut tu. Masa nilah baru pakcik dan ayah aku rasa gementar sikit. Sebab cahaya tu sangat terang, kalau nak kata ada orang atas kapal suluh kami mesti kami dah nampak kapal tu. Kami disuluh oleh cahaya itu pada satu jangka masa yang agak lama la jugak. Ayah dan pakcik aku dah rasa tak selesa jadi kami pun masuk tidur awal malam tu.
Kabin tu takde elektrik pun, tapi ada satu bilik dengan 5 katil bertingkat. Sebab tak boleh pasang kipas, maka semua pintu dan tingkap kat kabin tu kami bukak untuk kasi udara masuk. Aku tak pastilah samada ayah dan pakcik aku sedar, tapi tengah malam tu aku terdengar macam ada orang masuk dalam kabin tu. Jalan-jalan masuk dalam bilik kami tu (kami tidur dalam bilik yang ada katil bertingkat tu), lepas tu masuk ke ruang tamu dan terus cepat-cepat berjalan keluar dari rumah tu. Aku ingatkan aku mimpi je masa tu.
Esok paginya, kami bertiga tengah bersarapan di ruang tamu apabila kami bertiga perasan yang ada 3 biji topi safari tu tiada pada tempatnya. Pucat lesi muka pakcik aku. Pakcik aku desak kami untuk mencari topi-topi tu. Dah tak jumpa kat kabin pakcik aku tu, kami pun pegilah cari di 4 kabin lain tu. Tapi memang sah kabin-kabin tu memang takde orang pun. Memang kami bertiga je kat pulau tu habis tu sape pulak yang ambil topi tu?
Pakcik aku masih kelam-kabut. "Kita kena keluar dari pulau ni hari ni jugak". Malangnya motobot pakcik aku tak dapat nak dihidupkan. Pakcik aku sanggup menghubungi kawan memancing dia menggunakan telefon satelit, suruh kawan dia tu amek kami kat pulau tu. Hari tu jugak kami balik ke daratan, motobot pakcik aku tu terpaksa ditunda balik ke sana jugak...
Bagi aku, satu-satunya penjelasan logik untuk cerita ni adalah mungkin ayah aku yang sorokkan topi-topi tu sebab saja nak prank pakcik aku tu. Tapi bapak aku tak ngaku, bapak aku cakap kalau betul dia prank pakcik aku mesti hujung-hujung tu bapak aku akan berterus-terang dia saja bergurau je. Buat apa dia nak ikut balik tinggalkan pulau tu begitu sahaja. Ada betul jugak cakap bapak aku tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah miss thread tt ni : Tq |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Paling Berhantu di Scotland
Cerita ni bukan pengalaman aku, tapi pengalaman mak aku semasa dia masih budak kecil dan ianya terjadi dalam hujung 1970an ke awal 80an macam tu la.
Masa itu, mak aku sekeluarga (kakak, ayah dan mak) pergi melancong ke Scotland berdekatan Isle of Skye. Mereka sekeluarga melancong menaiki kereta. Satu hari tu diorang meronda-ronda di jalan utama apabila mereka terjumpa satu pekan kecil ni. Mak aku tak ingat apa nama pekan tu, tapi yang mak aku paling ingat, bangunan-bangunan dalam pekan tu cuma setingkat je pastu rekabentuknya pun sedondon, bangunan warna putih dengan bumbung jerami. Dalam pekan tu pun tak nampak ada kereta, semua penduduk dalam bandar tu berpakaian tradisional macam fesyen orang dulu-dulu. Mak aku cakap, bila dia dah masuk sekolah tinggi belajar sejarah, baru dia perasan yang suasana pekan tu macam tahun 1700an.
Semasa kereta memasuki pekan tu, jalan yang tadinya bertar kini bertukar jadi jalan tanah yang berbatu-batu. Kereta tu masuk je, orang-orang pekan tu jadi pelik macam tak pernah nampak kereta, diorang pun ramai-ramai berkumpul mengerumuni kereta mak aku tu. Mak aku nampak, orang-orang pekan tu ramai yang pegang bermacam-macam perkakasan pertanian seperti serampang dan batang besi. Atuk aku pun memandu dengan perlahan-lahan je sebab ramai pulak orang yang tiba-tiba menghampiri kereta tu. Yang lagi pelik tu, ada jugak kedengaran suara orang menjerit-jerit macam kagum bercampur pelik dengan kemunculan diorang ni. Siap sebut oh Tuhan oh Tuhan. Mak aku dan makcik aku pulak sangkakan yang mungkin dalam pekan tu ada pesta perarakan jadi diorang pun cuma lambai-lambai je penduduk pekan tu. Bila tengok kekecohan macam tu, atuk pun takdelah nak berhenti kat situ tapi nasib baiklah jugak penduduk pekan tu tak kejar diorang.
Diorang pun teruskan pemanduan sampailah akhirnya diorang jumpa satu tempat yang agak cantik, tapi yang penting takde orang pelik tadi. Atuk aku pun keluarlah sekejap sambil meneropong pemandangan dengan menggunakan binokular. Mak dan makcik aku pun keluar jugak tapi diorang cuma main-main di tepi kereta je, manakala nenek aku lepak dalam kereta. Suasana tenang dengan cuaca yang baik apabila tiba-tiba nenek aku menjerit, "Masuk dalam kereta cepat! Masuk! Masuk sekarang!". Apa lagi, memang macam lipas kudung la atuk, mak dan makcik aku masuk dalam kereta tu. Nenek suruh atuk cepat-cepat tinggalkan tempat tu.
Atuk pun tanyalah nenek aku, awat hang dok jerit cam orang gila? Nenek aku pun ceritalah, nenek aku nampak di cermin kereta, ada seorang lelaki berambut perang pakai kot panjang berwarna ungu tapi muka takdelah macam orang jahat pun, tengah dok perati kereta tu. Tapi yang seramnya, lelaki tu takde kaki. Dia macam melayang-layang beberapa inci di atas tanah. Bila nenek aku perasan tu yang dia cepat-cepat panggil kami tu. Mak aku bila dengar cerita nenek tu, dia pun pandang belakang. Tu dia, lelaki yang nenek aku cakap tu tengah mengekori kereta diorang. "Ibu, tu ke lelaki yang ibu cakap tu?" Atuk aku pun jeling cermin pandang belakang. Atuk aku pun apa lagi tekan minyaklah.
Kereta zaman dulu kan pakai gear manual, jadi memang lambat sikitlah nak pecut pun. Tapi pada kelajuan 30 batu sejam, lelaki tu masih mampu mengejar lagi. Mak aku cakap, dia dan makcik aku tak takut pulak dengan lelaki tu, sebab lelaki tu muka macam manusia biasa je. Muka lelaki tu macam sugul je. Tapi, tak lama lepas tu, dalam 2 minit camtulah, lelaki tu pun lenyap begitu sahaja.
Akhirnya diorang pun jumpa balik jalan utama dan baliklah ke hotel penginapan diorang. Atuk dan nenek pun ceritalah pada orang tempatan tentang peristiwa yang diorang alami tu. Tapi takde sape pun nak percaya cerita diorang tu. Sehinggalah baru-baru ni, mak aku belek-belek gambar percutian tu, baru dia teringat balik peristiwa pelik tu. Berdasarkan cerita mak, aku rasa jalan yang mak lalu tu jalan A75 berdekatan Kirkcudbright. Dan lelaki berkot ungu tu mungkin jelmaan Bonnie Prince Charlie. Bonnie Prince Charlie sorang putera Britain yang asyikla kalah perang rebut takhta dan akhirnya dia lari ke Scotland menyorok menyamar sekejap jadi orang biasa.
Jalan A75 ni terkenal dengan keangkeran dia. Kalau korang nak merasa bertuah cubalah lalu jalan ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs_salvatore at 10-12-2021 12:01 PM
Siapa Di Hujung Talian Tu?
Kejadian ni terjadi pada aku pada awal tahun 2000. Masa tu aku bekerja di pusat tahanan remaja di sebuah bandar kecil di Oklahoma sebagai pegawai koreksional di situ. Aku bekerja ikut shift, minggu tu aku shift malam, jadi pukul 9 malam aku pun masuk kerjalah macam biasa. Tapi, bos aku macam pelik pulak tengok aku datang keje. "Bro, ko buat apa kat sini?", tanya bosku. "Kerjalah bos. Minggu ni kan saya shift malam". Bos aku bertambah pelik, "Eh bukan ke ko telefon tadi ko cakap malam ni ko tak dapat datang sebab ko sakit?". Aku keliru dengan kata-kata bosku tu. "Eh takdelah. Mana ada saya telefon bos. Orang lain kot tu". Rupa-rupanya bos aku sampai dah panggil orang lain datang gantikan shift aku tu. Pengganti tu pun dah datang dan dia pun terkejut aku datang malam tu. Tapi takpelah, aku pun masuk kerja macam biasa dan aku pun teruslah ke stesen bertugas aku iaitu di bilik kawalan.
Bilik kawalan ni terletak di tengah-tengah pusat tahanan tu, dan dalam bilik tu ada kawalan terus terhadap kamera, pintu automatik, telefon dan apa-apa yang berkaitan la. Aku pun semaklah rekod log-in mesej masuk melalui komputer di bilik kawalan tu, memang ada tercatat kat situ yang aku ada hubungi bos aku pukul 6.50 petang. Dalam mesej tu, aku cakap aku malam ni tak boleh masuk sebab aku jatuh sakit lepas bersihkan kesan ribut tadi. Memang betul malam sebelum tu tempat kediaman aku dilanda ribut, tapi takdelah teruk sangat ributnya sampai aku nak bersihkan ribut tu. Ah dari kat sini aku dah rasa pelik dah.
Penyelia aku pun bertugas dengan aku sekali di bilik kawalan malam tu. Penyelia aku ni pun kawan aku jugak, jadi aku pun ceritalah pasal mesej pelik tu. Penyelia aku kasi idea, apa kata aku tanya isteri aku, mana tau isteri aku yang tinggalkan mesej tu. Aku pun telefon rumah, masuk dering no 2 je dah ada orang angkat. "Hello?". Eh, suara lelaki yang angkat. Blur sekejap aku tak tau nak balas apa. Siapa pulak lelaki dewasa yang angkat telefon rumah aku ni? "Hello?", lelaki tu bertanya lagi. Aku rasa macam aku cam suara ni tapi sapa ya?
Aku pun jawabla, "Hello, awak ni siapa ye?"
"Saya Taylor, awak ni siapa?". Ha???!!! Lagi keliru aku jadinya. Sebab nama aku pun Taylor jugak. "Mana Ann? Panggil Ann sekarang!", Ann ni isteri akulah. Tapi dengan selamba lelaki tu menjawab, "Ann dah masuk bilik tidur dah. Awak ni sape?". Gagang telefon terlepas dari pegangan aku, aku cakap kat penyelia aku nak kena balik sekarang, ada kecemasan. Aku terus meluru ke pintu tapi aku sempat nampak penyelia aku bercakap dengan lelaki di talian tu. "Hello?" pastu dia terus letak gagang telefon sambil menjerit kecil, what the fish???!!!!
Aku pun balik ke rumah bawak kereta macam orang gila. Tak ketuk pintu tak kasi salam aku terus terjah je masuk rumah. Bini aku Ann tengah tengok tv masa tu. "Mana jantan tu? Mana dia?". Terkejutlah Ann bila aku tuduh dia macam tu. Ann cakap dia sorang diri je kat rumah sepanjang masa ni. Mana ada orang lain pun. Bila aku dah bertenang dan memang betullah takde orang lain dalam rumah aku selain Ann, aku pun cubalah nak telefon pejabat aku balik. Rupa-rupanya tanpa disedari telefon rumah aku rupanya dah mati, mungkin sebab ribut malam tadi.
Aku pun baliklah ke pejabat, masuk ke bilik kawalan penyelia aku dah tunggu dah. Masuk-masuk je dia terus tanya aku, "macam mana ko buat prank ni ye?". Eh prank ape pulak ni? Penyelia aku pun cakap, masa dia angkat telefon tadi, suara kat hujung talian tu sebijik macam suara aku. Dia pun terus letak telefon. Penyelia aku nampak dengan mata kepala dia sendiri yang aku dah masuk kereta dan keluar dari kawasan pusat tahanan tu. Tak lama tu, telefon bilik kawalan berbunyi, bila penyelia aku angkat, yang telefon tu adalah aku. 'Aku' tanya kenapa pejabat hubungi dia, kan dia dah cakap malam ni dia tak boleh nak masuk sebab dia sakit. Dia takde mood nak main-main sebab dia tak sihat ni. Penyelia aku pun tak tau nak cakap apa jadi dia pun kata ok dan tamatkan panggilan begitu sahaja. Aku bersumpah memang bukan aku yang telefon sebab telefon rumah aku pun dah mati. Tapi penyelia aku cakap suara tu memang betul suara aku.
Esoknya, kami dapat tau yang sebenarnya ribut tu dah menjatuhkan beberapa tiang telefon, jadi tanpa disedari, bukan telefon rumah aku je, mana-mana telefon yang masih pakai talian landlines ni hari sebelumnya memang tak berfungsi. Termasuklah telefon pejabat aku. Tapi, malam tadi......
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuh hantu ni boleh bikin gaduh laki bini
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 10-12-2021 11:57 AM
Siapa Di Hujung Talian Tu?
Kejadian ni terjadi pada aku pada awal tahun 2000. Masa tu aku bekerja d ...
Alamak..betul2 seram ni sampai boleh dengar suara sendiri
.
TT teruskan dgn citer2 seram yg lain ye |
|
|
|
|
|
|
|
Malam Burung Hantu
Semasa aku di sekolah menengah, aku ada buat kerja sambilan jadi abang fasi untuk satu kem pengakap sekolah rendah. Aku jadi abang fasi tu dalam 2 kali la jugak, kem ni diadakan semasa cuti musim panas dan para pesertanya terdiri dari budak sekolah rendah. Pengakap-pengakap yang berjaya menghabiskan kem ini akan meraih lencana 'Wilderness Survival' sebagai tanda mereka berjaya menghadapi cabaran tinggal di dalam hutan.
Masa aku mula-mula masuk kerja sini, ada seorang staf senior aku ni cerita yang kem-kem sebelum ni agak istimewa sikit, sebab ada malam burung hantu. Budak-budak pengakap tu akan dibawa masuk ke dalam hutan, kira-kira 12batu dari kem aku nilah dan malam tu mereka akan tidur di sebuah tempat yang digelar Shelby's Dream. Mengikut legendanya, tempat tu merupakan tempat tentera-tentera Selatan semasa Perang Saudara Amerika terkorban. Pasukan tentera tersebut digantung beramai-ramai di pokok-pokok tu termasuklah dengan kapten mereka sekali. Shelby ni adalah anak kepada kapten pasukan Selatan tu, dialah yang jumpa mayat ayah dan tentera-tentera ayah dia bergantungan kat situ. Tak dapat dipastikan samada betul ke tak cerita tu, adakah sekadar mitos sahaja, tapi malam burung hantu tu kiranya malam untuk menguji keberanian budak-budak tu lah.
Tiap-tiap tahun, mesti ada je insiden yang berlaku. Budak-budak bangun terjerit tengah malam, ada yang kata dikejar hantu, ada yang nampak mayat tergantung atas pokok. Eh macam-macamlah. Tapi fasi-fasi semua anggap itu semua cuma mainan imaginasi budak-budak yang dari awal lagi dah dimomokkan dengan kisah tempat tu. Sehinggalah.....kali ni orang dewasa pulak yang kena kacau. Tapi gangguan tu agak ganas, sebab tahun lepas ada fasi yang bangun tidur je tengok badan dan calar-balar macam dicakar orang. Masa nilah pihak kem memutuskan nak hentikan terus malam burung hantu.
"Ah tipulah kau ni. Saja nak takutkan kitorang kot". Masa ni kan aku masih lagi seorang remaja lelaki yang poyo. Tapi staf senior tu cuma menaikkan bahunya, 'nak percaya ke tak percaya ke sukati koranglah'. Malam tu, aku dan rakan setugasku yang sebaya denganku merancang nak pegi ke Shelby's Dream tu, nak tengok dengan mata kepala sendiri betul ke tempat tu memang angker tu. Kami berdua merentas hutan dalam gelap-gelap malam tu, bila dah dalam beberapa batu kami berjalan je, kami terdengar suara, jeritan dan tangisan yang bergema dalam hutan tu. Kami buat dek je, kami beranggapan ah tu cuma bunyi binatang dalam hutan je, memang ada binatang dalam hutan ni suaranya seakan manusia, tambah pulak dalam gelap, sapa-sapa yang tak biasa dengar memang akan rasa seram.
Kami kena melintasi satu jambatan nak ke Shelby's Dream tu. Bila kami sampai ke seberang, hutan di situ jadi senyap-sunyi. Bunyi cengkerik pun takde. Masa ni memang aku dah rasa tak sedap hati, bulu romaku mula menegak tiba-tiba. Aku pandang kawan aku, aku boleh nampak riak ketakutan di muka dia. Tanpa berkata apa, kami pun berundur dan berjalan balik ke kem kami tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa Yang Nyanyi Tu?
Semasa aku berumur 6 ke 7 tahun macam tulah, kami sekeluarga tinggal di rumah kecil 2 bilik. Aku dan abangku (11-12 tahun) serta adik perempuan (5-6 tahun) berkongsi 1 bilik yang sama. Bilik ni kecil sikit dari bilik utama tu. Untuk beberapa bulan tu, setiap malam ibu akan masuk ke bilik kami lepas kami tidur, kami boleh rasa ibu betulkan selimut kami, tepuk-tepuk dan belai kami sambil menyanyi. Yang aku ingat, ibu selalu menyanyikan lagu kanak-kanak dari rancangan Sesame Street tu, macam lagu lagu Rubber Ducky dari Erni dan lagu Cookie Monster. Tapi ibu paling kerap mendendangkan lagu You Are My Sunshine kepada kami.
Tapi tak lama lepas tu kami pun berpindah ke rumah lain, dan lepas tu ibu tak pernah dah masuk bilik kami untuk dodoi kami lagi dah. Bagi aku, itulah memori paling manis semasa membesar tu. Satu hari, masa ni aku dah masuk sekolah menengah, aku tanyalah ibu, ibu kenapa bila dah masuk rumah baru ni ibu dah tak dodoi kami macam kat rumah lama? Wajah ibu terus berubah. "Sebenarnya, ibu ada benda nak cerita kat kamu".
Ibu pun kembalilah ke zaman kami kat rumah lama tu. Suatu pagi, adik perempuan aku ucap terima kasih kat ibu sebab ibu dodoikan dia, dan kalau boleh malam ni ibu nyanyi lagu You Are My Sunshine tu ye? Ibu aku dah pelik dah, ibu aku pun tanyalah abang aku, abang aku pun ceritalah, macam mana ibu tiap-tiap malam dodoikan diorang. Tapi sebenarnya, ibu aku langsung TAK PERNAH dodoikan kami bertiga ye. Tambahan pula ibu aku selalu keje shift malam, jadi mustahillah ibu tiap-tiap malam dodoikan kami. Walaubagaimanapun, sebab masing-masing kecil lagi, ibu aku pun iyakan jelah sebab taknak takutkan anak-anak.
Senyap-senyap jugak, ibu berbincang dengan ayah tiri aku pasal kejadian ni, ayah tiri aku pun cakap ibu tiap-tiap malam tidur berdengkur sekatil dengan dia. Sebab tulah kami semua berpindah. Entah siapalah yang masuk bilik kami malam-malam tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
yayyy ada cerita baruuu. thank you TT |
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 17-12-2021 04:25 PM
Sapa Yang Nyanyi Tu?
Semasa aku berumur 6 ke 7 tahun macam tulah, kami sekeluarga tinggal di rumah ...
pmpuan ada hantu raya tak? sllu sinonim dgn llki |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak seram jugak cerita TT kali ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Jadi Budak Penghantar Pizza
Sepanjang sekolah menengah sampai aku nak masuk kolej, selama 8 tahunlah jugak aku bekerja sambilan sebagai seorang penghantar pizza jenama Domino's di tempat aku di Texas ni. Walaupun sekadar pekerja sambilan tapi aku memang seronok dengan kerja ni. Sebab kerja ni mudah dan aku pun suka je merayau-rayau sekitar Texas naik kereta Honda buruk aku sambil dengar muzik.
Sehinggalah, pada satu hari ni, restoran aku terima tempahan melalui apps untuk hantar pizza ke satu tempat di pinggir bandar, tapi waktu tempahan tu dihantar pun dah hampir tengah malam. Tapi aku pun tak kisah sangat jadi aku pun hantar jelah pizza tu. Pelanggan ada tinggalkan satu lokasi di apps kami, jadi aku pun ikut jelah panduan yang diberikan oleh GPS di telefon bimbitku. Mula-mula tu aku sampai ke pinggir bandar, eh rupanya apps suruh masuk lagi lalu tepi padang, pastu jalan lagi ke depan sampai masuk jalan kampung yang tak berturap. Sebenarnya nilah kali pertama masuk ke kawasan ni sepanjang 8 tahun aku kerja hantar pizza ni, dan mulanya aku ada rasa sedikit tak sedap hati, tapi aku teruskan jugak memandu kot-kot manalah tau kan aku jumpa kotak surat ke pagar ke tanda ada rumah di kawasan ni, tapi takde pun. Yang ada masa tu cuma pagar kawat duri di kiri dan kanan jalan tu, di sebelah pagar tu aku rasa macam ladang gandum yang luas tak bertepi. Akhirnya, aku sampai ke lokasi yang dipin, tapi takde pun rumah kat situ. Takde pintu pagar, tak nampak rumah tak nampak apa pun kecuali pagar kawat duri tu. Aku berkira nak balik ke restoran je, tapi polisi restoran aku seboleh-bolehnya mesti nak hantar jugak pizza ni sebab pembayaran dah ditolak melalui apps tu, jadi lecehla kalau nak pulangkan balik duit tu.
Jadi aku pun tunggulah 2-3 minit kat situ mana tau kan nanti muncullah pelanggan yang pesan pizza ni. Dah tak nampak orang aku pun mundar-mandir di sekitar tempat tu, kot-kotla aku terlepas pintu pagar ke. Dekat-dekat 10 minit la jugak aku kat situ, aku pun tekad ah balik jelah. Tunggu lama-lama pun rasa seram je. Masa nilah aku ternampak ada seorang lelaki tegak berdiri kira-kira 15 kaki dari jalan tu. Ha ada pun orang. Aku pun lambai-lambailah kat orang tu. Dalam fikiran aku, ni mesti pelanggan yang pesan pizza ni. Tapi yang peliknya lelaki tu tegak berdiri macam patung kat situ.
Masa tu musim panas, memang Texas ni panas nak mati walaupun dah waktu malam. Tapi lelaki tu memakai kot panjang sampai kaki dengan topi besbol. Tengah-tengah malam pun pakai topi. Aku tak nampak muka dia sebab dah tengah malam kan. Aku pun perlahan-lahan mendekati lelaki itu, aku turunkan sikit cermin kereta, dari dalam kereta aku tanya dia, "abang ke yang pesan pizza ni?". Tapi dia senyap diam membisu je, macam patung.
Apsal pelik sangat lelaki ni? Aku pun naikkan balik cermin kereta. Dalam apps tu ada nombor telefon pelanggan, aku pun daillah nombor tu pakai telefon bimbit aku. Dari ekor mata aku, dalam 20 kaki dari tempat lelaki tu berdiri, aku nampak di celah-celah rumput tu ada cahaya berkelip-kelip. Bila aku amati, cahaya tu rupanya cahaya dari sebuah telefon bimbit. Ianya bercahaya seiring dengan bunyi nada dering di telinga aku ni. Masa ni memang meremang dah bulu roma aku. Aku pun undurkan kereta dan terus memecut keluar dari situ. Aku sempat menjeling cermin, lelaki itu masih tegak berdiri tapi badannya menghadap ke arah aku. Balik tu aku tipu bos aku cakap orang takde.
2-3 hari kemudian, nombor yang aku dail tu telefon aku balik. Aku sengaja taknak angkat, aku biarkan ia masuk ke peti pesanan suara. Bila aku dengar semula, si pemanggil tu senyap je sampai 2 minit. Cepat-cepat aku block nombor tu. Sampai sekarang aku masih teringat-ingat lagi peristiwa tu....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam jeepers creepers je..pakai kot gitu..seram huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Xde update ke TT? |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Empangan
Aku ada satu peristiwa pelik yang terjadi semasa aku di Australia. Pada malam tu aku bersama-sama 3 orang rakanku, termasuk aku 2 lelaki 2 perempuan sedang melepak-lepak di satu kawasan empangan kecil di kawasan yang agak tersorok di Australia tu. Masa tu yang memandu kereta adalah aku manakala kawan lelaki aku duduk depan, yang perempuan lagi 2 orang tu duduk belakang. Penting untuk aku nyatakan di sini, aku sorang je orang kulit putih dalam kumpulan tu, manakala kawan-kawan lain tu orang Asli Australia (Aborigines). Diorang bertiga minum-minum bir sambil sembang-sembang tapi aku tak sentuh langsung alkohol malam tu sebab aku kena memandu kan.
Kami berhentikan kereta di tepi empangan, borak-borak kosong je. Aku tengah bercakap-cakap dengan kawan lelaki kat sebelah aku tu, pada masa yang sama budak perempuan kat tempat duduk belakang tu pun tengah bersembang jugak. Cuma, budak-budak perempuan tu suara bersembang diorang makin lama makin kuat. Sampai aku pun terpaksa meninggikan suara supaya kawan lelaki aku boleh dengar. Kawan lelaki aku diam je jadi aku pun tolehlah tengok dia, aku nampak ekspresi muka kawan lelaki aku tu macam pelik. Aku pun tanyalah kenapa buat muka macam tu?
"Bro ko kenapa jerit-jerit kat aku ni?", eh dia pulak tanya aku. Aku pun cakaplah, 'tu gegirls pun dok nyembang jugak, aku ingatkan ko tak dengar aku cakap apa'. Muka kawan aku terus bertukar pucat, "bro mana ada budak-budak perempuan tu bersembang. Diorang senyap je dari tadi tau". Uish biar betik, habis yang aku dengar tu apa?
Yang lagi menakutkan, aku masih lagi dengar suara perempuan bersembang 2 orang, tapi bila aku pandang belakang, budak-budak perempuan tu tak bukak mulut pun. Sama macam kawan lelaki aku tadi, jelas nampak di muka budak-budak perempuan tu perasaan ketakutan bercampur keliru. Kami berempat kunci mulut masing-masing, tapi bunyi soksek tu begitu jelas di telinga aku. Yang aku perasan jugak, 'perempuan-perempuan' tu bukan bersembang dalam bahasa Inggeris, tapi dalam bahasa asing yang aku sendiri pun tak penah dengar. Tak lama tu, kawan lelaki aku tu memberanikan diri membuka mulut, 'bro, ko dengar tak apa yang kita dengar ni??" "Dengar la wei". "Dah tu cepatla pegi dari sini!! Ko nak tunggu apa lagi?"
Aah ye tak ye jugak kan, aku pun teruslah pusing kunci kereta dan memecut keluar dari situ. Jalan nak ke tempat tu cuma jalan dalam yang muat-muat je untuk satu kereta, pastu ada banyak simpang-simpang. Aku pun tak biasa dengan jalan tu tapi kawan lelaki aku tu yang perkenalkan tempat tu jadi dialah yang jadi penunjuk arah aku. Aku bawak kereta agak laju jugak untuk keadaan jalan macam tu, 60km/j dan aku memang tawakkal ikut je panduan dari kawan lelaki aku tu. Kereta aku bergesel dengan ranting kayu dan daun-daun semak pun aku tak kisah, yang penting kitorang dapat keluar dari situ. Yang seramnya, kami masih dengar suara perempuan bersembang tapi semakin kami mendekati jalan utama suara-suara itu makin lama makin perlahan dan akhirnya hilang begitu sahaja apabila tayar mencecah jalan tar.
Kami semua punyalah kelam-kabut sampai tak perasan masing-masing tak pakai tali pinggang keledar. Kami pun berhentilah sekejap, amek nafas tenangkan diri sambil pasang tali pinggang, masa tulah aku tanya kawan aku tu, "amende yang kita dengar tadi? Mana ada orang lain dalam kereta ni selain kita". Barulah kawan lelaki aku tu cerita. Sebenarnya tempat yang kitorang pergi tu kalau ikut kepercayaan Aborigines, adalah tempat suci untuk kaum diorang. Dulu-dulu tempat tu adalah lokasi wanita-wanita berkumpul sementara menunggu lelaki-lelaki mereka menjalankan upacara rahsia di seberang sungai. Orang tua kawan-kawan aku selalu pesan yang kat tempat tu masih ada roh-roh kaum wanita tu bergentayangan, tapi kawan lelaki aku tu tak percaya dia cuma anggap tu cerita tahyul je. Tak sangka pulak malam tu diorang terkena.
Kawan lelaki aku pun mohon maaf kat aku, sebab sepatutnya dia tak boleh bawak kitorang ke situ. Yelah tempat suci kan. Kawan lelaki aku tu paham sikit-sikit apa yang 'perempuan-perempuan' tu sembangkan, sebenarnya 'perempuan' tu macam kasi arahan kat dia, suruh bawak aku keluar dari tempat ni cepat-cepat kalau taknak ada apa-apa yang buruk terjadi pada aku. Aku tak pasti apa perkara yang buruk tu. Tapi sejak tu kawan aku tak pernah dah bawak aku ke tempat tu lagi...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kereta Ford Biru
Pada satu tengahari di bulan Februari 2014, aku dan sepupuku sedang memandu ke arah timur di lebuhraya I-40, di Albuquerque Timur, New Mexico. Kami sebenarnya naik trak je dan kami sedang menunda sebiji kereta yang penuh dengan beg-beg pakaian, jadi kami tak bolehlah nak memandu laju sangat sebab kami bawak muatan berat. Jadi kelajuan kami cuma 1/5 je dari had laju lebuhraya tu, kalau naik bukit lagilah perlahan trak kami tu macam siput. Tapi kami tak kisah sangat sebab lebuhraya tu sebenarnya sangat tenang sebab ianya berada di tengah-tengah kawasan gurun New Mexico, dan jalan tu pun tak ramai orang lalu. Boleh dikatakan, cuma kami je satu-satunya kenderaan yang ada kat situ.
Sebab tu aku perasan bila trak kami dipotong oleh sebuah kereta Ford Shelby GT-500 yang berwarna biru. Kelajuannya kira-kira 20 batu sejam lebih laju dari trak aku ni. Aku sempat meluahkan rasa kagum aku pada sepupu aku yang tengah memandu sebab kereta jenis tu memang susah nak jumpa masa tu. Bukan calang-calang orang boleh memiliki kereta tu jadi aku rasa teruja dapat tengok kereta tu depan mata kepala aku sendiri.
40 minit kemudian, kereta Shelby GT-500 biru tu memotong kami lagi. Jalan ni adalah sebatang jalan yang lurus berbatu-batu dan takde persimpangan masuk kemana-mana ye. Aku pun heran jugak dari mana kereta ni datang kenapa tiba-tiba boleh muncul di belakang kami, tapi kami husnozon mungkin kereta tu berhenti sekejap kat mana-mana untuk pam minyak kot tadi.
Tapi, 40 minit lepas tu, kereta yang sama memotong kami! Aku pun dah tak tau nak husnozon apa lagi dah. Dan 40 minit lepas tu, kereta yang sama jugak akan muncul dan memotong trak kami. Aku sampaikan set pemasa di jam tangan aku, memang betul setiap 40 minit mesti kereta tu datang dari mana entah dan memotong kami.
Macam aku cakap, lebuhraya ni kat tengah-tengah gurun, jadi kami boleh nampak dengan jelas kalau ada simpang masuk ke, papan tanda ke, stesen minyak atau hentian tepi jalan. Jadi kalau kami jumpa simpang je, kami cuba intai-intai kot-kot la ada kelibat kereta tu. Berjam-jam lah jugak kami dipotong oleh kereta biru tu, sepanjang-panjang Texas sampai masuk Oklahoma dan akhirnya bila kami dah sampai ke destinasi kami iaitu bandar Oklahoma tu barulah kami tak nampak dah kereta biru tu. Bila fikir balik macam misteri jugak sebab sepanjang pemanduan tu aku tak pernah nampak kereta tu di hadapan kitorang, kereta tu je yang akan muncul dari arah belakang dan potong kami, tapi dia datang dari mana?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|