|
Bilakah Mawi dan Ikin akan mendirikan rumahtangga?
[Copy link]
|
|
Reply #80 delia3003's post
desprate gak lah
kalu tak tak kan minta / suruh / paksa mawi umum masa ABP hari tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niy at 20-4-2008 12:45 PM
desprate gak lah
kalu tak tak kan minta / suruh / paksa mawi umum masa ABP hari tu
Memandai jer cakap ikin yg paksa.
Siapa la bawak semua citer ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Minah ni... nak kahwin pun kecoh. |
|
|
|
|
|
|
|
KALAU DIS NI TAK JADI KHAWIN ALHAMDULILAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 lyddok's post
tak payah haraplah
biar je cepat2 kawen
tak sabar nk tengok impak nanti
p/s kalo bleh nak esok gak derang kawen |
|
|
|
|
|
|
|
kalaulah jadi kahwin bulan Dis ni kita tengok dlm masa terdakat ni apa akan berlaku...
adakah perjalanan mereka akan sampai ke destinasinya... |
|
|
|
|
|
|
|
buat disember kan?
sumber nizam fonen tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 crayzee's post
nizam siap kasi clue lagi
org yg sama bagi info tentang mawi berkunjung ke rumah ikin siap bagi bukti gambar lagi
tu macam dia nak kata " PERCAYALAH! " |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #90 greyrose's post
itu la.....kesian nizam kena kutuk gila dulu kan(aku salah sorang ke? )
gambar super imposed la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #91 crayzee's post
nasib baik aku tak kutuk
sebab aku mmg dah tau mawi-ikin mmg dah lama kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Ikin Cuba Baju Pengantin
Oleh: ROSLI MANAH Foto: SHAHRIL AZMAN ZAIN
Cantiknya Ikin memakai gaun pengantin? Emmmm... dah tak sabar-sabar nakjadi pengantin baru ker? Yalah green light dah dapat dan buah hatinya Mawi juga sudah mengaku secara terbuka menyukai Ikin. Ikin juga dah slow down dah berlakon. Kira pada bila-bila masa pun kalau Mawi ajak kahwin, Ikin sedia bagi komitmen.
Ikin muncul berpakaian pengantin ni dalam majlis Malaysian Bridal Gown Designers Showcase di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 18 April 2008 lalu. Cantik tak Ikin pakai gaun pengantin? Berseri-seri wajah Ikin. Sedang bahagialah katakan. Lantaklah Ikin kalau ada orang nak mengata apa-apapun.
"Ikin memang dah kurang berlakon sekarang," kata Ikin.
ekceli, selain dr citer KAWAN tu..
Ikin ni berlakon apa lagi?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Debaran dua wanitaOleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]
| SAMA cantik, kedua-dua mereka sedang berdebar menanti detik kebahagiaan.
|
TIKA dan saat ini, pemilik nama Rosmayati Sidek, 23, atau Rosma dan Nora慳sikin Rahmat, 29, (Ekin), barangkali sedang berdebar-debar menanti saat yang paling membahagiakan dalam hidup masing-masing.
Bakal melayari bahtera perkahwinan bersama insan yang dicintai, kedua-dua mereka mempunyai persamaan tersendiri iaitu mencintai insan yang sama-sama berkecimpung dalam dunia seni.
Rosma, bintang yang lahir menerusi Akademi Fantasia musim pertama (AF1) akan menamatkan zaman bujangnya bersama Khai atau Khairul Nizam Mohamad, 29.
Bibit-bibit cinta mereka mula terbit ketika bersama-sama berentap dalam program realiti televisyen itu.
Bagi Ekin pula, selepas sekian lama menyembunyikan cintanya dengan penyanyi popular, Asmawi Ani (Mawi), 27, mereka akhirnya membuat pengakuan yang kedua-duanya saling berkasih.
Rosma dan Khai sudah pun mengumumkan akan bersatu dalam ikatan perkahwinan tidak lama lagi namun Ekin serta Mawi masih belum menentukan tarikh mereka disatukan pula.
Dalam pertemuan Hits bersama Rosma dan Ekin di Minggu Setiausaha anjuran Rafflesia di Hotel Istana, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka berkongsi rasa mengenai debaran masing-masing.
Pada majlis berkenaan juga, Rosma dan Ekin kedua-duanya mengenakan pakaian rekaan Michael Shu.
Selain mereka berdua, Minggu Setiausaha Rafflesia turut dihadiri barisan bintang seperti Ziana Zain, Noryn Aziz, Fauziah Latiff dan Erra Fazira.
Rosma & Khai sudah bersedia
Dalam pendedahan dengan Pancaindera baru-bari, Rosma dan Khai akhirnya mengaku mereka akan berkahwin tidak lama lagi.
Acara penting dalam kehidupan mereka itu akan berlangsung pada 26 April ini dengan dimulakan majlis akad nikah di Masjid Putrajaya manakala persandingan pula diadakan keesokan harinya di sebuah dewan di Kuala Lumpur.
Memilih konsep moden kontemporari, Rosma memberitahu, persiapan untuk perkahwinan mereka berdua kini berjalan
dengan lancar.
揝ewaktu bersanding, kami telah pun memilih adunan warna turquoise blue dan krim. Kami suka warna tersebut, |
|
|
|
|
|
|
|
Ikin cakap pasal kawen lagi kat kosmo hari ni.
Hari2 keluar citer nak kawen kat kosmo. :kant:
Sedia bergelar suami isteri <--ni kikin yg cakap ek.
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
SELEPAS dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga menjelang Disember ini, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora' Ashikin Rahmat atau Ikin mengakui telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.
Sejujurnya menurut Ikin, kisah mengenai perkahwinan sudah tercatur dalam benak fikiran, cuma masa belum mengizinkan untuk mereka disatukan sebagai pasangan.
"Nak diikutkan, kami memang sudah pun bersedia mengambil tanggungjawab sebagai suami isteri," kata Ikin berterus terang. Dengan usia dan kehidupan sekarang, sememangnya baik Ikin mahupun Mawi sudah terlalu mampu untuk berdepan dengan cabaran alam rumahtangga.
Cuma jangan sesekali ditanya tentang tarikhnya. Masih lagi dalam teka teki dan Ikin memberitahu buat masa sekarang mereka tidak mahu terlalu memikirkannya.
"Kami tak nak terlalu memikirkan soal kahwin dalam keadaan sekarang. Takut tak jadi pula.
"Apatah lagi kalau tengok jadual Mawi. Dia sibuk sangat, tak sempat fikir itu semua," ujar Ikin ketika ditemui di Malaysia Bridal Gown Showcase di Great Eastern Shopping Mall baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, pasangan popular ini belum lagi menentukan tarikh keramat untuk melangsungkan perkahwinan mereka.
Mungkin belum lagi sampai masanya, mereka membiarkan saja jodoh itu di tangan Tuhan sungguhpun sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.
Justeru, pada tahap ini, mereka ingin mengenali lebih dekat hati budi masing-masing biarpun sudah lebih setahun mereka bermadu cinta.
Selain itu, komitmen kerja yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aturcara aktiviti seni Mawi, mereka membiarkan saja masa yang menentukan sampai bila cinta itu akan diakhiri dengan ikatan yang suci.
DI ambang penyatuan dua jiwa. Ikin sudah mula membelek majalah-majalah perkahwinan dan mengimpikan majlis yang sederhana sebagai pengumuman pernikahan mereka nanti.
Sungguhpun belum merancang untuk mengikat tali cinta mereka, Ikin sudah pun mula membelek banyak majalah perkahwinan untuk mencari konsep yang bersesuaian bagi majlis hari bersejarahnya itu.
Hanya menginginkan majlis yang sederhana, Ikin lebih suka ia sekadar pengumuman bahawa mereka sudah pun bergelar suami isteri.
"Mawi juga menginginkan majlis yang biasa saja. Itu pun saya dapat tahu bukan dari mulutnya sendiri tetapi dari suratkhabar yang menyiarkan komen Mawi mengenainya.
"Macam-macam majalah saya baca untuk mencari konsep dan baju bersesuaian," ujarnya yang memakai pakaian pengantin rekaan Michael Shu pada showcase tersebut.
Ditanya pula, adakah dia mengidamkan baju pengantin seperti yang dipakainya sekarang, Ikin pula bertanya media semula: "Okey tak baju jenis macam ni?
"Saya tak cerewet sangat tentang pakaian. Yang penting ia nampak cantik dan warnanya tidaklah terlalu menyerlah." |
|
|
|
|
|
|
| |
|