Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan. Ini berdasarkan kepada Al Quran, hadis dan cerita orang-orang yang selari dengan nas-nas sahih.
Bahasa JIN.
JIN, berkemungkinan menggunakan Bahasa mereka sendiri dan berkemungkinan menggunakan Bahasa Manusia yang tinggal di sekitar tempat mereka tinggal. Yang pasti, mereka boleh berkomunikasi dengan manusia menggunakan Bahasa Manusia yang tinggal di sekitar tempat mereka tinggal. Contoh, Kalau JIN yang duduk di Madinah, JIN ni boleh berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa Arab, Kalau JIN Malaysia, boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Kalau yang tinggal masa dengan Nabi Sulaiman, dia orang akan berkomunikasi dalam Bahasa Nabi Sulaiman as.
Pak Tanggo, ada tulis gaya bahasa percakapan JIN berdasarkan pengalaman dia sendiri. Nampak gaya, bahasa tu macam pelat-pelat sedikit. Secara peribadi, JIN berkemungkinan ada bahasanya sendiri apabila berkomunikasi sesama mereka. Logiknya, jika manusia sendiri pun mempunyai loghat, dialek yang berbeza walaupun atas rumpun yang sama, (Melayu Kedah, Kelantan, Perak dah berbeza, belum campur lagi Minang, Rawa, Acheh, Banjar, Bugis Jawa etc). Dah tentulah Jin juga mempunyai perbezaan tersebut. Jadi, kalau gaya bahasa JIN ada pelat, itu sesuatu yang logik.
Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan. Ini berdasarkan kepada Al Quran, hadis dan cerita orang-orang ...
bro_kr Post at 30-3-2011 12:28
Ada bukti....?miahhahaha.... (sblm uneks tanya..baik aku tanya dulu....).......................................................................................................................................................
2 mlm lepas, chek ada tgk member ubatkan org sakit histeria (budak bukit nanas, KL), kebetulan chek nak gi urut ngan dia tapi terpaksa postpone sbb utk merawat pesakit nie berlanjutan hingga kul 11 mlm lebih....
masa merawat tu, perawat berkomunikasi ngan makhluk jin nie, melalui perantaraan pesakit.... macam2 maki hamun "kepala hotak hang", "bodoh la ngko nie", "sakit la bodoh" ..etc...!!!
Selepas habis proses rawatan (pesakit dlm keadaan lemah).... Hakak pesakit tadi tanya kepada pesakit.
Hakak: Adik sedar tak apa adik cakap tadi? (merujuk kepada maki hamun tadi)
Pesakit: Geleng kepala....
Hakak: Baik adik mintak maap ngan pakcik nie. (sambil gelak2)
Pesakit:............. (muka blurr sbb tak paham)
JIN Mempunyai akal dan pengetahuan yang, sekurang-kurangnya, setanding dengan manusia.
Beberapa dalil Al Quran:
Al Isra' ayat 88
"Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat ayng serupa Al Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa (dengan Al Quran), sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagia yang lain".
(Ayat di atas merujuk kepada golongan yang berakal dan berilmu pengetahuan yang diberikan nafsu di atas muka bumi ini, iaitu golongan manusia dan jin.)
Adz Dzaariyaat ayat 56
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu"
Ayat di atas merujuk kepada kewajiban beribadah untuk golongan yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh sunnatullah, salah satu syaratnya, sempurna akal fikirannya, iaitu golongan jin dan manusia.
Kanak-kanak yang genius tapi belum baligh, adakah dianggap sempurna akal fikirannya? Mengikut fekah, mereka ini belum sempurna lagi. Yang dianggap sempurna mestilah golongan yang mempunyai akal sempurna seperti manusia dewasa. Tidak boleh kurang dari itu. Itulah rahmat dan keadilanNya.
Ada tak jin yang bodoh, tak faham-faham bahasa, gila etc? Kalau golongan manusia ramai yang macam tu, golongan Jin tentulah seperti manusia juga.
Bezanya, jin berada dalam Dimensi yang berbeza dengan kita. Ini dijelaskan secara jelas di dalam al Quran.
Jin boleh berkomunikasi dgn manusia.... tetapi perlu melalui medium perantaraan manusia jugak.... (betul ka..!?)
Chek_am8848 Post at 30-3-2011 12:42
MEDIUM PERANTARAAN MANUSIA
Tidak semestinya melalui medium perantaraan manusia. Kebiasaannya, yang melalui medium perantaraan manusia berlaku semasa merawat mangsa yang terkena sihir dan kerasukan. Perawat, akan berkomunikasi dengan jin yang mendiami tubuh mangsa, dengan meminta mereka keluar. Jika jin ini enggan, perawat akan memberi ancaman. (Untuk lebih detail, boleh baca buku-buku yang berkaitan seperti, "Panduan Menjampi dan Mengguna Jin menurut al Quran dan al Hadith, Pengubatan Sihir dan Kerasukan dengan Al Quran, etc. Pengetahuan ini sangat berguna untuk membezakan ilmu yang haq dan yang bathil (mengikut perspektif Islam berdasarkan Al Quran dan al Hadith).
BERKOMUNIKASI SECARA LANGSUNG
Untuk golongan orang soleh, golongan ahli sihir dan golongan manusia tertentu yang diberikan kelebihan (boleh jadi jugak satu kerugian). Golongan yang disebutkan di atas, boleh berkomunikasi terus dengan golongan jin. Contohnya, untuk tujuan dakwah.
bawak datang jin laa terus klu boleh.. cakap banyak tak nak
unekspekted_V Post at 30-3-2011 13:20
Uneks.... aku nak tanya pendapat ngko ttg pengetahuan alam jin - syarahan Ustaz Ismail Kamus.. (bulih pi tgk dlm Youtube)
Jika benar, dakwaan ngko, manusia tidak boleh berhubung dgn alam jin samada melalui percakapan/penglihatan (tingkat hijab terbuka) dan sebagainya.... bermakna Ustaz Ismail Kamus adalah pembohong!? Stuju!?
Bagaimana pula, Ustaz Haroon Din (Darul Syifa') yg menyediakan perkhidmatan rawatan mistik itu!!?
Sila jawab mengikut pengetahuan ngko, bukan dgn nafsu!