Pangkalan haram Sungai Golok lengang
[size=14.399999618530273px]Tinjauan di Sungai Golok mendapati laluan pangkalan haram lengang susulan enam rakyat Malaysia yang ditahan di Golok, Thailand, Jumaat lalu. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
[size=14.399999618530273px]
RANTAU PANJANG: Seorang pengusaha bot di Sungai Golok di sini, mendakwa penumpang menggunakan laluan pangkalan haram berkurangan selepas kes enam rakyat Malaysia ditahan di Golok, Thailand, Jumaat lalu. Jika sebelum ini perkhidmatan itu diperlukan sehingga lewat malam, keadaan dikatakan jauh berubah dan permintaan berkurangan dengan ketara. Mereka mendakwa, pendedahan polis bahawa ramai anak muda memilih pangkalan haram untuk ke negara jiran menyebabkan orang ramai bimbang menyeberangi Sungai Golok. Tinjauan BH mendapati, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berkawal di pangkalan haram bagi memastikan tiada pergerakan di Sungai Golok manakala pasukan keselamatan Thailand turut kelihatan di sempadan negara itu.
Pengusaha bot berusia 45 tahun itu berkata, situasi berkenaan menyebabkan pendapatan mereka terjejas. "Sebelum ini memang pengunjung agak ramai terutama hari minggu, malah malam pun masih ramai tapi sejak beberapa hari lalu Sungai Golok lengang.
"Mungkin ramai takut ke seberang (Thailand) memandangkan kes tangkapan masih panas dan mereka juga bimbang untuk ke pusat hiburan di sana. "Selama ini memang ramai rakyat kita ke sana untuk berhibur pada waktu malam, ada yang bermalam dan ada juga yang pulang lewat malam kerana bot beroperasi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Katanya, penumpang yang masih menggunakan Sungai Golok adalah murid sekolah dan penduduk setempat. Beliau berkata, pangkalan haram itu tidak boleh digunakan sepanjang masa. "Tiada pergerakan dibenar di Sungai Golok dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan antara jam 3 hingga jam 6 petang setiap hari. "Itu undang-undang pihak berkuasa Thailand, manakala pada waktu lain mereka tidak menyekat kemasukan rakyat Malaysia," katanya. Penduduk kampung, Abdullah Mamat, 58, berkata bukan semua yang ke Golok menerusi pangkalan haram bertujuan untuk berhibur kerana ada yang sekadar mengunjungi pasar malam atau membeli-belah. "Ramai ke Golok antara Jumaat hingga Ahad kerana ada pasar malam pada hari berkenaan. "Memang ada yang ke sana untuk berhibur tapi kebelakangan ini nampak lengang berbanding sebelum ini," katanya. Jumaat minggu lalu, enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat Kelantan ditahan di sebuah hotel di Golok selepas berhibur jam 6 pagi.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1320887/pangkalan-haram-sungai-golok-lengang
|