jojo67 posted on 9-3-2014 08:30 AM
huhu sedihkan.....baru nak tanya dr sumber mana......rupanya metro.....mesti depa nak tanya gak pe ...
#sekadar bacaan sementara nak tunggu update terkini kan..
Bekal untuk suami[size=0.9em]Banting: “Saya sempat masakkan sambal ikan bilis untuk abang sebagai bekal sepanjang dia di Beijing kerana dia akan bertugas di sana selama sebulan,” kata isteri kepada Muzi Yusop, 50, antara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. [size=0.9em]Haniza Bachik, 47, berkata, dia banyak menyediakan kelengkapan makanan kerana khuatir perihal makan minum suaminya kerana ini kali pertama Muzi ke luar negara. [size=0.9em]Difahamkan, Muzi yang bertugas sebagai pengurus pengeluaran di kilang Freescale Semiconductor di Petaling Jaya antara 29 kakitangan syarikat berkenaan yang dihantar berkursus di China selama sebulan.
“Saya takut abang susah mendapat makanan yang sesuai di sana kerana ini kali pertama dia keluar negara. [size=0.9em]
“Sebelum ini dia pernah bekerja luar, tetapi biasanya hanya di dalam negara,” katanya yang menitiskan air mata ketika melihat gambar Muzi di kediamannya di Kampung Jenjarom, dekat sini, semalam. #crd:Hmetro
|