CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

Pilihanraya Sarawak 2011 : Barisan Nasional menang majoriti 2/3

   Close [Copy link]
Post time 14-4-2011 06:51 AM | Show all posts
ada juga org yg bodoh membezakan berapa tahun org jadi wakil rakyat dengan berapa billion duit rakyat kena rembat :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2011 07:19 AM | Show all posts
ada juga org yg bodoh membezakan berapa tahun org jadi wakil rakyat dengan berapa billion duit rakya ...
DTECCONAN Post at 14-4-2011 06:51



    hi conan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 07:23 AM | Show all posts
sapa yg lagi lama...sapa mati pucuk dulu...cermin diiri dulu woiiii
ajk_tingkap Post at 14-4-2011 02:03
Perbezaan ketara antara siapa pemimpin yg LAMA membankrapkan negara dan merompak rakyat jelata
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 07:35 AM | Show all posts
Perbezaan ketara antara siapa pemimpin yg LAMA membankrapkan negara dan merompak rakyat jelata
kekbelacan Post at 14-4-2011 07:23


balaci UMNgOk ingat pemimpin lain pun mcm diorg..jadi YB kejapan dah kaya raya...
duk pung pang2 LKS lagi lama la..NIk Ajis dah 80 thn la...sambil2 pejam sebelah mata yg isunya bukan sekadar lama memerintah..tapi berapa billion duit negeri dan rakyat yg disonglap dalam masa memerintah tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 08:42 AM | Show all posts
yg sibok kasi tau sape plg lama pgg kuasa ni x penah terfikir ka nape Nik Aziz yg dah 20 thn jd MB tu x dibenci cam Taib Mahmud?..nak ckp xde kempen membenci Nik Aziz or PR,hampir tiap hari kuar kt paper,tv..tak terfikir ka kenape??..takkan tu pun nak diajar
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 08:58 AM | Show all posts
nik aziz kalau tanya org2 kelantan sume sayang dia..
umno bleh jawab tak nape nik aziz disayangi semua kecuali juak2 umno??
taib mahmud ni sarawak masih sayang kan dia??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2011 09:01 AM | Show all posts
undila BeNd,kalau BeNd menang,thn ni gaji naik n ada bonus...tula janji depa kat kami..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:04 AM | Show all posts
n jgn lupa lepas mengundi ada upah nasik beriani...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 09:11 AM | Show all posts
kes nik aziz pon.. kalau org kelantan dah jemu..
depa lah yg akan gulingkan dia..
mcm yg terjadi kat khir toyo, sami vellu etc
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:12 AM | Show all posts
pasal bible najib suda pusing 360 darjah...

takut ler tuh...

KUCHING, April 13 — Datuk Seri ...
petola Post at 13-4-2011 23:35


kita tunggu apa komen PERKASA plak nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:28 AM | Show all posts
sapa yg lagi lama...sapa mati pucuk dulu...cermin diiri dulu woiiii
ajk_tingkap Post at 14-4-2011 02:03


bodoh tak dapat diajor, pandai tak dapat diikut.  susahnya jadi jadi orang mcm nie.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:58 AM | Show all posts
tak sabar nak tengok bend jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 10:26 AM | Show all posts
BN yakin kekalkan Sarawak - PMOleh SAIFUL HAIZAN HASAM
[email protected]


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Rakyat di Sadong Jaya dekat Samarahan, semalam.



SAMARAHAN 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasanya di negeri ini walaupun terpaksa mengharungi proses pilihan raya yang paling mencabar dalam sejarah politik Sarawak.
Perdana Menteri berkata, kemenangan dengan majoriti dua per tiga adalah satu bonus dan ia merupakan sasaran yang mampu dicapai parti itu melalui kerjasama erat di antara parti komponen dari Semenanjung dan negeri ini.
Katanya, BN juga mempunyai sasaran penambahan kerusi namun ia tidak perlu diumumkan kerana perkara itu bersifat dalaman.

"Saya pun tahu di mana kekuatan kita, di mana kita hadapi tentangan hebat.
"Tetapi nampaknya kalau tidak ada apa-apa perkara luar biasa berlaku, insya-Allah kita boleh kekal memerintah, menubuhkan kerajaan di Sarawak, (manakala) majoriti dua per tiga itu mampu diperolehi BN," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Sadong Jaya yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui DUN yang berada dalam kawasan bandar merupakan ujian berat buat BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.
Justeru katanya, jentera BN perlu bekerja dengan lebih kuat kerana ia membabitkan kawasan di mana parti itu mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri yang lalu.
"Kita ada calon berwibawa, kalau mereka (pengundi bandar) lihat kewibawaan calon dan apa yang boleh BN lakukan, saya percaya mereka boleh pilih BN.

"Kalau sebaliknya mereka nak tunjuk protes atas apa-apa sebab, itu tak ada arahlah kita," katanya.
Mengulas lanjut, Najib berharap pengundi di kawasan bandar memberi kepercayaan kepada BN kerana parti itu boleh menjamin dan memberi pengharapan masa depan berdasarkan program transformasi membabitkan perubahan besar kepada landskap negara yang telah dimulakan.
Katanya, untuk mencapai matlamat itu, BN memerlukan sokongan yang bersifat menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat.
"Lagipun kita telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan kita anggap ini sebagai falsafah yang mana semua kaum dalam negara akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama," katanya.

KORANG YAKIN??
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:57 AM | Show all posts
up ... tak der latest news ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:38 PM | Show all posts
Ini dia Papa Orang Utan ‘pejuang kebebasan Sarawak’….






Oleh: HELME HANAFI

Riuh sehari dua ini di blog, facebook dan twitter mengenai gambar panas berbagai aksi DJ Radio Free Sarawak Peter John Jaban atau lebih dikenali dengan nama “Papa Orang Utan”.

Kawan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sudah lama melarikan diri dari Sarawak dan tinggal di London.

Di sana, ‘Papa Orang Utan” ini mengendalikan stesen radio yang beroperasi secara rahsia itu yang disiarkan dua kali sehari.

Siaran radio ini tidak habis-habis memburukkan Ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerajaan BN.

Antara yang paling kerap didengar adalah kemiskinan dan kesengsaraan kaum bumiputera berikutan Hak Tanah Adat Bumiputera Sarawak (NCR), yang dirampas kerajaan.

Kalau kita tengok gambar-gambar ‘Papa Orang Utan’ yang banyak tersebar di internet itu, kita boleh nilai sendiri moral orang yang kononnya mahu memperjuangkan kebebasan rakyat Sarawak.

Bukan soal perlu jadi ‘ustaz’ untuk perjuangkan kebebasan tapi kalau tinggal di London dan nampak baik punya enjoy, siang malam pagi petang, timbul soalan siapa yang biayai?

Juga apa pula kepentingan pihak yang membiayai kegiatan menentang kerajaan yang dibentuk oleh rakyat ini?

Sementara itu, pada Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dipetik media berkata siasatan terhadap Radio Free Sarawak telah pun bermula.

"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.

Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Menurut carian di internet, selain ‘Papa Orang Utan” tenaga penting di sebalik radio itu ialah Clare Rewcastle Brown.

Brown adalah warganegara Britain yang dilahirkan di Sarawak. Sejak tahun 1983 merupakan wartawan BBC.

Kenyataan di media Britain pada 23 Februari lepas yang menyatakan Clare Rewcastle Brown adalah ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, yang bertanggungjawab terhadap RFS dan blog Sarawak Report.

Dipercayai, kos operasi radio dan blog propaganda itu dibiayai dari dana untuk demokrasi dari luar negara.

Selain kerja Papa Orang Utan ini memburuk-burukkan kerajaan Malaysia beliau juga merupakan ahli Malaysian Civil Liberties Movement, sebuah NGO yang berpengkalan di London dan diasaskan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin. - 13/4/2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 12:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:41 PM | Show all posts

Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat

Apr 14, 11 11:49am


Kongsi
36
Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.

Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan,” kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!” katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:46 PM | Show all posts
Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat

Apr 14, 11 11:49am



36
Meskipun terus dipulaukan m ...
kecimpret Post at 14-4-2011 12:41



    kuat jugak dap kat srwk
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:52 PM | Show all posts
Nik ajis mmg dah lama jadi MB Kelantan.. tp dia ambik tanah mcm mat taib ni tak ehhhh

Berikut ini adalah sebahagian (ulang tulis – sebahagian) daripada tanahnegeri Sarawak yang dianugerahkan, diberi, diambil atau diluluskan olehTaib dan Kerajaan negeri Sarawak kepada dirinya sendiri, ahlikeluarganya dan kroninya.
  • 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – SarawakPlantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangansaham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 3,000hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad(keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri)dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
  • 750 hektar … di Jalan, Miri.
  • 2,000hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan ParabenaSdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
  • 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
  • 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
  • 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd  (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
  • 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  • 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
  • 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
  • 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
  • 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
  • 8,000hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalahhutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, OrganicTreasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adikTaib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
  • 10,000 hektar … di UluMukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan,60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmibin Hasnan.
  • 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  • 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
  • 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
  • 768hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm PlantationSdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anaksaudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
  • 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 600hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entitiperniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olehHamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 90hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd(anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
  • 15,000hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd –Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan AzerinaMohd Arip (ipar Taib).
  • 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
  • 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
  • 5,000hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd –Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahmanyang juga sepupu Taib).
  • 70,000 hektar … di Bijat Land District,Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh TitaniumManagement Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
  • 700hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entitiperniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olehHamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 900 hektar …di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini jugatelah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi(sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
  • 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
  • 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  • 1,000hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan,60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmibin Hasnan.
  • 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).
  • 354hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadongdan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd –pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd(125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii PickKoung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), SiewMeng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), TranswillSdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota au Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta AnnHoldings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawakiaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi(proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
  • 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
  • 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  • 700ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA(pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga AripMahmud – abang/adik Taib).
  • 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga– Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60%pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi binHasnan.
Jumlah keluasan tanah yang dirompak oleh Taib,keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektaratau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali gandakeluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeriPulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan WilayahPersekutuan.
deryza Post at 14-4-2011 02:48



    wow!!! LUMAYAN!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044260 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list