Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 3,497 kes (432,600 kes kumulatif, 90.2%);
- Kes baharu : 4,865 kes (479,421 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,860 kes [4,650 warganegara (95.7%); 210 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes aktif : 44,827 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :531 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 277 kes;
- Kes kematian : 47 kes (1,994 kes kumulatif, 0.42%; 46 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 1,920 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,423 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 497 kluster.
Terdapat 47 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor,masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kelantan, tiga (3) kes di Perak, dua (2) kes di Pahang,serta masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Negeri Sembilan. Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4yang disertakan bersama kenyataan media ini. KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI DALAM TEMPOH PKP BAGI MEMBENDUNG SEGERA WABAK COVID-19 Penularan varian-varian baharu virus SARS-CoV-2 di dalam komuniti terutamanya beberapa Variant of Concern (VOC) di Malaysia kebelakangan ini adalah amat membimbangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di luar negara. Ini adalah kerana varian-varian VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi. Selain daripada meningkatkan kapasiti sistem perkhidmatan kesihatan negara, KKM ingin menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara kita. Ianya bermula dengan diri kita sendiri. Kawalan pergerakan kendiri ini boleh dilakukan dengan duduk sahaja di rumah, tidak keluar dari rumah jika tiada keperluan penting dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama sekiranya perlu keluar rumah atas apa-apa urusan penting. Majikan juga digalakkan untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa. Orang ramai boleh melakukan kawalan pergerakan kendiri ini dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut; - Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
- Sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, dan kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer;
- Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti yang berisiko untuk terdedah dengan orang ramai;
- Elakkan daripada menerima tetamu di rumah;
- Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
- Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
- Rancang pergerakan anda bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam sekiranya perlu keluar dari rumah;
- Masak makanan sendiri untuk khasiat yang lebih baik dan seterusnya mengelakkan daripada risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19;
- Lakukan aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;
- Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya :
- telah dikenal pasti di aplikasi MySejahtera sebagai kontak kasual, Person Under Surveillance (PUS), kes suspek, atau confirmed case;
- setelah menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga keputusan ujian diketahui;
- telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan masih menunggu panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); dan
- Sekiranya telah dikesan positif COVID-19 dan sedang menunggu panggilan PKD, sila kekal tinggal di rumah melainkan memerlukan rawatan perubatan kecemasan.
Negara masih kekal merekodkan kes harian COVID-19 melebihi empat digit dengan kes aktif ketika ini sudah melebihi 40 ribu kes. Kebanyakan hospital kerajaan mahupun swasta, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara juga telah hampir mencecah kapasiti maksimum. Lebih membimbangkan, didapati terdapat semakin banyak kes positif yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sokongan alat bantuan pernafasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pada masa yang sama juga, jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan makin meningkat saban hari. Peningkatan kes-kes secara mendadak ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Rakyat Malaysia adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita! NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn). Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 18 Mei 2021 @ 6.30 petang. LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 18 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF | SELANGOR | 1,743 (3) | 157,056 | SABAH | 95 | 59,504 | JOHOR | 407 | 51,217 | WP KUALA LUMPUR | 477 (2) | 50,582 | SARAWAK | 512 | 39,328 | PULAU PINANG | 220 | 24,157 | NEGERI SEMBILAN | 149 | 21,024 | KELANTAN | 406 | 19,973 | PERAK | 160 | 17,144 | KEDAH | 244 | 13,325 | MELAKA | 127 | 8,878 | PAHANG | 152 | 6,814 | TERENGGANU | 156 | 5,941 | WP LABUAN | 6 | 2,523 | WP PUTRAJAYA | 9 | 1,562 | PERLIS | 2 | 393 | JUMLAH KESELURUHAN | 4,865 (5) | 479,421 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import LAMPIRAN 2 Ringkasan 47 kes kematian pada 18 Mei 2021 adalah seperti berikut: No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1948SelangorLelaki (WN)62Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1949SelangorPerempuan (WN)57Jenazah dibawa ke Hospital SelayangBuah pinggang kronik
1950SelangorLelaki (WN)72Hospital AmpangPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1951PahangPerempuan (WN)60Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1952SelangorLelaki (WN)67Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1953SelangorLelaki (WN)67Hospital AmpangPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1954WP Kuala LumpurPerempuan (WN)85Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1955SarawakPerempuan (WN)71Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan hyperthyroidism
1956SelangorLelaki (WN)74Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1957SelangorPerempuan (WN)48Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis, dislipidemia, dan hypothyroidism
1958KelantanLelaki (WN)68Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi dan Parkinson
1959Pulau PinangLelaki (WN)60Hospital Pulau PinangPenyakit darah tinggi dan jantung
1960PahangLelaki (WN)53Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1961SelangorLelaki (WN)63Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis dan jantung
1962WP Kuala LumpurLelaki (WN)60Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis
1963KelantanLelaki (WN)66Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianPenyakit dislipidemia
1964KelantanPerempuan (WN)33Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit asma dan obesiti
1965SarawakLelaki (WN)64Hospital KapitPenyakit kencing manis dan dislipidemia
1966KelantanPerempuan (WN)75Hospital Tanah MerahPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1967PerakLelaki (WN)36Hospital TaipingPanhypopituitarism
1968SelangorPerempuan (WN)44Jenazah dibawa ke Hospital Serdang–
1969JohorLelaki (WN)64Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis
1970Pulau PinangLelaki (WN)84Hospital Kepala BatasPenyakit asma
1971SarawakPerempuan (WN)51Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan asma
1972Pulau PinangLelaki (WN)66Hospital Pulau PinangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1973SarawakPerempuan (WN)73Hospital KapitPenyakit darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, dan jantung
1974Negeri SembilanPerempuan (WN)69Hospital Tuanku Jaafar, SerembanMuscular dystrophy
1975PerakPerempuan (WN)94Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, IpohPenyakit darah tinggi
1976SelangorLelaki (WN)78Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1977SarawakLelaki (WN)73Hospital KapitPenyakit darah tinggi, gout, jantung, dan buah pinggang kronik
1978Pulau PinangPerempuan (WN)74Hospital Kepala BatasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1979KedahPerempuan (WN)63Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1980SelangorPerempuan (WN)68Jenazah dibawa ke Hospital BantingPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1981SelangorLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1982JohorPerempuan (WN)57Hospital Sultan Ismail, Johor BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1983WP Kuala LumpurPerempuan (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma, dan strok
1984WP Kuala LumpurPerempuan (WN)65Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1985SelangorLelaki (WN)76Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan dislipidemia
1986SelangorLelaki (WN)58Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis
1987SelangorLelaki (WN)54Hospital Shah AlamPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan asma
1988SelangorPerempuan (WN)54Hospital Shah Alam–
1989SelangorLelaki (WN)41Hospital SerdangPenyakit gout
1990JohorPerempuan (WN)71Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1991JohorLelaki (WN)56Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis
1992Pulau PinangLelaki (WN)64Hospital Kepala BatasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1993PerakLelaki (WN)45Jenazah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, IpohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1994SelangorPerempuan (BWN)49Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara. LAMPIRAN 3 Perincian 4,865 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 18 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN | SELANGOR | 1,743 | 64 | 1,261 | 3 | 415 | SARAWAK | 512 | 76 | 348 | – | 88 | WP KUALA LUMPUR | 477 | 49 | 256 | 2 | 170 | JOHOR | 407 | 94 | 194 | – | 119 | KELANTAN | 406 | 19 | 294 | – | 93 | KEDAH | 244 | 66 | 95 | – | 83 | PULAU PINANG | 220 | 9 | 107 | – | 104 | PERAK | 160 | 46 | 84 | – | 30 | TERENGGANU | 156 | 38 | 96 | – | 22 | PAHANG | 152 | 85 | 48 | – | 19 | NEGERI SEMBILAN | 149 | 20 | 87 | – | 42 | MELAKA | 127 | 22 | 85 | – | 20 | SABAH | 95 | 13 | 53 | – | 29 | WP PUTRAJAYA | 9 | – | 5 | – | 4 | WP LABUAN | 6 | – | 3 | – | 3 | PERLIS | 2 | – | 1 | – | 1 | JUMLAH KESELURUHAN | 4,865 | 601 | 3,017 | 5 | 1,242 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 MEI 2021 No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring | 1 | Jalan Petaling Industri | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 7 | 275 | 2 | Jalan Besi Satu | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 12 | 72 | 3 | Utarid Sembilan Belas | Tempat Kerja | Selangor | Petaling | 12 | 118 | 4 | Jalan Kampung Taib | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 14 | 180 | 5 | Bayan Lepas Innoplex | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan | 11 | 43 | 6 | Dah Helang | Tempat Kerja | Kedah | Langkawi | 30 | 76 | 7 | Dah Arked | Tempat Kerja | Kedah | Baling | 24 | 91 | 8 | Jalan Bukit Mutiara | Keagamaan | Johor | Johor Bahru | 7 | 343 | 9 | Jalan Helang Siput | Keagamaan | WP Kuala Lumpur | Kepong | 9 | 66 | 10 | Kampung Kemuning | Keagamaan | Melaka | Alor Gajah | 24 | 68 | 11 | Jalan Batu Dua | Keagamaan | Negeri Sembilan | Port Dickson | 45 | 271 | 12 | Banggol | Keagamaan | Terengganu | Setiu | 22 | 116 | 13 | Jalan Sri Putri Empat | Institusi Pendidikan KPM | Johor | Kulai dan Pontian | 20 | 63 | 14 | Jalan Lima Belas | Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di Bawah KPM | WP Kuala Lumpur dan Selangor | Cheras, Lembah Pantai, Hulu Langat, dan Petaling | 12 | 297 | 15 | Gong Badak | Pendidikan Tinggi | Terengganu | Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Besut | 36 | 409 | 16 | Hulu Spaoh | Komuniti | Sarawak | Betong dan Samarahan | 20 | 48 | 17 | Jelang | Komuniti | Sarawak | Betong | 22 | 141 | 18 | Seri Sutra | Komuniti | Perak | Kinta | 16 | 45 | 19 | Jambu Bongkok | Komuniti | Terengganu | Marang dan Dungun | 18 | 186 |
|