CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 18-1-2022 04:46 PM
Spirit Of The Coin
Semasa aku masih di sekolah menengah, aku dihadiahkan sebuah permainan papan Ouij ...

teori i...roh tu dalam board dan jay yg bunuh dia...hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2022 04:53 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 20-1-2022 04:57 PM

Makhluk Berkepala Anjing
Ni bukan cerita aku, tapi cerita seorang kawan yang pernah bekerja di Afrika Selatan.  Kawan aku ni bekerja di ladang, tapi pada yang sama dia bertanggungjawab melindungi badak sumbu dari jadi mangsa pemburu haram.  Negeri dia bekerja tu dinamakan Orange Free State, kat sini kalau kawasan habitat haiwan liar ni dipanggil bushveld jadi tempat keje kawan aku tu pun sebahagian daripada bushveld tu.  

Masa kawan aku kongsi pengalaman paranormal ni, dia memang bercerita dengan serius dan bersungguh-sungguh, jadi aku tak rasa dia menipu.  Dia juga seorang yang jujur jadi aku yakin cerita ni bukan rekaan semata-mata.

Pada suatu malam, semasa dia dan ahli kumpulan lain tengah buat rondaan menaiki van, mereka berhenti sebentar di satu kawasan di bushveld tu, saja lepak sambil hisap rokok.  Masa tu tengah musim panas, malam-malam pun hangat.  Tapi ada sorang ahli kumpulan dia, yang juga seorang perempuan tu bertanya pada kawan aku, 'eh korang ada bawak baju sejuk tak? Tiba-tiba aku rasa sejuk gedi la pulak'.  Jadi kawan aku ni pun pegilah ke belakang van tempat geng lelaki tengah hisap rokok nak tanya sapa bawak baju sejuk, apabila dia ternampak ada satu susuk tubuh berbadan tinggi tengah merenung dia dari celah-celah semak.  Serentak itu jugak bulu roma dia berdiri, dia pulak dah rasa seram sejuk.

Menurut kawan aku, orang tu tinggi sangat mencecah 7 kaki. Tinggi lampai dengan badannya yang kurus tapi berotot.  Yang menarik perhatian kawan aku adalah mata orang tu, matanya terkena suluhan lampu belakang kereta, tapi orang tu relaks je mata tak pedih berkedip, sebaliknya anak matanya berkilau terkena cahaya lampu tu.  Yang paling menyeramkan kata kawan aku, orang tu berkepala haiwan! Bukan kepala manusia, tapi mirip-mirip kepala hyena atau kepala anjing liar Afrika.  Kawan aku cam haiwan-haiwan tu sebab telinga haiwan tu tegak bukan macam anjing biasa



Kawan aku punyalah berdebar-debar ternampak makhluk itu, sampai dia jadi sesak nafas dan tercungap-cungap kat situ. Kawan-kawan dia yang lain pun peliklah dah kenapa mamat ni tiba-tiba jadi macam tu, diorang pun dapatkan kawan aku ni dan masa tulah diorang pun ternampak makhluk berkepala anjing tu.  Masing-masing pun terdiam dan terkaku di situ, suasana jadi sunyi sepi.  Tiada siapa pun yang berani bergerak sebab masing-masing ketakutan ternampak makhluk tu.  Diorang semua ni memang biasa jumpa haiwan liar, tapi makhluk ni seolah-olah membawa sekali satu aura menggerunkan, diorang dapat rasakan makhluk ni sangat jahat dan berbahaya.

Makhluk tu bergerak, bila makhluk tu bukak langkah pertama je, semua yang ada kat situ kepanikan dan berlari masuk ke dalam van.  Semua orang menjerit,'ry, ry, ry!'. Maksudnya cepat blah dalam bahasa Afrikaans.  Nasib baiklah makhluk tu tak kejar diorang, tapi lama jugaklah diorang memandu tak berani berhenti mana-mana takut makhluk tu tunggu.

Itulah kali pertama dan terakhir kawan aku berhadapan dengan makhluk paranormal tu.  Kawan aku tertanya jugak amende tu agaknya, kalau ikut gambaran kawan aku tu, orang kata makhluk tu adalah Anubis.  Tapi yang pasti dia tak silap tengok sebab semua orang pun nampak makhluk tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, ade cerita lagi.. Sentiasa sabar tunggu TT up cerita baru.. Many thanks TT
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 06:01 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 12-12-2020 10:54 AM
Nampaknya aku dah kehabisan cerita dan pengalaman untuk dikongsi bersama kalian semua.  Tapi takpe,  ...

nampaknya lembaga hitam tu jin lah kot tu. Aku teringat cerita makcik aku pasal orang dulu2 suka bela hantu raya. Then dia cakaplah, kenapa orang suka bela, sebab diorang kata kalau dulu2 jalan jauh takda lampu suluh lagi..jadi benda tu boleh terangkan jalan. Lebih kurang cerita budak yang kena jumpa tu kan. Dia kata lembaga tu boleh terangkan hutan. Scary
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 05:38 PM | Show all posts
Bas Berhantu
Dulu zaman aku muda-muda dulu, aku pernah bekerja ikut satu agensi cuci-cuci ni sebagai tukang bersihkan bas-bas di sebuah stesen bas di tempat aku.  Masa tu gaji aku sikit je pun, tapi sebab kerja tu sangat mudah dan yang paling penting, kami kurang dipantau jadi masing-masing buatlah kerja sendiri je kat situ.  Bas-bas kat situ banyak yang rekabentuk terkini dan moden, tapi adalah jugak sebiji dua bas lama jenis 2 tingkat tu yang masih digunakan oleh syarikat bas tu.



Salah satu daripada bas lama tu dikatakan berhantu.  Aku dan kawan aku yang keje tukang cuci selalu je dengar bunyi tapak kaki orang berjalan di dek atas semasa kami berada di dek bawah.  Bila kami di dek atas pulak, pernah kami terdengar bunyi tapak kaki orang menaiki tangga, tapi bunyi tu terus hilang bila dah sampai ke anak tangga teratas.  Bila pandang belakang, eh takde orang pun. Bas lama ni kalau nak tukar papan tanda destinasi di cermin depan tu, kene pusing secara manual, dan tongkol pemusing tu berada di kawasan pemandu, kadang-kadang kami terdengar bunyi krik krik krik tongkol tu dipusingkan, dan papan tanda tu berputar. Tapi tulah bila jeling takde orang lain pun kat situ.  Lama-kelamaan, kami berdua pun dah lali dah. Takpelah asalkan ko jangan muncul depan kami sudahlah.

Pada suatu malam yang sepi pakmat jual topi, masa tu aku terpaksa duduk melutut nak kene sapu serpihan kaca pecah di lantai tu, masa tgh melutut tu aku terpandang sesuatu.  Di hadapan aku, aku ternampak ada sepasang kaki, tanda ada orang tengah duduk di kerusi penumpang bas tu.  Padahal dah malam mana ada orang dah, kalau ada orang naik mesti aku dah perasan.  Kaki tu macam kaki manusia la, bukan bayang-bayang atau angin.  Aku ingat lagi, kaki tu pakai seluar warna hijau, stokin hitam dan kasut kulit lelaki berwarna coklat.  Kemudian, aku nampak kaki tu bergerak ke belakang, macam orang tu tengah membongkokkan badannya.  Terkejut gila aku,  ah sudah.  Aku dah tau dah ni bukan manusia tapi apsal plak dia nak membongkok ni?????

Cepat-cepat aku tutup mata, aku sampai terbaring lagi di lantai bas tu.  Berpeluh-peluh badan aku, aku tak putus-putus berdoa janganlah benda tu kacau aku.  Setelah beberapa minit tu barulah aku berani membuka mata.  Benda tu dah tak ada.  Aku pun kemaskanlah apa yang patut dan terus berlari keluar dari bas tu.  Esoknya, semasa minum petang, aku sempat bersembang dengan kawan aku tu.  Aku ceritalah apa yang aku nampak tu.  Aku baru nak cerita aku nampak kaki, kawan aku terus mencelah, 'kaki tu pakai seluar hijau kan?'.  Rupa-rupanya dia pun pernah kena jugak.  Tapi samalah macam aku,dia cuma nampak kaki je sebab dia tak berani nak pandang atas .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2022 05:04 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 27-1-2022 05:18 PM

Doppelganger

Aku ada banyak jumpa makhluk mistik ni, tapi bagi aku paling mengerikan adalah pengalaman aku diganggu doppelganger yang sebijik macam suami aku.  Aku baru je berkahwin masa tu, sebelum tu kami duduk di Florida, tapi lepas kawen kami pindah pulak ke Texas atas tuntutan kerjaya suami aku ni.  Suami aku sorang je keje manakala aku pulak jadi surirumah sepenuh masa, tapi pada masa yang sama aku tengah buat kertas kajian tentang mahzab Kristian.

Suami aku bekerja ikut shift, jadi dia pegi keje pun seawal 3 ke 4 pagi.  Aku sebagai isteri yang baik aku sambung tidur jelah.  Sebenarnya semenjak kami pindah ke Texas ni, aku ada masalah selalu kene tindih semasa tidur, atau sleep paralysis.  Itu sahaja sudah menakutkan, bayangkanlah kau sedar dari tidur tapi kau tak dapat nak gerakkan badan kau. Macam orang lumpuh.  Semasa aku menderita sleep paralysis nilah aku dilawati oleh doppelganger tu.

Insiden pertama sangat pelik.  Rumah kami ni adalah rumah kecil 1 bilik tidur, tapi kami ubah kedudukan rumah kami jadi macam ni.  Bilik tidur tu dijadikan ruang kerja manakala ruang tamu tu kami ubah jadi bilik tidur.  Jadi katil kami sangat dekat dengan pintu masuk rumah tu, kalau masuk melalui pintu tu, boleh nampak hujung katil di sebelah kiri.  Pada pagi tu, aku dikejutkan dengan bunyi pintu rumahku dibuka.  Aku buka mata dan ternampaklah suami aku yang masuk rupanya.  Tapi kelakuan suami aku masa tu sangat meragukan, dia nampak macam tengah kecewa dan hampir nak marah-marah, lain sangat dengan perangai biasa laki aku sebelum ni. Aku tanya dengan lemah-lembut, yelah baru bangun tidur kan, abang buat apa balik rumah waktu pejabat macam ni, tapi suami aku tiba-tiba jadi naik angin.  Aku cuba nak membangunkan badan aku tapi aku terasa seolah-olah dadaku ditekan.  Aku hanya mampu membatu atas katil tu, aku tak nampak laki aku tengah buat apa, tapi aku dengar macam dia tengah mencari sesuatu.  Dah jumpa apa yang dia cari tu, dia terus keluar dari rumah kami siap kunci lagi pintu rumah.

Kepala aku jadi pening sangat dan akhirnya aku terlelap semula.  Bangun-bangun tu aku dah rasa macam terganggu dengan kejadian tadi.  Aku sedapkan hati, mungkin aku mimpi tadi tapi rasanya tadi macam real sangat.  Aku pun telefon suami aku, suami aku masa tu tengah berada di pejabat dia.  Syarikat suami aku ni syarikat swasta yang pegang kontrak kerja kerajaan.  Suami aku menafikan yang dia ada balik rumah pagi tadi, jadi aku anggap ye betullah aku mimpi je tadi.

Tapi... tu cuma kemunculan kali pertama je untuk doppelganger tu.  Boleh dikatakan makhluk tu akan muncul hampir setiap pagi, setiap kali ia muncul, aku dapat rasakan aura negatif yang sangat kuat dari dia.  Walaupun doppelganger tu sebijik macam muka suami aku, tapi aku tahu itu bukan suami aku.  Takut tu jangan cakaplah, lagi menakutkan bila doppelganger tu makin berani mencabuli aku.  Kadang-kadang ia akan merangkak naik ke katil bersama aku, pernah sekali tu aku dapat rasa nafas dia di muka aku.  Masa ni memang aku tak dapat nak menggerakkan badan aku, tapi deria aku yang lain masih berfungsi macam biasa.  Jadi yang mampu aku buat, bila ia makin hampir je, aku tutup mata jelah.  Tapi ia tak pernahlah sampai pegang-pegang aku.  



Dah lama tu, suami aku dapat shift baru.  Suami aku dah tak dapat shift awal pagi dah, sebaliknya dapat shift malam jadi laki aku akan balik rumah pada waktu pagi, waktu yang doppelganger tu selalu datang 'lawat' aku.  Sejak tu, doppelganger tu tak pernah dah muncul lagi.  Dan hidup aku pun kembali tenang macam biasa. Tapi ketenangan tu tak berkekalan, sebab kami berpindah ke apartment baru yang lebih selesa. Kami dah ada bilik tidur sendiri dan bilik-bilik lain, takde dah katil depan pintu masuk. Malangnya shift suami aku jadi makin bercelaru.  Kadang-kadang pagi-pagi dia dah kene pegi keje, macam sebelum nilah jugak.  Doppelganger tu skrang dah pandai, bila aku tengah tidur dan suami aku dah takde, aku boleh dengar ia membuka pintu rumah yang dah berkunci, dan bunyi tapak kaki dia merayau-rayau dalam apartment baru aku tu.

Kali terakhir doppelganger tu datang adalah 2 tahun lalu.  Macam biasa, aku dengar pintu utama dibuka, aku dalam bilik tidur masa tu. Aku tutup mata je, tapi kali ni perasaannye luar biasa seram sikit.  Aku dapat rasakan macam yang masuk tu bukan doppelganger sekor tu je, tapi ada entiti-entiti lain jugak.  Tegak habis bulu roma aku sebab naluri wanita aku mengatakan, yang entiti-entiti ni ada niat nak mengapa-apakan aku.  Menggeletar badan aku bila aku dengar pintu bilik tidur aku pulak dibuka.

Walaupun aku tak nampak apa, tapi aku dapat dengar macam ada pertelagahan di antara doppelganger dengan entiti-entiti lain tu.  Aku ingat lagi doppelganger tu kasi amaran keras pada yang lain jangan sesekali nak sentuh aku. Entiti-entiti yang lain pulak kata, sebab ia selalu sangat datang kat sini, jadi yang lain pun macam tertarik jugak nak tau pasal aku.  Maksudnya, secara tak langsung, doppelganger tu lah yang menyebabkan entiti lain tu pun datang jugak.  Akhirnya doppelganger tu bagi jaminan, dia takkan dah datang 'melawat' aku lepas ni kalau entiti-entiti tu pergi dari sini.  Berlaku sedikit pertikaman lidah, tapi akhirnya perjanjian pun tercapai dan kesemua entiti-entiti itu pun keluar dari rumah aku ikut pintu depan....

Lepas entiti-entiti tu dah takde, barulah aku dapat gerakkan badan aku.  Aku bangun je tengok pintu depan dan pintu bilik aku ternganga luas.  Maksudnya tadi tu bukan mimpi ngeri.  Lebih-lebih lagi pintu depan tu, tak pernah lagilah suami aku atau doppelganger tu tak tutup pintu dan kunci sekali.  Sejak tu doppelganger tu tak pernah muncul lagi.  Aku tak pernah cerita kat suami aku pasal ni sebab aku pun tak pasti adakah itu semua cuma imaginasi aku sebab sleep paralysis tu atau benda lain....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2022 12:44 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 27-1-2022 05:04 PM
Doppelganger

Aku ada banyak jumpa makhluk mistik ni, tapi bagi aku paling mengerikan adalah pengala ...

skeri meri tapi best cerita ni. thank you TT!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 02:23 PM | Show all posts
Doppleganger ni kalau alam melayu hantu raya la kot..suka menyamar jd kendian wat projek dgn isteri pembelanya.
Best cerita TT..kipidap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2022 04:14 PM | Show all posts
Benda Tu Ikut Balik

Salah seorang kawan baik aku pernah 'diekori' sesuatu sampai 5-6 tahunlah jugak.

Alkisahnya, kawan aku ni pernah menghabiskan masa setahun menjelajah Asia Tenggara secara backpacking dengan rakan sekolej dia.  Diorang merantau masuk Kemboja, Laos, Thailand, Vietnam dan negeri-negeri lain sekitar situ.  Tak silap kawan aku ni, semasa di Cambodia. diorang terjumpa satu tapak perkuburan di kawasan kampung.  Tapak perkuburan tu kosong je, memang susah orang nak perasan sebab takde batu nisan, tapi kubur-kubur situ adalah yang ditabur bunga, diletak barang-barang sembahan, ada pasu-pasu kecil.  Kawan aku dan geng-geng dia yang cuma 2 orang pun merayau-rayau la di sekitar situ sambil tangkap-tangkap gambar sebab yelah kat negara kami mana ada tempat macam ni.  



Selepas diorang balik dari tempat tu, kawan aku dan geng-geng dia mula mengalami gangguan pelik, kadang-kadang diorang akan ternampak seakan-akan bayang-bayang manusia dari ekor mata mereka, terdengar nyanyian yang sayup-sayup je bunyinya, dan yang paling menakutkan, kadang-kadang masa diorang hilang begitu sahaja.  Ada beberapa tempoh masa tu diorang tak ingat diorang buat apa, contohlah macam kalau jalan kaki dari point ke A ke point B baru setengah jam, tapi macam mana diorang boleh sampai berjam-jam kemudiannya padahal bukannya diorang melencong ke mana-mana pun.  Akhirnya mereka bertiga pun baliklah ke Amerika, tapi kawan aku mendakwa, entiti tu masih ikut diorang sampai ke negara asal kami ni.  Aku tak pernah jumpa geng melancong lagi 2 orang tu, tapi dengan kawan aku ni dengan aku pun terkena tempias gangguannya.

Pernah satu hari tu aku melepak dengan kawan aku tu di bilik dia, apabila muncul bau colok dibakar dalam rumah kawan aku tu, padahal dalam rumah tu mana ada colok.  Korang boleh rasakan macam angin bergerak masuk ke bilik membawa sekali bau colok tu.  Dalam bilik tu kami berdua je, tapi aku pun boleh dengar bunyi macam ramai orang berjalan tak pakai kasut dalam bilik tu. Bukan hentakan, tapi macam orang berjalan perlahan-lahan.  Kalau malam lagi seram, kitorang selalu je rasa macam ada orang berhampiran tapi bila toleh dah takde.  Selalu sangat dah jadi macam ni, sampaikan aku perasan yang orang tu berbadan kecil, tapi bukan budak-budak.  Perawakannya lebih kepada macam orang tua.

Sebab dah selalu sangat jadi macam tu, aku dah taknak dah pegi rumah dia.  Kawan aku pun sebenarnya asyikla seriau duduk rumah sendiri, jadi dia pulaklah yang tido kat rumah aku. Dah takde dah gangguan-gangguan tu lagi.  Tapi 2 hari selepas kawan aku tu balik rumah dia, kali ni benda tu duduk kat rumah akulah pulak.  Aku pulak terdengar suara nyanyian dalam bahasa asing, bunyinya sayup-sayup je macam datang dari rumah sebelah, tapi aku ni duduk rumah jenis sesebuah yang jauh dari jiran.  Aku turut terhidu bau bunga yang agak kuat dalam rumah aku tu, dan aku selalu rasa macam ada yang memerhatikan aku dalam rumah aku sendiri.

Benda ni bukan aku je alami, tapi kawan-kawan kitorang lain pun pasti mengalami benda macam ni lepas kawan aku tu menginap sekejap di rumah diorang.  Kawan aku ni pulak macam dah tak kisah apabila kawan-kawan kitorang ni bawak entah sapa-sapa kenalan diorang jumpa kawan aku tu untuk 'merasai' sendiri pengalaman tu.  Terutamanya orang yang skeptikal, kawan aku walaupun tak kenal sape tapi dia akan lepak seharian dengan orang tu, dan selepas 2-3hari orang tu bila balik rumah, diorang akan mengalami apa yang kami semua alami selepas bertemu kawan aku ni.  Tiada siapa pun antara kami yang boleh menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya, tapi yang pasti sesiapa saja yang jumpa kawan aku tu akan kena benda ni.

Akhirnya, kawan aku ni agaknya tak tahan dah, kawan aku pun carilah tokong di Amerika ni. Dia jumpa seorang sami, dan sami tu suruh dia buat pemujaan sikit di tokong tu. Sami tu cakap, kalau kat Asia tu memang orang takkan pergi tapak perkuburan yang ditinggalkan sebab tempat macam tu dianggap berpuaka oleh rakyat tempatan.  Tapak tu dah dipenuhi dengan hantu lapar yang kuburnya dah lama tak dilawati sanak saudara.  Mungkin ada beberapa roh tu terlepas dan ikut kawan aku ni balik.

Sekarang ni dah takde dah 'benda' tu mengekori kawan aku ni, tapi aku berani jamin lebih daripada 10 orang boleh bagi testimoni yang entiti tu memang wujud....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2022 02:06 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 11-2-2022 02:18 PM

Legenda Blues : Robert Johnson
Robert Johnson merupakan seorang penyanyi blues terkenal di kawasan selatan Amerika pada awal 1900an yang lalu.  Robert Johnson hanya sempat menghasilkan 29 buah lagu sahaja di sepanjang karier beliau, tapi itu sudah cukup untuk menjadikan beliau sebagai seorang lagenda.  Robert Johnson sangat hebat sehinggakan nama beliau disebut sebagai idola artis-artis terkenal lain seperti BB King, Bob Dylan, The Rolling Stones, Led Zeppelin, Eric Clapton, The Beatles dan ramai lagilah.  Tapi tak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadi Robert Johnson ni.  Setakat ni pun cuma ada 2 gambar sahaja yang disahkan milik Robert Johnson.  Sejarah tentang Robert Johnson ni banyak diturunkan dari mulut ke mulut sahaja, tak banyak rekod bertulis mengenai beliau.  Termasuklah satu kisah legenda tentang bagaimana dia memperolehi bakat bermain muzik yang menjadikan beliau terkenal sehingga sekarang....



Kehidupan awal Robert Johnson agak tragis.  Dilahirkan sebagai Robert Leroy Johnson di Hazlehurst, Mississippi pada May 1911, beliau sebenarnya adalah anak luar nikah ibunya, Julia Major Dodds dengan seorang pembantu ladang bernama Noah Johnson.  Suami ibunya sebelum itu terpaksa melarikan diri ke Memphis, Tennessee sebab dikejar mafia, tak lama selepas itu anak-anak mereka yang lain seramai 10 orang satu-persatu meninggalkan ibu mereka pindah ikut si ayah, tinggallah Julia seorang diri.  Semasa Robert berusia 7 tahun, ibunya berkahwin semula dan mereka sekeluarga berpindah ke Robinsonville, Mississipi.

Robert enggan nak ikut jejak langkah ibubapa dia sebagai penanam kapas, jadi dia pun berjinak-jinaklah dengan dunia muzik berbekalkan sebuah gitar.  Dia banyak menghabiskan masa melepak-lepak di kedai-kedai dan berhibur di parti di rumah-rumah orang sambil menyaksikan pelopor Blues waktu itu, Son House dan Willie Brown membuat persembahan. Makin membuak-buaklah cita-cita Robert nak jadi pemuzik Blues macam idola dia jugak.

Tetapi, semasa beliau berusia 17 tahun, beliau bertemu seorang gadis yang baru berusia 14 tahun, Virginia Travis, mereka jatuh cinta dan akhirnya berkahwin.  Punyalah cintanya Robert pada Virginia, apabila menyedari Virginia hamil dia sanggup berhenti bermain muzik dan bekerja di ladang sebagai mata pencarian mereka sekeluarga.  Semakin hampir dengan tarikh bersalin Virginia, mereka berdua pun memulakan perjalanan balik ke kampung Virginia di Penton, Mississipi sebab Virginia nak bersalin di sana.  Di pertengahan perjalanan, Robert sempat berhenti sekejap sebab nak buat persembahan jadi Virginia la yang sampai dulu ke Penton. Malangnya, zaman dulu kan takde telefon bimbit, setibanya Robert ke rumah keluarga Virginia, isteri dan bayi mereka yang baru lahir rupanya telah dikebumikan.  Mereka berdua meninggal akibat komplikasi semasa bersalin.  Keluarga Virginia ni sangat alim, bila nampak je Robert sampai dengan gitarnya, terus tuduh Robert ni bersengkokol dengan syaitan sebab dia seorang ahli muzik.

Robert yang pada masa itu baru berusia 19 tahun, akhirnya memutuskan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada muzik Blues.  Mungkin sebagai cara untuk dia melupakan anak isterinya. Dia sanggup bermain gitar dan menyanyi di mana-mana sahaja, termasuklah di tepi-tepi jalan, tapi Robert ni sebenarnya bukanlah seorang pemuzik yang handal pun.  Tahap dia biasa-biasa je tapi kegigihan dia untuk menyanyi tu yang menjadikan dia tidak berputus asa.  

Ada satu kisah tentang Robert yang diceritakan oleh Son House dalam sebuah dokumentari bertajuk Can't You Hear The Wind Howl pada 1997.  Ketika itu, Son House dan Willie Brown dijemput untuk membuat persembahan di Robinsonville.  Semasa mereka berehat sebentar dari membuat persembahan, Robert dengan gigihnya pun naik ke pentas dan mula bermain gitar.  Menurut kata House, persembahan Robert masa tu sangat teruk sampai dia kene boo dengan penonton.  Ada penonton yang suruh House halau Robert turun je dari pentas tu.  Robert tersangatlah malu pada masa itu sampaikan dia menghilangkan diri berbulan lamanya....

Tiada siapa pun tahu Robert pergi mana, sehinggalah pada suatu hari Robert tiba-tiba muncul kembali di sebuah persembahan House dan Brown, tapi kali ini di Banks, Mississipi.  Robert merayu untuk diberikan satu lagi peluang untuk beraksi di atas pentas, House pun berilah dia peluang itu.  Sebaik sahaja Robert Johnson memetik tali gitarnya, semua penonton termasuk House dan Brown terpaku dengan alunannya.  Robert Johnson yang kini bukanlah dia yang dahulu pernah kena halau turun pentas itu.  Lagu yang dibawa oleh Robert Johnson, dari suara, lirik ke petikan gitarnya memang merdu dan mengasyikkan.  Menurut kata House, habis je Robert menyanyi, satu bilik tu terdiam dan terlopong sebab terlalu asyik dengan Robert.

Sejak itu, Robert mula jadi terkenal sebagai pemuzik pengembara.  Dia dan seorang lagi pemuzik Blues, David Honeyboy Edwards, akan merantau dari satu tempat ke tempat lain dengan berbekalkan gitar mereka, berhenti di mana-mana untuk menyanyi dan kemudian bergerak ke tempat lain pula.  Kehebatan Robert Johnson mula menjadi sebutan.  Kali ini Robert jatuh cinta pada seorang gadis, Virgie Cain, yang kemudiannya hamil dengan anak dia. Tapi sepertimana isteri beliau, keluarga Cain ni sangat patuh dengan agama, mereka menentang sama sekali hubungan Robert dengan anak mereka Virgie.  Robert sekali lagi patah hati, tapi kali ni dia mula berubah menjadi seorang yang suka mabuk, kaki perempuan dan pada masa yang sama menjelajah satu Mississipi untuk menyanyi.

Pada 1936, Robert ditawarkan kontrak sebagai artis rakaman oleh American Record Company di San Antonio, Texas.  Album pertama beliau, Terraplane Blues terjual 5000 keping pada masa itu.  Menurut kata orang, Robert suka merakam dari sudut bilik rakaman di studio itu, alasannya sebab dari situ kualiti bunyinya elok sikit, tapi ada yang beranggapan dia macam saja nak menyorok taknak orang nampak dia main gitar.

Walaubagaimanapun, Robert tak sempat nak merakamkan album kedua kerana beliau meninggal dunia 2 tahun kemudian, pada 1938 pada usia yang sangat muda iaitu 27 tahun.  Kalau korang nak tau jugak, sebenarnya kematian Robert hanya dibongkar 30 tahun selepas itu, itupun apabila seorang pengkaji muzik menemui sijil kematian Robert. Sebelum tu, Robert tiba-tiba hilang dan ramai yang beranggapan mungkin Robert dah lari sebab kantoi ada hubungan dengan isteri orang.  Dalam sijil kematian tu pun takde punca kematian, cuma tarikh dan tempat dia meninggal je.

Pada awalnya kematian Robert hanya diketahui oleh rakan-rakan seperjuangan beliau sahaja.  Menurut Sonny Boy Williamson, ketika itu dia dan Johnson dah berminggu-minggu menyanyi di Greenwood, Robert sempat lain bermain mata dengan seorang wanita. Wanita itu menghadiahkan sebotol wiskey kepada Robert, tapi botol wiskey tu dah terbuka.  Sonny sempat tegur Robert jangan minum air sebarangan, tapi Robert buat tak peduli je. Rupa-rupanya, wiskey tu sudah dibubuh racun oleh suami wanita itu yang cemburu dengan Robert.  Esoknya Robert jatuh sakit, dan 4 hari kemudian Robert meninggal dunia dalam keadaan penuh terseksa sekali, sampai mengerekot-ngerekot badannya menahan kesakitan. 4 hari itu juga Robert asyik muntah-muntah, mengadu sakit perut dan keluar darah dari perutnya. Setakat ni, ada 3 lokasi dipercayai kubur tempat bersemadinya Robert. Tiada siapa yang tahu lokasi sebenar di mana Robert dikebumikan. Begitulah tragisnya kisah Robert Johnson. Walaupun namanya disebut-sebut sehingga ke hari ini tetapinya kehidupannya masih lagi misteri.

Yang lagi misteri, macam mana Robert Johnson yang sebelum ni punyalah teruk menyanyi boleh pulak menjadi handal dan sehingga sekarang jadi lagenda.  Disinilah bermulanya kisah bagaimana Robert Johnson mengikat perjanjian dengan syaitan....

Robert Johnson yang pada masa itu dah jatuh saham dan air muka sebab kene boo dengan penonton ditambah pulak dengan rasa kecewanya dia dengan diri sendiri akhirnya tekad nak buat sesuatu yang tak masuk akal.  Pada suatu malam gelap tanpa bulan, Robert membawa gitarnya pergi ke satu persimpangan di tengah-tengah gurun yang tiada orang.  Ada yang kata simpang itu adalah simpang empat antara lebuhraya 41 dan 69 di Clarksdale, Mississipi.  Robert menyeru syaitan itu dengan mentera yang dipelajarinya dari orang-orang tua, tak lama kemudian, muncullah seorang lelaki kulit hitam yang sangat tinggi dan besar.  Robert tidak takut, sebaliknya dia menyerahkan gitarnya kepada makhluk itu.  Makhluk itu kemudiannya mengusik-usik sedikit tali gitar Robert dan menyerahkannya semula kepada Robert, sebelum ianya berundur lalu perlahan-lahan ghaib.  Dan sejak itulah, Robert seolah-olah dikurniakan bakat baru yang tiada tandingannya.  Ada yang kata, perjanjian Robert dengan syaitan itu bukan setakat jadi penyanyi terkenal je, tapi nama Robert akan terabadi selama-lamanya asalkan Robert setuju untuk menjual rohnya kepada syaitan itu.  

Tapi ada juga yang menyangkal, mungkin ejekan yang diterima itu menjadi motivasi kepada Robert untuk membaiki teknik beliau. Robert berguru dengan seorang pemain gitar iaitu Isaiah 'Ike' Zimmerman. Tapi ni pun misteri jugak sebab khabarnya mereka berdua suka berlatih di tapak perkuburan.  Ike juga tidak pernah mengesahkan yang beliau pernah jadi tok guru Robert Johnson, yang mendedahkan cerita ini juga cuma anak perempuan Ike dari ingatan dia semasa dia budak kecil.  

Yang lagi menguatkan cerita, Robert ada beberapa buah lagu yang seolah-olah mengesahkan yang dia memang ada perjanjian dengan syaitan. Cuba amati bait awal lirik lagu beliau, "Crossroad" ini

I went to the crossroad, fell down on my knees
Asked the Lord above, "Have mercy, now save poor Bob, if you please"



"Me and the Devil Blues" pun sama jugak.  Terutamanya bait akhir lirik lagu tu. Memang sebijik macam apa yang terjadi pada Robert di hujung hayat dia


Baby, I don't care where you bury my body when I'm dead and goneYou may bury my body, hooDown by the highway sideSo my old evil spiritCan get a Greyhound bus and ride


Boleh dikatakan daripada 29 lagu yang sempat dirakam oleh Robert, hampir separuh daripadanya mesti ada rujukan tentang syaitan. Kematian Robert di usia 27 tahun juga dikatakan ada kaitan 27 Club.  27 Club ni adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan artis yang meninggal pada umur 27 tahun.  Dikatakan sesiapa yang buat perjanjian dengan syaitan akan mati pada usia berikut, tapi mereka akan dikurniakan populariti sepanjang zaman.  Ramai jugak ahli 27 Club ni, antaranya Kurt Cobain penyanyi utama Nirvana, Amy Winehouse, Jimi Hendrix, Jim Morrison dan antara yang terbaru, Kim Jong-hyun ahli kumpulan kpop terkenal Shinee.   Benarkah Robert Johnson benar-benar buat perjanjian syaitan atau sebaliknya? Hanya dia sahaja yang tahu....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 9-2-2022 04:14 PM
Benda Tu Ikut Balik

Salah seorang kawan baik aku pernah 'diekori' sesuatu sampai 5-6 tahunlah jugak ...

nnt bulan 4 mula smbhyg kubur...xda kot hantu lapar
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 11-2-2022 02:06 PM
Legenda Blues : Robert Johnson
Robert Johnson merupakan seorang penyanyi blues terkenal di kawasan s ...

dkt malaysia ada tak join club 27
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dropping by…keep writing tt!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2022 05:13 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 24-2-2022 05:16 PM

Jelmaan Pahlawan
Aku orang Jerman jadi aku minta maaf kalau tatabahasa aku tak berapa betul.  Aku tinggal di kawasan sempadan Berlin iaitu Treptow Kopenick di sebuah pekan yang bernama Rahnsdorf.  Tempat tinggal aku ni memang ke dalam sikit, dari stesen keretapi Rahnsdorf tu kena melintasi kawasan hutan, agak jauh kalau nak jalan kaki nak sampai ke tempat tu tapi kalau cuaca elok memang seronok je jalan-jalan kat situ, tapi bila malam memang orang tempatan takkan lalu dah jalan tu terutamanya semasa di musim sejuk.  Sebabnya banyak dah orang kene serang kat situ sampai tercedera, pernah jugak sampai ada yang terbunuh.  Dan aku sendiri pernah selamatkan seorang lelaki yang diserang semasa berjalan di jalan tu.

Lelaki itu cedera parah dengan bahagian dadanya macam disiat-siat sampai nampak tulang rusuk.  Aku pun telefon polis dan ambulans sekali. Nasib baiklah lelaki tu masih bertahan bila ambulans sampai tapi dia dah tak larat nak bersuara, jadi polis pun soal siasat aku di situ. Polis minta aku ceritakan kejadian sebenar, malangnya tak banyak yang boleh aku cerita sebab aku cuma nampak lelaki tu sorang je tak nampak pulak penyerangnya.  Polis pun faham, kami pun sembang-sembang kosong dan aku sempat tanya, lelaki tu agaknya kena libas dengan apa ye sampai jadi macam tu. Polis kata kemungkinan dia ditetak dengan kapak atau pedang, yang pastinya bukan dengan senjata modenlah.  Tapi dalam beberapa hari tu, aku masih lagi dipanggil polis datang balai untuk kasi keterangan, masa nilah polis tu cakap hasil dari post mortem menunjukkan lelaki tu kena serang dengan pedang panjang tradisional yang dipanggil zweihander.

Kecohlah bandar tempat tinggal aku tu bila diorang dapat tahu ada orang kena serang dengan pedang, yang lagi merisaukan kes kali ini lokasinya dah dekat sangat dengan bandar kami.  Siasatan polis pun menemui jalan buntu, polis tak dapat nak menemui pelakunya.  Masa nilah sorang demi sorang penduduk bandar mula bercerita kemungkinan adanya roh jahat di jalan tu.  Aku dapat tau ni pun sebab aku kan saksi, jadi tak semena-mena ramai datang tanya aku pasal kes tu dan adalah yang bercerita pada aku tentang roh tu.

Alkisahnya, zaman dulu-dulu pernah berlaku peperangan di kawasan hutan nak masuk ke pekan aku ni. Seorang pahlawan Teutonic telah dikalahkan dan sebelum dia mati tu, dia sangat-sangat marah dan rasa macam maruah dia tercabar sebab dia kalah, jadi dia bersumpah dia akan cari dan musnahkan sesiapa sahaja yang cuba nak buktikan wujudnya peperangan tu.  Pada fikiran aku, eh macam mengarut je kisah ini.  Seumur hidup aku tinggal kat sini tak pernah pulak aku dengar cerita yang tempat ni pernah jadi medan perang.  Lagipun kalau betul, pahlawan Teutonic tu kurang-kurangnya hidup 900 tahun yang lalu takkanlah panjang umur sangat sampai nak serang orang di zaman moden ni.

Polis kan ada buat siasatan, jadi polis terpaksalah masuk ke hutan itu untuk mencari kot-kotlah penyerang misteri itu tengah menyorok dalam hutan tu, tapi lain pulak yang polis jumpa.  Polis menemui banyak tinggalan sejarah yang berupa peralatan perang, macam pedang, perisai, rantai besi dan macam-macam lagilah.  Kami sendiri pun tak sangka sebenarnya, ingatkan cerita pasal perang tu cuma kisah dongeng. Dan akibatnya, makin ramailah saksi yang tampil ke hadapan.  Saksi-saksi ni mengaku benda yang sama, diorang pernah terserempak atau hampir diserang dengan seorang lelaki yang memakai jubah putih dengan corak palang berwarna hitam diatas jubahnya.  Lelaki tu lengkap pakai baju perisai besi yang dah berkarat-karat dan jubah yang dia pakai pun dah nampak lusuh.  



Polis pun naik pening dengan maklumat-maklumat yang mereka dapat tapi tak banyak yang polis boleh buat dengan maklumat tu. Akhirnya kes ini ditutup. Tapi kisah jelmaan pahlawan Teutonic tu terus menghantui kami sampaikan tiada siapa antara kami yang berani lalu jalan tu malam-malam buta.  Nasihat aku kalau nak datang ke tempat aku ni, jangan datang malam-malam nanti tak pasal-pasal kena tetak pulak  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2022 01:33 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 25-2-2022 07:39 AM

Si Kaki Besar

Tahun 2003, aku baru habis sekolah menengah.  Aku mengambil keputusan nak masuk tentera je, tapi aku ada masa senggang sementara nak daftar masuk tentera tu. Jadi pada bulan May 2003, aku saja je daftar diri menyertai satu kem bina diri di Tapak Perkhemahan Elkmont di Pergunungan Great Smoky.  Kem ni makan masa 10 hari, dan waktu tu cuma ada 5 orang peserta termasuk aku. Sorang peserta pun aku tak kenal, lepas tu seorang ketua pengajar dan pembantu-pembantunya. Campur tolak dalam kem tu adalah dalam 10 orang je.  Ketua pengajar dan pembantu-pembantunya akan mengajar kami pelbagai teknik macam mana nak hidup dalam hutan untuk 3 hari pertama kem itu.  Kami diajar bermacam-macamlah teknik, seperti macam mana nak tegakkan khemah, mengenalpasti tumbuh-tumbuhan hutan yang selamat dimakan, macam mana nak pasang perangkap haiwan dan macam-macam lagilah.  

3 hari bersama tenaga pengajar tu memang seronoklah bagi aku.  Kami bergerak berkumpulan dan bersama-sama belajar teknik hidup dalam hutan.  Kem ni berdekatan dengan Sungai Little Pigeon, jadi kami belajar masak air sungai dan macam mana nak hidupkan api pakai binokular. Nak makan pun kena tangkap ikan atau arnab liar sendiri, pastu kena masak tak boleh pakai dapur gas tu, kena guna unggun api. Tidur pun dalam khemah bentuk teepee. Bagi sesiapa yang sukakan cabaran memang ini semua satu pengalaman dan ilmu yang sangat berharga.  Kem ni walaupun terletak di tengah hutan, tapi sebenarnya dulu kat kawasan ni pernah ada sebuah pekan.  

Izinkan aku ceritakan serba sedikit pasal latarbelakang pekan tu.  Pekan tu dulu merupakan penempatan asal The First People, ataupun peneroka yang datang dari Eropah pada 1840an dulu.  Pekan tu dulu aman makmur dengan aktiviti pembalakan, tapi lama kelamaan penduduk di situ mula berpindah ke tempat lain.  Pada tahun 1992 pajakan tanah di situ berakhir dan majoriti penduduknya dah tak berminat nak sambung jadi diorang pun keluarlah dari situ kecuali beberapa penduduk yang masih setia di situ.  Akhirnya pada tahun 2001 dah takde dah orang nak tinggal di situ, jadi pekan tu jadi pekan tinggal dan diserahkan di bawah pentadbiran Jabatan Taman Hutan.  Semasa aku di situ, masih ada laluan dari kem nak ke pekan tu, tapi kami tak dibenarkan untuk masuk ke pekan tinggal tu dan dari apa yang pengajar aku cerita, pekan tu sangat menyeramkan sebab yang ada hanyalah bangunan-bangunan lama yang dah nak runtuh dan tidak terjaga je.

Selesai 3 hari tu, bermulalah cabaran sebenar bagi kami berlima.  Mulanya kami dikumpulkan di pusat kem, kemudian satu persatu daripada kami dibawa masuk hutan oleh pengajar masing-masing pada masa yang berbeza dan ke lokasi yang berbeza.  Jadi kami peserta berlima ni memang tak tau kedudukan orang lain di mana. Kami hanya diberi sebiji beg yang berisi binokular, beberapa keping protein bar, lampu suluh, mancis, radio satelit untuk kecemasan, barang-barang hiking dan satu barangan peribadi ikut pilihan masing-masing. Untuk barangan peribadi ni aku pilih nak bawak sebilah kapak kecil je.  Sepatutnya peserta kena tinggal dalam hutan seorang diri selama 5 malam, tapi ada sesuatu yang terjadi semasa sesi kali ini….

Hari pertama, tak ada apa yang luar biasa terjadi pada aku. Aku bina khemah ringkas yang bersandar pada sebiji batu besar, jadi kalau pasang api waktu malam takdelah sejuk sangat sebab haba api tu akan memanaskan batu yang menjadi dinding khemah aku tu.

Aku pasang beberapa perangkap di sekitar situ. Tempat aku dicampak ni aku rasa memang sangat strategik sebab tak jauh dari sungai dalam 70 ela je pun.  Tempatnya di lereng bukit dan udaranya pun segar tapi takdelah dingin sampai mencucuk tulang.  Malam pertama tu agak sunyi, yelah dah aku sorang je dalam hutan, yang kedengaran cuma air sungai mengalir dan serangga-serangga hutan. Nasib baiklah aku terfikir nak bawak kapak, jadi petang tu sempatlah aku kumpul kayu api banyak-banyak untuk dijadikan bahan bakar unggun api aku. Kalau tak memang gelap gelita sungguhlah. Yang aku risaukan kalau tempat ni ada beruang je.  Malam tu aku cuma makan protein bar, dah tak tau nak buat apa aku pun masuk tidur.  Sekitar tengah malam, radio satelitku berbunyi.  Rupa-rupanya ada seorang peserta ni mengadu, dia terdengar ada bunyi haiwan berjalan di sekitar khemah dia.  Dia rasa macam beruang tapi kenapa beruang tu macam berjalan pakai 2 kaki?  Itu jelah yang aku dengar sepanjang malam tu.

Malam pertama berjaya aku harungi tanpa insiden. Esok paginya aku bangun dan semasa merayau-rayau di kawasan tu, aku terjumpa kesan tapak kaki manusia yang sangat besar.  Saiz kaki aku je dah 12, tapi tapak kaki yang aku jumpa tu 5 inci lagi lebar dari kaki aku.  Terus aku teringat panggilan radio malam semalam.  Dalam fikiran aku, mungkinkah tapak ini milik Orang Liar Tennessee? Atuk aku ada kabin di Newport dan dia pernah cerita pasal dia diburu oleh Orang Liar Tennessee tu.  Tapi aku cuba taknak fikir sangat pasal tapak kaki tu, aku anggap tu mungkin cuma ‘prank’ dari pengajar je. Mujurlah malam kedua tu tak ada apa yang terjadi.

Malam ketiga adalah malam yang takkan aku lupakan untuk selama-lamanya. Sekitar jam 1 pagi, aku terdengar bunyi batu besar belakang aku ni macam dilempar batu.  Aku cuba husnozon, tu agaknya ada serpihan batu besar tu terjatuh kot.  Tapi bunyinya agak kuat jadi nak tak nak aku kena periksa jugak takut jadi tanah runtuh pulak.  Sekali tu memang betul ada bahagian bumbung aku terjejas sikit.  Sedang aku membaiki bumbung yang dah nak runtuh tu, aku terdengar sesuatu 100 ela dari khemah aku tu.  Petang tu perangkapku mengena dan aku dapat tangkap seekor arnab liar, aku sempat sembelih dan bersihkan tapi untuk keselamatan, aku sengaja simpan lebihan daging arnab tu di tempat yang agak jauh.  Bunyi tu datang dari tempat aku simpan daging arnab tulah.  Aku sangkakan mungkin itu cuma rakun atau musang yang cuba nak curi daging tu.  Aku cuba menyuluh ke arah itu tapi tak nampak sebab tempat tu terlalu tebal dengan semak samun.  

Sedang aku menyuluh-nyuluh tu, aku dikejutkan dengan satu jeritan yang amat kuat. Jeritan tu aku boleh gambarkan ianya mirip seperti gorilla yang tengah marah.  Diikuti dengan bunyi tercungap-cungap macam anjing tercekik air.  Jeritan itu sudah cukup buat aku terkaku di luar khemah.  Dalam fikiran aku tu mesti beruang, dahlah aku takde senapang yang aku ada cuma pisau lipat dan kapak kecil aku tu je.  Perlahan-lahan aku berundur menuju ke beg aku, cuba nak capai kapak kecil tu tapi mata aku tak beralih dari punca bunyi tu.  Malam tu suasana hutan jadi sunyi sepi, kecuali bunyi kayu api terbakar dan air sungai mengalir.  Aku duduk di tepi unggun api tu sambil memegang erat kapak kecil aku, pada masa yang sama aku campak banyak-banyak kayu api biar api jadi marak dengan harapan dapat halau beruang tu.

Aku duduk di tepi unggun tu dalam 30 minit la jugak sampai tersengguk-sengguk aku jadinya, apabila aku dikejutkan dengan bunyi lemparan batu terkena batu besar di belakang aku ni, kira-kira 10 ela di sebelah kiri aku.  Seram sejuk aku jadinya sebab aku tau ada seseorang di hadapan aku main baling-baling batu pulak ke arah aku.  Sebab panik sangat, aku terus berdiri walaupun aku tak tau nak lari ke mana.  Aku terdengar bunyi hembusan nafas berulang-ulang yang sangat kuat, dan aku nampak pokok-pokok di depan aku bergoyang-goyang.  Jaraknya adalah dalam 40 ela je di hadapan aku, dan dalam kegelapan malam yang hanya bercahayakan unggun api tu, aku ternampak macam ada bayang-bayang seorang lelaki yang aku anggarkan tingginya dalam 8 kaki tengah berjalan dalam semak-samun hutan tu.  Lelaki tu berjalan dengan agak perlahan, dan aku perasan dari sinaran matanya yang makhluk tu asyik pandang belakang tanda ia menyedari kehadiran aku di situ. Bunyi hembusan nafasnya makin lama makin perlahan bunyinya, ia semakin menjauh.  Shussh shussshh, aku terdengar bunyi dasar sungai dipijak.  Sungai tu tak besar pun dalam 20 kaki lebar je.  Bila dah tak dengar apa-apa bunyi, barulah aku berani duduk. Jantungku berdegup kencang, aku kerling jam dah masuk 2 pagi tapi aku tak berani nak tidur, dahlah ada beberapa jam lagi nak masuk hari siang.  Takkan malam-malam ni aku nak balik ke kem dahlah aku tak biasa dengan tempat ni.

2 jam aku berjaga, jam dah masuk 4 pagi.  Telefon satelitku berbunyi, kedengaran suara seorang peserta terjerit-jerit . “Tolong, tolong! Ada orang cuba nak bunuh aku! Orang tu ada kat luar khemah aku sekarang.  Dia asyik baling ranting je.  Aku yakin tu bukan beruang. Tolonglah aku!”.  Diam sebentar.  15 minit ke 20 minit kemudian, suara lelaki lain pulak yang bercakap melalui telefon satelit tu.  “Malam tadi pun saya perasan ada orang merayau-rayau keliling khemah saya. Dia tak baling apa pun, tapi saya ingatkan tu cuma beruang je”.  Masa nilah pengajar kami menyampuk, dia berjanji akan cuba hubungi renjer hutan untuk bawak kami keluar. Tapi dia mintak kami tunggu dulu takut pejabat renjer tak bukak.  Jadi aku pun sabarlah menunggu kedatangan renjer tu. Waktu tu jam dah nak masuk pukul 5 pagi. Takpelah tinggal beberapa jam lagi nak siang.  Sepanjang malam tu aku tak tidur.  Jam 7.15 pagi hutan masih gelap lagi, tapi aku ternampak ada cahaya lampu suluh.  Barulah aku berani bergerak, aku kemas-kemas apa yang patut dan padamkan unggun api tu. Renjer datang jemput aku je aku dah siap-siap dah nak tinggalkan hutan tu.

Salah seorang renjer yang menjemput aku tu berketurunan Orang Asli Amerika.  Dia cerita kat tempat ni ada makhluk lain jugak yang tinggal. Makhluk tu memang tak suka orang masuk tempat dia. Aku cuba nak korek cerita lagi tapi renjer tu enggan nak bercerita lanjut.  Dia kasi alasan, pantang larang kaum dia sepatutnya sebut nama makhluk tu pun tak boleh. Tapi aku boleh agak,makhluk tu adalah Orang Liar Tennessee yang atuk aku cerita tu. Akhirnya kami sampai ke kem, aku tengok semua orang dah ada.  Termasuklah sorang peserta ni, badannya menggeletar habis dan mukanya pucat lesi. Aku rasa nilah kot budak yang kene kacau teruk malam tadi tu.  Budak tu cerita, dia tak boleh lupa penampakan malam tadi sebab lelaki tu menyeringai kat dia, nampak gigi macam gigi mawas.  

Kini, walaupun bertahun-tahun peristiwa tu dah terjadi, bagi aku itulah malam paling menakutkan bagi aku.  Masa aku aktif dalam tentera pun aku tak pernah lah lalui benda menakutkan macam malam tu.  Sampai sekarang aku tak berani nak masuk hutan sorang diri. Dan nasihat aku, kalau korang bercadang nak mengembara ke Cades Coves ke, Tremont ke atau kawasan sekitar Appalachian ni, janganlah masuk sorang diri. Bawaklah kawan kalau taknak bertemankan Orang Liar Tennessee…..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt! Suke bace criter tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka citer gini, kisah3 dari negara luar selain malaysia..go go go
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2022 02:16 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-2-2022 02:21 PM

Kisah Mat Rock

Pada tahun 1999, masa ni aku baru je berusia 15 tahun.  Aku ni merupakan peminat siri televisyen X-Files, dan aku selalu dapat komen muka aku ni ada iras-iras Fox Mulder hehehe.  Tahun ni, aku dan kawan baik aku suka bermain muzik, dan kami berdua ni suka jamming sama-sama main lagu hard rock zaman 1980an dulu.  Kami selalu jamming di rumah kawan aku ni, dan kebetulan kawan kepada ayah kawan aku ni seorang pemain gitar jazz ni tengah lepak di rumah kawan aku ni tengok kami jamming.  Pakcik tu tanya kami, korang ni pernah tak tengok satu filem tajuknya 'Crossroads?'.  Kami tak pernah tengok cerita tu jadi esoknya pakcik tu datanglah ke rumah kawan aku tu bawak video filem tu, dan kami pun layanlah filem tu sama-sama.

Citer 'Crossroads' ni diinspirasikan dari seorang pemuzik Blues iaitu Robert Johnson.  Robert telah menjual rohnya kepada syaitan semata-mata nakkan nama, nak jadi pemuzik Blues paling terkenal la dalam era tu. Jadi Robert pun bawaklah gitar dia ke satu persimpangan pada tengah malam buta.  Dikatakan syaitan yang boleh memakbulkan impian ni boleh muncul dalam bentuk apa sahaja, dalam filem tu, syaitan tu muncul dalam bentuk seorang lelaki tua berpakaian kemas naik kereta Ford lama.  Syaitan tu belek-belek sikit gitar Robert, pastu dia serahkan semula gitar pada Robert dan termeterailah perjanjian di antara Robert dan syaitan tu.  Keesokan harinya tiba-tiba Robert jadi sangat handal bermain gitar, menyanyi dan mengarang lagu.



Aku dan kawan aku tu, kitorang ni kan budak-budak lagi, habis je tengok filem tu kami terpengaruhlah pulak cuba-cuba seru syaitan macam Robert Johnson buat tu.  Lagipun dalam filem dan cerita X-Files yang kami selalu tengok tu takdelah nampak seram sangat pun syaitan tu. Kebetulan pulak masa tu tengah cuti musim panas memang kami banyak masa lapang dan takde masalah nak berjaga sampai tengah malam.  Zaman tu zaman Internet yang kena pakai modem dial-up tu, dengan terkial-kial kami pun cariklah persimpangan paling sesuai untuk ritual tu, dan kami jumpa satu simpang empat yang kami rasa sesuai sangat dah, dan tempat tu pun cuma beberapa blok je jauhnya dari rumah kawan aku.  Jadi tengah malam tu, aku dan kawan aku bawak gitar elektrik masing-masing berjalan kaki menuju ke simpang empat itu...

Setengah jam kami berdiri menunggu di simpang itu, pada awalnya kami rasa teruja sangat dan sempat bergurau senda.  Aku akui masa tu aku rasa macam bodoh je buat kerja gila macam ni, tapi aku dan kawan aku ni sekepala jadi takdelah rasa bosan sangat berdiri kat situ.  Masuk sejam, kami dah mula rasa bosan tapi kami gagahi jua.  Masa makin berjalan, kami berdua makin bosan, dan mula berdebat samada nak tunggu atau balik rumah je.  Kami terpaksa bersetuju apa yang terjadi dalam filem tu cuma kisah dongeng je pun, takdenye syaitan nak muncul depan kami. Entah-entah syaitan tu memang tak wujud pun.

Kami baru je nak melangkah pergi balik rumah, apa tiba-tiba muncul sebiji kereta berwarna kelabu perlahan-lahan mendekati kami.  Aku tak pasti apa jenis kereta tu, boleh jadi Toyota Camry atau Honda Civic takpun Nissan Maxima.  Kereta tu berhenti di sebelah kami, pemandunya menurunkan cermin kereta.  Rupanya pemandu kereta tu adalah seorang lelaki yang aku kira masih di usia pertengahan 20an berambut pacak-pacak style awal 2000an tu dengan kaca mata hitam.

Aku dan kawan aku terdiam. Eh ni ke syaitannya? Aku pun tak pasti masa tu, boleh jadi dia cuma lelaki biasa yang heran tengok apa budak-budak ni buat tercongok tepi jalan tengah-tengah malam ni sambil pegang gitar elektrik.  Pemuda itu yang menegur kami dulu, "Hey".  Sambil tersenyum dia bertanya pada kami. "Korang berdua buat apa kat sini?  Lepak-lepak main gitar ke?  Cool lah gitar korang tu".  Aku dan kawan aku udah mula saling berpandangan.  Kawan aku yang mula buka mulut. "Aah bang, kitorang saje je lepak sini. Bosan duduk rumah".  Pandangan pemuda itu kini tak lepas dari merenung aku.  Macam tau-tau je aku ni pemain gitar utama. "Gitar korang tu nampak cantiklah. Meh sini kasi kat abang, abang boleh tuning sikit gitar tu.  Lepas tuning abang boleh kasi jaminan, mesti lagi best muzik korang".

Aku menelan air liur.  Eh lain macam je abang ni? Ni kah syaitan yang dimaksudkan tu?  Kepala otak aku jadi jammed, aku tak berani nak jawab apa.  Tapi abang tu macam pujuk-pujuk kitorang pulak. "Abang tau dik camne nak tuning gitar. Bak sini gitar tu".  Kawan aku tarik siku aku sampai tersentak aku ibaratnya macam orang dikejutkan tidur. "Errr takpelah bang. Ni bukan gitar kitorang, ni gitar orang ni.  Takpelah bang kitorang balik dulu la ye".  Kawan aku tarik aku sambil berjalan pergi dari situ, tapi sebelum tu abang tu sempat cakap kat kami, dia kata dia duduk tak jauh dari sini, dalam beberapa blok dari situ ada rumah, nanti kalau berubah fikiran datanglah cari dia kat situ.  Bila tengok abang tu macam tak berganjak, kami pulak yang berlari sekuat hati balik ke rumah kawan aku tu.

Selama beberapa hari selepas kejadian tu, kami tak boleh nak lari dari berbincang pasal peristiwa tu. Tapi jujurnya kami ada rasa teruja sikit, eh macam tak sangka boleh jumpa syaitan. Tapi betul ke orang tu syaitan atau cuma manusia biasa je?  Kami teringat abang tu cakap dia duduk kat kawasan situ je, jadi seminggu lepas tu, aku dan kawan aku, kali ni kami tak bawak gitarlah, sajalah pergi ke tempat yang abang tu cakap. Kami tak sangka memang betul beberapa blok dari simpang empat tu kami jumpa segugusan rumah.  Kawasan tu bukan rumah teres, tapi adalah 3 ke 4 biji buah rumah yang berjarak-jarak sikit.  

Eh lupe nak cakap, masa kitorang pergi situ dah malam, dan bila kami sampai je ke rumah terakhir tu, kebetulan memang dah melepasi jam 12.00 tengah malam.  Sebelum nak sampai tu, kami terdengar bunyi sayup-sayup orang tengah pasang muzik.  Kami dah sampai ke rumah tu, tapi kami tak berani nak masuk jadi kami cuma duduk kat luar dengar persembahan tu je.  Pada mulanya aku ingatkan mungkin penghuni rumah tu tengah pasang radio, tapi rupa-rupanya, ada band tengah buat persembahan live dalam rumah tu. Bila kami amati semula, lagu-lagu yang dimainkan tu sama je macam lagu-lagu yang kami selalu jamming, tapi kualiti band dalam rumah tu berganda-ganda lagi hebatlah daripada kami yang sekadar budak picisan ni. Dah macam professional tapi setau aku dalam kawasan yang kami tinggal tu takde rock band hebat macam ni.

Kitorang pangkah siap-siap rumah tu dalam ingatan kami, kami gelar rumah tu "The Devil's House".  Beberapa kali jugaklah kami kembali ke rumah tu, tapi kami tak pernah dah dengar persembahan live hebat dari dalam rumah tu.  Lelaki muda rambut pacak tu pun tak pernah muncul lagi dah.  Kami dah tak berani dah cuba nak menyeru syaitan di simpang empat tu lagi.  Sampailah ke hari ni, lebih 20 tahun berlalu.  Aku dan kawan aku masih berhubung lagi, kami cuba husnozon mungkin lelaki tu memang manusia biasa yang cuba nak prank kami, tapi kenapa kami tak pernah jumpa lagi lelaki tu dan ke mana perginya band lelaki tu, entalah labu....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you, TT. THREAD paling best I pernah baca di forum. Tak bosan dan cara translation pun menarik. Tiber orang putih cakap kedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 11:31 AM | Show all posts
Dilindung Malaikat?
Ayah aku seorang pemandu trak, dan semasa aku berusia 7 atau 8 tahun, ayah aku pernah berkongsi satu cerita yang agak menakjubkan tapi tak masuk dek akal. Aku ingat lagi aku masa tu tanya ayah, ayah betul ke malaikat atau angel tu wujud? Dan ayah aku kaitkan soalan aku ni dengan pengalaman dia...

Kejadian ni terjadi beberapa dekad sebelumnya, aku pun belum lahir lagi. Masa tu undang-undang buruh masih tak setegas macam zaman sekarang ni, jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan kalau tiba-tiba ayah aku kena lanjutkan shift dia walaupun ayah aku baru je habis 24 jam atau 36 jam shift bawa trak, atau kena hantar barang dalam masa secepat mungkin sampai tak sempat nak pegi buang air.  Ayah aku memandu seorang diri tanpa pemandu, jadi untuk menghilangkan bosan kadang-kadang ayah aku suka buat mental matematik, ayah aku suka buat pengiraan sendiri pakai congak-congak je.  Contohnya kalau ayah aku jumpa papan tanda, destinasi seterusnya dalam 100 batu lagi lah katakan, tapi ayah aku bawak trak dalam 30 batu sejam dan berhenti sekejap 15 minit untuk ke tandas, agak-agaknya pukul berapa ayah aku akan sampai ke destinasi tu?  Ayah aku akan cipta pengiraan dia berdasarkan apa yang dia nampak, macam odometer, penanda perbatuan kat tepi jalan tu, dan macam-macam lagilah.  

Pada satu malam tu, selepas sepanjang hari memandu tanpa henti, ayah aku rasa macam penat sangat.  Ayah aku cuba hilangkan mengantuk dengan bukak tingkap trak luas-luas kasi angin luar masuk, pastu pasang radio sekuat-kuat alam, tapi ayah aku tetap rasa macam nak terlelap.  Nak pulak masa tu ayah aku tengah memandu di satu jalan pergunungan yang berbengkang-bengkok dan takde bahu jalan untuk ayah aku berhenti sekejap, tambah pulak dengan hujan renyai-renyai di malam itu, memang tersengguk-sengguk la ayah aku dibuatnya.  Ayah ternampak ada penanda perbatuan bernombor 146 di tepi jalan, ayah pun tanya diri sendiri, 'aku sekarang di 146, kalau aku bawak trak ni 55 batu sejam pukul berapa aku akan sampai ke batu 200'... dan ayah aku pun tertutup matanya  tapi ayah aku kata mengaku dia tertutup mata tu sekejap je sebab dia tersentak dan terus terjaga.  Masa nilah ayah aku nampak dia nyaris-nyaris terbabas dan nak terlanggar penanda 158.



Nasib baiklah ayah aku sempat mengelak kalau tak mesti ayah aku sekarang dah arwah. Tapi ayah aku rasa pelik dan berdebar-debar, maksudnya tadi dia tertidur sampai 12 batu ke? Kelajuan trak ayah aku masih kekal 55-60 batu sejam, ayah aku congak-congak memang betullah kalau dia bawak trak dengan kelajuan macam tu dia akan sampai di batu 158 pada waktu itu. Ayah aku macam terpinga-pinga jugak eh macam mana dia boleh tak kemalangan pulak padahal jalan tu bukannya lurus.  Tapi pada masa yang sama ayah aku tetap bersyukur, ayah aku beranggapan mungkin malaikat kot yang bawak trak dia tadi.

Sejak tu ayah aku lebih berhati-hati nak bawak trak sebab dia rasa tak mungkin lain kali dia akan bernasib baik macam malam tu lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.675524 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list